Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ayo Mulai! Kempen Menderma Dirham ke Masjid Setiap Jumaat.

Ayo Sertai Kempen Mula Menderma Dengan Dirham Pada Hari Jumaat Di Masjid Muka Depan 1 Dirham Muka Belakang 1 Dirham Setiap hari jumaat, mulai hari ini, dermakan satu dirham setiap kali solat jumaat di Masjid. Ini bertujuan untuk mengedarkan dirham kepada masyarakat sambil beramal. Saya faham ianya memerlukan kos yang tinggi. Walaubagaimanapun, kita bukannya boleh bawa emas dan perak sampai ke kubur. Maka gunakan daya ekonomi tuan puan, beli dirham banyak-banyak dan dermakan. Samada pihak masjid faham atau tidak tentang dirham dinar, ianya akan difahami jua satu masa nanti. Mana-mana AJK Masjid yang berada di Melaka, boleh perolehi Buku "Dinar Emas dan Dirham Perak" tulisan Sheikh Imran Hussien, secara percuma daripada saya. Tapi pemilikannya adalah milik Masjid, bukan milik AJK. Kiriman Blog di sana-sini KEMPEN: Jom Derma Dirham Ke Tabung Masjid - RP Gold Trading / Putremas Kempen menderma di Masjid menggunakan Dirham - Jutawan Dunia Emas (kirima...

Khazanah Lepaskan Pegangan Tatkala Harga Setem naik?

Teka-teki pelepasan pegangan Khazanah ke atas POS Malaysia makin merumitkan apabila harga setem dijangka naik. Agak pelik, Khazanah melepaskan pegangannya tatkala POS Malaysia akan untung. Dalam sistem kewangan fiat, semua benda akan naik, termasuk setem? Jika anda beli dan kumpul setem banyak-banyak kerana harga setem akan naik, anda tidak akan jadi kaya. Setem 30 sen akan tetap nilainya 30 meskipun setem yang diperlukan untuk menghantar surat menjadi 50 sen. Setem tidak ditukar dalam unit 1 setem, 2 setem, Ia hanya jelmaan wang kertas yang nilainya ikut nilai muka. (Face value)

MEB: Kenapa Sungai Buloh menjadi pilihan?

Pada pembentangan MEB, terdapat kisah KWSP membangunkan Sungai Buluh. KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melantik perunding induk bagi merancang pembangunan Sungai Buloh sebagai hab baru Lembah Klang di kawasan seluas 12,000 hektar.  Persoalannya, Kenapa Sungi Buloh? kenapa bukan lokasi lain? Apa sebab musababnya?

Earth Hour Merlimau 2010

Jangan lupa malam ini, 8:30 malam. Padamkan sumber tenaga 1 jam. Bumi untuk Semua Makhluk Bumi Geng Kita
Pelan Kesihatan Obama yang bernilai USD 938 bilion telah diluluskan. Menggunakan gimp, sila unjurkan graf dibawah.... Lebih kurang setahun yang lalu, kita lihat bahawa banyak syarikat insurans Amerika nak mampus, pusing punya pusing, merekalah yang beruntung sekarang ini. Memang bijak kepala otak Yahudi, Tak hairan Najib ambil mereka sebagai penasihat.

Palestinkini.info Memerlukan SEO Tambahan

Pada pendapat saya, Palestinkini.info masih mempunyai SEO yang rendah. Laman web yang agak sentiasa mempunyai maklumat yang segar itu memerlukan anda, yang mana mempunyai laman web atau blog atau apa saja, untuk membuat pautan  ke http://www.palestinkini.info Untuk makluman pembaca, kandungan laman itu adalah Bagi penagih RSS , boleh gunakan alamat suapan RSS http://palestinkini.info/?feed=rss2 Buat masa ini Ranking Alexa adalah 1.5 juta , mungkin boleh dipertingkatkan sekiranya anda semua dapat membantu hanya membuat pautan keüada laman web palestinkini.info