Setelah kecundangnya UMNO di beberapa negeri, wujud kerisauan di kalangan orang melayu tentang masa depan melayu.
Kalau tidak salah saya, cukup banyak perhimpunan yang membincangkan soal melayu. Seperti biasa bila bercakap tentang Melayu, ia biasanya dikaitkan dengan "Perpaduan Melayu" dan kemudiannya menjadi agenda UMNO.
Saya tidak pasti sangat apa yang berlaku di Konvensyen "Melayu" di Johor Bahru. Akan tetapi sudah nampak bibit-bibit perubahan pemikiran bahawa Melayu sudah tidak boleh lagi bergantung kepada UMNO.
Pemikiran begitu juga sudah meresap di kalangan orang UMNO sendiri.
Kasihan pula UMNO, mungkin mereka yang menganjurkan konvensyen sedemikian, akan tetapi ianya menikam balik mereka.
Bagi orang PAS, kebiasaannya, mereka akan lebih suka menyebut "ketuanan Islam" berbanding "ketuanan melayu". Bagi orang PAS, mereka lebih suka berbincang tentang Islam dengan UMNO berbanding isu "Melayu".
Apa yang hendak dikonvensyenkan sangat, sedangkan penyelesaiannya mudah.
Kalau benar Orang yang berkonvensyen itu ingin menyelamatkan Melayu, dengar sini baik-baik.
Melayu sebenarnya tidak perlu bersatu untuk terus kekal. Melayu sebenarnya akan rosak apabila bersatu (bersatu dalam konteks duduk dalam satu organisasi). Sifat taat pada pemimpin yang ada pada kebanyakkan orang melayu akan digunakan oleh pemimpin yang rakus.
Selama ini pun, zaman kesultanan Melayu, terdapat banyak kesultanan melayu yang berasingan. Tanah Melayu tidak mempunyai Yang dipertuan Agung yang menjadi ketua kepada semua Sultan. "
Namun, Agama Islam terus kekal sehingga hari ini di Tanah Melayu yang telah ditukarnama menjadi Semenanjung Malaysia.
Bahasa Melayu juga kekal dengan nama "Bahasa Melayu" sehinggalah ditukar kepada "Bahasa Malaysia" , kadang-kalanya di sebut "Bahasa Kebangsaan".
Walaupun ia telah dikembalikan kepada nama asal oleh Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Menteri Pendidikan, namun nama "Bahasa Melayu" turut dipenjarakan bersama-sama Anwar Ibrahim.
Dipendekkan cerita, sejak 1400 , Melayu itu wujud kerana 2 sebab, Islam dan Bahasa Melayu.
Sekiranya benar orang yang sibuk berkonvensyen itu ingin menyelamatkan melayu, maka 2 perkara penting perlu dilakukan.
1. Tidak Berkompromi soal Islam
2. Tidak Berkompromi soal Bahasa Melayu.
Perlu saya jelaskan 2 perkara itu?
Mari kita imbas sejarah bagaimana tamadun Islam itu wujud sehingga menguasai semua bidang Ilmu. Ketika Zaman Khalifah (lupa pula), Para cendekiawan bertungkus lumus menterjemah 1001 buku daripada bahasa yunani (greek) ke bahasa Arab. Daripada situ ilmu berkembang dalam bahasa arab.
Bayangkan kalau khalifah ketika itu mewajibkan semua sekolah mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa greek, adalah zaman kegemilangan itu akan wujud?
Bayangkan kalau Bahasa Arab dilacurkan dan dibunuh istilahnya oleh pemimpin seperti Bahasa Melayu, adakah Islam akan berkembang?
Bahasa Melayu mempunyai 1 sifat yang sama dengan Bahasa Arab iaitu, ianya adalah bahasa ibunda kepada majoriti umat Islam.
Bahasa Arab adalah bahasa ibunda orang Islam di Negara-negara Arab.
Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda majoriti orang Islam di Malaysia.
Kalau nak Bahasa Melayu berkembang, Mengapa kau membunuh Istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu?
Kalau nak Bahasa Melayu berkembang, Mengapa kau halang bukan melayu belajar di IPTA dalam Bahasa Melayu?
Apa yang perlu dikonvensyenkan sangat, kalau jawapannya sudah ada di sini.
Parti yang memperjuangkan Islam ialah PAS.
Parti yang kuat memperjuangkan Bahasa Melayu adalah PKR.
UMNO tidak perjuangkan Islam dan Bahasa Melayu.
Nang it
Rock Your Vote
0 comments:
Catat Ulasan