Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Nasib Sekolah Bahasa Hawai - Prof Abdullah Hassan

Nasib Sekolah Bahasa Hawai Pemimpin kita sering membuat kenyataan bahawa bahasa Melayu sudah mantap. Oleh itu ia tidak perlu digunakan dalam pendidikan, dan ia tidak diketepikan. Kita tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku kepada bahasa Melayu akibat tindakan ini. Mari kita lihat sebuah kes. Lihat bagaimana bahasa Hawaii pupus, dan sekaligus bagaimana bangsa Hawaii luput dan kehilangan maruah. Pada tahun 1820 Ratu Kamehameha I menerima guru Inggeris masuk ke pulaunya. Dia didesak oleh peniaga-peniaga asing berbahasa Inggeris supaya mendirikan sekolah Inggeris untuk anak-anak mereka. Dia mengalah. Ratu Kamehameha II meneruskan dasar itu. Pada tahun 1848, Ratu Kamehameha III memutuskan supaya bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar pendidikan. Golongan bawahan rakyat yang menjadi majoriti mahu mempertahankan bahasa Hawaii. Tetapi mereka kalah kepada golongan elit yang terdiri daripada orang Hawaii berbahasa Inggeris dan kaum haole (kacukan). Mereka ini tidak ramai. Ala...

Demokrasi macam itu lah

Demokrasi macam itu lah. Seseorang yang ingin mengundi seorang calon kerana "pakatan partinya" akan undi calon itu. Seseorang yang ingin menggundi seorang calon kerana "parti nya", akan mengundi calon itu. seseorang yang calon itu, (tanpa kira platform) akan undi calon itu juga. Calon yang sama, tetapi sebab berbeza. Sebab mana yang betul? Kita tak tahu, sebab di kertas undi itu tiada ruangan "sebab". Ketika seseorang memilih seseorang calon itu kerana partinya. Tetapi calon itu terkeluar daripada partinya, maka siapakah yang harus dipersalahkan? Parti kah? kerana tak menyediakan calon yang sesuai atau calon itu sendiri? Begitu juga, apabila berlakunya perpecahan pakatan. Kita tak tahu , sebab pengundi mengundi tanpa menyatakan sebab. Apabila berlakunya perpecahan pakatan, sebagai contoh Pakatan Rakyat. wakil rakyat kena berusaha sungguh-sungguh untuk mengetahui apa sebab dia diundi. Maka wujudlah berbezaan versi pendapat Ada yang menyangka ...