Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Nak tiru Lazada, Nak tiru Zalora, Nak tiru 7eleven

Banyak kali saya dengar, "nak buat macam lazada" "nak buat macam Zalora", "nak buat macam 7eleven". Memang ramai orang meniru. Tetapi kebanyakkannya yang meniru gagal meniru. Tak salah meniru, tetapi bukan tiru outputnya sahaja, tapi perinciannya tidak ditiru. Beberapa tahun dulu, ketika 7 eleven berkembang, ramai yang mula nak meniru 7 eleven, namun ramai juga kecundang. Disiplin 7 eleven memang tinggi, setiap benda terperinci. Kalau sudah boleh tiru apa yang 7 eleven buat, sudah cukup baik. Tidak perlu menjadi 7 eleven, tapi disiplin peruncitan tinggi tu boleh ditiru. Yang bukan kedai serbaneka pun boleh tiru. Cara merchandising, planogram, label, SOP semua boleh tiru, tanpa perlu menjadi kedai serbaneka 24 jam juga. Sekarang musim tiru Lazada Zalora. Hmmm Memang popular sekarang ini, cuma tang mana yang perlu ditiru. Bukan sekadar laman web yang ada shopping cart, tapi ada banyak lagi perkara yang mereka buat. Cara mereka iklan C...

Tips: Nak suruh Google index blogspot punya page lebih sikit,

Tips: Nak suruh Google index blogspot punya page lebih sikit, Asalnya Google memang tak index /search/label/tudungcapkaki  Jadi... caranya ialah... buka blogger.com -> Setting -> Search Preference. Enable custom robots.txt content? jadikan Yes buka anda punya robots.txt contoh : tudung-cap-kaki.blogspot.com/robots.txt copy semua Paste balik ke tempat untuk letak custom robots.txt cuma baris yang ada "Disallow: /search" tukar jadi Disallow: /kelaut  save. jadi dia akan jadi macam ni http://hasbullah.pit.my/robots.txt ruangan sitemap tu boleh ubah, cuma aku tak pasti mana satu OK yang dia kasi /sitemap.xml atau yg versi /atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500 Nak play safe, boleh hantar ke dua-dua ke Google Webmaster Tool. Hasilnya akan jadi macam ini, /Search/label/blablabla turut diindeks. Apa kelebihannya? Adakalanya anda memang mahu pelawat masuk ke sesuatu label, sebagai contoh Rantai Tangan di emas9...

Kempen Al-Wafa melancarkan konvoi bantuan untuk pelarian Palestin

ROTTERDAM, (PIC)-- Kempen al-Wafa eropah menyatakan keinginan mereka untuk mengadakan kempen baru untuk memperbanyakkan bantuan kemanusiaan  kepada pelarian di Palestin di Palestin , Syria Lubnan dan Turki menjelang kedatangan musim sejuk. Ketua Kempen Eropah, Amin Abu Rashid menjelaskan bahawa "Kempen Bersama Memanaskan Musim Sejuk" adalah konvoi bantuan kemanusian diadakan untuk membantu membekalkan pertolongan kecemasan kepada pelatian Palestin yang kekurangan keperluan asas insan pada musim sejuk ini. Bantuan kempen dijangka diagihkan dalam empat negara utama disebabkan keadaan kehidupan yang miskin dan susah yang dialami oleh pelarian yang dipaksa keluar ini, Tambahnya ----  Terjemahan untuk Palestinkini dari sumber http://english.palinfo.com/site/pages/details.aspx?itemid=69182

HAMAS, 27 tahun kemudian, lebih kental.

Hamas adalan penambahan yang paling bermakna dalam perjuangan Palestin dalam tiga dekad yang lalu,dan tepat pada 14 disember 1987, kelompok warga palestin yang komited, kebanyakan mereka dibunuh dengan kejap pada tahun-tahun berikutnya oleh Tentera Penjajah Israel, berhimpun di Gaza dan memutuskan ianya saat penting untuk memulakan gerakan untuk menbetulkan halatuju perjuangan. Sheikh Ahmed Yassin, Dr. Abedelaziz Al-Rantisi, Dr. Ibrahim Al-Maqadmah, Eng. Ismail Abu Shanab dan ramai lagi adalah contoh kepimpinan HAMAS yang mengorbankan segala apa yang ada kearah Palestin yang bebas dan untuk menamatkan penekanan dan ketidakadilan yang dikenakan ke atas warga Palestin oleh Penjajah Zionis Asing atau proksi mereka dalam Pihak Berkuasa Palestin (P.A) HAMAS adalah aset tidak ternilai bagi perjuangan sosial, ekonomi, dan bersenjata Palestin untuk kebebasan dan hak asasi manusia. Sejak dahulu, Ulangtahun penubuhan hamad disambut oleh puluh ribuan orang pada awal 90an dan kini ratus ...

Terkejut 'bela' kacang dalam telefon bimbit

MERLIMAU - Seorang Lelaki terkejut melihat foto kacang merah yang tersimpan secara sulit di dalam telefon bimbit miliknya. Hasbullah Pit, 39, berkata, dia yang musykil dengan perkara itu membuat semakan di telefon jenis sama milik rakan lain. Menurutnya, tindakannya itu turut mengejutkan rakan kerana masing-masing tidak mengetahui perkara itu. “Saya terkejut melihat anak menekan About Device kemudian menekan Menekan Android berturutan lalu keluar gambar kacang merah. Hasbullah berkata, gambar kacang berkenaan menimbulkan kemusykilan mengenai status telefon bimbit yang mempunyai gambar kacang dibawa masuk ke dalam restoran yang tidak membenarkan bawa makanan sendiri. Menurutnya, pelbagai cara dilakukan untuk memadam gambar tersebut, namun tidak berhasil kerana dimasukkan automatik dalam telefon bimbit jenama berkenaan. Agak mengejutkan lagi, apabila di telefon isterinya, tidak keluar gambar kacang apabila menekan kod yang sama, sebaliknya keluar gambar lolipop

Pengapungan Harga Minyak ; Rafizi buat-buat bengong atau ....

Sambung lagi sedikit cerita pengapungan harga minyak.... Ada sedikit kepelikan sedikit mengenai pengapungan terurus harga minyak, Media Bahasa Melayu tulis "Hapuskan subsidi" media Bahasa Inggeris menulis tentang "Managed Float", jadi pemahaman pembaca ada berbeza-beza. Kalau managed float nampak baik sedikit. Kalau hapuskan subsidi nampak jahat. Maka muncullah wira politik yang baca sebagai "penghapusan subsidi", dok keluar hujah kaitkan subsidi IPP dan sebagainya. Bagi saya, subsidi yang menyebaban pembohongan harga adlaah tidak baik. Subsidi pada kroni IPP juga tak baik. Tetapi yang itu tiada kaitan sangat pengapungan harga. Dari sudut pandang saya, Apungan Terurus adalah lebih baik daripada rakyat dibohongan soal harga. Maka timbulkan persoalan buat-buat tak tahu daripada Rafizi budak kolej kesayangan KetUm.   Dia nak macam mana sebenarnya? Dia nak harga minyak turun 35% juga kah? Sudah tentu sebelum ini memang ada subsidi, maka se...