Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

GST vs Cukai Simpanan + Cukai Saham

GST memang memeningkat kepala. Maklumkan setiap peringkat kena sikit sikit. Bab nak mengira jadi 1 kerja. Nak rekod, Ada pula yang tidak tunai. Invois hari lain, bayaran hari lain. Ada pula yang keluar invois, tapi tak bayar-bayar. Kompleks pengiraannya. Sedangkan yang tunai pun ramai yang tak faham. Macam-macam alasan nak kena kan GST. Alasan hutang banyak lah Alasan nak bayar gaji penjawat awam lah. Hakikatnya, Negara boleh wujud dalam 2 mod. Mod tiada duit. Mod banyak duit. Boleh berlaku serentak. Jadi apa alternatif kepada GST? Kalau diikutkan saya, mudah sahaja. Cukai Simpanan dan Cukai Saham. Siapa ada Simpanan Tetap, kena 2.5% setahun. Siapa ada saham, kena 2.5% setahun. Saiz pasaran modal BSKL berapa? 1 trillion. kalau 2.5% dapat berapa setahun? Sudah 25 billion . Simpanan tetap pula berapa? Menurut laporan Bank Negara , Simpanan tetap pada Januari 2015 adalah RM 726,135.9 juta. Bersamaan RM 726 billion. Maka kita kira lah guna bc. 7...

Seni Berpolitik - Gaji Minima - Hudud

Dalam politik, ada agenda masing masing. Masing masing ada agenda. Ada agenda baik, ada agenda jahat. Ada yang rasa agendanya baik, sebab itu dia ikut fahaman tertentu. Maka bersepak terajanglah dalam politik, dan berkawanlah salah politik. Matlamat tetap sama, capaikan agenda masing-masing. Dalam berkawan dalam politik, adakalanya pihak lawan atau kawan, akan terikut-ikut agenda kita. Adakala kita pula terikut agenda pihak lawan dan kawan. Maka pentingnya prinsip dan tahu hala tuju. Para sosialis, berjaya mencucuk jarum idea gaji minima dalam pakatan rakyat. Maka, BN pula terikut-ikut , dan dengan mempunyai kuasa, maka mereka melaksanakan dahulu. Walaupun bukanlah 1 perkara baik gaji minima itu, sebab membebankan peniaga kecil, namun agenda itu berjaya diangkat. Begitu juga agenda environmentalis yang mahu hari tanpa plastik. Niat suci untuk mengurangkan penggunakan plastik, namun kapitalis pula ambil kesempatan untung 20sen. Rakyat masih lagi tak faham kenapa pe...

Kenapa GST tidak bermula dengan 2% Sahaja?

Sana sini bercerita tentang GST. Ramai yang tolak, tetapi entah bagaimana dalam sistem demokrasi, golongan minima pula yang menang untuk laksanakan GST. Penentangan daripada Pakatan Rakyat tidak bermaya. Namun , apabila GST terus bermula pada kadar 6%, akan wujud situasi tidak stabil di kalangan peniaga. Rata-rata peniaga belum bersedia, yang bersedia pula sedikit. Mahukah peniaga yang bersedia itu, terus mengenakan GST pada kadar 6%, pada masa yang sama, terpaksa bersaing dengan peniaga yang jual stok lama tanpa GST. Peniaga yang bersedia dengan POS mesra GST, terpaksa pula jual stok lama berserta GST, dan semestinya akan jadi lebih mahal. Kalau begitu, lebih baik peniaga yang bersedia itu, buat-buat belum sedia. Nak bersaing harga dengan yang "belum caj GST", menyebabkan harga berbeza 6%. Bukan sedikit. Namun, kalau GST bermula dengan 2% , tidaklah wujud perbezaan harga diantara yang belum caj GST dengan sudah kenakan GST. Agak hairan, kenapa 6% , tidak 5...

Fesyen nenek pada tahun 2035

Dialog antara cucu dengan nenek pada tahun 2035 ... Cucu: Nenek .. Kenapa baju baju nenek semuanya fesyen 20 tahun lepas? Nenek: Dulu, masa tahun 2015, kerajaan nak buat GST. sebelum GST itu, nenek beli baju banyak banyak, sampai 1 kontena, sudah 20 tahun nenek hanya pakai baju yang nenek beli itu sahaja. Cucu: oooo, berapa harga sehelai baju itu nenek? Nenek: antara RM 30 - RM 100. Cucu: eh, murahnya... Sekarang ni, nak cari baju bawah RM 10,000 pun susah. Nak tanya lagi boleh tak? Nenek: boleh cu..... Cucu: Masa tahun 2015 dulu, "Jebon" itu apa?