Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2007

JawapCarian: Ahmad Boestamam di tangkap pada...

Terdapat pengunjung yang memasuki laman blog ini kerana mencari " Ahmad Boestamam di tangkap pada " melalui Yahoo dan Google. Untuk tidak mengecewakan pengunjung, Anda boleh baca sebahagian daripada halaman 183, Buku Merintis Jalan Ke Punchak oleh Ahmad Boestamam sendiri di bawah:- Jadi kesimpulannya, Ahmad Boestamam ditangkap pada petang, Khamis 1 julai 1948 . Satu lori 'Mata-mata' (Polis) tiba di hadapan rumah Ahmad Boestamam, Setelah mata-mata memastikan dia adalah ahmad Boestamam, maka mata-mata memberitahu Ahmad Boestamam akan dia akan ditangkap. Setelah ditanya akan wujudnya waran untuk menangkapnya atau tidak, mata-mata itu menerangkan bahawa tiada waran diperlukan untuk menangkap sesiapa ketika 'Dharurat'. Ahmad Boestamam 'disimpan' di lokap polis Tanjung Malim. Keesokan paginya dia dibawa ke ke Lokap Balai Polis High Street Kuala Lumpur, selepas singgah sebentar di Balai Polis Kuala Kubu Bharu. Balai Polis High Street, pada buku itu ditulis ...

Lagu 'Merdeka' Di Perimis Perniagaan

Saya lambat dapat idea. Satu hari sebelum 31 Ogos baru dapat idea nak pasang lagu-lagu merdeka kat Stesyen. Nak cari lagu dah tak sempat. Petang 30 Ogos baru dapat idea. Tapi tak sungguh-sungguh cari lagu. Dok sibuk buatkan "Komentar Terkini" sahaja, tapi tak mengapa, kerana dari laman blog Kak Jie lah saya dapat idea. Tapi petang ni saya baru jumpa banyak lagu patriotik untuk dimainkan. Terus mainkan guna iTunes, bila fikir balik, kenapa saya tak peragakan MMV 200? Barisan Kita, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Malaysia Gemilang. Hari ini, buat pertama kali sejak beberapa tahun lepas, saya tunggu di Kaca TV (atau 'kepala') menonton perarakan. Bukanku bangga sangat dengan 'Kejayaan' Malaysia, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Tapi hanya kerana nak tengok Sukhoi. Bila Sukhoi tu buat menuver tertentu, memang nampak yang itu sukhoi, sesuatu yang MIG tak boleh buat. Kata orang tua-tua, "Kalau nak kalahkan Sukhoi, anda perlu Sukhoi yang lain...

Malaysia yang SOMBONG DAN KURANGAJAR?

makin kurang ajar (bambylibra@ya..., 26/08/2007 13:44) Malaysia ini makin lama memang makin kurang ajar, mulai dari mencuri lagi kroncong Terang Bulan Terang di kali dijadikan lagi kebangsaannya, mencuri lagu-lagu Indonesia diakui sbg lagu Malaysia spt lagu Gelang sipatu gelang dll, mencuri desains batik Indonesia diakui batik Malaysia, mencuri Sipadan dan Ligitanb, pencurian kayu-kayu di perbatasan dan pencurian-pencurian lain, menganiaya tki-tki dan sekarang menaniaya wasit karate kita. Malaysia yang SOMBONG DAN KURANGAJAR. Walaupun agak kasar, tapi hakikatnya itulah komen orang Indonesia apabila Jurulatih Karatenya dipukul oleh Polis Malaysia. rujukan: http://www.gatra.com/artikel.php?id=107198

Sambutan Kemerdekaan yang suram

Rata-rata di merata tempat, Jalur Gemilang berkibaran, entah apa yang hendak gembirakan. Kemerdekaan ke 50, hanya ada pada nombor, kerana nombor 50, ia disambut dengan lebih meriah. Kemerdekaan ada harganya. Kita memilih untuk merdeka, walaupun kita tahu Pendapatan perkapita kita akan tidak kemana berbanding semasa pemerintahan british. Namun kita tetap memilih untuk merdeka. Kita tetap memilih untuk merdeka walaupun, pemerintah sendiri tidak menambah jalinan rel keretapi selepas peninggalan british. Melainkan di Kuala Lumpur. Kita tetap memilih untuk merdeka walaupun tahu risikonya. Bersyukurlah , Negara kita jauh lebih maju daripada Zimbabwe. Dan ada Sukhoi SU-30 MKM

Kempunan Tak tengok Malaysia lawan Myanmar

Sila klik gambar ini untuk cerita selanjutnya Pestabola Merdeka

Tip Pemblog: Membuat 'Komentar Terkini' pada blogger dalam BM.

Sebelum ini terdapat beberapa tapak hos yang menyediakan javascript supaya anda boleh memnyediakan Wiget ' Recent Comment ' pada blog blogger/blogspot anda. Kebanyakkannya mempunyai perkataan 'Commented on' dalam Bahasa Inggeris, Amat tidak sesuai jika kandungan blog anda dalam Bahasa Melayu. Maka berikut adalah tip untuk mendapatkan 'Komentar Terkini'. Mula-mula sekali anda perlu ke http://blogger-templates.blogspot.com/2007/03/recent-comments.html Masukkan nama Tajuk Wiget seperti 'Komentar Terkini', atau 'Kata Pengunjung' atau apa-apa. Masukkan alamat blogspot. ie. "bluequil", "reddiva". Ubahsuai bilangan komen yang hendak dipaparkan. Tak perlu panjang-panjang seperti blog ini. Tandakan samada ingin memaparkan tarikh, tajuk. dan Saiz mesej. Pada pendapat saya tarikh tak perlu. rujuk gambar. Kemudian klik ' Apply ' dan kemudian ' Add widget to my blog ' Pada laman seterusnya, klik ' Edit Content ' sil...

Kepala baru yang berDVI

Selepas kerja, (bila masa saya ada istilah lepas kerja?) saya ke Mahkota lagi sekali, dengan misi untuk membeli 'kepala'. Masalah kekurangan kepala sering timbul kerana terlalu banyak sumber input, tetapi terlalu sedikit 'kepala'. Pemain DVD/ Astro berkepalakan TV, Mac mini pada asalnya berkepalakan TV juga. Sony Ericsson MMV 200 juga dirancang untuk berkepala. Kesemua sumber input yang berkepalakan TV itu berjantungkan Yamaha RXV 530. (Jantung) Oleh kerana jantung yang sama. Nak dengar radio atau CD Audio pun susah kerana Astro dah guna jantung dan kepala itu. Nak ber A2DP pun kena guna jantung yang sama. Soal jantung, mungkin boleh difikirkan kemudian kerana saya ada jantung lama yang tak digunakan. Bayangkan 'Media Center' Mac mini pun nak guna jantung dan kepala yang sama... Berbalik kepada cerita kepala, saya memang memerlukan kepala, kerana bilangan populasi pengguna komputer meningkat setiap 2 1/2 tahun. Walaupun ada 3 komputer dirumah, tapi hanya ada ...

SE MBR 100 kini ada di Melaka

Semalam, saya ke Mahkota Parade untuk menonton Ratatouile. Sementara menunggu cerita bermula, saya dan Umar cuba untuk 'mencuci' gambar. Saya ada beberapa gambar untuk diberi kepada orang secara fizikal. Akan tetapi 2 daripada 3 kedai gambar di Mahkota Parade itu mesin yang boleh bluetooth gambarnya tak boleh guna bluetooh. Saya tak faham kenapa boleh terjadi sebegini. Boleh guna kad SD sahaja. kenapa tak beli sahaja dogel bluetooh yang tak berapa mahal tu. Maka, boleh kita lihat bahawa kesedaran masyarakat tentang bluetooth amat lemah. Setelah selesai tengok Ratatouile, saya ke kedai Sony Ericsson berdekatan dengan 'Inverno'. Terkejut saya bila mendapati MBR100 dijual disitu, sebelum ini saya perlu mencarinya di beberapa bandar lain, hanya ketemu di satu kedai di JB. Sayu hati saya kerana mereka bersungguh-sungguh mendapatkan barang yang saya mahu, tapi saya sudah membelinya di JB. Akan tetapi oleh kerana saya memerlukan 'case' Sony Ericsson yang asli, saya ...

Nasi kambing

Malam ni aku makan nasi kambing. Tak ada daging kambing. Ada salad sahaja

Sajak Sumber tenaga Alternatif / BioDisel

Minyak dari dalam tanah Minyak dari atas pokok Minyak dari dalam air Minyak dari kuali roti canai Dalam tanah ada minyak Atas pokok ada minyak Dalam air pun boleh ada minyak dari kuali roti canai pun ada minyak. Dari dalam tanah dapat tenaga Dari atas pokok dapat tenaga Dari dalam air dapat tenaga Dari kuali roti canai Bila minyak dari dalam tanah naik harga Harga roti canai naik subsidi minyak naik subsidi minyak di bawak lari ke negara jiran. Tapi tak boleh senang senang proses minyak dari atas pokok proses minyak dari dalam air proses minyak dari kuali roti canai. 100 tahun lagi Anak cucu kita maki hamun Kenapa atuk nenek mentekedarah minyak dari dalam tanah? kenapa atuk kenapa nenek kenapa tak ambil minyak dari atas pokok dalam air kuali roti canai? Kenapa Atuk? Kenapa nenek? mentekedarah minyak dari dalam tanah semasa harga USD 70? Kalau atuk nenek simpan minyak dalam tanah Boleh jual masa harga USD 200. Atuk Nenek gunalah dulu Minyak dari atas pokok dalam air Kuali roti canai ta...

Emas di dalam bas

Kenapa aku mesti tiru redmummy tangkap gambar emas di dalam bas? Tapi yang ni lagi besar, ada tulìs nama .

Kasut bluetooth didalam bas

Kepada sesiapa yang merinduiku. Boleh ubati kerinduan dengan tengok kasut daku

SE Z750 - Telefon khusus untuk blogger perempuan?

Mungkin ini telefon yang paling sesuai untuk blogger perempuan bertudung , blogger perempuan nerd , blogger perempuan merah , blogger perempuan biru , blogger perempuan pink , blogger perempuan coklat , blogger perempuan paling yang paling aku sayang ? Disebabkan sifat mereka yang (mungkin) suka paparkan gambar ke dalam blog, maka ciri "Picture Blogging" yang ada padanya membolehkan gambar dimuat naik ketika sedang menyusukan anak. "Picture blogging" direka khusus untuk blogger (blogspot), jadi jika sudah memang ada blahblah.blogspot.com maka, ia amat sesuai. Selain itu, rupa paras telefon SE Z750 agak cantik, dan sesuai untuk wanita. Ia mempunyai pelungsur web NetFront, yang boleh tahan, tapi kalau nak lagi canggih, boleh muaturun dan pasang opera pada telefon itu. Walaupun hakikatnya kebanyakkan perempuan tak gemarkan pembaca RSS, namun pembaca RSS boleh digunakan untuk membaca komen pengunjung blog anda. Caranya agak rumit sedikit, kerana RSS default bagi bl...

Batu Sang Saka Perang Gemilang Terbilang

Ni nak sambung kisah batu yang semalam. Tak pernah dibuat orang, RNK Stesen Minyak PETRONAS kerjanya ialah basuh batu. Kemudian batu itu dimasukkan ke dalam bakul membeli Belah yang kool itu. Terdapat juga batu yang mungkin bakal dicuri oleh pelajar perempuan. Kemudian, Banner Peraduan Saya Anak Malaysia diletakkan di atas rumput. Dimaklumkan bahawa peraduan itu sudah tamat. Kepada yang masih memerap borang peraduan itu, sila kitarsemula. Asalnya Banner terpakai digunakan sebagai alas kepada batu itu supaya rumput tidak tumbuh, akan tetapi oleh kerana banner itu mempunyai logo kemerdekaan, ianya diubah suai sedikit. Batu diletakkan sekeliling logo, dan kemudian banner terpakai itu digunting. Hasilnya ialah.... Teknik ini Dinamakan Teknik Hiasan " Batu Sang Saka Perang Gemilang Terbilang " Walaupun asalnya nak menamakan ia sebagai Teknik Azizan Zakaria.

Batu

Suka hati sayalah nak buat apa dengan batu ini.

Ahmad Boestamam - Merintis Jalan Ke Punchak

Sempena sambutan kemerdekaan ke 50 ini, Kita kenang kembali pejuang kemerdekaan kita, Ahmad Boestamam. Buku pada gambar itu ditulis oleh Ahmad Boestamam sendiri pada tahun 1972, cetakan pertama, menceritakan perjuangannya mencapai kemerdekaan. PKMM ketika itu diketuai oleh Dr Burhanuddin Helmi, dibantu oleh Ishak Haji Muhammad. Ahmad Boestamam ketua API, Angkatan Pemuda Insaf. Sayap Pemuda PKMM. Didalam buku ini menceritakan kisah 'SANG SAKA MERAH PUTIH' Setelah PKMM diharamkan, ramai orang PKMM ditangkap, termasuk Ahmad Boestamam sendiri, parti politik yang tinggal hanyalah UMNO. Maka UMNO cuci tangan dan mendabik dada mengatakan bahawa merekalah Pejuang Kemerdekaan dengan mengantung poster para Perdana Menteri, termasuk PakLah seolah-oleh PakLah turut serta memerdekakan kita. Pautan: Ayahku Ahmad Boestamam

Politeknik Merlimau Cuti 2 Minggu

Malam tadi saya baru tau yang Politeknik Merlimau cuti. Jadi mungkin saya ingatkan cutinya itu serentak dengan cuti sekolah. Rupanya Politeknik Cuti 2 minggu, bermula minggu lepas. Lega rasanya persoalan terjawap. Tetapi kenapa aku tak dapat maklumat ini seawal mungkin?

JawapCarian: Harga Emas Malaysia

Mengapa seorang suami membelikan emas kepada isterinya ? Jawapan biasa ialah kerana sayang/cinta/nak_kawin_lagi_satu/muah2x Ianya boleh dijadikan "hiasan" atau "hiasan berharga" atau "kool" Selain dari itu, adalah sebab 'nilai'nya. Ramai yang berpendapat Emas adalah bukan pelaburan yang baik. Dan ada yang mengatakan ia adalah bukan pelaburan langsung. Kenapa? Emas adalah emas, Ringgit adalah Ringgit, USD adalah USD, Euro adalah Euro (nak kena buat loop) Sejak Azali, Emas telah dijadikan matawang tidak kira di mata kita berada. Tahukah anda "sekupang" itu berasal dari matawang emas yang dipanggil kupang? Tapi kini sekupang adalah 10 sen tapi merujuk kepada syiling 10sen dan bukannya kupang emas. Saya belum kaji lagi berapa berat satu kupang emas, Tetapi kalau ia mengikut spesifikasi Syaidina Umar, ia mungkin bernilai Rm 283 Maka dipendekkan cerita, walaupun zaman berubah, emas tetap menjadi pengukur kekayaan. Di Malaysia terdapat beberapa...

Cinta Web 1.0 dan Web 2.0

Perbezaan Web 1.0 dengan web 2.0 dari sudut emosi. Cinta Web 1.0 sebolku: I love you gbumla: I love you too Cinta Web 2.0 sebolku: blog updated gbumla: me too

Soalan Bodoh: Ubahsaiz gambar

Ada tak skrip yang menggunakan alatan berasaskan Antaramuka Baris Arahan (CLI), yang membolehkan saya ubah saiz gambar-gambar yang ada dalam sesuatu direktori, kepada saiz tertentu. Platform = MacOSX. Kalau ada penyelesaian Linux pun boleh lah. Saya rasa penatlah nak ubah saiz gambar sebelum muatnaik ke blog.

Yet Another Kenduri? II

Yet Another Kenduri? II NO! Ni kenduri lagi 1, rumah abang aku. Jadi apa yang istimewanya sehingga ia tidak menjadi seperti Yet another Kenduri ? Mula-mula... Papan tandanya.... Peminat MU Betul. Lagi 1, Airnya... Air Sirap Bandung World s Sirap bandung beraiskrimsoda. Neo mesti suka. Selain daripada Air Sirap Bandung World, ada ais krim, maka ramailah tetamu makan ais krim, termasuklah Optimus Prime Kemudian, Optimus Prime bergambar dengan Umar Gambar pengantin diambil dari angle bawah Juru gambar berusia 3 tahun, Umar Sempat juga saya bergambar dengan Datuk K