test

Ahad, 22 April 2007

SE k800i:PlayNow! -> Ipohmali:Point Blanc+Jac

Ipoh mali, Ipoh Ipoh mali.

beberapa hari lalu, aku cuba main dengan PlayNow(tm) pada SE k800i,
nampak macam boleh beli lagu, walaupun aku ada jumpa lagu yang kena bayar RM 5.00, macam mana aku pun cuba 'beli' lagu guna 'playnow!', kalau 1 lagu RM 5 berbaloi juga rasanya.

Jadi aku pun cubalah beli, dapat muaturun 1 fail kecil sahaja. 0.5Mb. bukan lagu penuh.
Yang menariknya, bila aku cuba mainkan radio, dengar versi penuh lagu itu dimainkan di corong telefonbimbit. maka timbullah mina
t untuk menggoogle point blanc.

maka aku jumpa URL dia, http://www.voyeurrecords.com/

dan terus dapat tonton video Ipoh mali, versi penuh. menurut laman web itu, Album akan dikeluarkan pada bulan Mei, prebiu pada bulan april.

Hairan juga, lagu 30 saat kena bayar RM 5, lagu versi penuh dengan video boleh tengok dalamtalian.

Yang lebih menghairankan lagi ialah, lagu ipoh mali sudah berada di P2P, dikongsikan oleh beberapa hos.

kenapa PlayNow tak jual lagu versi penuh?

oleh kerana blog dia pun paparkan youtube lagu itu, dan dibenarkan untuk dikongsi.

maka kubenamkannya di sini:-




mungkin Strategi Pemasarannya ialah 'Korbankan Sedikit Harta Intelek' untuk promosi, & rasanya strategi itu berjaya.




0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit