Langkau ke kandungan utama

Catatan

Jika Aku Pemimpin Malaysia

Ini adalah catatan untuk peraduan Jika Aku Pemimpin Malaysia yang dianjurkan oleh blogikus . Disebabkan syarat peraduan tidak boleh menulis tentang politik walaupun tidak berbentuk kepartian, maka pening pula kepalaku. boleh..entri mesti tiada kaitan dengan politik Apa nak tulis yang berkaitan dengan Jadi Pemimpin Malaysia kalau tidak tulis tentang politik? Jadi tidak dapatlah saya meulis tentang mengubah struktur kementerian, seperti menggabungkan beberapa kementerian menjadi Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan ., begitu juga untuk meletakkan kementerian perumahan dan KPDN di bawah Kementerian Kewangan. Kerana ianya politik. Tak dapat juga saya ceritakan tentang memperkasakan Dinar sebagai matawang kerana ianya politik. Tak dapat saya ceritakan tentang memberikan harga disel lebih murah kepada pengusaha bas sekolah kerana ianya politik. Tak dapat juga saya ceritakan supaya pembayaran gaji mengikut kalendar cina , kerasa ia melibatkan dasar dan dikira politik Tak dapat juga sa...

Tutorial Blogger: Mengesan Daripada Mana Pengunjung Masuk

Daripada catatan lama saya tentang "Mekanisme Pengesanan Pautan", ianya lebih kepada mengenalpasti siapa yang membuat pautan kepada sesuatu catatan, Pengguna blogger beruntung kerana blogger.com menyediakan linkback. Walaubagaimanapun, sekiranya pengguna blogger membuat pautan ke wordpress (yang menggunakan Trackback), blogger tidak boleh ping ke wordpress, melainkan guna cara manual yang saya pun belum jumpa. Cara tambahan untuk mengesan siapa yang membuat pautan ke blog anda (termasuk wordpress) ialah menggunakan jentera carian. 1. Masuk blogsearch.google.com kemudian cari " link:hamirdin.blogspot.com " Cara diatas hanyalah untuk mengesan pautan daripada catatan blog. Adakalanya pengunjung masuk daripada pautan yang dibuat diluar kandungan blog, sebagai contoh dari pautan di bar tepi, pautan di laman web lain. Kita hanya dapat tahu apabila orang masuk. Ada banyak cara untuk mengesannya, tak dapat nak diterangkan semuanya kecuali cara yang saya suka guna atas seba...

Kekalahan Lee Chong Wei

Selepas kekalahan Lee Chong Wei, ramai penganalisis badminton timbul. Tadi saya memakai jersi Malaysia duduk di hadapan TV, namun kekecewaan juga yang diterima. Antara Penganalisis yang menarik ialah Steven, Sila baca Catatannya: Chong Wei lost!!! Gambarajah turut disediakan. hehe Ada juga penganalisis yang mengkaitkan dengan politik. Why Malaysia Badders Failed to Win Gold in Olympic?

Tutorial Blogger: Membuat Wiget Carian Pada Blog

Salah satu ciri-ciri kebolehgunaan blog yang utama ialah blog mestilah menyediakan kemudahan carian supaya pengunjungnya mudah mencari catatan lama. Jangan risau, Blog yang tidak mempunyai juga tetap diiktiraf sebagai blog walaupun tidak mempunyai carian. Blog anda tidak akan menerima nasib yang sama dengan pluto yang kehilangan status "planet". Ini tutorial khas untuk Prof Hamirdin yang meminta pengunjungnya membaca catatan lama. Blognya bukan blog berita dimana catatan lama akan luput, blognya tidak mensyaratkan "mesti_baca_yang_baru". Tutorial ini khusus untuk pengguna blogger.com (Orang kampung panggil blogspot). Tutorial Membuat Wiget Carian di blog blogger.com (blogspot) 1. Pergi ke Dahsborad dan seterusnya "Layout" "Page Element" 2. Add a Gadget, pilih HTML/Javascript Salin dan tepekkan teks di atas. dan kemudian simpan. Siap. Sekiranya anda bukan "hamirdin", sila tukarkan hamirdin kepada yang bersesuaian dengan blog anda.

Puteri UMNO yang Diraba, Sila Buat Laporan Polis Bertulis

Diberitakan bahawa puteri UMNO diraba ketika berlakunya penamaan calon di Permatang Pauh semalam . Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka. Apabila ahli Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan ahli Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya. "Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh," katanya. Laporan Polis itu sekadar cakap mulut atau laporan bertulis? Ketika Puteri UMNO diraba oleh orang UMNO di Muar dahulu, ada salinan laporan polis. Kali ini belum timbul lagi salinan laporan polis. Nak tahu juga "sekump...

Penarik Beca Dihentam di Melaka Ketika Dia Ditahan di KL

Di sini saya nak ceritakan perasaan saya ketika malam kedua Bang Bakaq tidur dilokap. Sebagai blogger yang rapat dengan bang bakaq di dunia siber , saya begitu ambil berat kes penangkapan beliau. Saya sendiri ke KL untuk tunggu suarakan bantahan, walaupun yang hadir hanya dalam lingkungan berbelas orang. Ceritanya bantahan itu boleh dibaca di Bakaq's Arrest - Bloggers Gathering at Bukit Perdana. Mahaguru58 Berita Abang Bakaq Nora Penarik Beca direman sehari lagi…. Amin iskandar Pak Bakaq remanded for another night :( Nat Diantara yang hadir tadi ialah, Rahmat Haron, Nora , Nathaniel Tan , Bernard Khoo , Wae Joe , Zain, Hasbullah Pit , Irwan, Mahaguru 58 , Munirah dan ramai lagi. Pada malamnya, di Paya Dalam di adakan ceramah oleh Nasharudin Mat Isa, dia nak beri "Penjelasan". Sila baca di blog Mutaligat. Saya dengar ceramah "penjelasan" itu baik-baik, dia menafikan dia jumpa Najib di London. Banyak juga dia nafikan. Tapi 2 perkara dia tak nafikan, iaitu ...

Saya Tak Pandai Sangat PHP

Saya tak pandai sangat PHP, ketika dulu saya lebih sukakan perl+CGI berbanding PHP, agak konservatif bunyinya. Unit K-Ekonomi Negeri Melaka akan mengadakan pertandinga pengaturcaraan PHP. Rujuk : http://veryimportantprogrammer.com/ http://blog.harisfazillah.info/2008/08/vip-very-important-programmer-php.html Dan baru-baru ini, "SAMEON" minta saya promosikannya di blog saya. Maka inilah promosi yang saya buat. Adakah saya akan menyertainya? Otak sudah berkarat, akan tetapi rasanya nak pula masuk bertanding. Hadiah boleh tahan juga. 1st Place : RM 1000 2 (two) Zend Studio for Eclipse 1 Training Coupon (training.org.my) Goodies 2nd Place : RM 750 + 2 (two) Zend PHP Certification Bundle Goodies 3rd Place : RM 500 1 (one) Zend Framework Book Goodies 4th, 5th and 6th places : RM 100 Goodies Masa agak suntuk, tidak pasti samada nak buat pasukan "Lajnah ICT PAS Melaka" untuk masuk bertanding, Kalau "Unit IT UMNO Melaka" masuk baru buku...