test

Khamis, 29 Januari 2009

Jangan Guna Istilah "BANGSA ASING" untuk Warga Tempatan

Istilah bangsa adala satu istilah yang mengelirukan dan sering disalahgunakan.

Siapa yang benar-benar faham apa maksud bangsa?
Entahlah.

Akan tetapi kebanyakan penggunaan istilah bangsa adalah merujuk kepada Melayu Cina India yang kesemuanya warga negara Malaysia.

Ada orang melayu yang mengatakan bahawa Cina dan India adalah bangsa asing. Bagi saya ia penggunaan yang salah.

Adakah Melayu itu bangsa?
Ya

Adakah Cina itu bangsa?
Ya

Adakah India itu bangsa?
pun ya juga jawapannya.

Melayu Cina India juga adalah "keturunan" atau "etnik" atau "kaum".

Apa itu "kebangsaan"? adakah "Kebangsaan" itu berasaskan bangsa dalam konteks Melayu Cina India?

Kalau begitu, setiap satu bangsa ada "Kebangsaan"nya sendirikah?

Apa yang saya faham dengan "kebangsaan" ialah "Nasional", sesuatu yang merujuk kepada kenegaraan.

Lagu Kebangsaan adalah lagi Negara Malaysia
Bunga Kebangsaan adalah untuk Malaysia.
Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa rakyat Malaysia. Walaupun nama bahasa itu ialah Bahasa Melayu, tetapi ianya untuk digunakan oleh seluruh Rakyat Malaysia, tak kira keturunan.

Kalau bangsa adalah adalah Melayu Cina India, apa pula bahasa Kebangsaannya?

Jadi Bangsa adalah merujuk kepada Malaysia dan bukan keturunan seperti Melayu Cina Inda.

Jadi apa itu semangat Kebangsaan?
Adakah ia semangat cintakan kaum masing-masing?
Tidak.

Itu bukan kebangsaan, itu perkauman.

Semangat Kebangsaan adalah Nasionalisme.
Cinta kepada negara dan yang berkaitan dengan kenegaraan.

Apa maksud Bahasa Jiwa Bangsa?
Bahasa Melayu untuk Bangsa Melayu sahaja?
Tidak.

Bahasa Melayu untuk Bangsa Malaysia
Bahasa Malaysia untuk Bangsa Malaysia.

Jadi apa pula "Bangsa Asing"?
Bangsa Asing adalah pekerja Bangla Vietnam yang bekerja di Malaysia.

Sebenarnya perkataan "Kebangsaan" pada UMNO adalah mengelirukan. Mungkin orang UMNO dan PAS juga turut terkeliru.

Kebangsaan itu merujuk kepada nasional, Malaysia, dan bukannya untuk "Melayu".

PKR telah membuang unsur Kebangsaan pada Nama Partinya apabila bertukar daripada Parti Keadilan Nasional (PKN) kepada Parti Keadilan Rakyat.

UMNO masih ada perkataan Kebangsaan.

PAS pula ada "SeMalaysia" , juga satu unsur Kebangsaan.

Jadi Jika PAS ingin menolak Kebangsaan, maka perlu buang "SeMalaysia" pada nama parti.

8 comments:

  1. itulah bila mana rakyat negara jiran dipanggil saudara tetapi rakan india/cina yang dah 4 keturunan lahir diMalaysia di panggil orang asing..

    err.seMalaysia itu merujuk pada kenegaraan bukan Kebangsaan kan?

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. salam.

    SeMalaysia itu paling tepat saya fikir. termasuk semenanjung, sabah, sarawak dan 2 butir batu dekat pulau batu putih.

    BalasPadam
  4. twenty-six:

    Kalau saudara perhatikan pada penulisan di atas, saya tidak menganggap Indonesia sebagai "Asing".

    Kenapa?

    Malaysia dan Indonesia terpisah akibat Perjanjian Inggeris Belanda.

    Lain penjajah, menghasilkan negara yang berbeza.

    Kita amat bodoh kalau tetap terus duduk dibelenggu perjanjian yang ditandatangani oelh 2 penjajah asing.

    BalasPadam
  5. Semasa saya baru menikah dulu, saya terdengar perbualan antara ibu mertua saya dengan rakannya.

    Rakannya berkata, "anak kau kahwin dengan bangsa asing eh? Dah lama ke dia masuk Melayu?"

    BalasPadam
  6. Sdr. Hasbullah,

    Kalau lah kerajaan kita bersefahaman dengan sdr tentang nasionalisme, maka sudah lama kita dah mencapai perpaduan yang erat serta kukuh dan Malaysia sudah dengan bangganya duduk di persada dunia sebagai sebuah negara maju!

    Impian saya ialah bila ditanya akan bangsa saya, maka jawapanya pasti "BANGSA MALAYSIA!"

    BalasPadam
  7. KC:

    Dalam tulisan saya, saya tidak bermaksud untuk mengangkat "Bangsa Malaysia" sehingga terlalu tinggi.

    Akan tetapi Bangsa Malaysia adalah sesuatu yang boleh kita sama-sama persetujui buat masa ini.

    Apabila Nasionalisme/Kebangsaan diangkat terlalu tinggi, akibatnya kita pula akan memandang rendah pada pekerja asing. Walhal mereka pun manusia juga.

    BalasPadam
  8. Bangsa boleh dilihat dalam konteks negara (khusus)dan dunia. Dalam konteks negara, tidak ada bangsa Cina atau India - yang ada hanya etnik atau kaum berketurunan Cina atau India. Dalam konteks negara yang wujud hanya bangsa negara.

    Bangsa negara Malaysia inilah yang perlu difahami dan hayati. Negara Malaysia beracuankan Melayu dan bukannya kecinaan atau keindiaan. Kehormatan ini yang perlu dihayati.

    Ketuanan Melayu bukan bermaksud tuan-hamba tetapi gelaran hormat untuk bangsa di tanah air ini. Kacinaan di negara China, Keindiaan biarlah di tanah India.

    Di Malaysia, hakikatnya (sepatutnya) tidak dibenarkan lagi wujud India atau Cina. Yang ada hanya orang Malaysia, seperti di Indonesia hanya ada bangsa Indonesia. Di Perancis misalnya walaupun pelbagai keturunan tetapi mereka bangsa Perancis yang berbahasa Perancis.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit