Sebenarnya Iran bukanlah berbahaya kepada Amerika dari sudut ketenteraan, mana sampai peluru berpandu Jarak Jauh Iran untuk tiba ke Amerika. Ke Israel bolehlah.
Hakikatnya Iran AMAT AMAT berbahaya kepada Amerika dalam sudut ekonomi.
Iran satu negara kaya, agak bijak dan berani. Mereka sanggup bersusah payah menjana tenaga Nuklear walaupun kaya dengan minyak. Walhal minyak mereka jauh lebih banyak dari Malaysia, itupun Malaysia tidak membuat Ladang Kincirnya. (Tak habis-habis cerita ladang kincir).
Iran suatu ketika dahulu dalam tahun 2006, pernah ingin membuka Bursa Minyak sendiri yang akan berniaga minyak dalam matawang bukan dollar. Ini amat merisaukan pakar ekonomi Amerika kerana Tektik penjajahan menggunakan Dollar akan tidak lagi boleh dipakai.
Bagaimana Amerika mencukai negara lain? mudah sahaja, Dengan minyak yang wajib diniagakan dalam dollar, banyak negara terpaksa menyimpan rizab USD untuk membeli dan menjual minyak. Dengan inflasi yang ada pada dollar, sebagai contoh 3% setahun, secara automatik negara yang menyimpan dollar akan dikenakan inflasi itu. dari situ Amerika mencukai negara lain.
Sila rujuk artikel tulisan Krassimir Petrov The Proposed Iranian Oil Bourse
atau baca buku Petrodollar Warfare tulisan William Clark.
Jadi Iran yang dahulunya memulakan Bursa Minyak iran, kini benar-benar mahu melancarkannya.
The long-awaited Iranian Oil Bourse, a place for trading oil, petrochemicals and gas in various non-dollar currencies, will soon open.
Iran's Finance Minister Davoud Danesh-Jafari told reporters the bourse will be inaugurated during the anniversary of the Islamic Revolution (February 1-11) at the latest.
"All preparations have been made to launch the bourse; it will open during the Ten-Day Dawn (the ceremonies marking the victory of the 1979 Islamic Revolution in Iran)," he said.
The Minister had earlier stated that the Oil Bourse is located on the Persian Gulf island of Kish.
Some expert opinions hold inauguration of the bourse cold significantly devalue the greenback.
Walaupun belum diserang dengan Bursa Minyak Iran, USD telahpun jatuh tergolek.
Inikan pula selepas serangan Iran.
Bermacam cara yang "Fed" cuba lakukan untuk memperelokkan kedudukan ekonomi Amerika. Turunkan Kadar Faedah lah, itu lan, begini lah begitu lah.
Walaupun terdapat Pakar yang berpendapat USD akan naik kembali, tetapi pada firasat saya USD akan terus jatuh dan jatuh.
Oleh itu, agaknya pemimpin yang terus berbincang tentang USFTA adalah bangang atau cerdik?
Sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/Petrodollar_warfare untuk cerita lebih terperinci.
KADAD & kADAR..SESAORANG ISLAM PERLU YAKIN DAN PERCAYA BAHAWA ITU JAMINAN ALLAH KEPADA SEMUA UMATNYA.HANYA BILA SAJA AKAN BELAKU.SEKARANG SUDAH SEDIKIT SEDIKIT SUDAH NAMPAK TETAPI KITA KURANG PERIHATIN.EKONOMI DUNIA TERUTAMA AMERIKA DAN NEGARA YANG ADA HUBUNGAN DENGAN NEGARA ITU SEKARANG SUDAH TERDUDUK.ENTAH BILA BOLEH BANGUN SEMULA.NEGARA KITA YANG KURANG PERGANTUNGAN DENGAN AMERIKA AGAK SEDIKIT SELESA. INSYALLAH KALAU SEMUA PAKAR EKONOMI DUNIA DAN RAKYAT SELURUH DUNIA BERTEKAD BERALIH KEPADA MATA WANG ASING UNTUK URUS NIAGA. MAKA TAK MUNGKIN AMERIKA DAN ISRAEL AKAN PUNAH AKHIRNYA.
BalasPadam