Langkau ke kandungan utama

Catatan

Warkah buat Dr Zetty Aktar Aziz

Harga minyak dipasaran Nymex meningkat ke USD 96 setong, Harga emas pula menghampiri USD 800 seaun troy. Semua berpunca dari kejatuhan dollar yang melampau, sehingga terendah sejak 40 tahun yang lalu. Dan dijangka akan jatuh lagi. Ringgit kita, walaupun tidak ditambat secara langsung dengan Dollar Amerika, namun tambatan ringgit pada matawang utama, masih banyak bergantung pada Dollar Amerika dan membuatkan Ringgit jatuh berbanding matawang negara jiran. Walaupun kita duduk di dalam negeri yang mempunyai Menteri Kewangan yang tak ambil tahu tentag matawang. Di harap Dr. Zetty dapat membuat tindakan yang bijak. Pada pendapat saya, Dollar Amerika akan merosot dalam jangka masa panjang, walaupun ia merosot sekarang, dia akan naik sedikit, tapi akan terus merosot dang merosot. Maka, Amat tidak sesuai bagi Ringgit untuk bertambat pada peratusan tinggi pada dollar Amerika, sudahlah Ringgit lambat dilepaskan tambatannya dengan USD 3.80 dahulu. Adalah sebaik baiknya ringgit ditambat sebahagian...

Sambutan Halloween pada web 2.0

Sambutan halloween disambut setiap tahun, di beberapa negara di dunia ini pada 31 Oktober, ia berasal dari tradisi lama Gaelic sebelum zaman kristian lagi. Kita lihat bagaimana pemain web 2.0 mengubahsuai logo mereka sempena halloween. Youtube: Yahoo: Technorati: Kita di Malaysia tak perlulah menyambut Halloween.

Ganyang DVD Transformers!!

Setelah saya membeli DVD Transformer yang asli , Saya amat kecewa apabila mendapati, ianya tiada sarikata bahasa melayu (Sarikata=subtitle) . Walaupun saya lebih suka menghidupkan sarikata bahasa Inggeris pada DVD ketika menonton DVD, namun ketiadaan Bahasa Melayu pada sari kata amat menyedihkan, seolah-olah orang melayu tidak mampu membeli DVD yang asli. Yang menghairankan pula ialah wujudnya sarikata bahasa Indonesia, Bahasa Thai, Bahasa korea pada DVD itu. Apa perlunya bahasa Korea dan Thai pada DVD keluaran HVN untuk pasaran Malaysia? Bahasa Mandarin memang ada sebagai sarikata, dan ia memang patut ada. Akan tetapi, tiada vokal bahasa Mandarin pada DVD Transformer yang asli. Bila saya kaji semula, memang banyak DVD asli yang tiada sarikata B.Melayu, DVD "Happy Feet" untuk pasaran tempatan juga tiada sarikata BM. Apa sudah jadi? Hampir semua DVD pasaran gelap, mempunyai sarikata BM. Pengusaha DVD pasaran gelap lebih mengiktiraf kewujudan Bahasa Melayu berbanding pasaran ...

DVD Transformer sudah keluar di pasaran terang

Baru sebentar tadi, Saya mendapat panggilan dari Speedy Video Mahkota Parade Melaka, yang memberitahu DVD Transformer telah keluar. Bagi peminat DVD pasaran terang, boleh dapoatkannya mulai hari ini. Untuk pasaran gelap, memang sudah lama ada, ada versi wayang, ada versi 'DVD' Telefon Autobot:-

Harga Minyak .... ditulis oleh Morpheuzneo

Di bawah ini bukan saya yang tulis, tetapi ditulis oleh Morpheuzneo aku kurang faham kenapa korang nak kaitkan umno dan pas dan hal ni atau bn dan pembangkang.. ianya tidak membawa sebarang makna.. korang ada belajar makro-ekonomi tak? kalau tak belajar ..at least pegi baca.. tak kira kerajaan bn ke.. pembangkang ke yg menang pilihanraya akan datang.., harga minyak tetap akan di naikkan juga! ini kerana.. harga minyak di pasaran dunia dah meningkat ke paras 80 dan mungkin mencecah 90-100 dolar US setong menjelang akhir tahun ni! mana mampu kerajaan nak tampung subsidi sebanyak tu! kerajaan bukan hanya nak tampung subsidi kepada rakyat.. kerajaan juga harus tampung subsidi kepada penapis minyak utk pasaran domestik. Betul laa macam Hasan Marican (pengerusi Petronas cakap), kerajana dah terlambat dlm isu ni.. Pak lah lembab sangat dlm merangka polisi yg terbaik utk menangani kenaikan kos bahanapi ni.. sepatutnya.. dari 3 tahun lepas lagi kita dah gunakan sistem harga floating..! harga y...

Harga Minyak naik? matawang, pendapatan perkapita

Harga Minyak dunia yang dikira dalam USD, nasik sehingga mencecah USD 92.xx. Maka seperti biasa, pembangkang akan mengatakan kerajaan akan menaikkan harga minyak selepas Pilihanraya atas alasan untuk sengaja menyusahkan rakyat. Ada juga yang mengatakan bahawa PETRONAS yang akan meminta supaya harga minyak dinaikkan. Dan kerajaan memerintah tanpa fikir panjang akan menaikkan harga minyak selepas pilihanraya. dan apabila harga barang naik, kerajaan akan menyalahkan peruncit kerana menaikkan harga. Dan PETRONAS akan untung besar kerana bukan sahaja dapat menjual minyak yang dikorek di Malaysia dengan harga tinggi, minyak negara orang lain pun keuntungannya dibawa ke negara kita. dan ramai akan mengatakan kita patut gunakan keuntungan PETRONAS untuk subsidi minyak. Tetapi tidak mempersoalan kenapa keuntungan Shell, Caltex, Exxon Mobil boleh dibawa ke negara asal mereka. Pada pendapat saya, Subsidi minyak itu adalah subsidi yang tidak adil, kerana pengguna Mercedes mata belalang dapat lebih...

Daya Graviti sudah tidak mempunyai vektor?

Angkasawan Negara telahpun 'jatuh' secara balistik menggunakan Kapsul angkasa Soyuz . Seperti yang ramai orang telah maklum, ketika kemasukan semula , ia dikenakan daya graviti yang melampau sebanyak antara 4 hingga 5 G. sebagai perbandingan, daya graviti di bumi dianggap sebagai 1 G. Jika di bumi, anda mengangkat sekilo beras, ketika kemasukan semula, sekilogram beras itu umpama seberat 4 hingga 5 kilogram. Kita ambil 3 senario graviti yang berbeza. 1. di bumi 2. di ISS 3. di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula. Dalam dunia fizik, ' Berat' dan 'Jisim' adalam berbeza . Dimana Jisim 1 kilogram beras adalah 1 kilogram dimana-mana, di bumi, atau pun di ISS atau di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula. Akan tetapi 'berat' bagi 1 kilogram beras adalah berbeza ketika di ISS, di bumi dan di dalam kapsul Soyuz ketika kemasukan semula. Berat adalah sesuatu yang dirasai, kita angkat 1 kilogram beras dibumi adalah lebih berat daripada angkat 1 kg bera...

Ballade pour Azurah

Hujung minggu yang lalu adalah ulang tahun perkahwainan kami (aku dengan wawa ), yang ke 4 mengikut Kalender F1. Maka kutujukan laju ini untuk kami berdua. Setiap tahun, Kami menyambut ulangtahun perkahwinan mengikut Kalendar F1, Iaitu pada setiap perlumbaan GP Interlagos Sao Paulo Brazil. Sedikit pendapat tentang GP Interlagos semalam. Robet Kubica dapat potong Alonso, tapi rasanya jurutera perlumbaannya patut tukar dari strategi 3 hentian pit ke pada 2 Hamilton dan Alonso Kempunan Massa tak berjaya jadi jaguh kampung. Kimi juga yang jadi Juara Dunia, akhirnya. Ada banyak pelanggaran. Barichello bukan setakat tak jadi jaguh kampung, sebarang mata pun dia tak kutip tahun ini. Ia merupakan perluambaan terakhir bagi Ralf Schumacher Nakajima main langgar-langgar bermasa kru Hentian Pit nya. Kru Spyker main peluk-peluk tayar

Bukan Planet Biasa - Pluto

Terdapat beberapa temuramah dilakukan kepada orang ramai pada cerita animasi KaptenMut yang bertanyakan akan nama-nama planet yang ada di dalam Sistem Suria. Ianya bagi saya diibaratkan satu cerita sedih kerana masih ramai lagi yang menganggap 'Pluto' itu sebagai satu satu planet. :( Namun pengacara tidak pula cuba menyangkal bahawa jawapan yang diberikan oleh orang ramai itu salah. Memang sering "Pluto" diingat sebagai salah satu planet kerana ia yang paling jauh. Namun para sainstis sering berdebat sejak berpuluh tahun lalu tentang status pluto sebagai planet sejak ia ditemui pada tahun 1930. Ianya terlalu kecil untuk diiktiraf sebagai planet. Ianya dipanggil Planet Dwarf. Saya tak pasti apa istilah rasmi BM bagi 'Dwarf Planet'. Buat masa ini panggil sahaja 'Planet Dwarf'. (mungkin 'planet kerdil' sesuai) Ogos tahun lepas, secara rasminya Pluto terkeluar dari senarai Planet Sistem Suria. Namun ramai orang Malaysia yang tidak tahu, termasukl...