test

Jumaat, 30 Januari 2009

HTTP Expire / Mod Expires

Terdapat banya laman web, dan blog mengandungi imej yang sama untuk dijadikan latar belakang ataupun navigasi.

Kebanyakan imej itu tidak berubah, melainkan perubahan pada laman web yang radikal.

Adalah tidak efisyen jika imej itu dimuatkan setiap hari.

Dalam pelungsur web ada cache, sekiranya tidak ditetapkan, maka cache pada pelungsurweb adalah mengikut tarikh luput yang ditetapkan oleh pelungsur web.

Jadi bagi pemilik laman web atau blog yang mahu imej itu tidak dimuatkan selalu dan menjimatkan lebarjalur, maka bolehlah menetapkan tarikh luput sesuatu imej lebih lama.

Kita ambil contoh blog Puan Nuraflah, ada imej ini dihoskan di photobucket.com



Bila imej itu luput daripada cache?

sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx -head -source http://i286.photobucket.com/albums/ll96/themelib/rebel-magazine/rss.gif
HTTP/1.1 200 OK
Date: Fri, 30 Jan 2009 04:53:37 GMT
Server: Apache
Last-Modified: Sun, 27 Jul 2008 14:20:25 GMT
ETag: "986ba33-8cf-1b9a9c40"
Accept-Ranges: bytes
Content-Length: 2255
Cache-Control: max-age=21600
Expires: Fri, 30 Jan 2009 10:53:37 GMT
Connection: close
Content-Type: image/gif

Saya tidak pasti berapa lamakah "21600" tu,


Menurut Nujum Firefox, imej itu akan luput pada pukul 6 petang hari ini.
Jadi kalau pengguna memasuki blog itu malam ini, imej itu akan sekali lagi dimuatkan.

Jadi bagaimana mahu imej itu luput tahun depan? Setahun daripada sekarang?


Jawapannya ada pada Mod Expires, atau HTTP expire.

Saya tidak pasti samada wujudkan perkhidmatan hosting percuma yang boleh diletakkan imej supaya ia luput selepas setahun.

Hosting berbayar pun saya tidak pasti. Mungkin ada yang ada, ada yang tiada. Sila rujuk pembekal masing-masing.

Sekiranya anda mempunyai hosting di mana-mana tempat, yang menggunakan apache, sila cuba perkara berikut.
Buat 1 direktori khas untuk imej-imej atau css , kemudian buat 1 fail ".htaccess" kandungannya sebegini

ExpiresActive On
ExpiresDefault "access plus 12 month"
Masukkan fail .htaccess itu ke dalam direktori itu.

Kalau ada ralat, mungkin hosting itu tidak menyediakan mod expire.

5 comments:

  1. Tak faham. Tinggi sangat ilmu awak :-)

    BalasPadam
  2. kalau tak salah, 21600 itu merupakan 21600 saat.

    catatan tambahan:
    jikalau menggunakan wordpress, ada plugin seperti WP-Cache dan WP-Super-Cache yang boleh menolong kita menggunakan tetapan sendiri untuk cache.

    BalasPadam
  3. Kavi:

    Kalau tak salah, WP Cache dan WPsuperCache itu untuk menyediakan halaman statik supaya tidak membebankan pangkalan data(db).

    Bukan untuk dokumen/imej dengan pelungsur web.

    BalasPadam
  4. Salam,
    dah enable mod_expires di beras-padu.

    BalasPadam
  5. Amran:

    Terima kasih banyak-banyak.
    Kena caj tambahan tan?

    Pucuk dicita ulam mendatang.
    Memang kena masa, Photobucker tema ini pun lebih had trafik hari ini.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit