Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Tips Beli Dinar Iraq

Ramai yang bertanya tentang dinar iraq, Ianya kertas. Jika anda ingin membelinya, berikut adalah tipsnya. Sebelum membeli dinar iraq, anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan. 1. Mengetahui bahawa dinar iraq sekarang, adalah matawang yang memang berbeza dengan matawang dinar iraq sebelum kejatuhan Saddam, dan juga berbeza dengan dinar emas Zaman Uthmaniah. Walaupun nama sama, tetapi ia berbeza. contoh terdekat adalah "1 ringgit", dimana 1 ringgit zaman sekarang adalah berbeza dengan 1 ringgit zaman sebelum merdeka. Sebelum Merdeka, 1 ringgit adalah 20 gram perak berketulenan 900. contoh lain, "sekupang". sekupang di negeri utara hari ini adalah 10 sen, ianya berbeza dengan "sekupang emas" yang beratnya lebih kurang 2 gram. 2. Mengetahui Dinar Iraq sifatnya hanyalah fiat. Ianya dikeluarkan oleh bank negara yang dikawal oleh penjajah. Mereka boleh mencetak sesuka hati. 3. Mengetahui prestasi Bank Negara Iraq. Bank negara Iraq laman...