test

Jumaat, 16 Januari 2009

Kempen MCA menunjukkan seolah-olah BN tak mahu Menang PIlihanraya

Dulu saya pernah tulis, orang BN seolah-olah tidak mahu menang pilihanraya, menggunakan isu yang menjatuhkan mereka sendiri.

Saya pernah bayangkan, bagaimana kalau BN tidak langsung berkempen. Mungkin mereka dapat undi yang lebih.

Kalau mereka tidak guna ugutan politik, mungkin mereka dapat undi lebih.

Kalau mereka kurang bermain sentimen perkauman, mungkin mereka mendapat undi lebih.

Kalau mereka tidak tabur projek pembangunan, mungkin juga mereka dapat undi lebih.

Tetapi mereka tetap mahu berkempen cara mereka.

Biarlah.

Yang terbaru ialah kaedah kempen MCA, menakutkan pengundi cina mengenai hudud dan "Islam lama".


Terjemahan Bahasa Melayu.



“Kepada semua pengundi berbangsa Cina
diParlimen Kuala Terengganu.
Ingat tanggungjawab anda  semua besar untuk memastikan Malaysia ini terus menjadi Negara secular yang tidak mengamalkan undang-undang Islam.
Baru-baru ini PAS sekali lagi menegaskan akan teruskan agenda melaksanakan hukum Hudud. Hudud ialah undang-undang kuno (ketinggalan zaman) yang dibuat ketika Islam mula dinegara-negara Arab.
Jika kemenangan Pas di kuala Terengganu ini terjadi maka semakin kuatlah PAS untuk meneruskan cita-citanya melaksanakan undang-undang Islam yang kuno dinegara ini.
Kita tidak memusuhi Islam atau Melayu tetapi kita menolak Islam lama yang kolot pemikiranya. Kita perlu mengundi dan mempertahankan Barisan nasional. BN yang dipimpin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi yang yelah mencipta Islam Hadhari-Islam moden yang cukup liberal dan amat sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia. Ramai orang Melayu terkeliru dengan kempen Pas yang mengatakan Islam Hadhari haram kerana tidak sama dengan Islam yang tercipta di Arab. Apa jua ugama harus berubah mengikut masa yang penting. Islam Hadhari menjamin hak asasi rakyat dan kemajuan Negara. Sebaliknya Pas ingin membawa kita kezaman kolot Islam seperti di Arab.
Pas cuba berselindung dengan wajah Anwar dan PKR. Harap pengundi bukan melayu tidak terkeliru dengan imej Anwar. Dia hanya menggunakan Melayu untuk menarik undi. Sejarah Anwar ialah dia seorang yang ekstrem Melayu dan Islam. Ketika zaman mudanya dia sibuk membangkitkan semangat Melayu dan turut merusuh untuk mempertahankan bahasa Melayu, budaya Melayu dan hak Melayu saja. Dia juga merusuh kerana penduduk Melayu yang kononya kelaparan. Dia hanya tahu merusuh tetapi hanya untuk hak Melayu.
Namun kini Anwar cuba muncul gunakan parti perlbagai kaum. Ingat ini semua palsu. Selepas mendapat kuasa, Anwar akan kembali menjadi ekstrim Melayu. Malah orang Melayu dalam negara ini akan menjadi terlampau berkuasa akhirnya bukan melayu akan tertindas dalam keadaan tidak mampu berkata apa.
Pengundi bukan melayu di Kuala Terengganu penentu nasib rakyat dinegara ini. Sama ada Negara akan mundur di bawah undang-undang Islam dan ditadbir oleh golongan ekstrem Melayu atau kekal maju dan makmur dibawah Barisan Nasional.
Undilah BN

Bayangkan kalau Terjemahan ini sampai kepada setiap pengundi Melayu?
UMNO yang tidak berani menolak hudud, mempunyai kawan yang menolak hudud dengan tambahan label "Islam lama".





4 comments:

  1. The only way to stop future genocide is to fight back our way. The cowards use drones and missiles. No suicide bombs. Use snipers and hitmans. Pay them to kill their ambassadors and their families, their company ceos and their families. They kill our children. List down the numbers they have kill and we try to reach that number. An eye to an eye. Hit them anywhere in this world, from Brazil to Mongolia.
    Distribute this comment to as many people as possible all over the world.

    BalasPadam
  2. Sdr Hasbullah,

    Saya perkara yang mengecewakan saya ialah apabila dimaklumkan oleh beberapa orang wartawan sudah mula ada orang yang mula berjudi keputusan P36 KT. Saya tak perlu sebut bangsa, fikir sendirilah.

    Apabila berlaku perjudian, mereka akan menabur duit di DUN Bandar untuk pastikan keputusan itu memihak kepada mereka. Kalau menang, mereka untung berjuta. Itu yang diberitahu oleh teman2 wartawan kepada saya. Saya tak tahu sama ada itu benar atau tidak.

    Maklumat ini mengecewakan saya kerana kita dalam proses memilih calon yang terbaik untuk mewakili rakyat di KT. Malangnya, kemungkinan besar calon itu bukan pilihan rakyat, tetapi ditentukan oleh penjudi yang menabur wang.

    Adakah begitu murah sistem demokrasi kita sehingga ia boleh ditentukan oleh penjudi?

    BalasPadam
  3. orang umno memang suka jika mca melebelkan undang undang islam sebagai islam lama. tetapi mereka ambil ringan akibatnya. cuba anda renungkan siapa yang mengajar mca jadi begini, tentulah pemimpin umno kita.

    BalasPadam
  4. tuan.....
    buat laporan polis segera

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit