test

Ahad, 11 Januari 2009

Federelisme Pemerintahan Malaysia Wajar Diubah?

Telah diberitakan di Sinar Harian bahawa Tian Chua (PKR) mahu mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya Royalti minyak dinaikkan kepada 20% , berbanding sekarang ini hanya 10% Persekutuan, 5 % Negeri.

Pada Masa yang sama pula Syarikat Minyak milik kerajaan Persekutuan.

Yang menariknya, alasan untuk meminta negeri pengeluar minyak diberi lebih royalti adalah supaya membasmi kemiskinan.

“Kita hendak beliau (Wan Farid) menyatakan pendirian terhadap isu ini kerana jika beliau ikhlas ingin membantu rakyat Terengganu, beliau hendaklah menyatakan pendirian sama dengan rakyat negeri ini.

“Dengan royalti minyak yang meningkat sekali gus kerajaan negeri dapat meningkatkan projek pembangunan untuk mengurangkan kemiskinan rakyat,” katanya pada sidang media anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam.

Pemberian lebih royalti minyak kepada kerajaan negeri akan menyebabkan kerajaan persekutuan kekurangan sumber 10% yang dinikmatinya.

Apabila royalti menjadi 20%, maka Syarikat minyak akan kekurangan 5%.
Kerajaan persekutuan akan kehilangan lagi sumber daripada syarikat minyak miliknya.

Bagi saya pemberian lebih royalti adalah umpama pembayaran daripada bapa ke anak, atau boleh juga dikatakan sebagai dari poket kiri ke poket kanan.

Apa rasionalnya mengurangkan sumber pendapatan kerajaan persekutuan supaya negeri yang mempunyai sumber minyak mendapat terlalu banyak?

Jikalau matlamatnya untuk mengurangkan kemiskinan, bagi saya langkah yang baik adalah dengan menambahkan peruntukan kepada kerajaan-kerajaan negeri daripada kerajaan persekutuan.

Kerajaan negeri itu samada BN atau PR.

Apa yang terjadi sekarang ialah kerajaan persekutuan terlalu kaya, berbanding dengan apa yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Rakyat di negeri-negeri banyak juga membayar kepada kerajaan persekutuan.

Pembangunan pula banyak diberikan kepada wilayah yang dikuasai persekutuan iaitu Kuala Lumpur.

Ini bukan soal BN vs PR.

Ini soal Kerajaan Persekutuan vs Kerajaan Negeri.

Tatkala Malaysia mendapat sumber Dalam Negeri Kasar 504 bilion, belanjawan Negeri Kelantan saiznya hanya lebih kurang 300 juta.

Tetapi PKR mahu PR laksanakan pengurangan sumber pendapatan persekutuan supaya negeri mempunyai minyak mendapat lebih?


Siapa yang benar-benar diharapkan untuk membasmi kemiskinan, Persekutuan atau Negeri?

Yang dekat dengan Rakyat ialah Kerajaan Negeri. Tetapi Kerajaan negeri terlalu mendapat sedikit peruntukan daripada kerajaan Pusat.

Jika politik basmi kemiskinan mahu dimainkan, maka peruntukan-peruntukan ke arah akar umbi perlu dinaikkan.

Peruntukan Kerajaan Negeri
Peruntukan Parlimen

Peruntukan ADUN.


Tetapi perkara sebaliknya berlaku, banyak kerajaan negeri yang berhutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Ada juga Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh parti yang sama dengan kerajaan persekutuan, menyerahkan kepentingan negeri kepada Persekutuan.

Bila agaknya Melaka menjadi "Wilayah Persekutuan Melaka" ?


Eh

Di Malaysiakini ada melaporkan aktiviti penjajahan persekutuan terhadap kepentingan kerajaan negeri.

4 comments:

  1. Off topic. Kalau belum ada info ni minta maklumkan dalam blog web mengenai boikot Israel

    http://www.mylinkspage.com/israel.html

    Raden

    BalasPadam
  2. susah-susah... bagi sama gua ajer la... pandai-pandai la gua arrangekan bahagian depa...

    BalasPadam
  3. nanti ahli politik mereka nak dapat duit dari mana pulak?

    BalasPadam
  4. sejarah federalisme ni unik. sebab kita ada negeri2 melayu bersekutu, tidak bersekutu dan negeri2 selat.

    senator sebenarnya memainkan peranan penting dalam check n balance federal vs state ni.

    Pakdi
    http://pakdi.my

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit