Usah di layan sangat cerita pemilihan UMNO. A sedia bertanding B dapat pencalonan Negeri C kata sokong D E kata F tak layak bertanding bla bla bla bla Kesemua ini boleh diibaratkan hiburan politik sahaja. Dalam erti kata lain, gosip politik. Mereka bukan membincangkan kandungan politik kerahan pembentukan negara. Ada kita dengar calon yang bertanding menyediakan kaedah menyelamat ekonomi? kemudian dibidas oleh calon yang lain. Adakah kita dengar calon itu berjanji untuk cuba mempertingkatkan taraf pendidikan? Kalau berjanji untuk mengukuhkan parti ada juga kedengaran. Ada mereka berjanji untuk menggunakan kaedah ekonomi yang lebih islamik untuk mengatasi masalah ekonomi? Akan tetapi, seronok juga makan bertih jagung sambil menonton drama UMNO. Di dunia lain yang agak jauh sedikit dari politik, Ustaz Zaharudin telah bercerita tentang kandungan politik, iaitu kebaikan dan keburukan nasionalisasi. Catatannya panjang, tidak hanya nasionalisasi, kalau hendak diulas, memerlukan sekurang-kura...
Ayhd Yang Hendak Dibaca