test

Sabtu, 14 Februari 2009

Jed Yoong Hasut Benci Raja?

Saya tidak sedar beberapa pemuda di Johor telah membuat laporan polis tentang terjemahan artikel Tulang Besi yang diterjemah oleh Jed Yoong.

Yang hairannya, Laporan polis hanya dibuat terhadap penterjemah.

Mungkih selepas ini mereka akan membuat laporan polis terhadap babelfish.altavista.com ?
Atau mungkin laporan polis terhadap kamus?


Saya tidak nampak mana dia unsur hasutan untuk membenci raja wujud dalam tulisan Tulang Besi.

Tulisan tulang besi hanya memberi pesanan kepada PAS supaya jangan terlalu mempercayai raja.

Apa masalahnya?
PAS boleh tidak begitu mempercayai instusi Raja sambil hormat kepada Raja.

Tok Guru Nik Aziz pernah menulis tentang bagaimana Raja itu perlu menyesuaikan diri supaya rakyat tetap menghormati raja.


"Ayahanda" pernah berborak dengan "anakanda" tentang kaitan Sistem beraja dengan sistem Khalifah.

Adakah dengan mengatakan bahawa Raja tiada kuasa, ianya hasutan untuk membenci raja?

Adakah dengan mengatakan Raja dilindungi oleh undang-undang maka kita membenci raja?

Saya tidak pasti, mungkinkah naluri hormat raja dan sayangi raja wujud secara tabiie di dalam setiap manusia?
Jika tidak wujud naluri itu, masakan dunia ribuan tahun yang lalu menggunakan sistem beraja?

Empayar Rom pun mempunyai raja walaupun mempunyai Senat.

Tidak mustahil kalau di Malaysia, kembali kepada sistem beraja, kalau Raja boleh dihormati dengan rela hati oleh semua rakyat.

3 comments:

  1. Macam2 lah. Anjing Besar mah.

    BalasPadam
  2. Kalu camtue.. blog gua pon tunggu masa kena laporan polis la... akta hasutan... hehehe

    BalasPadam
  3. adakah islam sekarang membenarkan musuh memusuhi sesama islam. Sekiranya banyak cara blh digunakan untuk mengajak kearah kebaikan.

    2x5=10

    susah nak cari golongan yg blh tunjuk ciri2 islam yg sebenar2nya.. mengata orang, fitnah orang, semua dah jadi kebiasaan.. kalau yang diatas nya bagus yg dibawahnya blm tentu.. mcmtulah sebaliknya..

    2x5=10

    bila kita rasa kita betul , apa yg kita buat kita akan pertahankan.. padahal kita kena rujuk kitab Allah yang satu Al-Quran dan Sunnah dan hadis Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W

    2x5=10

    kalau la kita tahu apa hukum bercakap kosong, mengumpat, bercakap benda tak bermanfaat, fitnah, dan lain2 mesti takda yg beri komen mcm2, dan mengata satu sama lain, dan memalukan imeg islam.

    nauzubillah...

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit