test

Rabu, 7 Januari 2009

macammana nak realisasikan 'jangan jual barang kepada Amerika'

Menarik persoalan yang diutarakan oleh Afnanhassan

Boleh Pakcik Sebol terangkan macammana nak realisasikan 'jangan jual barang kepada Amerika' sebab di sekeliling kita semuanya dalam USD. Yang dalam internet ni pun berlambak yang gunakan USD. Habis macam mana nak realisasikan matlamat kita ni?

Sebenarnya ia jauh lebih susah daripada jangan beli Barangan Amerika.

Amerika memerlukan 2 perkara.

1. Barangan komoditi atau untuk dibeli
2. Permintaan terhadap USD.

Jadi untuk merelalisasikan "Jangan Jual Barangan Kepada Amerika" perkara itu memerlukan kuasa politik dalam sesuatu negara. Peringkat tinggi.

Agak sukar untuk mengeluar minyak , minyak sawit, untuk memilih pembeli.

"Aku tak jual pada kamu"

Namun ia boleh dilakukan dengan 2 cara.

1. Kita putuskan hubungan dagangan dengan Amerika.
2. Kita cari pasal sehingga dia sekat kita, macam Iran.

Mutaligat sudah mencadangkan supaya putuskan hubungan dagangan dengan Amerika.

Rundingan FTA dengan Amerika haruslah ditamatkan serta-merta.

Jangan takut.

Namun rakan dagangan Malaysia yang terbesar ialah Amerika. Kita mesti berani putuskan.

Jangan takut, Malaysia bumi bertuah, tanam apa saja pasti menjadi.

Pemutusan hubungan dagangan dengan Amerika akan menyebabkan KDNK kita merosot.
Jangan takut, bila Amerika tak boleh beli dari kita, pihak lain akan jadi proksi untuk membeli bahan mentah kita, dia akan balik asal juga akhirnya.

Adakah sama apabila Amerika membeli komoditi kita melalui proksi?

Ada sedikit perbezaan iaitu, kita tidak lagi membeli atau menyimpan USD daripada mereka.

Kak Zety boleh gantikan rizab USD dalam Rizab Bank Negara dengan emas atau matawang lain.


Bagi peringkat individu, pun boleh menolak dollar.
Sekiranya pembayaran di dalam web boleh pilih matawang pound atau USD atau Euro, maka pilihlah yang bukan USD.

"Serangan keatas USD" memang sukar difahami. Kerana itu ia perlu diolah menjadi "Jangan Jual Barang Kepada Amerika".

Sekiranya anda peniaga e-dagang tempatan, kalau ada pilihan, gunakan matawang bukan USD sebagai pembayaran dan paparan harga.

Sekiranya pendapatan dalam USD, cepat-cepat tukarkan ke matawang lain.

Penjualan dollar adalah aksi menolak dollar juga.

5 comments:

  1. err... macam gua yang trading forex nie.. camana pulak aaa....

    gua amik pair GBP/JPY... tapi masih lagi guna USD dalam urusan trading? ... camana tue?

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana memilih persoalan saya untuk dibincangkan... Memang agak sukar nak realisasikan 'jangan jual barang kepada US' ni kerana ia memerlukan campurtangan kuasa tertinggi dalam negara atau senang cakap, kerajaan. Tapi adakah kerajaan kita berani nak buat seperti yang Pakcik Sebol cadangkan tu? Kita sebagai rakyat pun mesti takut nak sokong sebab takut kena pulau dek US.

    BalasPadam
  3. apa kata kita mulakan dengan kempen "BUY AMERICAN PRODUCT AND SERVICES LAST"

    BalasPadam
  4. Tutup FOREX MARKET. Ni aku trade OIL pun sama ni. Brent Crude vs USD. Selagi wujudnya sistem ekonomi kapitalis, selagi itulah USD diperlukan

    BalasPadam
  5. takde ker orang politik cuma cakap pasal hal ni?
    kita pun macam takut kat US
    macam mana nak hilangkan rasa takut kat US yer???

    kan best kalau ada PM macam Tun Mahadir.
    main cakap aje hehehe

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit