test

Ahad, 4 Januari 2009

Cadangan Layang-Layang di Sekolah, Ali Rustam Merepek Lagi?

Saudara Adihamka pada blognya pukul habis Ali Rustam apabila Ali Rustam mencadangkan supaya permainan layang-layang diperkenalkan di sekolah.Kemudian Ketua Pemuda PKR juga tolong pukul.

Bagi saya, Ali Rustam memberikan cadangan yang tidak tepat bagi penyelesaian masalah. Namun masalah tetap ada.

Dia mencadangkan begitu untuk mengekalkan permainan tradisi. Permainan tradisi kalau tidak dimainkan, dia akan pupus. Perumahan jenis teres dan pangsapuri tidak menggalakkan.

Saya tidak tahu, kenapa semua perkara hendak diterapkan di sekolah. Seolah-olahnya dengan menerapkan sesuatu di sekolah semua akan menjadi.

Saya tidak setuju pelajar dilarikan fokus daripada pendidikan hanya kerana mahukan anak-anak mengenal sesuatu.

Satu bentuk pemikiran wujud dimana mereka sering berfikir semua benda perlu diterapkan di sekolah.

Kita panggil pemikiran ini ialah sumbatsemuadisekolahisme.


Jikalau benar Ali Rustam mahu kekalkan permainan tradisi sehingga boleh dimainkan oleh kanak-kanak mahupun dewasa, maka perlu ada langkah lain yang lebih global, bukannya sesuatu yang di bawah tempurung pemikiran sumbatsemuadisekolahisme.

Saya tolak pemikiran sumbatsemuadisekolahisme Ali Rustam kerana ia membebankan pelajar dan guru.

Selain daripada pemikiran sumbatsemuadisekolahisme, wujud juga satu bentuk pemikiran baru, dimana semua menolak semua yang dicadangkan oleh ali Rustam disebabkan kemerepekannya tanpa mahu mengkajinya wujud perkara positif disebaliknya.

Pemikiran ini boleh dipanggil sebagai Anti-AliRustamisme .

Anti-AliRustamisme menolak pembinaan pembinaan Jambatan ke Dumai, hanya kerana ia dicadangkan oleh Ali Rustam, tetapi kalau pembinaan Jambatan itu dicadangkan oleh orang lain, maka ia boleh diterima.


Kembali kepada isu permainan tradisional yang nak pupus.

Sekiranya kita keluar daripada tempurung pemikiran sumbatsemuadiskolahisme dan anti-Alirustamisme, pasti akan menjumpai penyelesaian bagi masalah kepupusan permainan tradisional itu.

Apa susah sangat, kita olimpikkan permainan itu.

Maka perlunya langkah-langkah supaya permainan tradisional boleh diolimpikkan bermula dari bawah.

Permainan Sepak Raga bulatan, yang telah dijadikan "sepak takraw", sepatutnya boleh dijadikan satu sukan bertaraf dunia yang dimainkan secara bulatan.

permainan sepak raga bulatan perlu direkod, didokumentasikan dan perlu di adakan peraturan bertulis supaya wujudnya satu piawaian bagi permainan itu. Kemudian diakan pertandingan supaya ia betul-betul menjadi sukan yang baru.

Kemudian dijadikan acara sukan sea, kemudian sukan asia kemudian olimpik.

Barulah ianya tidak pupus.

Begitu juga sukan tradisional yang lain.

Gasing pun boleh diolimpikkan kalau mahu. Yang penting dokumentasi spesifikasi gasing dan peraturan perlawanan perlu ada dalam bentuk piawai supaya dunia boleh bermainnya.

Saya tidak hairan kalau batu seremban pun boleh dijadikan permainan antarabangsa.

Orang putih boleh adakan perlawanan kiub rubik, kira masa, lawan banyak peringkat.

Permaianan Batu Seremban pun secara teorinya boleh jadi sebegitu.

Kalau tiada pemikiran glokalisme, begitulah jadinya, segala yang tradisional direndah-rendahkan tanggapannya.

Glokalisme penting untuk maju. Jika tidak, kita hanya mengikut rentak dunia dan bukan mengubah dunia mengikut rentak kita.

15 comments:

  1. idea dari seorang bakal timbalan perdana menteri!!!!

    BalasPadam
  2. Nampaknya sudah ada pemimpin potensi molek timbalan perdana menteri berfikiran GloKal.

    Permainan ala-Bollywood patut disumbatsamasemuadisekolahisme di samping manfat yang amat banyak permainan layang-layang.

    Biar mereka melayang dan khayal sejak dari sekolah lagi.

    Mulakan di Melaka dulu.

    BalasPadam
  3. bol,saya cadang:
    1. layang layang olimpiknya di Bukit Katil
    2. Kalau Bukit Katil tak ada stadium bertaraf olimpik, atas katil pun kira ok gak.

    BalasPadam
  4. padang sekolah yang ada sekali pusing pun tak sempat semput.
    main layang-layang dalam dewan.

    BalasPadam
  5. Tuan Sebol,
    jangan terkejut kalau tak lama lagi shisha akan ganti Program Susu Sekolah jika Pak Ali ni jadi TPM!

    BalasPadam
  6. saya cadangkan permainan layang-layang di sekolah dalam bahasa inggeris.

    BalasPadam
  7. Layang-layang di skolah? macam-macam le menteri negeri melaka ni punya idea.

    BalasPadam
  8. Sebenarnya Ali Rustam jadi gila meroyan bila airbus tak dapat landing kat aiport batu berendam

    BalasPadam
  9. Cikli:

    Hahahaha

    Angkasanuri :

    Lebuh AMJ boleh dijadikan airport

    BalasPadam
  10. lama gak aku x main layang2 ni.. Ali Ketam, oh Ali Ketam, kenapa ko suka cakap merapu..

    BalasPadam
  11. ali ketam sbnarnya ok pmikiran dia.. cuma dia pun bayak mengalami sumbatisme drpd org2 kanan dia...

    BalasPadam
  12. Inilah satu-satunya pemimpin bengong yang UMNO ada.

    BalasPadam
  13. ok dooooh main layang2 dohh.. best doh..

    BalasPadam
  14. Quattro Passi per una vita di successo: 1, solitaria durata nel tempo; 2, resistere alla tentazione, 3, sanno dare, 4, imparare a scegliere
    Hanno detto che la rete era falso, ho riso, come se la realtà è davvero la stessa
    cartier watches
    buy cartier
    cartier watches sale

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit