test

Isnin, 2 Mei 2011

Memang Malaysia bekas Jajahan Inggeris, taat sampai tujuh keturunan

Memang Malaysia bekas jajahan Inggeris yang taat.

William kahwin tengok ramai-ramai. Seolah-olah raja sendiri kahwin.

Sibuk dengan kelab Liga Inggeris, Macamlah Manchester tu kampung sendiri.


Buat filem Merong Mahawangsa, Rom cakap dengan China guna Bahasa Inggeris.
Tamaddun Inggeris pun belum dibentuk, Inggeris masih lagi belum jumpa jalan laut ke Asia.
Namun demi ketaatan kepada bekas penjajah, Rom boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris dalam filem Melayu.

Akhir-akhir ini, saya terdengar golongan muda, menggunakan akronim "MC" untuk sesuatu tempat.
Rupanya ia merujuk kepada "Melaka Sentral". Mengapa tidak MS?
Sentral bukankah bermaksut "pusat" juga?
Mengapa tidak "MS" ?
Oh ya, kerana taatnya rakyat Malaysia, negara yang dibentuk daripada tanah jajahan Inggeris kepada Permaisuri Victoria, maka perlunya ditukar "Sentral" kepada "Central".

8 comments:

  1. 1. william+kate, mu tu sume contoh pkara yg menarik minat dunia, bukan hanya malaysia.

    2. secara tatabahasanye, yg betul ialah sentral melaka = melaka central (mc)

    hanya pdapat. peace.

    BalasPadam
  2. Filem Merong satu filem yang patut dibanggakan,
    tapi betul ke waktu tu diorang x ckp bahasa lingua franca lagi?

    BalasPadam
  3. mungkin, mereka lebih suka dgn bahasa inggeris berbanding bahasa sendiri.. sedih

    BalasPadam
  4. sindiran yang menarik. itu hakikatnya. malaysia amat pekat dan likat penjajahannya. sampai sekarang kita gunakan Britain sebagai neraca untuk melihat baik atau buruknya sesuatu.

    BalasPadam
  5. mmg best bos punya tulisan bab sejarah.harap boleh kluarkan cerita2 yg menarik dan berfakta. tahniah bos!

    BalasPadam
  6. Hasbullah,

    Aku suka berurusan rasmi menggunakan bahasa Inggeris ketika bersama masyarakat antarabangsa hatta ketika di Malaysia, namun aku juga memperoleh A1 dalam subjek bahasa Melayu dan juga sejarah ketika SPM.

    Aku suka shortbread, scones dgn krim dan jem, fish n chip yang dimakan bersama cuka dan garam, namun aku tetap mengejar kuih koci panas jualan makcik nasi lemak berhampiran rumah aku, duduk makan cendol selepas solat jumaat di masjid kg melayu subang, dan singgah makan mee rebus dan asam pedas setiap kali aku ke Muar.

    Aku seronok memandu kereta Proton gen 2 milikku, bahkan aku juga suka naik kereta api yg aku percaya dulunya tinggalan penjajah.

    Aku bangga menyanyi lagu negaraku dengan penuh semangat bagai bergegar Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan-perlawanan antarabangsa, namun aku juga boleh menyanyikan God Save The Queen dengan lancar. oh tak lupa juga, aku bole nyanyikan lagu Deutschland Uber Alles tanpa perlu melihat lirik.

    dan akhir sekali, aku suka istilah Hentian Puduraya, dibandingkan Puduraya Sentral (Sentral?!! is it even a word?), dan aku sangat benci melihat nama bangunan "Dua Sentral" milik TNB di KL.

    Engkau rasa, aku ni taat kepada Queen of England ke ataupun hanya engkau yang sangat jumud tidak boleh menerima keterbukaan global?





    BalasPadam
  7. kau merdeka tanpa keringat, darah dan air mata di kasih inggris
    miskin budaya
    miskin kreatiftas
    polismu tak beradab tak punya tuan dan tuhan
    ganyang malas yia

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit