test

Ahad, 1 Mac 2009

Jangan Samakan Penentangan Terhadap PPSMI dengan Layanan Kementerian terhadap Mokhdar

Hari ini hujan. (tiada kaitan dengan tajuk).

Seorang blogawan UMNO, pro Mukhriz telah menyifatkan  penentangan terhadap PPSMI boleh diumpamakan dengan dengki terhadap Kaedah Mokhdar.

Untuk mendapatkan maklumat tentang Kaedah Mokhtar, dan teori  , Perjuangan Mokhtar Haji Mansor.
http://www.revolusibahasa.blogspot.com/  
http://kelabdarians.blogspot.com/

Saya rasa tidak adil kalau penentangan terhadap PPSMI di samakan sebagai dengki terhadap Kaedah Mokhdar.

PAS atau GMP secara keseluruhan tidak pernah menentang kaedah Mokhdar.

Kaedah Mokhdar menerima layanan kurang positif daripada Kementerian Pelajaran Pendidikan. Tetapi, adakah itu jaminan bahasa PAS menolak kaedah Mokhdar.
Zaman ini, mungkin semua bentuk perjuangan boleh diintegrasikan dengan PAS. PAS untuk semua, bukan hanya semua orang tetapi semua perkara.

Adakah "Perjuangan Mohktar Haji Mansor" telah cuba diintegrasikan dengan Perjuangan PAS.


PAS juga memperjuangkan pendidikan. PAS ada PASTI, tak payah perlu tunggu untuk memerintah kalau nak mendidik. Tidak lama lagi PASTI akan adakan projek perintis untuk pelajar sekolah rendah, menampal kebocoran yang ada pada sistem semasa.


Adakah Mokhtar Haji Mansor telah berjumpa dengan Cikgu Azrin Majid  sekalu pengarah PASTI pusat, supaya boleh diusahakan projek mokhdar di PASTI? atau mungkin terlalu awal? Atau mungkin boleh latih guru PASTI dengan kaedah mokhdar supaya cikgu PASTI boleh mengajar matematik? Atau mungkin boleh guna Sekolah PASTI disebelah petang?
Siapa nak jadi Broker pertemuan Tuan Mokthar Haji Mansor dengan Cikgu Azrin?

4 comments:

  1. Salam,

    Saya tidak langsung terfikir bahawa PAS sahaja dalam isu ini. Saya lihat secara menyeluruh. Saya tersentuh bilamana Tuan Makhtar sendiri telah menghantar lebih dari 200 pucuk surat kepada Perdana Menteri merujuk kepada isu pendidikan terutama matematik dengan sains, hasil dari rentetan surat itulah dipercayai Perdana Menteri membuat keputusan untuk melaksanakan penyampaian dwi bahasa untuk matapelajaran matematik dan sains sehinggalah pelajar-pelajar mahir dengan istilah berbahasa inggeris untuk ilmu sains, matematik, kejuruteraan, teknologi pengkomputeran dan subjek hi-end yang lain. Itu pendapat saya.

    *Saya juga menggunakan peluang cuti sekolah nanti untuk menghantar anak-anak saya menghadiri bengkel beliau dan bermohon kepada Allah agar perubahan positif berlaku terhadap anak saya InsyaAllah.....Robbanawataqobbaldo'a.

    *Terima kasih kerana melawat blog saya.

    BalasPadam
  2. *Perdana Menteri yang saya maksudkan ialah Tun Dr Mahathir Mohammed

    BalasPadam
  3. saya antara parent yang dah pernah hantar anak ke program mokhdar.....hasilnya sangat2 mendukacitakan dan teruk....program yang dijalankan dalam keaadaan yang sangat daif,langsung tak setimpal dengan bayaran RM 695 seorang anak yang saya hantar....ade parent lain yang saya tengok datang dari jauh untuk hantar 5 orang anak2 beliau.....tapi saya sedih melihat keadaan proses pembelajaran sepanjang tempoh 8 hari dijalankan.....ade ke patut tenaga pelajar yang dipilih untuk mengajar anak saya tu cuma berusia 14 tahun,16 tahun dan 17 tahun???dan daripada penyelidikan saya,saya lihat,tenaga pengajar yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar anak saya pun masih belum mahir dengan kaedah mokhdar.Sedangkan,dari pengamatan saya jumlah penyertaan yang saya lihat,hampir mencecah 200 orang pelajar?? So,inikah kualiti yang diperjuangkan oleh Mokhtar Hj Mansor???Pada hari terakhir program tersebut saya melihat, terlalu ramai parent2 merunggut tak puas hati.tapi saya yakin,kalau dengan kualiti ini yang Mokhtar sediakan,saya percaya tak akan ada perubahan yang berlaku keatas anak2 orang lain yang masuk program ini...sebab anak saya sendiri tak faham apa2 pun sepanjang program itu dijalankan....Saya yakin,ramai lagi parent lain yang tak puashati...Insyaalah saya akan membina satu laman web suara pengguna khas untuk Mokhdar,dan kita lihat senario sebenar yang berlaku....amin

    BalasPadam
  4. Bolehkah kita mempelajari nahu Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu menerusi pengajaran subjek Sains dan Matematik. Adakah memadai mempelajari suatu bahasa hanya di sekolah, iaitu suatu pembelajaran terhenti atau tidak berterusan hingga ke tua? Ikuti pandangan YM. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid di YouTube (klik di sini)

    Yang mana kita perlukan Resolusi Bahasa atau Revolusi Bahasa? Revolusi Bahasa adalah satu ideologi, cadangan dan juga desakan oleh seorang bekas hakim bernama Mokhtar Hj. Mansor menerusi suratnya kepada PM dan menteri-menteri sekitar tahun 1990 yang mendesak supaya pelajaran subjek Sains dan Matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Dakwaannya bahawa pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat melonjakkan prestasi pelajar dalam kedua-dua subjek ini mula mendapat perhatian umum terutama menteri-menteri menerusi bukunya “Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi” (Utusan Malaysia 17 hb Julai 1991).

    Sedikit mengenai pembohongan Mokhtar Hj Mansor, sila layari blog ini : http://mokhtarmansor.blogspot.com/.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit