Saudara Aduka Taruna telah telah lama membuat catatan blog bertajuk PPSMI bukan faktor utama maju.
Dia bukanlah penyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI. dia sendiri mengakuinya.
Sebelum ini saya juga telah mengatakan mendengar satu hujah daripada abang saya sendiri tentang bahasa bukan faktor untuk maju.
Saya setuju hujah bahasa bukan faktor untuk maju.
Samada kita belajar dalam bahasa apa pun, ia tidak memberi kesan terhadap kemajuan.
Yang memberi kesan ialah budaya ilmu itu sendiri.
Saudara Aduka telah memberikan contoh beberapa negara berbahasa inggeris juga banyak yang tidak maju.
Berapa banyak negara komanwel yang maju dengan mengekalkan pembelajaran berasaskan Inggeris?
Jadi, ada kalanya hujah "Bahasa bukan faktor untuk maju" digunakan untuk menentang Gerakan Mansuhkan PPSMI.
Kata mereka , Kalau kita hapuskan PPSMI, kita tidak akan jadi lebih maju.
Namun menggunakan hujah yang sama, kalau Bahasa bukan faktor untuk maju, kenapa adakan PPSMI.
Hujah "Bahasa bukan faktor untuk maju" adalah lebih sesuai digunakan ketika sebelum PPSMI dilancarkan, bukan hari ini.
Yang penting itu ilmu, bukan bahasa.
Orang ke Jerman, belajar teknologi Jerman, untuk mendapatkan ilmu Jerman. Nak bawa balik bahasa Jerman nak buat apa?
Begitu juga ilmu daripada negara lain yang berbahasa lain.
Jadi apa yang berlaku sekarang ialah pelajar dihantar ke Amerika, Britain, dan Australia, bawa balik ilmu dan bahasanya sekali.
Adakah bahasa itu tidak penting?
Kita tidak perlu kukuhkan bahasa Jerman atau Inggeris kerana dia sudah berdiri sendiri tanpa kita wujudkan "Dewan Bahasa jerman".
Kalau Bahasa tidak penting untuk maju, kenapa hapuskan PPSMI?
Eh, Tunggu sekejap.
Kalau Bahasa tidak penting kenapa wujudkan PPSMI?
Pusing balik asal.
Bagi saya, bahasa adalam medium penyimpanan ilmu.
Ilmu Jerman dalam Bahasa Jerman, Ilmu Jepun dalam bahasa Jepun.
Kita belajar bahasa Jerman, Kita belajar bahasa Jepun.
Tidak semua orang yang tahu bahasa Jerman itu tahu bahasa Jepun.
Di Malaysia bukan ada ramai Ir Nizar yang tahu banyak bahasa.
Jadi siapa yang hendak mengabungkan Teknologi Jepun, Teknologi jerman dan hukum hakam dalam Kitab Arab?
Pengintegrasian itu itu dalam bahasa apa?
Maka perlunya bahasa sendiri untuk mengintegrasikan ilmu-ilmu yang sebelum ini wujud dalam bahasa lain.
Kerana, tidak semua orang boleh tahu kesemua bahasa Korea, Bahasa jepun dan jerman dan Arab dan swenska.
ianya boleh dilakukan dengan menyimpan ilmu dalam bahasa sendiri.
Ilmu svenska wujud dalam bahasa sendiri, ilmu Korea disimpan dalam bahasa sendiri.
Maka, Umar Hasbullah baca kitab ilmu yang diterjemah dari bahasa-bahasa lain ke Bahasa Melayu, kemudian menggabungkan menjadi inovasi sendiri.
Umar Hasbullah tidak perlu tahu sehingga 28 bahasa.
Siapa boleh belajar 28 bahasa?
Kerana itu ilmu perlu disimpan dalam bahasa sendiri. Bukan sahaja ilmu yang berasal dari Inggeris sahaja, tetapi ilmu diluar tempurung Inggeris juga perlu disimpan dalma bahasa sendiri.
Lihat sahaja teknologi elektronik.
Negara berbahasa Inggeris agak ketinggalan.
Samsung Korea, Sony Jepun, Nokia Finnish, tidak ketinggalan Telefon buatan China yang tak sering tidak cukup dokumentasi.
Adakah generasi akan datang perlu belajar 28 bahasa sebelum mengintegrasikan teknologi daripada pelbagai sumber?
Jadi, untuk belajar , faktor bahasa tidak berapa penting, langgar sahajalah bahasa yang ada untuk pendapatkan ilmu. Namun ilmu itu perlu disimpan dalam bahasa sendiri supaya lambat lain anak cucu kita boleh mengintegrasikan ilmu-ilmu perlbagai sumber bahasa itu dalam bahasa sendiri.
PPSMI membuatkan proses penyimpanan ilmu dalam bahasa sendiri itu tidak berlaku. Kekalkan sahaja ilmu itu dalam bahasa Inggeris, bukankah kita semua tahu bahasa Inggeris? Itu yang pendokong PPSMI mahukan?
Adakah apabila pelajar Malaysia di Jepun balik ke Malaysia perlu penyimpan ilmunya dalam Bahasa Inggeris supaya boleh diintegrasikan dengan ilmu yang diperolehi oleh rakannya yang belajar di Russia?
Anak cucu kita akan tanya, kenapa kita perlu terjemah ilmu Jepun itu ke dalam Bahasa Inggeris?
Maka kita jawap "Hishamudin kata hentikan debat PPSMI".
Ahad, 1 Mac 2009
Home »
bahasa
,
politik
,
PPSMI
» Bahasa Bukan Faktor untuk Maju, Di Malaysia bukan ada ramai Ir Nizar
Language or material development is for sure not the cause of human progress..people of teh same language often fight..in many countries.
BalasPadamThe root cause is no unity of thought or action..and justice or adilan is the mother foundation of unity and progress.
What i realy meant was equall justice for all regardless of color, race, or relligion,
BalasPadam'Lihat sahaja teknologi elektronik.
BalasPadamNegara berbahasa Inggeris agak ketinggalan.
Samsung Korea, Sony Jepun, Nokia Finnish, tidak ketinggalan Telefon buatan China yang tak sering tidak cukup dokumentasi.'
Tak malu. Negara-negara tersebut maju kerana meraka mengamalkan sistem MERITOKRASI dan bukan kerana bahasa ibunda meraka. Sistem MERITOKRASI telah mengujudkan para akademik yang fasir dalam bahasa negara maju dan selanjutnya membolehkan penterjemahan bahan-bahan sains dan teknikal dari pelbagai negara dengan cepat dan tepat. Malaysia ada apa? DBP. Ha Ha Ha.
vinnan:
BalasPadamTerperangkap dengan pemikiran Mansuh DEB selesai segalanya?
Kalau meritrokasi sekali pun, adakah itu jaminan ilmu akan diterjemah kepada Bahasa Melayu?
Tak kiralah meritrokasi atau DEB, orang Malaysia suka kekalkan ilmu dalam bahasa asal.
masalahnya penyokong ppsmi takkan terima apa2 hujah pun. contohnya PAGE. bahasa inggeris itu hujah penutup. tak dapek nak nolong mereka tu. cuma, pendapat saya, sekiranya kita berjaya mencipta gelombang kebangkitan bahasa melayu mungkin boleh buka sikit kelopak mata mereka. contohnya, penulisan dan penerbitan dlm bahasa melayu perlu diperhebatkan sama ada secara cetakan atau di laman maya.
BalasPadamala depa nie semua sombong jer..sbb blaja ilmu profesional maka dirasakn dirinya gah..pandai kerna di tau bhs inggeris..bis org yg tak pndai bhs inggeris tak pndai ke..dirasakn bile suatu masa dulu dirinya belajar di universiti dgn berbahasa inggeris maka dia pndai kerna bhs inggeris kah? bukan atas usaha senkang mata siang mlm ker..adakah satu campur satu tue jawapannya tak sama dengan one plus one?? Rakan ku di universiti asal kelantan maser sem pertama gpa menjadi teruk kerana kurang fasih brbahsa inggeris(bawah 2.5)..Adakah beliau dibuang u..huhu sukacitnyer..beliau kluar dgn cgpa 3.5 di akhir semester...Adakah bahsa inggeris membuatkn dia pandai..Tidak ..Medium yg berubah dan dia perlu mengikuti jurusan itu dlm bahasa inggeris..Tapi itu bkn penghalang ntuk belajar dlm bahsa itu..5 tahun berbahsa kelantan ..dan tup2 berubah bhs..kemudian berjaya..Adakah mereka ini yg mengambil mata plajaran sains dan matematik ini akan kluar dan masuk universiti..Knpa tidak difokus kepada pelajr2 yg mmg ada potential untuk masuk unversiti..adakah kita hendak mengundurkan bangsa kite sbb bhs?
BalasPadamAdakah kite masyur dizaman melaka kerana pandai berbahsa inggeris..Adakah dgn berbahasa inggeris dulu kite pandai ilmu laut..X pon jawabnyer..Yg penting usha ntuk belajar..persediaan ntuk belajar..prosesnya..perubahan dlm menuntut ilmu itu..adakah dgn projektor baru..notebook baru..cd pembelajaran dpt mmbereskn ini semua..tidak sama skali..
ku dtg dari proses kbsr dan kbsm... Belajar mggunakan papan itam.. Berbahsa melayu sepenuhnya..Masuk u jugak...Tak pandai berbahasa inggeris..Masuk u medium bertukar..Masih kluar dgn segulung ijazah.. Kejuruteraan..tiada masalah..
Per yg penting motivasi diri ntuk blaja..semangat dan tekad..Kala bahasa inggeris lekat di gigi skalipon..tapi malas..tiada wawasan.. tak kemana pon..tapi rajin .berwawasan pasti berjaya..
Kalu aku jadi menteri ..aku wajibkan kem motivasi diri..supaya sentiasa nk wat terbaik dlm idup..tau arah tuju..walau seorang mekanik bas skalipon..
Tanpa bahasa inggeris pon kita boleh berjaya..tiada masalah..jgn PPsmi di jadikan ntuk wat projek bekal projektor,notebook , makamal canggih tapi pengisian takdek..anak2 bangsaku jadi rempit tapi pandai berbhsa inggeris..Jgn sebab peruntukan berbilion2 untuk pembelajaran maka.. asas ilmu itu dipinggirkan..
Cikgu ku pesan masa dulu..Biar pandai mengira dari pandai berbahsa..
assalamualaikum dan salam sejahtera...
BalasPadamaku adalah bakal seorang guru bahasa inggeris...tp ku tidak sekali2 menyokong PPSMI..knp kte kene blajar sains n math dlm bi utk maju??..bukankah bg ssuatu ngara utk maju bergantung pada rakyatnye???
kte tgk jepun..
xpndai bhse inngeris..tp bley maju w'pun negara prnah jd pdg jarak pdg terkukur akibat di bom suatu mase dlu..rakyatnye rajin..xmacam malaysia..sebab 2la negara diorg bley maju...xpndai bi pn xpe..asalkn rakyat tahu mcm mane nak cari ilmu dan manfaatkn ilmu yg ade..
kalau pemimpin pun asek tidur dlm majlis2 rasmi dan penuh dgn korupsi, walau 100 tahun lgpun malaysia xkn maju...
jgn jadikan bahasa melayu sbg mangsa di atas kelekaan kte sndiri..muhasabah diri kte terlebih dhulu..aku tgk malaysia ni lebih menegakkan yg bathil dari yg hak...ptut la lepas satu satu bala yg menimpa...
semua bahasa yg ade di dunia adalah kurnian dariNya..jgn sekali2 jadikan PPSMI ini sbg agenda utk maju...kte dh berjaya lhirkan engineer, doktor, dn mcm2 lg dgn bhse melayu..malah Dr Sheikh Muzaffar pn blajar dlm bahasa Melayu suatu mase dulu.....renung2 kan..
http://mobtv.my/talkshow-544.html
BalasPadamPPSMI ISSUE