Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Hutang Kereta Rakyat 1Malaysia

Saya bukan peminat Rafizi Ramli. Saya tak setuju benar dengan idea pelupusan hutang PTPTN. Tak kala negara mengalami masalah hutang negara yang begitu besar, dan rakyat pula terbeban dengan hutang masing-masing. pelupusan hutang bukan satu idea yang baik. Namun, Cadangan Rafizi berkenaan duti kereta itu ada baiknya, tetapi tetap saya bukan sokong 100%. (sebab saya bukan peminat dia) Rakyat Malaysia ramai yang muflis disebabkan kereta. Hairan juga, satu alat pengangkut manusia dan barangan boleh menyebabkan orang muflis. Namun itu yang terjadi. Maklumat lanjut tentang kemuflisan disebabkan kereta boleh rujuk blog Pak Di. Klik sini: http://www.pakdi.net/kereta-punca-ramai-orang-malaysia-muflis/ Penghapusan atau pengurangan duti import kereta, akan mengurangkan harga kereta. Tetapi Bank juga menyebabkan permintaan terhadap kereta mahal itu tinggi, disebabkan oleh pinjaman terlalu dipermudahkan. Mana tidaknya, boleh pinjam sehingga 9 tahun untuk beli kereta. Rakyat malaysia ...