test

Sabtu, 21 Mac 2009

Ali Rustam Tidak Perlu Letak Jawatan Kalau......

Ali Rustam tidak perlu letak jawatan kalau dia tidak bersalah.

Akan tetapi situasi yang berlaku, ialah Ali Rustam akur segala keputusan Lembaga Disiplin UMNO.
Sekiranya Ali Rustam benar-benar tidak bersalah, maka dia sepatutnya berani mengatakan dia tidak salah bukan sekadar akur dan buat rayuan dan akur lagi.

Apa yang berlaku ialah seolah-olah kejadian menyalahkan kenapa yang lain tidak dilarang bertanding, kenapa Ali Rustam seorang sahaja yang dilarang bertanding.

Kalau Ahmad mencuri dan ditangkap dan dikurungkan, mengapa pula Ahmad hanya salahkan, kenapa tak tangkap Abu, dia pun mencuri juga.
Kalau Ahmad tidak mencuri, Ahmad sepatutnya berkata dia tidak bersalah, bukan persoalkan jenis hukuman.

Jadi, sekiranya Ali Rustam tidak bersalah, dan kononnya dianiayai Lembaga Disiplin UMNO, maka laporan ke SPRM oleh Ustaz Kamarudin Sidek dan Syamsul Iskandar adalah sesuatu yang tepat.

SPRM boleh menentukan Ali Rustam tidak bersalah, jika dia benar tidak bersalah dan dianiayai Lembaga Disiplin UMNO.

Sekarang ini, Ali Rustam tidak bertindak sebegitu, dia boleh menggunakan laporan SPRM untuk menidakkan hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Akan tetapi apabila Rakyat Melaka mahu Ali Rustam meletakkan jawatan, jawapan yang diberikan umpama, "eh mereka boleh buat jahat, kenapa aku tau boleh".

Lembaga Disiplin UMNO telah menggantung 3 anak buah Ali Rustam daripada UMNO, namun tidak pula dipersoalkan ketidakadilan itu. Sebagai pemimpin bagi 3 orang itu, sekiranya mereka tidak bersalah, sepatutnya Ali Rustam membela mereka. Atau berusaha supaya mendapat hukuman sama, atau cuba buktikan tidak bersalah, atau minta dirinya digantung seperti anak buahnya.

Apabila wujudnya sikap, tidak mahu buktikan diri tidak bersalah, maka memang patutlah rakyat Melaka meminta Ali Rustam meletakkan jawatan Ketua Menteri.

Rakyat Melaka tak minta Ali Rustam turun jawatan dalam UMNO, tetapi mahu jawatan yang berkaitan dengan kerajaan Negeri itu dilepaskan.

"Ketua Menteri Melaka" adalah ada kaitan dengan politik Melaka. Memang patut PAS,PKR,DAP masuk campur.
Kalau tidak mahu PAS,PKR,DAP masuk campur, mudah sahaja, katakan sahaja tidak bersalah, dan rela disiasat SPRM. Apa yang hendak ditakutkan kalau tidak bersalah?

Seluruh negeri Melaka mempunyai hak meminta Ali Rustam melepaskan jawatan Ketua Menteri kerana dia sendiri tidak mahu membuktikan dirinya tidak bersalah. Namun, hanya pengundi DUN BUkit baru sahaja yang berhak untuk meminta Ali Rustam melepaskan jawatan ADUN.

PAS, PKR, DAP bukan  mahu tumbangkan kerajaan Negeri melalui perhimpunan, tetapi mahukan pemimpin lain dari kalangan BN juga menjadi Ketua Menteri Melaka, selagi mandat BN masih ada. Sudah tiada ADUN BN lainkah yang lebih layak Menjadi Ketua Menteri?

Tak perlulah PAS, DAP, PKR cadangkan nama, ADUN-ADUN BN boleh pilih sendiri daripada kalangan mereka.

5 comments:

  1. Datuk Ali, tolong letakkan jawatan KM segera. Kami rakyat Melaka yg berada diluar Melaka berasa amat malu jika dipimpin oleh PERASUAH. Tahun lepas orang panggil Melaka Darul Khinzir dan mungkin tahun ni org panggil apa la pulak....mungkin Darul RASUAH la agaknya....malu kami dibuatnya.

    BalasPadam
  2. Dato Panglima Tun Ali dihukum bunuh.

    Sejarah berulang kembali. Dalam merebut dan mengejar pangkat dan kuasa, macam-macam cara dan muslihat digunakan. Tetapi yang amat kita kesalkan bila cara yang kotor digunakan dalam perlumbaan merebut kuasa ini.
    Kerana dengki dan iri dengan kuasa dan pangkat yang dianugerah Raja kepada Mamak Bendahara Tun Mutahir (Bukan Tun Mahathir), maka musuh-musuh politiknya telah merencana untuk menjatuhkan beliau.
    Pesaing-pesaing yang mengidam kuasa dan pangkat Bendahara ini telah menjalankan hasutan dan tomah. Akhirnya termakanlah Raja akan hasutan mereka itu, hingga Mamak Bendara dicop sebagai penderhaka.
    Mamak Bendahara Tun Mutahir telah disingkirkan dengan cara yang amat menyedihkan. Bukan setakat itu saja, Dato Panglima Tun Ali, orang yang rapat dengan Tun Mutahir pun turut disingkirkan.

    BalasPadam
  3. Ali Rustam patut segera panggil SPRM siasat, kerana inilah saja talian hayat terakhir yang beliau ada. Manalah tahu kot kot siasatan SPRM dapati beliau tiada kes & bersih, maka laporan SPRM ni boleh digunakan untuk menyanggah keputusan Lembaga Displin UMNO tu. Maka dapatlah beliau bertanding semula.

    BalasPadam
  4. Rasuah bukan jenayah, cuma langgar disiplin parti aje.

    Kalau dia bunuh orang UMNO, kira langgar disiplin parti jugak la. Mahkamah & polis tak boleh kacau.

    Kita patut sokong Ali Rustam sebab beliau terlampau bengap. Cepat sikit UMNO berkubur. Best.

    BalasPadam
  5. Datuk Ali, tolong jangan malukan negeri Melaka.. tindakan yang paling bijak untuk anda sekarang adalah meletakkan jawatan KM melaka..

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit