test

Khamis, 22 Mei 2008

Politik Hapus DEB yang Tidak Menguntungkan PAS

Politik menghapuskan DEB oleh PKR sebenarnya secara tidak langsung merugikan PAS. DEB yang sememangnya patut diganti, hahikatnya sudah jadi pegangan kepada ramai orang melayu. Apabila disebut hapuskan DEB, maka kecut perut orang kampung, terus pangkah UMNO. Walaupun hakikatnya DEB itu telah tamat dan digantikan dengan DPN.

Walaupun negara telah 50 tahun merdeka, dikuasai oleh parti politik berasaskan kaum, maka politik berasaskan kaun itu masih tebal.

Kononnya nak sama rata, akan tetapi kerusi majoriti melayu diberikan kepada PAS. Maka hasilnya PAS yang dapat paling sedikit kerusi dalam pakatan Rakyat. Mungkin sebab fobia akan penghapusan DEB oleh pengundi melayu kampung.

Nak buat macam mana, calon PAS kampung pun tak faham sangat Agenda Ekonomi Baru (AEB).

Ini yang pelik, Dasar ekonomi tidak mengikut kaum, tetapi pembahagian kerusi mengikut kaum.

PAS ada agenda khas untuk menarik sokongan bukan melayu dengan mengadakan kelab penyokong PAS di kalangan orang bukan Islam. Akan tetapi tiada program khas untuk "Melayu". "Lajnah Nasib Melayu" atau "Lajnah Warisan Melayu"?

Jadi Ezam nampak realiti yang orang Melayu takutkan kehilangan DEB, walaupun hakikatnya DEB hanya menguntungkan UMNO.

Apabila DEB menguntungkan UMNO maka Ezam masuk UMNO?

Sebab musabab Ezam masuk UMNO tidak diketahui, yang jelas dia tak suka politik Anwar hapuskan DEB, mungkin baginya belum tiba masanya. ATAU itu hanya sekadar alasan.

Atau mungkin Ezam masuk UMNO kerana kematangan politiknya, dia sering memperkatakan tentang "kematangan politik".

Macam beli saham, lebih untung ketika beli pada harga rendah.

Pakatan Rakyat sepatutnya mempunyai sedikit agenda melayu, kerana realiti pengundi sebegitu.

Tidak perlulah menawarkan sesuatu yang melampaui batas sehingga menidakkan hak kaum bukan melayu.

Akan tetapi cukuplah dengan jaminan bahawa mempertahankan tanah rizab melayu, mempertahankan bahasa melayu, mempertahankan warisan melayu.
cukuplah.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit