test

Rabu, 9 Januari 2008

Krisis Minyak masak Malaysia di atas kertas

Ramai yang tidak faham mengapa boleh ada krisis "kekurangan" minyak masak di Malaysia yang banyak pokok kelapa sawit, pokok kelapa, Pokok itu, pokok ini, segala jenis pokok yang boleh dijadikan minyak masak.

Kalau zaman dulu, minyak kelapa sering dijadikan minyak masak. sering kelihatan orang menjemur kelapa di laman rumah.

Akibat "kekurangan" minyak masak ini, ada juga agensi yang berminat untuk memproses minyak masak. Kalau tidak salah saya, felda ingin membuat minyak masak.

Akan tetapi, isu "kekurangan" minyak sawit ini bukanlah berpunca dari kekurangan minyak sawit. Minyak sawit banyak, akan tetapi kalau diproses, ianya tidak mampu untuk dijual dengan harga RM 2.50 sekilogram akibat kenaikan minyak sawit. Pengilang memerlukan lampu hijau dari kerajaan supaya dapat subsidi yang memurahkan minyak masak itu.

Akan tetapi disebabkan oleh minyak sawit melonjak, (jiga disebabkan oleh kejatuhan dollar dan kenaikan harga minyak), harga minyak sawit itu menjadi mahal.

Kalau kita tanam sawit sendiri, proses minyak sawit sendiri jadikan minyak masak, kosnya tak meningkat pun.

Kosnya meningkat apabila pengilang terpaksa membeli minyak sawit dari penjual kelapa sawit dengan harga mahal. Walaupun ada ketikanya, pengilang minyak sawit dan penanam sawit adalah dari syarikat induk yang sama.
Jadi, kos untuk membuat minyak masak meningkat di atas kertas.


Maka, kerajaan mempunyai kuota untuk mereka berikan kepada pengilang itu supaya subsidi nak menanggung kos yang meningkat di atas kertas itu.

Kalau tiada kuota, sewanang-wenanglah pengilang membuat minyak masak murah kemudian disalahgunakan untuk menjual kepada rakyat asing atau "Industri".

Saya pun tak faham kenapa "industri" begitu dianaktirikan seolah-olah "industri" adalah milik negara asing.

Perbezaan ketara harga minyak masak negara jiran dengan Malaysia menyebabkan ramai yang menyeludup keluar negara dan "industri".

Maka pengawai kerajaan melihat akan begitu banyaknya wang diberikan untuk subsidi minyak masak, bertindak melulu mengurangkan kuota berdasarkan perkiraan mana entah. Memanglah pengilang terpaksa hentikan pengeluaran, siapa nak berniaga rugi?

Ramai yang panik, dan simpan stok lebih.
Timbullah cakap-cakap "Muslihat nak menaikkan harga minyak masak",

Untuk mengakhirkan krisis, kuota itu dinaikkan.

Bagi rjuna , mungkin pelik apabila Mykad diperlukan untuk menjual minyak masak. Bagi saya itulah langkah yang paling sesuai untuk pembelian sebarang produk yang dikawal harganya.

Bukan setakat tulis di buku, malah perlu ada sistem dalam talian yang merekod segala pembelian minyak masak, etrol, gas dll.

sepatutnya, minyak masak, petrol, disel, gula dijual dengan harga yang diapungkan. Kemudian bila rakyat nak beli, gunakan mykad, automatik mykad itu dijadikan kad diskaun untuk produk tersebut.

3 comments:

  1. huhu ni nak shopping ker nak ngundi? lor yg dtg beli mmg ler rakyat. patutnya kastam la perlu pantau... pga ker kot kot ada kes sludup... kalo org asli nak beli kena pengesahan tok batin x?

    BalasPadam
  2. kastamlah perlu pantau degan tegas.Majoriti minyak telah dieksport oleh Pengeksport Minyak ,antaranya Syarikat bumi yang dapat kuota tiada tahu jualan pasaran tempatan dan jualkan kuota minyak kepada pengeksport yang berladarbelakang yang kuat..sedihnya....

    BalasPadam
  3. apalah yang di buat kerja tak tau....minyak masak masih lagi tak de kat lembah klang nie....pak menteri cakap minyak masak cukup...cuba turun padang tengok apa masalah rakyat...jgn sedap dok kat atas jer......

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit