test

Ahad, 1 Mac 2009

Dialog Atuk dengan Cucu 80 tahun dari sekarang berkenaan PPSMI

Bayangkan Atuk itu ialah "Umar Hasbullah", anak saya, ketika itu berumur 85 tahun.
Bayangkan kalau PPSMI masih kekal wujud ketika itu.

Cucu:
Atuk, Kenapa kita belajar sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris?

Atuk:
Zaman dulu Bahasa Inggeris adalah bahasa Ilmu.

Cucu:
Atuk, masa tu kerajaan British beri jaminankah Bahasa Inggeris Kekal sebagai bahasa Ilmu?

Atuk:
"Tidak cu,
Kerajaan Inggeris sudah tiada lagi di Malaysia, Malaysia diperintah sendiri."

Cucu:
"Eh, Sudah merdekakah Atuk?
Oh ya, Malaysia merdeka 1957, Tapi guna Bahasa Inggeris pada tahun 2002? Kenapa bodoh sangat orang dulu-dulu?"


Atuk Jawap
"Tapi moyang kau tak sokong PPSMI masa tu, dia berhimpun 7 mac 2009, sampai kena kejar FRU."
"sebelum tu Faisal Abdul Aziz ada datang Melaka, ni gambar atuk dengan dia"



Cucu:
Yang mana satu atuk?

Atuk:
"Yang budak kecil, belakang kerusi itu lah atuk."
"Masa tu atuk baru 5 tahun."

Cucu:
"Kenapa muka atuk semacam sahaja?"

Atuk:
"Masa tu hujan, atuk dah kecut sudah, Basah kuyup."



Cucu:
"Eh, PPSMI itu tahun 2002, kenapa tahun 2009 baru Faisal Abdul Aziz itu bangun menentang PPSMI?"

Atuk:
"Engkau ini pun satu lah, cuba kau tengok biografi dia, dia lahir tahun berapa?"

Cucu:
"1986"

Atuk:
"Takkan lah dia nak bangkit menentang PPSMI ketika dia Tingkatan 4, 16 tahun."

Cucu:
"Ya tak ya juga."
"Tapi atuk lagi handal"

Atuk:
"Kenapa?"

Cucu:
"Atuk umur 5 tahun dah tentang PPSMI".

Atuk:
"Kau tengoklah atuk ni siapa."
"Kau tau siapa yang tangkap gambar tu?"

Cucu:
"Siapa Atuk?"

Atuk:
"Sofi Wahab"

Cucu:
"Bekas Ketua menteri Melaka?"

11 comments:

  1. catchy!

    saya baca masa di bilik meeting.

    nasibbaik dapat control gelak esp masa part atuk dah kecut sudah.

    :)

    cool nya dapat atuk yang begini.

    :))

    BalasPadam
  2. Hahaha! Bilakah agaknya Sofi Wahab akan jadi KM Melaka?

    BalasPadam
  3. Pada masa tu Mahatihir berumur 165 tahun. Hanya Mahathir saja yang bangga kerana berjaya laksanakan misi besar tersebut. Doalah mudah-mudahan Mahathir akan hidup 80 tahun lagi untuk lihat hasilnya...
    aku rasa le Malaysia pun dah nama lain ler..aku rasea le...bahasa melayu dah pupus le... dah takde orang melayu melainkan melayu campur2 mcm Mahahthir ler..

    BalasPadam
  4. hehheheh bagus !
    aku terhibur.....mmg cool la back to the future ko. hehe :)

    BalasPadam
  5. aduhai.. org yg tak pernah belajar sains cakap senang je kan? aku graduan kejuruteraan. bygkan la betapa susahnye nak belajar subjek2 sains dalam bm. aku tak sokong mane2. aku harap berfikir la dulu.. buka luas pandangan. dari zaman tok ayah kita lagi da guna bi. tapi still kita yg ade kat zaman sekarang ni masih guna bm. pelik2 la korg. aku tau yg protes bi ni org2 bahasa or seni, yg tak langsung paham penggunaan bi dalam sains. nak ke korg tgk kita pinjam kamus2 sains indonesia yg dah sedia ubah bi kpd bahasa indon? nak ke tgk anak2 kita mundur mcm indon jugak. nak panggil programming dalam bm da jadik pengaturcaraan. nak panggil valve dalam bm jadik ape? pemutar paip? ok, mmg aku tau org melayu sekarang da ramai tak guna bm. tu org2 bandar! aku org kampung. tinggi mane aku belajar, jauh mane aku pergi, aku masih berhasa inggeris. just dalam pekerjaan, aku gunakan bi. open minded sket. nak bandingkan bm dgn bahasa german, jepun, korea. mane boleh. zaman kita sebelom merdeka lagi dieorg da ade kamus sains bi-jepun or bi-german. takyah kamus pon, sbenarnye sblom org inggeris or amerika naik, org german da lame maju.. sbb tu dieorg guna bahasa sendiri. kita? ape kita ade? kita masih ditahap belajar.. kita masih ditahap perlukan didikan. kita pinjam bahasa org, bukan kita mengagungkan. bukan kita guna utk 24jam seharian kita. satu lagi, kalo nak buat budak2 skolah kat kampung pandai bukannye bi. aku asal kampung. kat kelantan. aku tau ape yg berlaku. tolonglah open minded. takkan bahasa melayu hilang dalam jiwa anak melayu. amek pendekatan sikit utk kekalkan bahasa melayu. gunakan kat skolah, acara2 rasmi, di universiti, tapi bukan di sains n math.. tolong lah. benda kecil pon nak bertelagah sesama sendiri. fru nak nak tolong halang rusuhan dari makin teruk di katakan anjing english. sedangkan fru smua2 tu org melayu jugak. dieorg diberi gaji utk buat kerja. tanak ade pergaduhan. aku pon sokong pas or keadilan jugak. bukannye aku sokong penggunaan bi ni aku sokong umno. tolonglah... bukak minda!

    BalasPadam
  6. ya Allah ya tuhanku. hapuskanlah ppsmi. hamba tak larat nak tengok ketaksuban bangsa hamba pada bahasa penjajah. hamba percaya kau jadikan semua bahasa sama sahaja ya Allah. amin ya rabbal alamin

    BalasPadam
  7. Buat tanpa nama kat atas tu..Aku pun orang sains juga.Malah berjaya melanjutkan pelajaran di negara Jerman.Aku tak ada sebarang masalah pun untuk belajar sains dalam bahasa Jerman walaupun masa sekolah guna BM.Kau bermasalah sebab kau cuma lulus cukup makan je.Fizik dan Matematik tambahan tak dapat A1,kau salahkan BM sebagai punca.Kalau dah cukup makan je Fizik dan Matematik tambahan kau,tak payahlah ambil jurusan sains la..

    BalasPadam
  8. Salam...

    Kita kena tentang PPSMI walaupun dia berjaya sekalipun kerana ia menghapuskan tamadun Melayu dalam sains dan matematik. Hanya bangsa yang malas sahaja tidak mahu menyerap ilmu dan tamadun lain dalam bahasa ibunda mereka sendiri.. Biar susah tapi bermakna bangsa kita ada inovasi dan sumbang kepada dunia yang pelbagai bahasa ini.

    BalasPadam
  9. Buat TanpaNama,

    Aku belajar kat sekolah dalam BM okay je. Aku tak nak beritahu keputusan SPM aku, itu subjektif kepada graf loceng. Tapi bila aku buat ujian latihan atau ujian sekolah markah aku sentiasa dalam wilayah 90%.

    Valve adalah injap. Injap pun kau rasa asing? Ah, kesian anak melayu sekarang. Aku tak perlu belajar sains dan matematik untuk tahu VALVE adalah injap dalam bahasa Inggeris. Aku cuma perlu belajar bahasa Inggeris.

    FRU tak mahu pergaduhan? Mungkin.

    FRU bertindak bodoh? itu pasti. Kenapa perlu tembak gas CS/CN ke dalam Masjid? itu kan tempat mulia. Orang mahu masuk masjid kena, nak keluar masjid kena. Memang nak mengenakan orang.

    BalasPadam
  10. TUAN-TUAN,
    AKU KESIAN TENGOK KES NI.
    ORANG KAMPUNG YANG ANAK DEPA KURANG PANDAI BAHASA INGGERIS NI TAK KATA PA PUN...
    YANG DOK MENENTANG NI ADALAH ORANG YANG ADA MOTIF TERTENTU... KESIAN...
    INGAT LA.. KALAU MATI PUN BUKAN NYA NAK KENA BACA TALKIN DALAM BAHASA INGGERIS... BAHASA INGGERIS GUNA MASA NAK PI INTERVIEW. TU PUN JAWATAN TINGGI SKIT LA.. BERAPA KERAT MELAYU YANG ADA JAWATAN TINGGI DALAM SYARIKAT SWASTA...
    ISU NI ADA PRO-KONTRA. TAPI JADI PANAS BILA DIPOLOLITIK KAN...
    DAH JADI BUDAYA KAT MALAYSIA KOT BELARAK SANA SINI...
    AKU TAK SUKA UMNO KERANA ANGKUH,
    AKU TAK SUKA PAS KERANA BERLAGAK MAKSUM,
    AKU TAK SUKA PKR KERANA TIADA PENDIRIAN,

    BalasPadam
  11. pada pandangan saya,spatutnya PPSMI nie dilaksanakan pada peringkat pra-sekolah lagi.Tidak perlu menerjah pelajar yang berada di tingkatan.Biar anak2 tadika terbiasa dengan sistem pembelajaran dalam BI ini.Saya rasa mereka takkan terkejut beruk punye la.Yang terkejut beruk ialah pelajar sekolah menengah yang kena belajar subjek sains lagi,ditambah pula dengan memahami term2 sains dalam bahasa inggeris.Terpulanglah kepada pemimpin,mereka lebih bijak dalam membuat keputusan.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit