test

Memaparkan catatan dengan label Kak Jie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kak Jie. Papar semua catatan

Selasa, 30 September 2014

Padan Muka, Blog Penipu sudah ku sekat

Sekembalinya saya ke dunia blog ini, kali ini bukan sekadar sebagai penulis blog , tetapi juga sebagai pengiklan.

Banyak blog yang guna nuffnang dan Innity, tetapi peniaga kecil tak mampu nak beriklan di situ, jadi Adwords lah yang sesuai.

Namun, wujud pula laman web yang mengambil kesempatan,

Sekarang musim orang pos benda yang sudah viral, di blog atau laman web sendiri, macam kandungan sendiri hanya untuk dapat.

Bab kandungan itu sebagai pengiklan,saya tak kisah nak sensasi mana pun. Tapi kalau boleh janganlah sampai semi-porn.

  • Gambar Gadis Melayu Bertudung Yang Sangat Melampau  , 
  • Pelajar perempuan 'offer' tubuh untuk beli Samsung Note 3


Saya bukan nak iklan ubat kuat.

Jadi kalau anda nak buat blog atau website benda-benda viral banyak mana pun.
Lagi banyak lagi bagus. Pengiklan suka ada banyak laman web benda-benda viral dan sensasi.

Cuma pengiklan tak suka kena tipu.

Terdapat laman web / blog yang terlampau tamak, sampai sanggup menipu pengunjung dan juga penipu pengiklan.

Ada banyak jenis klik palsu yang dicuri.

Yang paling jahat sekali ialah jenis yang tiba-tiba gelapkan skrin, kemudian ada gambar dan butang pangkah.
Butang pangkah itu bukannya sekadar nak tutup gambar itu dan kembali ke pembacaan, tetapi dia akan automatik klik iklan yang.
Sebagai contoh, tiba2 skrin gelap, ada gambar kucing, klik butang pangkah, tiba2 page lazada dibuka.
dan Lazada kena tipu.


Yang ke 2 jahat ialah guna teknik skrin gelap juga. Keluar iklan, dan tulis klik link below to continue.



Yang ini, kurang jahat sikit, sebab masih boleh klik untuk tutup, cuma peratusan orang terklik iklan adalah terlalu tinggi. Kalau dia tulis 'Click Here' pun orang boleh terkeliru.


Yang ke 3 jahat ialah yang ni.

Dia suruh klik 2 kali untuk close.
tapi bila klik sekali , iklan lain akan masuk, tetapi lokasi tempat klik tu pun bergerak, jadi kemungkinan terklik iklan adalah tinggi.
Sampel pada gambar itu sudah tiada iklan, mungkin google sudah blok dia .


Jadi 3 jenis iklan di ats itu memang saya blok.

Dalam dunia pengiklanan web, publisher pun cari makan, pengiklan pun cari makan.
Kalau publisher curi pengiklan, apa cerita?

Pengiklan Adwords bukannya kaya sangat, ada yang budget RM 300 sebulan sahaja.

Boleh sahaja iklan di Facebook atau Google Search Network, tapi duit itu tak sampai publisher/penulis blog , pemilik laman web.

Pengiklan juga boleh naikkan bidaan di laman web yang dia suka.
Sebagai contoh, semalam saya naikan bidaan di kujie2.com , mahal sedikit pun tak mengapa, kawan-kawan.

Jadi, kepada blogger yang guna Adsense, sila komen si bawah, saya nak naikkan bidaan iklan di blog anda.

Untuk pemilik blogger blogspot, saya memang nak cadangkan anda guna adsense, walaupun anda ada nuffnang, atau jual iklan sendiri, apply sekali adsense.  Kalau ada walau sedikit tag adsense di laman blogspot, automatik versi mobile pun ada iklan.











Sabtu, 9 Februari 2008

Beras Padu BARU dan Beras Kujie

Dimaklumkan bahawa saya telah memberikan "Beras Padu" lama kepada Kak Jie, dan ianya dinamakan Beras Kujie.

Alamat Beras Kujie ialah http://beras-kujie.blogspot.com
Peminat Kak Jie boleh baca Beras Kujie di alamat diatas.


Walaubagaimanapun "Beras Padu" telah berpindah ke Taman Pitis.
http://taman-pitis.blogsite.org
Sila Tandabukukan alamat di atas.

Harap maaf kerana Beras Padu BARU agak perlahan, kesabaran anda untuk menunggu memang berbaloi.

Ahad, 14 Oktober 2007

Sheikh Muzafar ditipu Kerajaan Malaysia?

Pada tahun 2003 dahulu, setelah pembelian sukhoi dimeterai, Satu pemilihan Calon Angkasawan Negara telah dilakukan untuk memilih 'Angkasawan'. Maka seramai 11,250 orang telah memohon sebagai calon Angkasawan Malaysia.



Semua 11,250 orang pemohon itu tahu yang akan kita hanya akan menumpang Kapal Angkasa Rusia.
Antara 11,250 orang itu, yang terpilih sebagai angkasawan ialah Dr Faiz dan Sheikh Muzafar.

Pada borang DalamTalian ketika itu tidak pula dinyatakan yang pemohon hanya dapat jadi 'Peserta Penerbangan Angkasa' yang ada hanya 'angkasawan'.

Namun bila hari berlepas kian hampir, 'Angkasawan' terpilih itu dilabel sebagai 'Peserta Penerbangan Angkasa' oleh NASA, Agensi Angkasa Lepas Amerika yang tersohor itu.

Disebabkan label yang diberikan, maka ramai orang mempersoalkan kenapa ia hanya 'Spaceflight Participant'. Termasuklah pemblog tersohor ini dan yang ini.

Walaubagaimanapun, pembangkang tersohor tidak pula mempersoalkan tentang label Peserta Penerbangan Angkasa yang diberikan oleh NASA itu, hanya mengingatkan tentang perlunya langkah tambahan untuk memajukan Sains dan Teknologi supaya tidak menjadi seperti Arab Saudi yang lama dulu pergi ke angkasa lepas tetapi tiada kemajuan.

Berbanding dengan Arab Saudi, yang pergi itu ialah putera raja, tetapi di Malaysia pemilihan dilakukan secara terbuka 6 tahunyang lalu.

Jadi, Adakah Sheikh Muzafar ditipu oleh kerajaan Malaysia kerana pemohon dijanjikan untuk jadi 'Angkasawan', tapi hanya boleh jadi Peserta Penerbangan Angkasa ?

Adakah 11250 orang lagi pemohon juga telah ditipu oleh Kerajaan Malaysia?



Dari mana datangnya istilah 'Angkasawan' kalau tiada penutur B.M yang pernah pergi ke Angkasa Lepas?
hehe

Kita tak pernah ada program angkasa sebelum ini, bagaimana kita nak bezakan 'angkasawan' dengan 'peserta penerbangan angkasa'? Yang ada hanyalah kalau ke angkasa lepas di panggil 'Angkasawan'.

Mungkin kalau kita ada prohram angkasa yang maju, mungkin kita boleh ada banyak istilah.

'Angkasawan'- Istilah umum

'Rempit Angkasa' - Untuk yang suka merempit di angkasa lepas. Suka wili kapal angkasanya. mengubahsuai kapal angkasanya menjadi lebih bising.

'Penumpang Angkasa' - yang menumpang sahaja

'Penyelidik Angkasa' - yang menumpang sambil buat kajian.

'Juru Tiket Angkasa' - orang yang jaga tiket feri angkasa ulang alik dari marikh ke bumi.

'Angkasawan Haram' - Orang yang pergi ke marikh tanpa permit.

'Peramu Angkasa Melampau' - Orang yang menyediakan makanan minuman kepada 'penumpang angkasa' tapi melalukan aksi lucah setibanya di Marikh.

'Pencuri Angkasa' - Orang yang mencuri kepingan beli kapal angkasa orang lain supaya dijual di pasaran gelap di Marikh.

'Penyeludup Angkasa' - Orang yang menyeludup air dari bumi untuk dijual di marikh dengan harga lebih tinggi tanpa mengistiharkan air yang dibawanya.

'Subsidi Minyak Angkasa' - Subsidi yang diberikan supaya harga minyak kapal angkasa supaya harganya lebih murah.

'Penyeludup minyak angkasa' - Orang yang menyeludup minyak angkasa bersubsidi untuk dijual ke Thailand.

'Monyet Angkasa' - Penulis blog yang menulis blog dari angkasa lepas, gelaran diberikan oleh ahli politik bumi.

'Angkamewee' - Gelaran Penyanyi Rap Marikh yang masih belum balik ke bumi.

'Belanjawan' - Istilah bahasa melayu bagi 'Budget' yang digunakan di Marikh kerana ianya diharamkan dari digunakan di bumi.

'Kujie3' - Spesis Pokok Vanilla yang tumbuh melata di marikh.

"Astrokenot / cosmokenot' - Istilah yang dicipta cry4freedom. Entah apa maksudnya


Istilah di atas adalah rekaan semata-mata, ianya tak wujud kalau tiada program angkasa yang berjaya.
Memang banyak istilah yang boleh dibangunkan kalau Penerokaan Angkasa adalah perkara biasa.

Tetapi buat masa ini, istilah Angkasawan digunakan untuk sesiapa sahaja yang pergi keluar dari Atmosfere bumil, Tak kiralah samada dia penyedulup, atau penumpang, atau penyanyi rap atau penulis blog.

Jumaat, 21 September 2007

Kesliapan Ejaan yang Bermanfaat

Ramai yang bersedih dengan kejadian Nurin Jazlin, Ramai juga pemblog tempatan menulis tentang Nurin Jazlin. Samada Pemblog Tersohor atau yang belum tersohor, ramai yang menulis tentang cerita itu. (Walaubagaimanapun Pemblog yang Stoberi, atau Mistral atau Ultraman Telur atau Ultraman telur lagi seorang mungkin tak sempat baca berita, kerana sibuk dengan projek kotak kasut).


Untuk dijadikan cerita, Terdapat dikalangan pemblog yang menulis tentang Nurin Jazlin tetapi tertaip Nurul Jazlin.

Antara Mereka ialah:-


Namun, Kesilapan itu mungkin memberi manfaat dari segi SEO (Search Engine Optimization). Kerana, terdapat juga penggoogle yang tersilap menaip 'Nurin Jazlin' menjadi 'Nurul Jazlin'.
Maka dapatlah Jus Google percuma :)

Jadi, Kalau nak betulkan kesilapan itu, jangan buang kesilapan asal.

Jumaat, 14 September 2007

Isteriku dan Kak Jie akan jadi perusuh?

In Phoenix, AZ a group of people demonstrated their support for breastfeeding in public outside a local Applebee's in response to a related incident that occurred at an Applebee's in Kentucky. Mothers protested the common request to cover up with a blanket while breastfeeding in public in that they believed their children should not have to eat under a blanket.


Itu adalah petikan dari Should.Breastfeeding.Be.Allowed.In.Public. Pautan itu dijumpai dari newsvine.

Bersyukur kita di Malaysia ada "Polisi Penyusuan Susu Ibu", namun masih ramai ibu-ibu yang tak menyusukan anaknya cara itu, atas sebab mental dan mental.

Di negara tertentu, apabila menyusukan anak dijalanan diharamkan, (tapi ia dibolehkan direstoran). Mereka terpaksa berdemonstrasi.

Apabila ditanya. "Adakah anda dibenarkan untuk diduduk dan makan di jalanan?" , Sudah tentu jawaannya "Ya".

Suatu hari nanti, apabila menyusukan anak dijalanan diharamkan, mungkin masa itu, Kaum wanita, seperti Isteriku (mesti klik) , Kak Jie akan 'merusuh' . Kalau di Malaysia, mereka mungkin terkena peluru hidup.

Anak susu Ibu yang sihat:-

Isnin, 10 September 2007

Klik pada Awanan Tag/Label

Mungkin ramai pemblog tempatan tidak berminat dengan Awanan Tag, tapi tak mengapa, selain daripada blog Irtiyah, Blog StrangeCharm juga telah menyertai kelab Awanan Tag/Label (bukan subversif).





Namun, kemana pengguna sepatutnya akan dibawa setelah mengklik label yang diingini?

Sebelum ini, terdapat 2 pilihan

Yang pertama iaitu seperti biasa, kalau klik Cikgu Suraya ia akan dibawa ke http://sebolku.blogspot.com/search/label/Cikgu%20Suraya. Dimana ia akan memapar keseluruhan kemasukan blog yang mempunyai tag "Cikgu Suraya".


Yang kedua, ialah itu gaya Kak Jie dan iEn, ia akan memaparkan "TOC", senarai topik yang ada.
Waalupun Kak Jie tiada Awanan Tag, tapi outputnya adalah seperti berikut jika pengunjung klik pada Blog Tutorial.

Kalau ada banyak topik yang menggunakan label/tag tertentu, mungkin cara Kak Jie dan iEn sesuai. Manakala kalau hanya 1 topik menggunakan sesuatu label/tag, lebih baik guna cara biasa tanpa ubah suai.

Namun, ada cara ketiga yang lebih kool, iaitu "AJAX Label". Cuba klik pada 'Categories' pada laman Web itu untuk mengalaminya.

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga cara diatas tidak menepati kehendak 'kebolehgunaan' saya.

Saya lebih suka kalau bila klik pada Label/Tag, ia akan membaca kepada sedikit Tajuk dan sedikit huraian. Sesuatu yang seperti AJAX Label, tapi bukan AJAX.

Selasa, 4 September 2007

Lagu Rap... "Kak Jie Datang..."

Lirik lagu rap yang saya karang,
Nyanyi ikut gaya Ahli Fikir - "Dia Datang"


Makan Ais Krim Vanila,
Minum Cocacola Vanila
Tahukah anda asal Vanilla
Tidak tahu tapi sampai bila?

Hidup Umpama katak
Bawah tempurung gila
Engkau tahu atau tidak
Wujudnya pokok Vanilla....

chorus:
Kak Jie Datang.....
Kak Jie Datang.....
Nak tanam pokok Vanilla...

Aku pun baru tahu
Lily Lulu pun baru tahu
Ien pun baru tahu
Pengunjung blog ini baru nak tahu....

Mengapa perlu sipu sipu
Mengapa perlu tunggu-tunggu
Pautan siap menunggu
Klik saja tak perlu tunggu
.....

(Ulang Chorus.)

Jumaat, 31 Ogos 2007

Kak Jie, Salin dan tepek dari yang ini

Google+ Hasbullah Pit