Langkau ke kandungan utama

Catatan

Limau

Menyanggah kempen "1 bulan 1 gram"

Ramai peniaga emas mengadakan kempen 1 bulan 1 gram, untuk menggalakkan pemilikan emas. Pemilikan emas itu OK, cuma masalah terlalu banyak premium ditanggung pembeli. Pembeli tidak untung, peniaga pun bukannya untung banyak sangat sebab kos transaksi/ masa. Jadi kaedah yang saya cadangkan ialah mengasingkan tunai, supaya pembelian boleh ditangguhkan supaya jimat premium. Alasan biasa ialah "Takut duit dipakai". Kaedah sebegini agak bahaya, sebab nanti pelanggan tidak mempunyai rizab fiat, walaupun fiat tiada nilai intristik, tetapi sementara BNM masih berkuasa, ianya masih boleh digunakan. Jadi apa kaedahnya? Setiap orang biasanya menghambakan diri dengan bank, kerja untuk bayar hutang. jadi seandainya, seseorang itu boleh penyimpan RM 200 sebulan. Bulan pertama: Bayar lebih hutang kereta RM 200 Bulan kedua: bayar lebih hutang kereta RM 200 bulan ketiga: bayar lebih hutang kereta RM 200 bulan ke empat: Anda tidak perlu bayar RM 600 , kalau installm...

Bagaimana memulakan pemilikan emas?

Bagaimana memulakan pemilikan emas? Kalau sudah faham, kenapa perlu memiliki emas? Sebab emas penyimpan nilai terbaik, usah peduli propaganda "pelaburan" emas yang "menguntungkan", sebab sebenarnya nilai emas sama. Terdapat pihak yang menggunakan kempen "1 bulan 1 gram" Ada juga pihak yang menggunakan kempen "tukar wang fiat kepada dinar" Ada juga "1 bulan 1 dinar" Ada juga yang kempen "Rantai 999, lebih baik drpd bar sebab boleh pajak" Jadi mana yang bagus? Setelah bergelumang dengan emas lebih 5 tahun, dapat saya katakan, pemilikan emas 999.9 adalah terbaik. Walaupun pihak bank tak sudi menerimanya sebagai pajakan. Perlu diingatkan, emas adalah supaya kita Merdeka daripada Bank. Bukan lebih bergantung pada bank. #BeliaBenciBank Jadi bagaimana nak mula? Bagi yang sudah berkahwin, sila penuhkan dulu isteri anda dengan emas. (Kaum isteri sila klik like) Rantai leher seutas,  Rantai tangan kiri kanan . cinci...

Hutang Kereta Rakyat 1Malaysia

Saya bukan peminat Rafizi Ramli. Saya tak setuju benar dengan idea pelupusan hutang PTPTN. Tak kala negara mengalami masalah hutang negara yang begitu besar, dan rakyat pula terbeban dengan hutang masing-masing. pelupusan hutang bukan satu idea yang baik. Namun, Cadangan Rafizi berkenaan duti kereta itu ada baiknya, tetapi tetap saya bukan sokong 100%. (sebab saya bukan peminat dia) Rakyat Malaysia ramai yang muflis disebabkan kereta. Hairan juga, satu alat pengangkut manusia dan barangan boleh menyebabkan orang muflis. Namun itu yang terjadi. Maklumat lanjut tentang kemuflisan disebabkan kereta boleh rujuk blog Pak Di. Klik sini: http://www.pakdi.net/kereta-punca-ramai-orang-malaysia-muflis/ Penghapusan atau pengurangan duti import kereta, akan mengurangkan harga kereta. Tetapi Bank juga menyebabkan permintaan terhadap kereta mahal itu tinggi, disebabkan oleh pinjaman terlalu dipermudahkan. Mana tidaknya, boleh pinjam sehingga 9 tahun untuk beli kereta. Rakyat malaysia ...