Sudah lama tak menulis. Semalam, saya diberi peluang untuk berucap tentang ISA, tetapi "blank". Sudah sedia maklum ISA itu zalim, menahan orang tanpa bicara, penuh dengan seksaan. Namun seksaan itu, kelihantan hanya memberi kesan pada individu yang ditangkap dan orang yang berdekatan dengannya. Itu yang ramai orang fikir. Kesan terhadap individu individu sahaja. Jadi, bila tidak kena batang hidung, maka ramai tak endah. Tapi, ISA bukan hanya memberi kesan pada individu sahaja. Kerana, apabila ia memberi kesan pada individu, mungkin individu itu boleh merubah negara, dan negara akan bantut pembangunannya. Bayangkan kalau Steve Jobs dikenakan ISA, mungkin sehingga sekarang masih belum lagi ada iPad. atau saingannya seperti galaxy tab pun mungkin tidak ada. Suatu ketika dulu, Engineer Kemerdekaan Tanah Melayu dikenakan ISA. Dr Burhanuddin Al Helmy. Atas tuduhan yang tidak masuk akal, akhirnya dia meninggal dunia akibat seksaan di dalam Tahanan, Memang...