test

Rabu, 31 Disember 2008

Apa yang hendak dibanggakan kalau 51% Jawap dalam B.Inggeris? ... Malaysiakini

Merujuk kepada Berita di Malaysiakini yang mengatakan 51% daripada pelajar menjawap soalan dalam Bahasa Inggeris.

Bagi saya ia adalah satu pencapaian yang teruk.

Penentang PPMSI terbahagi kepada 2.
1. Yang tidak yakin pelajar boleh belajar dalam Bahasa Inggeris
2. Yang tidak risaukan sangat prestasi pelajar tetapi risaukan survival bahasa.

Bayangkan kalau semua pelajar kita memang mahir kedua-dua bahasa, boleh menjawap soalan Matematik dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Statistik 51% menjawap dalam bahasa Inggeris adalah statistik yang membimbangkan.

Saya tidak rasa pelajar digalakkan untuk memilih bahasa, akan tetapi pasti ada guru yang menggalakkan mereka untuk menjawap dalam Bahasa Inggeris, biar pun pelajar itu mampu untuk menjawap dalam Bahasa Melayu.

Jadi, bolehlah kita bersedih kerana seramai 51% pelajar tidak mampu menjawap Matematik dalam Bahasa Melayu.

Mungkinkah pelajar yang mampu menjawap dalam Bahasa Melayu lebih dari itu? Sekiranya Ya, ia adalah satu jenayah kejam terhadap bahasa. Pelajar yang mampu untuk menjawap dalam Bahas Melayu telah diracuni oleh kementerian melalui guru untuk mengutamakan bahasa penjajah itu.


Saya adalah golongan penentang PPMSI yang jenis no 2, iaitu yakin Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu dan bahasa perpaduan.

Bagi saya, penyokong PPMSI adalha orang yang tidak yakin kepada bahasa sendiri, Bahasa Melayu alat penghubungan utama Bangsa Malaysia.

Sekiranya penyokong PPMSI ini wujud pada zaman Khalifah Abbasiyah, mereka akan memaksa pelajar untuk belajar Sains dan matematik dalam bahasa greek.

Tetapi perkara itu tidak berlaku, Baitul Hikmah menterjemah ilmu Greek kepada Bahasa Arab (ar) dan Farsi (fr).

Sekiranya mereka wujud ketika zaman renaissance, mereka akan memaksa pelajar  untuk kekal belajar dalam bahasa Arab.

Penyokong PPMSI hanya nampak dunia sempit mereka.


Apabila jatuhnya Tamadun Barat nanti, anak cucu kita akan tanya, kenapa ilmu ini diajar dalam Bahasa Inggeris? Mengapa Tok Nenek kita tidak menterjemah Ilmu kepada Bahasa Melayu?

Cucu-cucu kita akan persoalkan, perkara mudah macam ini pun orang dulu-dulu tak boleh terjemahkan?

Cucu-cucu kita akan persoalkan, kenapa Papan kekunci komputer di Malaysia dalam susunatur Amerika, bila Amerika menjajah Malaysia?

13 comments:

  1. Kalau itu dibanggakan, kebanggaan yang membinasakan. Kenyataan akhbar itu juga penuh dengan silap mata. Pendidikan kita bercelaru dengan golongan silap mata.

    BalasPadam
  2. Hasbullah,

    Saya tak nak komen mengenai tulisan tuan. Saya nak komen design blog tuan. Nampak menarik dan lebih ummph! Tahniah tuan blog!

    BalasPadam
  3. "Cucu-cucu kita akan persoalkan, kenapa Papan kekunci komputer di Malaysia dalam susunatur Amerika, bila Amerika menjajah Malaysia?"

    budak2 amerika pun pelik. kita jajah dia ke dia jajah kita. bendera kita sama pulak tu.

    BalasPadam
  4. Mungkinkan kita menggunakan susunatur papankekunci Amerika kerana menyangka George Washington itu orang Merlimau?

    BalasPadam
  5. Papan kekunci komputer kita gunakan susunatur QWERTY (atau anda nak panggil 'Amerika' pun boleh, tapi biasanya tiada orang kisah dari negara mana datangnya susunatur ni), tiada kena-mengena dengan siapa jajah siapa, hanya kerana seluruh dunia gunakan susunatur yang sama. Sebenarnya, terdapat susunatur yang lebih baik (lebih efisien), seperti susunatur Dvorak. Tetapi, kerana susunatur QWERTY telah diiktirafkan sebagai piawai di seluruh dunia dan selama satu abad lebih, dah terlalu sukar untuk sesiapa nak mengubahkan sistem ini. Inilah penjelasan dari sudut pelajaran ekonomi.

    Saya hairan, kenapa penulis tetap merujuk kepada bahasa Inggeris sebagai 'bahasa penjajah'? Takkan kita menafikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa oleh sebab bahasa itu merupakan bahasa yang digunakan oleh kuasa penjajah begitu lama dahulu?

    BalasPadam
  6. kalau anak anak kita tak menguasai inggeris, ekspot terbesar malaysia dlm 10 tahun = pembantu rumah!

    kerajaan harus bagi pilihan kpd rakyat.

    BalasPadam
  7. McGarmott:

    Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan bahasa penjajah. (2 faktor)

    Manakala bagi negara lain bahasa Inggeris hanya bahasa antarabangsa. (1 faktor)

    Bila masa pula susunatur papankekunci QWERTY menjadi piawai dunia?

    Tempurung dunia pengkomputeran Amerika?
    Komputer di Jerman menggunakan Qwerty kah?

    Tidak, mereka menggunakan QWERTZ


    glokasisasilah

    BalasPadam
  8. Mejoriti tonggak utama kejuruteraan di china, mereka masih mengekalkan pembelajaran ilmu teknikal dalam bahasa ibunda. Tiada masalah pun, malah bakal menguasai dunia sedikit masa lagi. *Sekadar pandangan peribadi.

    BalasPadam
  9. KITA NI MANUSIA.BILA KITA BODOH MACAMANA PUN KITA AKAN BELAJAR SUPAYA MENJADI PANDAI.TAPI BILA KITA PANDAI KITA NAK JADI LAGI PANDAI.MAKA DENGAN ITU KITA BELAJAR LAGI AGAR MENJADI PANDAI.AKHIRNYA KITA MENJADI GOLONGAN ORG YG PANDAI2.
    GOLONGAN PANDAI2 INI LAH YANG PALING DI TAKUTI KERANA MEREKA INI PANDAI2 BUAT APA YG MEREKA SUKA.MACAM TU LA ORG KITA TERUTAMA MELAYU YG SUKA MEMBANGGA-BANGGA BERUK DI HUTAN.APA LA HEBATNYA B.INGGERIS ITU.JGN INGAT KITA YG TAK RETI BAHASA MAT SALLIH TU TIDAK AKAN MAJU HINGGA KE PERINGKAT GLOBAL.DEY POODAHHH... ADA BAHASA SENDIRI NAK DI ROSAKAN AKHIR JADI ROJAK!!! HELLO MENTERI2 YG BODOH LAGI TARAK BIJAKSANA.HAMPA JGN BANGGA LA BAHASA ORANG PUTIH TU.B.INGGERIS KAT SEKOAH DAH ADA.PERLUASKANLAH BAHASA INGGERIS JGN LA MATH DAN SAINS PUN NAK SAMA DI PERLUASKAN DI JADIKAN BAHASA INGGERIS.KITA BUKANNYA DIJAJAH LAGI.KITA ADA MARUAH,ADA IDENTITI DAN ADA BUDAYA. BUKANNYA SEMUA ORANG NAK JADI DOKTOR ATAU PAKAR MATHEMATIK.KLU DAH TAU DAH BELAJAR B.INGGERIS MAKA TAU LA DEPA NAK PERGUNAKAN BAHASA INGGERIS SECARA BIJAKSANA DAN TAK PAYAH LA MATH DGN SAINS PUN NAK TAU BAHASA MAT SALLIH TU.AKAI ADA KA...!!!???

    TENGOK LA DRAMA MELAYU KITA SETIAP HARI KAT TV.NAK KATA DRAMA MELAYU CAKAP ORANG PUTIH.NAK KATA DRAMA ORANG PUTIH NAHU B.INGGERRIS PUN TAK BETUI...CAKAP MELAYU JUGAK.JADI DRAMA TERSEBUT JADI LA DRAMA AL-ROJAK.MANA IDENTITI.... KITA?SEMUANYA MENGARUT DAN BODOH BELAKA.TENGOK LA BEBERAPA TAHUN LAGI TUKAR PULAK KE B.MALAYSIA SAINS DAN MATHEMATIK KONONNYA NAK MEMTARBATKAN BAHASA IBUANDA ATAU BAHASA YOUR MOTHER DLM B.INGGERIS.APA LA KERAJAAN MALAYSIA NI.PATUT LA KALAH PILIHANRAYA KERANA PENTADBIRAN YG TAK KONSISTEN DAN MERAPU.APA KATA KLU DITUKARKAN KE BAHASA JAWA,LAGI INTERNATIONAL YOUUUUUUUU....... TANK KIEUU!!!

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit