Langkau ke kandungan utama

Catatan

Klon bagi Blog Ali Rustam

Jangan gundah gelana akibat, blog Ali Rustam tidak boleh diulas oleh pengunjung. Entah mana datangnya Profesor Klon , telah mengklonkan Blog Ali Rustam secukup rasa dan disitu boleh ulas. Alamat Blog Ali Rustam Klon adalah: http://mohdalirustam2.blogspot.com/ Profil Ali Rustam pun diklonkannya. Tahniah kepada profesor klon kerana telah mengklonkan Blog Ali Rustam supaya rakyat boleh bersuara. Saya pun ada terfikir untuk melakukan perkara sebegitu memandangkan semua blog pembangkang di negeri Melaka tidak boleh diulas. Mungkin saya akan kumpul semua suapan blog DUN melaka untuk diOPMLkan, dan letakkan di satu tempat yang semua orang boleh ulas. Penyelesaian sedang dicari. Joomla? Planet + Haloscan?

Ali Rustam Tersilap Percaturan Blog

Cukup banyak cerita tentang Blog Ali Rustam, Dari pada mulanya nak pantau 240 blog, kemudiannya dapat surat Permohonan , selepas itu melancarkan blog sendiri dan mengaku " sudah lama berblog" . Kemudian menyuruh semua ADUN ada blog. Daripada blog "moderated comment", dibuka untuk "registrated user". Setelah dihentam kuat oleh pihak yang tak bertanggung jawap, maka komen semua sudah hilang pada pagi ini. Siapa yang rugi? Rakyat Melaka. Beberapa perkara menjurus kepada berlakunya perkara ini. 1. Penulisan Ali Rustam yang sesuai untuk orang kampung 2. Pengulas yang tidak ada adab. (Politik ejek-ejek, masih diamalkan) 3. Langkah membuat ulasan menjadi unmoderated. Apa malunya mempunyai blog yang "moderated comment", di blog Anwar Ibrahim pun "moderated comment". Apa yang hendak dibanggakan sangat ulasan tidak ditapis kalau akhirnya semua ulasan tidak kelihatan. Mungkin Ali Rustam di cabar oleh pihak tertentu, kalau berani, buka ruangan ulas...

Jamuan Black 14: Mana makanannya?

Apabila media kuat berbohong, maka apabila dia tidak berbohong, orang akan sangka dia berbohong. Itulah akibat berbohong terlalu banyak. Saudari Ezza, dengan pantas mengatakan media berbohong . Auta paling utama berita (Pesta Pembohongan) 1. Makan malam bertukar menjadi perhimpunan haram 2. Majlis makan malam itu bertujuan untuk meraikan 10tahun perjuangan PKR. Ya, Ya, semua orang tahu Black 14 adalah perhimpunan dan bukannya jamuan. Manakala Mahaguru mempersoalkan kenapa pihak penganjur tidak memohon permit :- If that is the case , then why the bloody hell have the Pakatan Rakyat leadership not applied for a permit to hold such a gathering in the first place? Ketika itu saya telahpun membaca kenyataan Ketua Polis KL yang mengatakan penganjur hanya mengadakan jamuan makan . “Ia hanya menyebut penganjuran makan malam. Tetapi jika makan malam itu bertukar kepada perhimpunan haram seperti dinyatakan dalam laman-laman blog sehingga mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya ke...

Sawda bint Zam'a ibn Qays

Ini sememangnya catatan blog salin-tepek Sawda bint Zam'a ibn Qays (radiAllahu anha) had been the first woman to immigrate to Abyssinia in the way of Allah. Her husband had died and she was now living with her aged father. She was middle-aged, rather plump, with a jolly, kindly disposition, and just the right person to take care of the Prophet's household and family. So Muhammad (salAllahu alayhi wasalam) gave permission to Khawla to speak to Sayyiduna Abu Bakr and to Sawda on the subject. Khawla went straight to Sawda and said, "Would you like Allah to give you great blessing, Sawda?" Sawda asked, "And what is that, Khawla?" She said, "The Messenger of Allah has sent me to you with a proposal of marriage!" Sawda tried to contain herself in spite of her utter astonishment and then replied in a trembling voice, "I would like that! Go to my father and tell him that." Khawla went to Zam'a, ad gruff old man, and greeted him and then said,...

Masih Menggigil......

Sekarang ini saya masih menggigil setelah melihat kemalangan dua pelajar perempuan Kolej Komuniti Jasin (tetapi letaknya di Merlimau) dilanggar oleh sebuah kereta. Video dapat dirakam melalui kamera CCTV yang berfungsi (tak seperti di KLIA), akan tetapi tidak disiarkan kepada umum atas sebab "branding". Kedua pelajar itu telah dihantar ke hospital. Doakan Zaharah dan Ani selamat, memandangkan keadaan mereka begitu teruk sekali.

PENGUMUMAN: Beras Padu untuk peranti mudahalih

Disebabkan terdapat beberapa orang yang sering mengunjung Beras Padu melalui telefontangan, maka saya mengambil inisiatif untuk membuat 1 versi halaman untuk peranti mudahalih. Ia dioptimasikan untuk sambungan seperlahan GPRS. Diuji untuk Opera mini versi Java MIDP resolusi rendah. Dipendekkan cerita, orang kampung yang telefon tak berapa canggih pun boleh buka. Pengunjung yang menggunakan telefon disarankan untuk membuat tandabuku alamat ini di Opera Mini anda. http://taman-pitis.blogsite.org/index-mobile.php Secara teorinya, ia sepatutnya lebih pantas dari Beras Padu biasa kerana: Kurang gambar saiz dokumen lebih kecil

Benarkan tiada babi Malaysia dieksport ke Singapura?

Adakah anda semua PASTI babi di Malaysia adalah untuk dalam negeri dan bukannya untuk dieksport ke Singapura? Persoalan itu saya tak tahu jawapannya, akan tetapi selalu juga nampak lori bawa babi di lebuh raya. Di Blog ALHUSSEYN, ada menunjukkan statistik bilangan babi di Malaysia. Manakala di Blog Ali Rustam, mengatakan hanya 40k-60k Oleh sebab itu, kerajaan Melaka sentiasa memastikan jumlah ternakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan iaitu antara 45,000 hingga 60,000 ekor sahaja. Manakala kawasan ternakan yang dibenarkan hanyalah di kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah. Bukan saya kata, Ali Rustam yang kata. Jauh pula beza 150k babi dengan 60k babi. Jika 60,000 had maksimum bilangan babi di Melaka adalah BENAR, nilainya bagi saya tetap terlalu tinggi untuk negeri sekecil Melaka, dengan bilangan penduduk sekitar 648,xxx orang sahaja. Adakah Kerajaan Negeri mengamalkan dasar "10 penduduk seekor babi "? Adakah Negeri Melaka mempunyai lembu sebanyak itu? Jika nilai 150,0...

Blog Jed Yoong Baru yang Buruk

Memandangkan Blog baru Yed Yoong terlalu huduh, Maka saya mencadangkan supaya pengunjung blog ini, untuk melawati http://www.eblogtemplates.com/templates/wordpress-themes/ dan kemudian mencadangkan templat blog yang sesuai baginya berdasarkan kandungan blog terdahulu . Hantarkan Cadangan anda di sini Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kes sakit mata penduduk Malaysia.

Attn: Penarik Beca ... Ambil kau!!

Saya tak berpengalaman menghos fail mp3 menggunakan laman web yang golongan muda-mudi suka masuk. Oleh itu saudara penarik beca bolehlah mengambil fail ini, untuk dihoskan di mana yang saudara suka. http://taman-pitis.blogsite.org/mp3/kalid-melaka.mp3 Keterangan: Ceramah Khalid Samad di Jasin Melaka. Saya tak berniat untuk meletakkan fail itu selamanya disitu kerana bandwidth terhad. Kalau sudah ambil, sila bagitau saya. p/s: Ada sesiapa boleh cadangkan dimana nak hoskan fail .amr atau .mp3?

Permalink, Blogger PAS , Tranungkite dan sekutunya

Saya sebenarnya mushkil kepapa pemblog PAS, atau laman tranungkite atau yang seangkatannya tidak suka membuat pautan ke pautantetap (permalink atau permanent link) dalam sesuatu artikel. Akan tetapi, mereka membuat pautan ke laman hadapan blog sumber. Perkara ini amat memushkilkan saya. Apa punca terjadinya sebegini? Mungkin pengaruh tranungkite terlalu kuat, sehingga membentuk budaya. Tranungkite yang diminati oleh ramai orang PAS, tidak mem membuat pautan ke pautantetap sesuatu artikel. Kita ambil satu contoh, artikel Ustaz Kamal mengenai Belanda yang tersiar di Tranungkite . Dimana pautan yang diberikan untuk menyatakan sumber ialah http://www.kbsn26melaka.blogspot.com/ dan bukannya http://kbsn26melaka.blogspot.com/2008/04/ulasan-isu-filem-belanda-hina-islam.html Pembaca di Tranungkite hanya memberi komen di tranungkite tanpa komen ditempat yang sepatutnya, iaitu di Pautantetap catatan itu di Blog Ustaz Kamal. Kalau ada 10 blog atau laman CMS lain yang memaparkan artikel itu, akan...