Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Earth Hour Merlimau 2010

Jangan lupa malam ini, 8:30 malam. Padamkan sumber tenaga 1 jam. Bumi untuk Semua Makhluk Bumi Geng Kita
Pelan Kesihatan Obama yang bernilai USD 938 bilion telah diluluskan. Menggunakan gimp, sila unjurkan graf dibawah.... Lebih kurang setahun yang lalu, kita lihat bahawa banyak syarikat insurans Amerika nak mampus, pusing punya pusing, merekalah yang beruntung sekarang ini. Memang bijak kepala otak Yahudi, Tak hairan Najib ambil mereka sebagai penasihat.

Palestinkini.info Memerlukan SEO Tambahan

Pada pendapat saya, Palestinkini.info masih mempunyai SEO yang rendah. Laman web yang agak sentiasa mempunyai maklumat yang segar itu memerlukan anda, yang mana mempunyai laman web atau blog atau apa saja, untuk membuat pautan  ke http://www.palestinkini.info Untuk makluman pembaca, kandungan laman itu adalah Bagi penagih RSS , boleh gunakan alamat suapan RSS http://palestinkini.info/?feed=rss2 Buat masa ini Ranking Alexa adalah 1.5 juta , mungkin boleh dipertingkatkan sekiranya anda semua dapat membantu hanya membuat pautan keüada laman web palestinkini.info

Adakah Australia Berkuasa Terhadap Malaysia?

Kejadian terdahulu membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Australia berkuasa terhadap Malaysia? Najib bersungguh-sungguh melayan permintaan Australia supaya Malaysia tidak dijadikan transit pendatang Afghanistan ke Austalia. Ianya berlaku apabila ada ' kunjungan hormat ' oleh Penasihat Keselamatan Australia. Bukahkah sempadan Australia itu kerja Australia. Apabila Ahli Parlimen Australia memutuskan untuk mengundi sesuatu perkara yang melibatkan hal dalam negara Malaysia, Pemuda UMNO menyambutnya dengan Demo seolah-olah Australia mempunyai kuasa terhadap hal ehwal negara Malaysia. Sekiranya sesuatu negara itu tidak mempunyai kuasa terhadap negara lain, tindaktanduk itu tidak boleh dikira sebagai "campur tangan". Namun UMNO beria-ria mengatakan ianya "campur tangan". Adakah ini semua ada kaitan dengan kehadiran Tentera Australia menjayakan hasrat menyelamatkan kepentingan Inggeris di Sarawak ketika pembentukan Malaysia dahulu?