Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2008

Carta Aliran Maklumat Blog Tempatan

Carta ini telah saya buat untuk menggambarkan aliran maklumat blog-blog. Sila klik pada imej untuk melihat gambar yang lebih jelas. Carta menunjukkan bagaimana sesuatu catatan blog diangkat oleh robot dan manusia. Dimana anda? Ada yang membaca blog satu persatu. Ada yang membaca blog dari Beras Padu . Ada yang membaca blog dari pembaca RSS jenama kesukaannya. Ada yang suka baca upcoming di Negaraku.net Adakah anda tergolong dalam golongan yang suka membaca blog satu persatu? Masuk sahaja blog itu, "Alamak belum kemaskini" Panah yang berwarna biru adalah aliran yang dilakukan oleh manusia, dimana pembaca yang boleh mengangkat sesuatu catatan blog supaya naik. Pembaca di Beras Padu boleh hantar dan undi ke Negaraku.net. Setiap catatan yang popular akan digabungkan dengan catatan yang dipilih secara manual oleh "Editor" Beras Terpilih. (Editor : mudin , Ezza , Jed dan saya) Panah berwarna hitam adalah aliran yang dilakukan oleh mesin iaitu menggunakan RSS. Google R...

Bendera Malaysia Mengantikan Jalur Gemilang

Dulu saya pernah tulis tentang bendera Malaysia yang dirasa memang patut ditukar . Tapi saya bukan geng terbalikkan bendera. Saya mahukan Bendera Malaysia mempunyai unsur "Sang Saka Merah Putih" seperti yang dimahukan oleh Dr Burhanudin Al-Helmy. Buat apa pening-pening mencipta bendera yang baru? PUTERA-AMCJA sudah sediakan bendera negara kita seawal 1947. Sudah pasti ianya dipersetujui oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy Kepada yang sudah bersedia dengan perisian grafik , sila buatkan kembali Bendera Malaya kita ini. Iaitu Sang Saka Merah Putih yang ada 12 bintang.

Bahasa Melayu dan Islam Diangkat Martabatnya oleh Bukan Entik Melayu

Masa kian hampir, dimana etinik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Masa kian hampir, dimana etnik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Islam. Parti Politik etnik melayu yang besar itu (UMNO) teramatlah tidak boleh diharapkan untuk memartabatkan kedua-duanya sekali. Tanpa segan silu peminpin mereka membunuh istilah belanjawan. Pemimpin PAS bagaimana pula? Ianya masih menjadi tanda tanya. Etnik melayu cukup malas untuk mencari istilah yang sesuai pada bahasanya apabila ingin bercakap atau menulis. Mereka suka gunakan sahaja perkataan Inggeris kedalam pertuturan mereka. "Nanti aku call engkau." "Aku tengah download" Bangga benar mereka memasukkan perkataan inggeris kedalam pertuturan dan penulisan. Sebenarnya itulah yang menampakkan sikap malas pada diri mereka. Pernah suatu ketika dahulu, saya berbicara dengan Isteri saya, sebenarnya kalau kita bercakap bercampur aduk perkataan dalam satu ayat. ia memang menampakkan...

Erti Kemerdekaan yang Sempit?

Anwar Ibrahim di blognya menceritakan tentang erti Kemerdekaan . Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan Akan tetapi komen saya di blognya itu tidak dilepaskan. Hasbullah Pit Aug 30th, 2008 at 7:38 pm Kemerdekaan sebenar ialah apabila seluruh Nusantara Merdeka. Selagi Patani di jajah Thailand, dan Moro dijajah Filipina. Selagi itu bukan kemerdekaan sebenar. Selagi kesan Penjajahan Inggeris Belanda yang memisahkan nusantara sehingga hari ini, selagi itu belum benar merdeka. Selagi kesan perjanjian Anglo-Siam masih ada, selagi itu kita belum boleh merdeka sepenuhnya. Tuan-tuan dan puan-puan, Tanah Melayu hanya 80% merdeka. Kesan Perjanjian Anglo Siam masih lagi memberi impak kuat kepada tanah-tanah kita yang masih dijajah siam. Perjanjian Anglo Siam menyebabkan sebahagian dari Tanah Melayu disahkan sebagai milik Siam oleh British. Mana boleh. Hari ini Hari Kemerdekaan, jangan hadkan pemikiran kita tentang kemerdekaan yang diberikan oleh British sahaja...

Usaha Kemerdekaan Yang Sering Kita Lupakan

Sempena hari kemerdekaan ini, mari kita sedekahkah Al Fatiha kepada Bapa Kemerdekaan kita iaitu Dr Burhanudin Al Helmy. Akan menjadi acara tahunan bagi blog ini untuk menonton video 10 tahun sebelum merdeka . SILA KLIK SINI Sebagai tambahan, mari dengar lagu oleh black. Memang sedih mendengar lagu itu, kalau benar anda menghayati perjuangan kemerdekaannya. Paling menyedihkan apabila Saudara Mujahid menceritakan tentang Dr Burhanudin Al-Helmy yang mencerita "dibunuh" UMNO pada satu ceramah di Kampugn Sebatu sepentas dengan Saudara Damian Yeo. Mujahid kata Dr Burhanudin Al-Helmy dulu ketika ditahan ISA, dia terlalu malu untuk kencing, walaupun disediakan tandas, tetapi ia agak terbuka sehingga dia tahan untuk kencing. Akhirnya setelah keluar, dia sakit akibat terpejara. Dan meninggal dunia atas sebab itu. Dialah Bapa Kemerdekaan kita. Kenapa UMNO buat macam itu kepada dia? Mungkin orang UMNO akan kata "Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang perjuanga...

Terjumpa Pepijat Nautilus (atau gnome-mount?)

Gara-gara nak buat partisyen swap di pemacu USB, saya terjumpa pepijat nautilus, mungkin ia pepijat gnome-mount. Bayangkan pemacu USB yang bersaiz 1 Gb, boleh memuatkan data 5.1 Gb Lihat apabila pemacu USB itu dibuka:- Boleh jadi kaya kalau beli pemacu USB 1 Gb, boleh simpan data 5.1Gb. Ceritanya sebegini, dalam beberapa hari lepas, saya cuba nak letakkan fail swap di pemacu USB dalam sistemfail vfat seperti asal. Bertujuan untuk menjadi manusia yang paling besar fail swap di Merlimau. Kemudian saya diracuni oleh wawa, supaya membuat partisyen swap di pemacu USB terus. maka saya pun mkswap /dev/sdb1 ; swapon /dev/sdb1 akan menjadi sebegini root@ubuntu-sebol:/var/www/lili# free total used free shared buffers cached Mem: 775280 736284 38996 0 3952 115836 -/+ buffers/cache: 616496 158784 Swap: 1006568 0 1006568 Akan tetapi perkara lain berlaku. Disebabkan saya tidak mengaktifkan partisyen swap...

SYABAS dan KDEB

Dalam beberapa hari ini, sering keluar di Buletin Utama menunjukkan bantahan NGO terhadap cubaan pengambilalihan SYABAS oleh KDEB. (Tiada kaitan dengan KDE atau GNOME) . Diperkatakan kononnya masalah lama yang berulang. Tetapi tidak pula kedengaran suara dari Kerajaan Negeri Selangor tentangnya. Yang saya faham, KDEB ingin mengambil alih SYABAS. Bukannya KDEB menubuhkan Syarikat Air Kerajaan Negeri yang baru. Tukar kepala sahaja, syarikat sama. Kalau NGO itu kata SYABAS cukup bagus, apa kaitannya dengan pengambilalihan. Tukar Taukey sahaja, pekerja sama, infrastruktur sama, cara kerja sama, melainkan bil air sahaja yang lain sedikit. Apa yang kerajaan Persekutuan mahukan? Berdolak-dalik dalam isu ini? Kenapa Kerajaan Persekutuan seolah-olah tak mahu beri 20 meter padu air percuma. Kalau Persekutuan sungguh nak memberikan 20 meter padu air percuma kepada 1 Malaysia pun boleh kalau dia mahu. Kasi sahaja duit kepada semua kerajaan Negeri semua negeri termasuk negeri BN supaya dapat air p...

Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat yang Menggunakan Istilah "Bajet"

Hari ini Belanjawan akan dibentangkan. Walaupun ramai yang gunakan istilah "bajet" saya tetap menggunakan belanjawan. Para blogawan penyokong DSAI yang bermati-matian di Permatang Pauh dulu, sila gunakan istilah belanjawan. Saya agak pasti Anwar Ibrahim akan kekal menggunakan Istilah Belanjawan , seperti tahun lepas . Jangan biarkan " Belanjawan " menjadi Istilah subversif . Jikalau catatan di blognya menggunakan istilah "bajet", itu mungkin pembantunya yang tulis, bukan dia. Belanjawan esok? Akan ada subsidi makanan seperti yang Ikram mahukan? Kemaskini 11:45 29 Ogos: Senarai blogawan yang menggunakan istilah "belanjawan" menggantikan "bajet":- 21:26 Belanjawan Membodek ! » LAWAN TETAP LAWAN 21:00 B09 :( Akhir ) - Belanjawan Membodek ! [updated] » Al-Banjari Online 20:44 Tiada Yang Istimewa Dalam Belanjawan 2009 » Asia, Tech, Malaysia & World 19:50 Belanjawan 2009 - Intipati keseluruhan perbentangan » Kembara Minda...

Netscape Yang Terakhir

Netscape versi terakhir ialah Netscape 9.0.0.6 Catatan blog ini ditulis menggunakan Netscape yang terakhir itu. Oleh kerana Netscape 9 ini berasaskan Firefox 2, maka ia memang macam Firefox.

Akta DNS untuk Raja Petra?

Bang Bakaq cukup bersemangat menentang akta DNA. Akta DNA itu, dikatakan untuk mengenakan Anwar. Saya belum kaji lagi Kandungan Akta DNA itu jadi saya tidak ulas apa-apa. Kini Malaysia-today.net pula kena blok, tetapi hanya pada pengguna pelayan DNS tertentu. Malaysia-today.net kena blok, Tak fasal-fasal , OpenDNS dapat publisiti. Saudara Sicksand juga turut mengiklankan OpenDNS ketika bercerita tentang pemblokan Laman Web Malaysia-today.net . btw, i am using opendns. Saudara Danesh juga memperagakan IP OpenDNS apabila menceritakan Laman Malaysia-today.net openDNS (208.67.222.222 / 208.67.220.220) and other DNS servers got it right so use them to get onto Malaysia-Today . Bagaimana kalau semua rakyat Malaysia menggunakan OpenDNS? Tak dapatlah SKMM atau pihak lain blok guna cara DNS. Ketika sibuk dengan akta DNA, tak mustahil kalau pihak tertentu membentangkan Akta DNS, yang mewajibkan semua orang menggunakan pelayan DNS kebangsaan. Kepada para pentadbir sistem atau separa pentadbir...

Gunalah opendns untuk Blok Laman Lucah

Dulu Dr Izad telah cerita panjang tentang opendns yang sesuai digunakan untuk blog laman lucah. Caranya amat mudah, tetapi mudah juga dibolosi, melainkan kalau pengguna tak reti tukar DNS. Laman Malaysia-today.net diblog ? Sebenarnya ia hanya diblog secara DNS oleh pelayan nama tmnet. root@ubuntu-sebol:~/Desktop# nslookup -q=any malaysia-today.net 202.188.0.133 Server: 202.188.0.133 Address: 202.188.0.133#53 malaysia-today.net origin = ns1.blocked mail addr = blocked.tm.net.my serial = 1 refresh = 900 retry = 600 expire = 86400 minimum = 3600 malaysia-today.net nameserver = ns1.blocked . Name: malaysia-today.net Address: 127.0.0.1 Kalau guna opendns atau Jaring memang tidak kena blok. root@ubuntu-sebol:~/Desktop# nslookup -q=any malaysia-today.net ns1.jaring.my Server: ns1.jaring.my Address: 161.142.201.17#53 Non-authoritative answer: Name: malaysia-today.net Address: 72.47.236.85 Name: malaysia-today.net Address: 202.71.97.141 Nam...

Aksi Blogawan Ketika PRK Permatang Pauh

Pilihanraya Permatang Pauh, berlaku ketika Beras Padu baru dihidupkan semula. Maka terpaksalah saya melihat gelagat blogawan mengemaskini blog masing-masing seberapa pantas yang boleh. Awal pagi, Mutaligat sudah menceritakan tentang pengundi datang awal , dan Perayu undi main ejek-ejek . Kemudian dia menceritakan tentang topeng Anwar yang tidak dibenakan pakai . Tidak lama selepas itu Puan Emy pula membuat catatan dengan gambar kanak-kanak sedang main basikal memakai topeng Anwar. Topeng Anwar tidak dibenarkan dipakai kerana takut kanak kanak hilang sehingga sukar dijumpaikah? Kemudian ramai lagi yang menceritakan tentang Anwar sudah mengund i, ramai juga menceritakan tentang hujan sudah turun. Tidak ketinggalan yang menceritakan tentang daftar pemilih yang berbeza. Kemudian Puan Emy membalas dengan " penjelasan "nya. Mutaligat menceritakan tentang Perayu Undi BN yang longlai. Selepas cerita hujan turun , maka ramai-ramai blogawan di Permatang Pauh mencerita kan tentang hu...

Keputusan Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas

Hadiah Pertama: RM 100 Simpanan Hari Tua Anda - GARAM 31,195 undi. Pemenang Hadiah Kedua: RM 50 Emas, emas dan emas - ASAL 15,524 undi Hadiah saguhati: RM 15 (untuk 10 orang pemenang). (kesemuanya hanya mendapat 92 undi, tapi tidak hilang wang pertaruhan) demi incik sebol...... - Sishoney Emas,KWSP & Encik Hasbul. +PsyChoMaTix+ encik hasbullah yang hensem - JeBorn KWSP GOLD ? - HardyWeb Withdrawing KWSP to buy gold ? - |1f34|-|1r3 Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB - Afham PELABURAN EMAS lwn PELABURAN KONVENSIONAL Naim Jalil Emas Bernilai 1 JUTA RINGGIT?? Dookie (mp3syok) Emas Tempayan - Jie (Hidup Biar Sedap) Simpanan Hari Tua Anda | Emas KWSP Abd Fatah Kepada semua Pemenang, Sila emelkan nombor akaun bank anda ke alamat sebolku (a) yahoo.com.

Seminar Dinar Emas Di UiTM Johor?

Menurut Dziauddin : Insya Allah pada 16 Okt 2008, penulis bercadang mengadakan Seminar Dinar Emas di UiTM Johor. Kertas cadangan seminar sedang dalam pemibikinan. Itulah masa untuk membentangkan apa yang patut dibentangkan. Yang paling utama, suara-suara Peserta Peraduan Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas yang bernas itu boleh dibentangkan. Anda adalah sebahagian daripada revolusi yang lebih besar. Mungkin bagi sesetengah pihak, yang mengatakan ianya "merapu". ni lagi satu pemimpin pas, entah apa2 lah dia ni, merapu. jadilah contoh yang terbaik. macam ni ke Pas nak perintah Serkam. Jangan mimpilah. Mungkin selepas ini akan ada suara seperti "Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang Dinar Emas". Adalah dimaklumkan juga, Keputusan Pemenang Peraduan itu akan diumumkan sebaik sahaja Keputusan Pilihanraya kecil Permatang Pauh diumumkan.

Beras Padu Sudah Hidup Semula

Semalaman saya cuba menghidupkan kembali Beras Padu. URL baru bagi Beras Padu ialah http://beras-padu.pit.my . Berbanding "Beras Padu BARU" yang dulu, kini ada butang negaraku.net, sekiranya anda meminati sesuatu catatan, sila klik butang itu. (Gambar Bendera Malaysia). Sekiranya catatan itu telah dihantar ke Negaraku.net, maka ia dikira sebagai undian tambahan.

Bendera Malaysia Perlu Diubah dan Mempunyai Unsur Sang Saka Merah Putih

Tahun lepas saya sudah mencadangkan bahawa Malaysia perlu mempunyai lagu kebangsaan yang baru. Mari kita lihat Indonesia. Itu bukan sekadar bendera Indonesia, tetapi ianya bendera "Sang saka merah Putih". Sang Saka Merah putih bukan sahaja Bendera Indonesia, Ia juga bendera kita. Bendera Nusantara, Malaysia Indonesia, selatan Filifina, Selatan Thai. PKMM kata, Sang Saka Merah Putih itu jangan dikotori, dengan meletakkan keris padanya. Menjadi Bendera UMNO. Namun Bendera PAS juga Sang Saka Merah Putih dikotori, Namun ia tetap berasal dari sang saka merah putih. Nampaknya UMNO dan PAS sama-sama mengkotori Sang Saka Merah Putih, namun ia jelas nampak berasal dari Sang Saka Merah Putih. Begitu juga bendera Singapura, berasal dari Sang Saka Merah Putih. Dan juga bendera Melaka, mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih. Mengapa Bendera Malaysia tidak langsung mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih? Apa yang dibanggakan sangan dengan jalur menyerupai Amerika...

Nabil Tiru Sebol?

Petang Semalam, Tersiar satu lawak Nabil yang di Astro yang menceritakan tentang Telefon Chowkia Q878 yang serbaguna itu. Terus saya dipanggil oleh isteri saya, mengatakan lawak saya ditiru. Saya sendiri tak boleh katakan yang Nabil meniru lawak saya kerana saya sendiri ambil konsep dari lawak Iklan iPhone. Namun, aksi seperti gosok baju, minum, cukur misai memang ada pada lawak saya pada 23 Ogos 2007. Ulang Siaran lawak saya yang dulu : seperti SE k800i , SE Z750 ini boleh digunakan untuk kerja harian di rumah seperti:- menggosok pakaian. Basuh botol susu Tidurkan anak Ia juga boleh digunakan untuk menjamah hidangan makanan.. dijadikan makanan... ..dan minuman. Selain daripada ia boleh mencukur rambut anak.. ..ianya juga boleh mencukur misai suami. Di bilik air, ia boleh digunakan untuk mengosok gigi... ...dan dijadikan sebagai sabun. Hampir saya lupa, ianya juga boleh dijadikan telefon ..dan mikrofon Itulah kelebihan Sony Ericsson k800i yang boleh dirasai oleh pengguna Sony Eric...

Hidhir (ADUN Merlimau) Nak Kasi Wawa Pingat Emas

berikut adalah berita dari Sinar Harian Edisi Melaka Negeri sembilan yang menceritakan bagaimana Hidhir (ADUN Merlimau) ingin memberikan pingat emas kepada ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu. Zaman berubah, susu ibu sudah oleh dipolitikkan jika mahu. MERLIMAU - Ibu yang menyusu bayinya dalam tempoh sejam selepas kelahiran dan secara konsisten bagi enam bulan pertama, layak mendapat pengiktirafan sebagai juara atau boleh diibaratkan sebagai penerima pingat emas seperti ahli sukan yang menyertai Olimpik. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, dalam teks ucapan yang dibacakan Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN), Lazan Ali berkata, seorang ibu sangat memerlukan sokongan seperti ahli sukan yang menyertai Olimpik. “Jika atlet ingin berjaya di dalam sukan tersebut, mereka menggabungkan keazaman dan iltizam dengan sokongan daripada ahli keluarga, jurulatih, anggota pasukan dan pihak kerajaan. “Keadaan yang sama diperlukan oleh ibu untuk memperkas...

Politik Pembangunan Masih Wujud Pada Alaf Baru

Lihat cekupan skrin kekotak borak di laman blog Mutaligat . Bila ahli politik UMNO Kampung mula masuk ke alam siber, itulah jadinya. Segala hujah yang sesuai untuk penyokong UMNO kampung Tedong dan Sempang mula keluar ke alam siber. Mari kita mengiakannya. Ya lah, kalau tiada UMNO dan Barisan Nasional, tiada Menara Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur dibuat mengunakan duit UMNO, bukan duit kerajaan persekutuan atau duit kerajaan Negeri. Kalau UMNO tak ada yang sokong, maka tak adalah Menara Kuala Lumpur. Putrajaya bukan dibuat menggunakan duit PETRONAS, tapi dibuat oleh duit UMNO, duit yuran ahli dia yang dia kumpul ramai-ramai, maka jadilah putra jaya. Kerana itu kita kena sokong UMNO, kalau UMNO kalah, nanti dia angkat semua bangunan di Putrajaya itu bawa balik ke cawangan-cawangan UMNO. Eh, Rupanya Lebuhraya pun dibuat menggunakan duit UMNO, kalau UMNO kalah, nanti dia angkat lebuhraya itu bawa balik simpan dibelakang rumah Pengerusi JKKK. Keretapi? Jaringan keretapi kerajaan British ...

Apa Yang Pemuda UMNO Tedong Tahu Fasal Datuk Onn?

Bersungguh-sungguh Pemuda UMNO Kampung Tedong menyiarkan Sumpah Melayu sambil dihiasi Datuk Onn sebagai Latar Belakang. Sumpah tersebut dilafazkan ketika dia masih lagi UMNO. Ketika itu dia masih lagi mempercayai bahawa dengan UMNO boleh berjuang. Namun Datuk Onn Keluar UMNO, kerana dia mahu membuka UMNO kepada bukan melayu. Kerana apa? Orang UMNO peringkat kampung hanya tahu langkah itu sebagai "pengkianatan kepada bangsa", memang sampai 2008 ini pun pemikiranmereka setakat itu. Walhal Datuk Onn tidak setuju benar dengan Tunku yang mahu memberikan kerakyatan murahan kepada pendatang asing. Datuk Onn ingin membuka UMNO kepada bukan melayu kerana mahu mengawal kerakyatan. Orang UMNO zaman milenium baru ini yang duduk di Kampung Tedong mana faham. Hasilnya, Datuk Onn keluar UMNO, tubuhkan IMP, kemudian orang IMP sendiri diludah oleh orang UMNO, Itu sebelum merdeka. Tetapi ludahan orang UMNO terhadap orang IMP itu tiada ertinya. IMP mahu merdekakan Malaya tanpa memberi kerakya...

Penurunan Harga Minyak Lebih Banyak Menimbulkan Persoalan

Harga Minyak diturunkan. Ramai yang suka, ramai yang memperlekeh dan macam-macam lagi. Daripada janji kononnya diturunkan pada 1 September tetapi rupanya 23 Ogos. Mengapa 23 Ogos? Adakah harga minyak bulanan yang berubah-rubah itu akan berubah setiap 23 haribulan? Daripada mana tarikh 23 haribulan itu diambil? Bagi pengguna biasa ramai yang seronok sehingga tangguhkan pembelian minyak kepada 23 haribulan. Kepada pengusaha? Shahrir Samad menggunakan alasan pengusaha ketika memaklumkan tentang kelewatan penurunan harga minyak. Banyak syarikat minyak yang menggunakan sistem pesanan automatik untuk pengusaha minyak jenama mereka. Dalam erti kata lain, mereka TIADA HAK untuk mengawal stok mereka. Saya tidak sebut jenama, pandai andailah cari. Sekiranya mekanisme penetapan harga minyak bulanan dilaksanakan pada setiap hujung bulan, Syarikat minyak boleh buat kelonggaran supaya pengusaha boleh membuat pesanan secara manual supaya kalau pengusaha rugi, itu atas kawalan pengusaha bukan atas kaw...

Peraduan "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas" Sudah Tamat

Peraduan sudah tamat. Berikut adalah penyertaan yang ada. Minta jasa baik peserta (atau bukan peserta) untuk menyiarkan keseluruhan senarai penyertaan sebagai satu langkah meningkatkan pautanbalik kepada peserta-peserta. --mula-- demi incik sebol...... - Sishoney Emas, emas dan emas - ASAL Simpanan Hari Tua Anda - GARAM (secukup rasa) Emas,KWSP & Encik Hasbul. +PsyChoMaTix+ encik hasbullah yang hensem - JeBorn KWSP GOLD ? - HardyWeb Withdrawing KWSP to buy gold ? - |1f34|-|1r3 Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB - Afham PELABURAN EMAS lwn PELABURAN KONVENSIONAL Naim Jalil Emas Bernilai 1 JUTA RINGGIT?? Dookie (mp3syok) Emas Tempayan - Jie (Hidup Biar Sedap) Simpanan Hari Tua Anda | Emas KWSP Abd Fatah --- tamat -- Keputusan akan diumumkan dalam masa beberapa hari. Harap bersabar. Nasib baik bilangan penyertaan sama dengan bilangan hadiah, maka semua daoat hadiah. Cuma nak tentukan siapa yang dapat no 1 dan no 2 sahaja.

Sheih Terbalikkan Bendera Kerana PDAM?

Saya membaca maklumbalas sheih (Kickdefella) apabila dikatakan Evil oleh PakLah . Akan tetapi yang menghairankan ialah pemberhentian pekerja stesyen minyak dijadikan alasan. Apapun, apa yang saya faham, perlaksanaan sistem layan diri sebenarnya telah diadakan sejak tahun 2001. Akan tetapi tidak dikuatkuasakan sangat oleh KPDN. Yang nak sangat mengadakan sistem layan diri adalah PDAM, persatuan Pengusaha Stesyen Minyak yang terdiri pengusaha pelbagai jenama. Apabila harga minyak dinaikkan menjadi RM 2.70, ramai yang mengeluh kerana peratusan komisyen menjadi terlalu rendah. Pekerja pula ramai. Bukan pengusaha yang nak sangat ramaikan pekerja , tetapi syarikat minyak yang paksarelakan pengusaha ramaikan pekerja berada di "forecourt". Shell kata pada pengusaha shell, "Kau Tengok, PETRONAS boleh letak ramai orang, kau letak la ramai lagi". PETRONAS pun kata macam tu, "Shell boleh letak ramai, kau letaklah lebih ramai" Memang nampak macam "persaingan sihat...

Blogawan

Hari ini saya terjumpa satu istilah "blogawan" yang memberi maksud penulis blog. Saya meminati istilah itu untuk menggantikan "blogger" yang sering dikelirukan dengan "blogger.com". Pernah saya ceritakan pada kawan saya, "bloggers" (ada s) merujuk kepada orang, blogger tanpa "s" merujuk kepada blogger.com. Agak pelik juga apabila menggunakan "bloggers" yang ada "s" untuk penlisan bahasa Melayu. Maka istilah blogawan agak sesuai. Perlukah ada "blogawati" untuk menulis blog wanita? Sebelum ini istilah blogawan telah digunakan oleh tiger ., hisyam dan lain-lain

3 Peraduan Blog Akan Ditutup Tidak Lama lagi

Tarikh Tutup Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas adalah Esok (20 Ogos). Kebetulan, Tarikh tutup Peraduan " Jika Aku Pemimpin Malaysia " Anjuran blogikus.com juga Esok 20 Ogos Hari ini, Adalah Hari terakhir untuk Peraduan " Nuffnang gift Idea Contest ". Hadiah tempat pertama telah dinaikkan menjadi RM 2000. Mana Kakjie ? Kata nak hantar catatan blog Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas ? Masih simpan di dalam draf? Oleh kerana Kak Jie begitu selalu mengatakan dia "Makcik Cleaner yang Tersohor", Maka saya hadiahkan Kak Jie Pembersih Hampagas Panasonic . Rupa parasnya sama dengan pembersih hampagas di rumah saya. Kalau Kak Jie yang profesional itu rasa terhina dengan pembersih hampagas di atas, kakjie boleh ambil pembersih hampagas Karcher Wet & Dry Vacuum Cleaner . Boleh sedut walaupun basah. Kelihatan agak profesional, kerana Ralf Schumacher dan Jarno Trulli pun guna Karcher untuk membersihkan Kerata Formula 1 nya.