Akan tetapi, pada aplikasi sms kita tiada opsyen untuk kirim mesej ke bluetooth.
Ada perisian pihak ke 3 yang membolehkan bluetooth chat, tetapi penerima pun kena ada.
Cara yang paling mudah untuk hantar mesej bluetooth kepada orang berhampiran adalah menggunakan kalendar. Setiap kemasukan tugas, Nota, atau peringatan pada kalendar sebenarnya disimpan didalam fail. saya belum kaji lagi format fail-itu itu.
Tips kalau nak hantar mesej bluetooth kepada kawan:-
- Pastikan penerima itu sudah menghidupkan bluetoothnya, samada dia auto-terima atau tidak, belakang kira.
- buat kemasukan pada kalendar di telefon
bimbittangan pengirim, samada dam bentuk peringatan, atau tugas atau nota.- simpan, dan hantar kepada penerima. siap.
Akan tetapi, mungkin terdapat kelemahan dimana telefon si penerima mungkin tak menyokong jenis pengkalendaran yang dihantar, sebagai contoh, nokia 6085 tak memahami format 'nota', oleh itu hantar dalam bentuk 'tugas'.
Dalam dunia nyata, kalau di tempat kerja, seorang boss boleh mengarahkan subordinatnya untuk melakukan sesuatu,
tulis tugas di telefon sendiri, tetapkan masa perlu dilakukan,
pergi dekat sikit didalam julat bluetooth.
- Boss: Adiba, dah on bluetooth?
- Adiba: dah.
Amat praktikal, kerana boss automatik simpan arahan itu, di telefonnya.
Pengkalendaran dalam komputer sebenarnya sudah lama ada, sejak zaman MS Exchange dulu,cuma saya belum kaji sahaja. Mungkin keadaan dahulu membuatkan kita tak rasa kita memerlukan pengkalendaran. Walhal ianya satu perkara yang menarik, boleh 'selaras' antara PDA dengan komputer, dengan pelayan pengkalendaran. Yang agak terbaru ialah boleh selaraskan telefon dengan google calendar.
secara teori, SE k800i boleh selaraskan kalendar dengan Google Calendar menggunakan gcalcsync, tapi setakat yang saya pernah cuba, telefon hang sahaja. :(
Makin banyak tahu, makin banyak benda yang tak tahu.
0 comments:
Catat Ulasan