Kebanyakan penduduk negeri Melaka yang saya kenali tidak pernah menaiki keretapi daripada Tampin mahupun Pulau Sebang.
Entah bagaimana Ali Rustam rupanya baru tahu tentang adanya perancangan KTM untuk menyambung landasan keretapi dari Pulau Sebang Ke Batu Berendam. (berita lama, sebelum pilihanraya)
The state government wants to find out the status of an 18km stretch of land from Pulau Sebang to Batu Berendam which had been reserved for the rail network.
Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said no decision on the land could be made as the state was unaware of the future plans of Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
He said a 60m-wide space along the 18km track had been reserved for the expansion of the existing rail network from Tampin to Pulau Sebang and onwards to Batu Berendam for the past several decades.
Yang lebih menghairankan ialah, Ali Rustam sendiri pernah menjawat Timbalan Menteri Pengangkutan.
Rupanya Tanah rizab untuk keretapi itu wujud semasa zaman British lagi, terbantut projeknya apabila Jepun datang menyerang.
“But over time, in some of the areas, people have occupied the land and constructed houses and are now making applications to obtain the land,” he told reporters after launching a gotong royong at Kampung Gangsa recently.Ada tanah yang dirizabkan itu telah dibangunkan, Jadi satu kerja pula nak lakukan "pengambilan tanah". Kalau ianya dilakukan sejak 1957 dahulu, sudah pasti semuanya lebih mudah kerana ketika itu belum banyak pembangunan.
Mohd Ali said that if there were plans to have a rail network, then the bullet train concept should be considered rather than expansion of the existing rail network.
“I will have a meeting with the Transport Ministry soon to discuss on this matter and decide once and for all on the issue,” he said.
Mohd Ali said if the decision by the ministry were to retain the track, then the state government would offer the residents who had built their homes since the Japanese occupation days almost 70 years ago, alternative sites.
Amatlah menghairankan apabila melihat perbandingan Kerajaan Perikatan/BN dengan kerajaan British.
Kerajaan British dulu, cukup banyak membuat landasan keretapi, untuk menyambung satu tempat ke satu tempat.
Di Muar, ada 1 keretapi lama yang hanya dipamerkan di kawasan "Tanjung", yang menunjukkan sikap malasnya kerajaan Perikatan/BN untuk menyambung landasan peninggalan British.
Kerajaan BN hanya tahu bina landasan baru di Lembah Kelang sahaja. Keretapi di Sabah pun sudah usang, sehingga jatuh ke sungai. Itupun saya rasa ianya peninggalan British dan bukannya usaha Kerajaan BN.
Ketika Lebuh AMJ (Alor Gajah Melaka Johor) dibina, saya pernah terfikir "Mengapa tidak dibina sahaja Landasan Keretapi di tanah Lebuh AMJ supaya kenderaan biasa lalu bersebelahan dengan Keretapi. Kos Pengambilan Tanah boleh di kongsi bersama dengan kos pembinaan Lebih AMJ).
Lebuh AMJ bersambung dengan jalan di Johor. Dari Muar ke Batu Pahat dan .... (sampai mana ya? Kluang?).
Jadi secara automatik, terbentuk satu landasan Keretapi Alor Gajah-Melaka- Merlimau-Muar-Batu-Pahat- Kluang. Kemudian boleh bersambung ke Johor Bahru.
Di Tengah tengah Bandar Melaka, kita buat Tram.
Bandar Hilir - "Ocean" - "Melaka Sentral" Hospital - MBMB - MITC.
Bukankan ia boleh menyambung tempat-tempat penting negeri Melaka. Berbanding Langkah kononnya mahu membuat monorail di sungai melaka hanya untuk perlancongan, sedangkan pada masa yang sama Pengangkutan Air sudah ada.
Kalau Melaka nak majukan pengangkutan Air, saya pun tak kisah.
Buat feri khas:-
Tangga Batu-Bandar Hilir-Umbai-Sempang-Sebatu-Sungai Rambai- Muar.
Yang saya tahu, zaman British memang sudah ada keretapi ke melaka...
BalasPadamSebenarnya landasan KTMB dari Pulau Sebang ke Melaka telah wujud pada tahun 1905. Semasa pendudukan Jepun dari tahun 1942 hingga 1945 beberapa bahagian landasan Pulau Sebang-Melaka telah dibongkar terutamanya laluan Batu Berendam ke stesen Keretapi Melaka. Landasan yang dibongkar itu dihantar ke Burma untuk membina landasan yang dikenali landasan keretapi maut.Selepas Jepun menyerah kalah kepada British, pihak British tidak memperbaiki landasan keretapi yang dibongkar itu sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Sejak dari itu penumpang-penumpang di Melaka atau penumpang yang hendak ke Melaka menggunakan stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin untuk ke Melaka. Hanya pada tahun 1983 ada ura-ura hendak membina semula landasan ke Melaka berikutan pembinaan loji penapis minyak Petronas di Melaka. Walau bagaimnapun perkara itu senyap begitu saja walaupun loji penapis minyak Petronas siap dibina di Melaka. Berikutan itu landasan yang masih tinggal dicabut oleh orang yang tidak bertanggungjawab kerana nilai besi yang sangat tinggi. Akhirnya semua landasan sepanjang laluan dari Pulau Sebang ke
BalasPadamMelaka telah dicuri. Namun demikian jambatan keretapi yang merintangi sungai masih jelas kelihatan hari ini. Bekas laluan keretapi sekarang kebanyakanya telah diturap menjadi jalan kampung dan rumah - rumah telah dibina di kiri kanan bekas landasan itu. Walau bagaimanapun tanah tersebut masih menjadi tanah rezab KTM. Cakap-cakap untuk membina semula landasan keretapi ke Melaka berulang kembali apabila Kementerian pengangkutan meluluskan projek landasan keretap berkembar dari Seremban ke Gemas. Kerajaan Negeri Melaka telah memohon kepada kerajaan pusat supaya dapat memanjangkan landasan bekembar itu hingga ke Melaka dengan menggunakan bekas landasan keretapi/ tanah rezab. Kerajaan Negeri Melaka berharap agar projek landasan berkembar dari Pulau Sebang ke Melaka dapat dimasukan dalam RMK-10. Pihak KTMB memandang serius projek ini dan masih menunggu kelulusan dari kerajaan persekutuan.Sama-sama kita tunggu sama ada projek ini menjadi kenyataan atau tidak.