test

Memaparkan catatan dengan label Matawang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Matawang. Papar semua catatan

Ahad, 5 Oktober 2008

Krisis Ekonomi Amerika, 2 Pandangan Islam, 1 Sosialis

Sebelum membaca apa yang ditulis ini, anda perlu baca 2 pandangan berunsur islam tentang krisis Ekonomi amerika, dan satu pandangan sosialis.

 
 
 
 
Apabila catatan Hishamudin Rais disiarkan di Tranungkite, maka bersilatlah pengunjungnya mengatakan jangan terapkan ideologi sosialis.

Apa yang berlaku pada krisis di Amerika, sosialis atau kapitalis, ianya hampir tiada beza.
Kapitalis bail out kepada syarikat, sosialis bail out pada rakyat?

Tetap bail out.


Hishamuddin,

Sistem Islam tetap yang terbaik. Usah nak kempen kat sini.
 
samada sosialis ataupun kapitalis....tiada sistem ekonomi yang lebih baik melainkan sistem ekonomi islam


sistem kapitalis(kalau tak silap) berasal dari amerika sedangkan sistem ekonomi sosialis berasal dari komunis.....
 
sistem ekonomi Islam dah ada tak mau ikut
nak ikut kapitalis juga
tunggu dan lihat balasan Allah
terima ajer lah
susah sangat ke nak ikut Islam....
Lantak lah kau labu.......
sendiri mau pikir le

Apabila berlakunya krisis sebegini, sepatutnya Ahli Politik Islamlah yang mula-mula menerangkan kepada dunia, bahawa sistem ekonomi Islam dapat mengelakkan krisis itu dari berlaku.

Akan tetapi perkara sebegitu tidak berlaku.

Tak ada guna salahkan kapitalis dan cadangkan supaya guna sistem ekonomi Islam tanpa terangkan bagaimana sistem muamalat boleh mengelakkan krisis dari berlaku.

Penerangan Ustaz Zaharudin, buat masa ini yang paling terbaik bagi saya untuk menerangkannya.

Krisis kewangan Amerika terjadi disebabkan oleh banyak faktor. kebanyakkan faktor itu boleh dielakkan kalau menggunakan matawang tunggal iaitu emas. Berbanding matawang yang wujud daripada 'thin air' atau /dev/null.

Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja. 
 
3)       Sistem Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri hutang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang (debt trading) meningkatkan potensi beban hutang lebih dari kemampuan sebenar. Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja.
 
Berbeza dengan konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun sebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan.
 
Namun demikian, sebahagian besar ulama kewangan Islam di Malaysia membenarkan jualan hak hutang dengan harga lebih rendah dari niali hutang atas ijtihad mereka bahawa yang dijual bukanlah wang, tetapi hak maliah atau hak kewangan. Pandangan ini ditolak oleh majoriti ulama antarabangsa.

Saya kira ianya boleh berlaku jika tidak mengambil langkah yang berhati-hati. Ini kerana di pasaran kewangan Islam juga ada mempunyai produk yang seakan-akan serupa dengan sub prime tersebut. Antaranya ialah bay' Dayn atau jual beli hutang. Maksudnya hutang boleh dijualbelikan atau pindah milikkan atau dipindah tanggungkan kepada pihak ketiga.
 Bukan semudah itu, berkata gunalah sistem kewangan islam untuk terus selesai semua masalah.

Andaikata semua ulamak berpendapat supaya hutang mesti dijualbeli dengan nilai yang sama adalah betul.

Tetap akan timbul satu persoalan lain, bagaimana nak dapatkan nilai yang sama kalau nilai matawang yang digunakan untuk menilai hutang itu berubah?

Hutang Abu bernilai RM 20,000 pada 2001, ketika itu 66 dinar
Ahmad ingin membeli hutang itu RM 20,000 pada tahun ini, tapi nilai itu kini 50 dinar sahaja.

Ahmad patut beli hutang itu pada nilai 66 dinar atau pada nilai RM 20,000 ?

Memang pening kalau nak merealisasikan kewangan islam selagi masih menggunakan wang kertas.

Andaikata penggunaan wang emas direalisasikan, barulah boleh senang kira, Ahmad beli hutang Abu yang bernilai 66 dinar itu sebanyak 66 dinar juga.

Begitu juga pinjaman rumah secara islamik, menggunakan nilai yang diakadkan dalam ringgit.

Andai kata baki pinjaman rumah saya ialah RM 40,000 , tiba-tiba berlalu krisis inflasi seperti Zimbabwe pada matawang ringgit, dan RM 40,000 itu hanyalah harga sebuah basikal. Pasti bank akan rugi.
Parlimen Malaysia pula bersidang untuk luluskan 7 trilion bail out untuk Bank tempatan.

Apa yang saya lihat disini, akad pinjaman mestilah dinilaikan dalam emas dan bukannya matawang fiat.

Mungkin kewangan islam tidak perlu markup sehingga 5 % untuk pinjaman rumah kalau ianya dinilaikan menggunakan emas.

Akan tetapi, nilai emas pula menjadi masalah, beberapa tahun dulu, Amerika telah merendahkan harga emas supaya USD tinggi. Jadi, mahu tak mahu usaha untuk mengembalikan emas sebagai matawang mestilah diutamakan dahulu supaya kewangan islam, lebih islamik apabila akad-akad yang digunakan semuanya berasaskan emas.

Oleh itu, Husam Musa perlu bela kambing. sebagai langkah awal mengembalikan emas sebagai matawang.
 

Jumaat, 3 Oktober 2008

Kenaikan Dollar Sementara == Penurunan Harga Minyak Dunia Sementara



Seperti biasa apabila harga minyak dunia turun, banyak catatan blog menggesa Pak Lah menurunkan harga minyak seberapa segera.

Di atas adalah graf matawang Amerika Berbandin Dollar Australia.
Beberapa hari lalu, terdapat kenaikan seketika harga minyak sehingga mencecah 120 kemudia dia akan turun balik.
Hari ini ia berada pada tahap 94 USD.

Graf USD berbanding AUD ini memang tidak menggambarkan 100% harga minyak, akalu tetai sekiranya permintaan dan penawaran kekal, dan nilai AUD kekal, maka nampak jelas penurunan harga minyak adalah disebabkan kenaikan dollar.

Sebelum ini saya mushkil juga bagaimana Dollar boleh naik ketika berlaku krisis.

Seorang penganalisis ekonomi di Astro Awani tadi menceritakan bahawa Dollar naik akibat daripada pelabur amerika yang menjual kepentingannya di Asia. buat masa ini tak dapat saya nak berimaginasi bagaimana permintaan terhadap dollar Amerika meningkat apabila mereka melepaskan pegangan ekuiti.

Katanya, Dollar akan tetap jatuh dalam jangkamasa panjang, setelah pelepasan pegangan ekuiti oleh pelabur amerika akan selesai.

Ada logiknya.

Dia tidak dapatmenjangka sampai bila rally USD ini akan berakhir. mungkin setahun?

Mungkin atas sebab yang sama saham di Asia jatuh.

Sebentar lagi akan ada undian draf ke 2 pelan penyelamat 700 bilion.
Kita nantikan keputusannya.

Rabu, 1 Oktober 2008

Mana Lebih Baik Untuk Malaysia, Bail Out atau Tidak?

Puas saya mengkaji, masa satu yang lebih baik untuk Malaysia, sekiranya anda adalah ahli kongress Amerika yang "Agen Malaysia", yang mana anda undi?

Menyokong Bail Out 700 bilion, atau sebaliknya?

Jika bail out, sudah tentu kegiatan penciptaan wang USD itu akan merendahkan ringgit, sebaliknya saham akan jatuh dan ada syarikat Amerika yang muflis, dan tempiasnya ke Negara kita.

Jadi, Sila nyatakan apa yang anda undi jika anda ahli kongress Amerika yang "Agen Malaysia".

Mari kita mencampuri hal ehwal Amerika.

Rupanya masih ada spekulasi harapan puak Barisan Bail Out untuk menang.

Pakatan Taknak Bail Out akan lompat ke Barisan Bail Out?
Democratic presidential candidate Barack Obama called for calm after the House vote, saying the plan ``will get done.'' Republican nominee John McCain urged lawmakers to ``go back to the drawing board'' and come up with legislation that will pass. 
 Kedua-dua calon Presiden adalah Barisan Bail Out

Isnin, 22 September 2008

Racun apa yang Nor Mohamed Yakcop Taburkan pada Najib?

Beberapa hari dulu, Dr Mahahtir mencadangkan "sesuatu" berkaitan tambatan ringgit. Kemudia Muhyidin pula secepat kilat menyokong supaya ianya dikaji. Nor Mohamed Yakcob pula mengumumkan adakan diadakan sesi taklimat kepada Najib.

Alih-alih Najib umumkan bahawa Ringgit Tidak Ditambat Semula.

Ramai yang tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir. Termasuklah pemberita BERNAMA dan Malaysiakini.

Untuk mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Dr.Mahahir dengan "Ringgit Ditambat Semula" boleh difahami dengan dua maksud.

Ada yang mengganggap "Ditambat Semula" adalah ulangan kepada apa yang dilakukan pada 1997 dahulu, iaitu dengan menambat secara langsung dengan USD.

Akan tetapi dalam berita yang mengatakan "Ditambat semula" itu, Mahahir berkata.

"Kita harus tentukan nilai mata wang dan saya berpendapat kerajaan tidak patut mengapungkan ringgit sebab ia merugikan," 


Dia mahu menentukan satu kaedah baru untuk menilai ringgit. Dia tidak ada pun mengatakan bahawa mesti ikut cara 1997, iaitu ditambat dengan USD secara langsung.

DalamThe  STAR 21 September, dengan jelas Dr.Mahathir mahukan Ringgit itu mengukuh.

He said if Malaysia could strengthen the value of the ringgit by 10% (by pegging the ringgit to the US dollar), the import value should depreciate by 10%.
Bukan Dr. Mahathir sahaja yang mahukan Ringgit mengukuh, akan tetapi Dr Ariff MIER sudah lama mengatakan Nilai ringgit dibawah nilai sebenar,


Ramai yang beranggapan cadangan Dr.Mahahir supaya ringgit ditambat semula adalah ulangan kepada apa yang dia lakukan pada 1997.

Cuba fikirkan, bagaimana hendak mengukuhkan ringgit kalau pada masa yang sama ianya ditambat kepada USD. Dr. Mahathir sendiri telah jelaskan bahawa nilai ringgit perlu dinaikkan.

Terang-terang Muhyidin telah mengataklan ianya adalah bertujuan untuk mengelak kesan buruk daripada kejatuhan dollar.


Mungkin Nor Mohamed Yackob beranggap bahawa Dr Mahathir mahu kerajaan mengulangi tambatan seperti 1997, dan meracuni Najib supaya umumkan supaya tiada tambatan semula.

Penganalisis Ekonomi ramai yang mahu nilai ringgit dinaikkan, satu sebab utama ialah boleh mengurangkan harga minyak tanpa perlu sebut "subsidi".

MIER dan ASLI pernah mengatakan supaya matawang ringgit diapungkan terus.

Ramai pembangkang ekonomi, termasuk dari dalam UMNO mahukan ringgit dilakukan sesuatu supaya ia tidak terus jatuh mengikut USD:


Sebenarnya ada beberapa langkah boleh dilakukan untuk mengukuhkan ringgit.
1. Apungkan terus ikut cara MIER dan ASLI
2. Mengkaji formula tambatan ringgit supaya tidak terus jatuh,

Namun, Nor Mohamed Yackob telah berjaya meracuni Najib supaya ianya hanya kekal.

Saya agak yakin, apa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir ialah mengkaji semuala kaedah ringgit ditambat, dan bukannya menambat secara buta seperti 1997.

Di dalam sistem tambatan ringgit sekarang, atau dikenali "Managed float", nilai ringgit ditentukan oleh beberapa matawang dunia dimana pemberatnya bergantung kepada rakan dagangan Malaysia.

Namun tidak mustahil formula itu diubah supaya bergantung kepada beberapa matawang kecuali USD.

Atau formula diubah supaya nilai emas diambil kira sebagai pemberat formula tambatan ringgit semasa.

Harapan Rakyat untuk melihat nilai ringgit naik dan harga barang murah, berkecai begitu sahaja apabila Najib akur kepada Nor Mohamed Yackob setelah beberapa jam diberi "taklimat".

Sia-sia sahajalah PakLah serahkan Menteri Kewangan Kepada Najib, bukankah sepatutnya dia serahkan kepada Muhyiddin?

Siapa Penyangak Matawang Ringgit musim ini?
Anda tentukan.

Bincang Penambatan Semula Ringgit - Malaysiakini

Setelah Najib menjadi Menteri Kewangan, barulah bersuara beberapa orang UMNO tentang soal matawang,

Kenapa ketika Pak Lah jadi menteri kewangan tidak timbul soal ini?

Mulanya Dr Mahathir mencadangkan supaya "Tambatan Ringgit ddiadakan semula". Mungkin ramai yang tidak faham apa maksudnya. Adakah dia mahu ringgit ditambat secara langsung dengan satu matawang?
Adakah tambatan kepada beberapa matawang perlu diubah?

Semuanya tidak jelas, kerana Mahathir sendiri tidak nyatakan tambatan semula yang dia maksudkan itu dengan apa.

Yang agak pasti, dia mahukan nilai ringgit naik sedikit.
Sama ideologi dengan saya tapi kaedah lain.

Kemudian Muhyidin, secepat kilat mahu ianya dikaji. Kenapa selepas cadangan Mahathir baru bersuara soal matawang? Kenapa tidak semasa Pak Lah masih Menteri Kewangan?

Itu pun menghairankan saya.

Menteri kewangan baru pula,  diberi taklimat soal kewangan, kemudian perlu berbuat sesuatu dengan berbincang soal tambatan ringgit. (Malaysiakini)

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri taklimat 'luar biasa' di Kementerian Kewangan esok, yang akan turut membincangkan sama ada sistem tambatan ringgit akan dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Saya tidak nafikan, negara perlu lakukan sesuatu supaya ringgit dinaikkan, sekurang-kurang 10%. Tapi mengapa secara tiba-tiba?

Agaknya apa keputusan perbincangan soal tambatan matawang itu?

Adakah 20% daripada Ringgit akan ditambatkan dengan emas seperti yang saya pernah tulis 10 bulan yang lalu?


Sempena perbincangan itu, elok saya salin tepek catatan lama (1 Nov 2007) yang diubahsuai namanya.

Harga minyak dipasaran Nymex meningkat ke USD 96 setong, Harga emas pula menghampiri USD 800 seaun troy. Semua berpunca dari kejatuhan dollar yang melampau, sehingga terendah sejak 40 tahun yang lalu. Dan dijangka akan jatuh lagi.

Ringgit kita, walaupun tidak ditambat secara langsung dengan Dollar Amerika, namun tambatan ringgit pada matawang utama, masih banyak bergantung pada Dollar Amerika dan membuatkan Ringgit jatuh berbanding matawang negara jiran.

Walaupun kita duduk di dalam negeri yang mempunyai Menteri Kewangan yang tak ambil tahu tentag matawang. Di harap Dr. Zetty Najib dapat membuat tindakan yang bijak.

Pada pendapat saya, Dollar Amerika akan merosot dalam jangka masa panjang, walaupun ia merosot sekarang, dia akan naik sedikit, tapi akan terus merosot dang merosot.

Maka, Amat tidak sesuai bagi Ringgit untuk bertambat pada peratusan tinggi pada dollar Amerika, sudahlah Ringgit lambat dilepaskan tambatannya dengan USD 3.80 dahulu.

Adalah sebaik baiknya ringgit ditambat sebahagian dengan Emas sebagai salah satu matawang secara berperingkat.

Adalah dicadangkan, setelah berlakunya 'correction' terhadap kejatuhan dollar, adalah ada baiknya tambatan ringgit diubah kepada

20% emas
80% matawang asing yang mempunyai dagangan dengan Malaysia.

Maka selepas itu, kita tidak akan merasa kehangatan 'Kenaikan harga minyak'

Akan tetapi janganlah pula lakukan sekarang, di saat harga emas terlalu tinggi.

dan jangan lupa baca Cadangan tambahkan rizab emas di Bank Negara.

Sabtu, 20 September 2008

Harga Unta dalam USD Juga akan naik?

Kepada sesiapa yang pernah baca catatan lama berkenaan apa yang naik kalau saham dan emas turun, pasti faham kejatuhan harga minyak adalah berpunca daripada kenaikan dollar Amerika.

Bandingkan Graf di bawah dengan Graf USD berbanding AUD di catatan itu.


Fenomena kenaikan dollar ini digelar sebagai "False Dollar Rally" ata "false dollar hope" dalam erti kata lain, Peluang beli emas.

False Dollar Rally kelihatan seperti akan berakhir, Dollar mula jatuh, dan apa yang turun ketika false dollar rally akan naik.
Dalam beberapa hari ini, Emas naik macam ular tedong, minyak naik sehingga mencecah USD 104, Saham mula naik hari ini.

Lihat pada graf itu, Dollar hanya turun sedikit sahaja, tetapi Minyak naik dari 93 hingga 104. Emas sudah naik sehingga 880.

Itu hanya baru sedikit penurunan Dollar,

Sekiranya ia tiba kepada purata 200 harinya,(warna hijau) pasti harga minyak dalam USD sekitar USD 14x , harga emas mencecah 9xx. Atau mungkin lebih.

Tanyalah Saudagar unta yang girang menyanyi tentang harga unta.

Harga minyak tempatan bagaimana?
Mati lah kita januari ini kalau polisi matawang masih sebegini.

Khamis, 11 September 2008

Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing

Kesedaran tentang emas, terutama dinar emas telah meningkat.

Walaubagaimanapun, kebanyakan orang yang membeli emas itu, membelinya untuk melabur. Mereka bukanlah pendokong Dinar Emas sebenar yang inginkan emas kembali menjadi matawang setelah 200 tahun diambilalih oleh kertas.

Disebabkan kenaikan mendadak akibat daripada terbongkarnya konspirasi merendahkan harga emas selama berpuluh tahun. Maka mereka melihat emas sebagai satu pelaburan yang amat menguntungkan dan bukannya melihat emas sebagai nilai sebenar emas.

Oleh itu, wujudnya permintaan buatan yang mana permintaan dari pelabur yang menyebabkan harga naik. permintaan daripada barang kemas dan menyimpan emas sebenar juga agak tinggi. Akan tetapi faktor pelabur agak besar.

Oleh itu, perlunya satu cara dimana dinar emas dibolehkan untuk diniagakan.

Ahmad (bukan Ahmad Ismail) membeli emas beberapa dinar.
Aminah juga begitu.

Akan tetapi Dinar emas tidak berfungsi sebagai matawang selagi Ahmad dan Aminah tidak dapat membeli barang menggunakan dinarnya itu.

Takanlah selama-lamanya dinar emas digunakan sebagai mahar perkahwinan dan untuk gadaian sahaja. Apabila ada emas, hendak berbelanja, kena tukar kepada ringgit dahulu.

Untuk mewujudkan permintaan sebenar bagi emas, emas hendaklah boleh dijadikan matawang dan boleh digunakan untuk membeli barang. Sekurang-kurangnya barangan tertentu.

Jadi siapa yang mula-mula sekali perlu membenarkan barangan boleh dibeli menggunakan dinar?

Sekiranya peniaga biasa boleh menjual baranganya menggunakan dinar, kemana dinar itu hendak pergi? dia tidak boleh membeli barangan daripada pembekal menggunakan dinar.

Setelah beberapa hari mengelamun, saya mendapati barangan yang sesuai untuk dimulakan didagangkan dengan dinar emas ialah kambing (atau mungkin lembu).

Mengapa?
Akibat daripada kekurangan ketara denominasi kecil iaitu dirham , maka cukuplah dimulai dengan dinar sahaja dahulu.

Seekor kambing berharga diantara 1 hingga 2 dinar.
  • 1 dinar
  • 1 1/4 dinar
  • 1 1/2 dinar
  • 1 3/4 dinar
  • 2 dinar
Penjual kambing hanya perlu mengasingkan kambing yang hendak dijual berasaskan harga sebegitu.
Jadi siapa yang perlu jadi penternak kambing dan penjual kambing itu?

Penternak kambing biasa, mungkin tidak dapat menggunakan dinar yang diterima untuk membeli apa-apa.

Jadi siapa?

Saya terfikirkan bahawa Permodalan Kelantan lah yang menternak kambing dan menjual kambing dalam dinar.
Untuk keselesaan, pembeli dibolehkan untuk membeli kambing menggunakan ringgit tetapi menggunakan pada nilai dinar.

Ahmad atau Aminah yang telah menyahut seruan satu keluarga satu dinar itu bolehkan membeli kambing daripada permodalan Negeri Kelantan untuk tujuak Aqiqah atau korban.

Apabila Permodalan Negeri Kelantan telah memperolehi dinar-dinar akibat dari penjualan kambing, dinar itu boleh dipindahkan ke Ar-Rahn sedia ada supaya boleh dijual seperti biasa.

Maka dinar berkitar sebagai matawang.

Lambat laun, sekiranya kambing yang diternak Permodalan negeri Kelantan itu cukup banyak cukup sihat.
Kedai makan yang menyediakan sup kambing akan bersedia dengan dinar di tangan agar senang untuk membeli kambing.

Penternak kambing biasa juga akan bersedia dengan dinar apabila dia mahu membeli anak kambing daripada permodalan Negeri Kelantan. (Atau Permodalan Negeri kelantan beli anak kambing dari perternak biasa).

Lambat laun lagi, sekira model di Kelantan Berjaya, Permodalan Negeri Kelantan boleh menternak kambing di Negeri-negeri lain, supaya rakyat Malaysia yang ada dinar boleh membeli kambing menggunakan dinar, dan Ar-Rahn tidaklah kesukaran mendapatkan bekalan emas, kerana ianya berkitar.


Maka dapatlah Dinar Emas direalisasikan sebagai matawang, bermula di Kelantan.

Selasa, 9 September 2008

Kesan Bail Out Fannie dan Freddie Terhadap Batang Hidungmu

Telah diberitakan bahawa "The Fed" akhirnya bersetuju untuk "bail out" Fannie dan Freddie, 2 firma pinjaman yang sedang mengalami kegagalan demi kepentingan rakyat Amerika. Ianya sebanyak 200 bilion USD.

Di Amerika, bail out bukanlah satu proses dimana suatu dana diambil daripada sumber tertentu untuk diberikan kepada firma yang menerimanya. Mereka mewujudkan duit daripada tiada ke ada. Dalam erti kata lain, duit USD 200 bilion itu diambil daripada /dev/null.

Untuk orang kampung, dipendekkan cerita, Amerika cetak duit lebih.

Bail out yang begitu banyak  akan meningkatkan M3 Dollar Amerika.

Kalau siapa yang pernah baca blog ini, dia akan faham, kenaikan M3 Dollar Amerika akan menyebabkan kenaikan harga minyak dunia.Akan tetapi kenaikan itu bukanlah serta merta, kerana Amerika akan membiarkan satu situasi diamana duitnya banyak dan harga murah. baca: Pak Arab kena tipu lebih 20 tahun,

Lihat carta M3 USD berbanding harga minyak dunia.

 

Ramai yang berasa lega apabila harga minyak dunai dibawah USD 110. Namun bagi saya kelegaan itu adalah sementara kerana harga yang sepatutnya ialah 120,  itu pun pada sebelum bail out 200 bilion itu.

Ya, dia akan "sideway" atau "stabil" untuk sekian waktu, akan tetapi ia akan berada pada harga yang sepatutnya jua.

Apabila meningkatnya M3 USD, lambat laun nilai USD akan jatuh sedikit demi sedikit.

Sepatutnya, kalau dasar matawang kita baik, harga minyak dalam ringgit tidak akan naik apabila USD merosot.
Akan tetapi apa yang berlaku sekarang ialah, setiap kali M3 Dollar Amerika meningkat, kesannya harga minyak dalam ringgit juga meningkat.

Kalau harga minyak dalam ringgit hendak dikekalkan menggunakan "pengsubsidian", maka secara tidak langsung "Setiap kali Amerika mencetak duit, jumlah subsidi akan meningkat".

Sekiranya subsidi dihapuskan atau dikekalkan pada kadar 30 sen mengikut cara Shahrir Samad, maka harga minyak akan naik.

Harga barang lain akan naik, bukan hanya disebabkan harga minyka naik akan tetapi penurunan nilai ringgit yang sering mengikut USD, akibat daripada bail out Freddie dan Fannie itu.

Jadi apa kesudahannya?

Cara BN dan Cara Pakatan Rakyat kedua-duanya tidak dipersetujui oleh saya.
Orang-orang Pakatan Rakyat sering menyalahkn Harga minyak sebagai punca kenaikan harga barang, dan kemudian mempersoalkan kenapa harga barang tidak turun apabila harga minyak tidak turun.

Orang-orang BN, terlalu akur dengan "harga global" nya. walhal "harga global" yang diperhatikannya itu hanya dalam USD:


Walhal orang di Australia begitu bijak mengawal matawang sehingga hampir tidak menerima kesan kenaikan harga minyak.

Sudah cerita harga minyak, Harga emas apa halnya pula?
Apabila Bail Out itu berlaku, maka harga emas dalam USD yang sepatutnya akan meningkat.
Anggaran saya, Harga emas yang sepatutnya adalah dalam lingkungan USD 1200 tapi kini baru 800 lebih atau dalam erti kata lain Harga Tengah Cantik.

Khamis, 14 Ogos 2008

Muqabalah Dengan Shahrir Samad


Saya baru pulang dari Putrajaya, selepas berjumpa dengan Shahrir Samad, di atas tiker persatuan (bukan tiket PAS).

Jadi nak utarakan permasalahan rakyat susah sikit, kerana persatuan nak "berterima kasih" ke atas komisyen. Jadi saya diam sahajalah dalam sesi persatuan dengan Shahrir Samad.

Jadi selepas tamatnya perbincangan persatuan dengan shahrir samad, maka bolehlah saya bawa agenda rakyat kepada dia.

Saya katakan kepada dia,kenapa tidak selesaikan masalah kenaikan harga minyak pada puncanya?
Shahrir kata: apa puncanya?
sebol: Nilai Matawang.
Pada mulanya dia mengatakan memang ringgit meningkat tidak lagi terikat dengan 3.80

Saya pun menerangkan bahawa ringgit memang dibawah nilai. Nilai ringgit yang kita hanya 40% daripada nilai ringgit kita sebelum krisis 1998. Itu punca utama kenaikan harga minyak.

Dia bersetuju juga nilai riggit sepatutnya pada kadar kurang dari RM 250 1 USD.
Tapi dia kata ada polisi yang mahukan nilai ringgit rendah supaya barangan eksport murah.

Saya pun balas balik, bila nilai ringgit rendah, bahan mentah jadi mahal, serupa juga.

Saya bagitau dia, sekarang masa terbaik untuk lakukan sesuatu pada nilai matawang.
Saya tak nyatakan sebab kepada dia kerana dia ada hal lain.

Sebabnya ialah , sekarang masanya nilai dollar agak tinggi dan harga komoditi agak rendah (buat seketika), jadi kalau nak tambat sebahagian ringgit kepada emas, sekarang inilah masa yang sesuai.

Jadi, Shahrir Samad adalah menteri KPDN yang kedua yang saya telah maklumkan bahawa punca kenaikan harga minyak adalah nilai matawang. Sebelum ini saya sudah beritahu Shafie Afdal.


Mahu terima tak mahu terima, saya dah utarakan cadangan penyelesaian masalah rakyat ke peringkat tertinggi.

Populis atau tidak? cadangan menilai semula ringgit adalah cadangan yang paling tak populis.

Tapi hasilnya akan menjadi begitu populis kalau harga minyak tanpa subsidi berada di bawah RM 2.00.
Kalau nilai Ringgit berada pada tahap 1USD = RM 2.30, bukankah harga minyak akan berada pada lingkungan RM 1.50?

Kepada Datuk Shahrir, sila usahakan supaya nilai matawang dikaji semula, tekan sedikit Kementerian Kewangan dan Bank Negara.

Sabtu, 9 Ogos 2008

Saya Tidak Percaya Penarik Beca Ditangkap Hanya Kerana Logo

Saya tidak percaya Penarik Beca ditangkap hanya kerana Logo Polis yang diubahsuai menganddungi kepala anjing. Secara jujur , pada mulanya saya ingatkan ianya gambar beruang.

Saya tidak percaya kalau kandungan berita tidak langsung diambil kira.

Yang membuatkan saya tidak percaya adalah persoalan mengapa penarik Beca dibawa ke "Commercial Crime Division" (Jenayah Perdagangan).

Apa kaitan logo kepala anjing yang macam beruang itu dengan Jenayah Perdagangan?

Yang mana lebih berkaitan dengan Jenayah Perdagangan, logo grafik atau "E-power Force Solution" ?

Apa kaitan penagkapan di atas Akta Hasutan dengan jenayah Perdagangan?

Adakah dia menghasut rakyat supaya jangan berdagang menggunakan matawang ringgit dan sebaliknya menggunakan Dinar?

Adakah dia menghasut rakyat supaya membenci Menteri Kewangan yang telah melacurkan nilai ringgit sehingga terlalu dibawah nilai sebenar?

Atau mungkin polis meminta bantuan unit Jenayah Perdagangan supaya memastikan logo anjing itu bukannya daripada iklan Nuffnang?

Kalau Nuffnang paparkan iklan logo anjing itu, kita semua kena tangkap?

Banyak persoalan yang timbul, harap Bang Bakaq sendiri jelaskan.


Rabu, 23 Julai 2008

Kerisauan Kalau Ringgit Jatuh Mendadak Apabila DOllar Jatuh Mendadak

Apabila saya menonton apa yang dikatakan oleh Ron Paul, saya menjadi risau.
Dolar Amerika akan jatuh teruk, akan tetapi itu bukan kerisauan utama saya.
Kerisauan saya adalah melihat rakyat Malaysia yang matawangnya akan jatuh juga akibat daripada tambatan sana sini.

Kalau Dollar Amerika jatuh teruk, dan ringgit kita masih lagi pada kadar RM 3.2xx, jahanamlah ekonomi kita.

Baru-baru ini dolar jatuh, sehingga menampakkan harga minyak setinggit 154 USD setong, kemudian "pulih" seketika. Saya akan terus menjangkakan perkara ini akan berterusan, dan USD akan jatuh lagi dan harga minyak dunia dalam USD mencecah USD 200 setong.

Harga minyak dunia setinggi USD 130 setong pun kita sudah pening kepala.

Ron Paul, menceritakan bagaimana pada 23 mac yang lalu, Iran telah melancarkan Bursa minyak Iran, dan ia diumpamakan oleh saya sebagai Iran Menyerang Amerika

Ingat lagi peristiwa Dubai Port gagal mengambil alih pelabuhan di Amerika, mereka menarik keluar berbilion USD dari pasaran saham Amerika sehingga tergolek seketika.

Dengar apa yang diperkatakan oleh Ron Paul.


Ron Paul, berfikiran hampir sama dengan saya dan Paul Van Eeden iaitu menyalahkan cetakan Dolar Amerika berlebihan sebagai punca kenaikan harga minyak dalam USD Dollar.

Saya secara peribadi memang mahukan Amerika tersungkur, Serangan oleh iran itu memang baik bagi saya. Akan tetapi polisi Matawang Ringgit kita terlalu bergantung pada USD dan matawang kertas lain menyebabkan kita pening kepala sehingga ada yang tak cukup makan.

Tak boleh dibayangkan kalau nilai ringgit jatuh mendadak apabila US Dollar jatuh mendadak kerana tidak sempat dilepaskan tambatan-tambatannya.

Orang kebanyakan tiada simpanan emas yang banyak, termasuklah saya. Pada tahap sukar kenaikan harga runcit minyak mungkin ada yang mengkorbankan simpanannya untuk terus hidup. Bagaimana nak fikir soal menyimpan atau melabur kalau tidak cukup makan?

Orang kaya yang banyak duit, akan melihat sahaja duitnya menjadi separuh nilai, akan tetapi mereka tetap ada lebih duit.

Bayangkan kalau pekerja biasa yang tak dapat menyimpan banyak, bergantung kepada KWSP untuk hari tua, tiba-tiba carumannya menjadi separuh nilai. (Seperti mana yang berlaku pada 1998).

Kerana itu saya cadangkan Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas

Ada pihak yang meramalkan USD akan jatuh mendadak pada bulan September ini.

Maka, cadangan saya, kepada sesiapa yang banyak menyimpan dalam Ringgit, diversifikasikanlah ia kepada emas.

Jumaat, 18 Julai 2008

Harga Minyak dan Inflasi bagi Anwar,Shabery

Ketika debat berlangsung, Shabery kata negara yang harga minyak murah juga dilanda inflasi yang tinggi. Anwar kata, lebih baik harga minyak murah ketika adanya inflasi berbanding harga minyak tinggi ketika inflasi.

Jadi, samada harga minyak runcit itu tinggi atau rendah, kalau ada inflasi, tetap berlaku inflasi.
minyak hanya salah satu barang, meskipun kenaikannya menyebabkan kenaikan barang lain, ia tetap satu barang.

Shabery dan Anwar seolah-olah membuktikan mereka membuang masa berdebat tentang harga minyak jika mereka menitik berat soal inflasi.

Ramai orang yang belajar ekonomi dalam berpendidikan formal sentiasa melihat inflasi itu berdasarkan "harga barang". bagi saya inflasi patut diukur dengan nilai matawang berbanding barang, bukannya "beberapa" barang untuk dinilaikan dalma matawang.

Harga minyak tidak dapat menghalangBertekaklah Anwar dan Shabery tentang harga minyak inflasi, tetapi mereka membuktikan inflasi.

Bagi saya, yang menghalang inflasi ialah matawang.

Bagi mereka yang tidak pernah hidup tanpa inflasi, mereka mungkin tak percaya manusia boleh hidup 3000 tahun tanpa inflasi.

Inflasi wujud bila guna wang kertas. Ada jumpa kitab lama bercerita tentang inflasi?

Kalau wang kertas jatuh nilainya berbanding emas, kau berdebatlah tentang harga minyak, inflasi tidak turun.

Khamis, 26 Jun 2008

Inflasi Dollar Amerika, Rakyat Malaysia yang Tanggung

Ini ada lagi satu interviu Paul Van Eeden.

Untuk Makluman, Paul Van Eeden dulu pernah berkata dalam tahun 2006, harga emas beberapa tahun lepas adalah sepatutnya USD 850. Kenyataan itu berdasarkan berapa banyak USD dalam pasaran, berbanding dengan ketika USD ditambat dengan emas suatu ketika dahulu.

Sila tonton :



Paul mengatakan bahawa harga minyak sebenarnya mengejar bilangan USD dalam pasaran untuk mendapatkan harga sebenar. Dia mengatakan bahawa harga minyak sebelum ini memang terlalu rendah. Dan mengatakan bahawa seolah-olah harga minyak sebenar sekarang ialah nilai sebenar.

Mari kita ramai-ramai termenung seketika kalau hakikat harga minyak ialah USD 135 setong.

Negara lain yang kena tipu, simpan USD sebagai rizab kerana urusniaga minyak, Amerika sewenang-wenangnya mencetak duit. Inflasi USD dikenakan kepada sesiapa yang menyimpan USD tak kira siapa, tetapi duit yang dicetak itu milik mereka, bukan diagihkan kepada semua yang simpan USD.

Harga minyak dalam USD meningkat sehingga USD 140 itu hanya sekadar pembetulan kepada harga minyak yang rendah dalam USD akibat daripada USD atau "Greenback" yang dicetak ikut suka mereka.

Amerika menginflasikan matawangnya, 1 dunia kena kesan, tapi dia tetap ada duit.

Ada negara lain yang bodoh menambat matawang sendiri kepada USD, kemudian USD diinflasikan oleh Amerika, tetapi negara itu tidak mencetak matawangnya pada kadar yang sama dengan kadar Amerika mencetak duitnya.

Maksudnya negara itu secara menginflasikan matawangnya sendiri tanpa ada duit baru yang dicetak.

Negara Amerika, walaupun inflasi tetapi dia cetak duit dan ada duit.
Negara bodoh itu menerima kesan inflasi akibat tambatan dengan Amerika tetapi tak cetak duit dan menyebabkan bergaduh sesama sendiri.

"Syarikat minyak membazirlah"
"Pekerja Syarikat Minyak gaji kecil lah"
"CEO Syarikat Minyak gaji besar lah"
"Harga Minyak boleh diturunkan lah"
"Kenaikan harga minyak global lah"
"Subsidi patut diagihkan kepada sektor terntentulah"
.... (Sila senaraikan)

Bagi saya, alang-alang sudah mengalami inflasi sejak 1998, adalah lagi baik kita cetak ringgit lebih sikit dan agih kepada rakyat.

Adalah lebih baik inflasi dalam keadaan ada duit berbanding inflasi dalam keadaan tiada duit.

Penyembunyian inflasi dengan mengsubsidikan harga supaya ia murah satu langkah menipu diri sendiri.

Adalah lebih baik kita menerima hakikat inflasi tetapi dalam keadaan ada duit.

Cadangan Lim Guan Eng untuk beri RM 6000 setiap orang itu ada juga kebenarannya.

Walaupun kalau setiap kepala dapat RM 6000, kos keseluruhan bagi 27 juta penduduk adalah RM 162 bilion. Tiada duit? Cetak!

Bank Negara patut mencetak duit pada kadar yang sama dengan Amerika mencetak USD pada tahun 1998 hingga sekarang.

Memang kita akan kena inflasi tetapi kita ada duit. Daripada kena inflasi tetapi tiada duit.

Khamis, 5 Jun 2008

Kefobiaan CheDet Terhadap Pengapungan Matawang Ringgit

Che Det telah membuat satu catatan blog berkenaan harga minyak turun menceritakan bahawa kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 peratus dalam Ringgit Malaysia.

Dipendekkan cerita, kalau harga minyak sebenar ialah RM 2.70, nilai ringgit naik 20%, maka harga minyak itu hanya RM 2.16

Che Det dan saya menggunakan teori yang sama iaitu naikkan ringgit supaya harga minya sebenar dalam ringgit itu turun. Maka tak perlu fikir "subsidi" sangat kalau perbezaan harga minyak runcit dengan sebenar hampir tiada beza.

Sekiranya Ringgit meningkat sebanyak 30%, harga minyak RM 2.70 ialah RM 1.89. Maksudnya harga minyak boleh turun.

Akan tetapi bukan dengan cara murahan Anwar Ibrahim untuk "tambah subsidi guna duit PETRONAS". Akan tetapi dengan mengukuhkan ringgit.

Saya sudah berkali-kali menulis tentang meningkatkan nilai ringgit supaya masalah ini dapat diselesaikan atau dikurangkan. Dan pernah juga saya menyuarakan perkara sebegini kepada Bekas Menteri KPDN suatu ketika dahulu.

Kembali kepada catatan Che Det yang mahukan ringgit dinaikkan untuk mengurangkan harga minyak dalam Ringgit.

Dia mempersoalkan seolah-olah kerajaan telah mengapungkan Matawang Ringgit, dan menyebabkan ianya tidak stabil. Setahu Saya Ringgit belum diapungkan sepenuhnya lagi. (Mungkin saya salah)

Dia juga mengaku supaya "menasihat" seorang menteri supaya ringgit tidak diapungkan

Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.

Makin pening nampaknya, Adakah Ringgit telah diapungkan atau tidak?
Mengapa Che Det begitu fobia dengan pengapungan Ringgit hanya kerana krisis 1998.

Che Det begitu menyalahkan Kerajaan kerana mengikut telunjuk IMF, sedangkan rasanya Ringgit belum diapungkan.

Jadi apa langkah nak dinaikkan nilai Ringgit supaya Rakyat tidak pening akibat perbezaan ketara nilai petrol dalam ringgit dengan kuasa beli yang kita ada?

Jadi Jika Che Det mengaku mempengaruhi menteri supaya tidak apungkan ringgit, Jadi Che Det juga terlibat dalam menyebabkan nilai ringgit kita masih rendah.

Dipendekkan cerita, rakyat tak peduli apa punca kenaikan harga minyak, rakyat tak berapa peduli kalau minyak mahal dalam keadaan semua orang mampu.

Ini soal kemampuan bukan berapa harga minyak itu.

Jadi kalau minyak mahal, ada 2 cara.

Turunkan harga minyak
(akan ada kebocoran subsidi dibawa kenegara asing)
ATAU

membuatkan rakyat menjadi mampu dengan adakan subsidi makanan
(akan ada sedikit inflasi, tetapi golongan miskin tak berkenderaan lebih terbela)




Selasa, 3 Jun 2008

Apungkan Ringgit Sebelum Apungkan Minyak

Suatu ketika dulu, Brunei dan Singapura menggunakan Matawang Ringgit. Kemudian berpisah dan berpisah tapi nilainya lebih kurang sama.

Setelah krisis Matawang berlaku pada 1998, Ringgit Merosot teruk, sehingga terpaksa ditambat dengan USD oleh Che Det.

Kemudian PakLah berbulan madu ketika CheDet sibuk cadangkan untuk lepaskan tambatan ringgit.

Zety pula tambat ringgit kepada beberapa matawang asing, tetapi berat kepada Dolar Amerika.

Dolar Amerika jatuh lagi.

Sehingga kini sudah menjadi RM 2.36 bagi setiap Dolar Singapura dan RM 2.22 bagi setiap Dolar brunei.

Nilai ringgit sebenar sepatutnya lebih kurang dengan Dollar Singapura dan brunei.

Selagi nilai ringgit ialah separuh dari Dollar Singapura, selagi itulah Ringgit di bawah nilai.

Saya bukan peminat setiap pengapungan ringgit, akan tetapi ringgit perlu diapungkan supaya mendapat nilai hampir dengan Singapura dan Brunei.

Selepas sudah lebih kurang sama, maka kalau nak ikat, ikatlah.

Saya tidak pasti samada pengumuman esok melibatkan pengapungan ringgit atau tidak.

Khamis, 17 April 2008

MIER sahkan Matawang Ringgit dibawah nilai.

MIER sahkan Matawang Ringgit dibawah nilai walaupun ia meningkat kepada 1USD = RM 2.80.



Mohamed Ariff felt there is no reason for the local currency to grow weaker, but rather appreciate to RM2.80 in the next two to three years.

"It is still undervalued and the ringgit should really get back to a level which is commensurate with the fundamentals.

"We believe the ringgit should continue to appreciate, and probably the central bank should let the ringgit rise even more by removing some of the remaining controls," he added.

According to him, the ringgit is not completely free to move in the sense that Bank Negara Malaysia "still keeps some controls on it," especially in maintaining the ban on offshore trading.

"If you unshackle the ringgit from those kinds of controls, the ringgit can fly higher," he contended.


Apa maksudnya?

Sebelum ini sudah beberapa kali saya katakan bapa kepada punca segala kenaikan harga barang adalah berpunca dari matawang Ringgit yang di bawah nilai.

Bukan BN yang sengaja menaikkan harga supaya lebih untung.
Bukan.


Kesan daripada nilai Ringgit yang dibawah nilai begitu banyak.
Hampir semua barang akan naik terutama sekali yang diimport.

Tak kiralah apa barang sekalipun, kalau nilai Dollar Amerika sedang turun. dan saya ramalkan akan turun lagi dan lagi.

Tidak dinafikan bahawa faktor bekalan mendorong kenaikan harga barang, akan tetapi itu bukan dibawah kawalan kita. Takkan kita nak tanam lebih banyak gandum di Brazil.

Suatu ketika dulu saya pernah mempersoalkan kenapa Menteri Kewangan Tidak dipersalahkan sebagai punca kenaikan harga barang?
kerana Menteri Kewangan juga adalah Perdana Menteri yang tak faham Kewangan dan berada di taraf yang lebih tinggi dari Shafie Afdal.

Kerendahan nilai ringgit akan mengakibatkan semua kos meningkat, bukan hanya melibatkan barangan pengguna, akan tetapi melibatkan sektor pertanian, pembinaan, bla bla bla (nyatakan semua sektor).

Sebagai komuniti besar yang bergelar "Pengguna", kenaikan harga barang akibat dari kerendahan matawang ringgit lebih dirasai oleh ramai orang.

Penanam padi akan merasakan 1001 kenaikan .



Asked when MIER expects the central bank to make such a move, Mohamed Ariff replied: "Right now the confidence level is very high, and this is a question you should ask them, but my recommendation is the sooner we do it the better."

Kini kita ada Menteri Hal Ehwal Pengguna yang baru, diharap lebih berani untuk menyalahkan Menteri Kewangan sebagai bapa kepada punca kenaikan harga barang.

Apungkan Ringgit SEKARANG.

Jumaat, 22 Februari 2008

Ruang lingkup pemikiran rakyat mestilah setakat x

Seringkali wujudnya beberapa isu, yang agak memberi kesan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional, maka kebiasaannya akan ada "penjelasan" tentang sesuatu isu.

Adakalanya penjelasan itu agak teknikal hingga sukar difahami rakyat.

Saya ambil contoh "Isu Kenaikan Harga Barang" dan "Islam Hadhari"
.

"Islam Hadhari"

Ketika Isl*m Hadhari mula diperkenalkan sebelum pilihanraya 2004, ramai orang yang mengatakan ianya seolah-olah agama baru. Maka pihak BN cuba mengadakan "Penjelasan" supaya rakyat faham apa itu Isl*m Hadhari, Saya masih ingat lagi suatu ketika, ramai ahli politik UM/BN yang mengatakan "Masih ramai lagi yang tidak memahami Islam Hadhari", seolah-olah hukum untuk memahami Isl*m Hadhari adalah wajib.

Maka mereka kata "Islam Hadhari" bukan agama baru walaupun mengikut hukum DM, ianya seolah-olah agama baru.

Mereka kata ianya "pendekatan" dan bukan agama baru, maka kita iyakan dahulu sementara waktu.

Mereka masih lagi mahu memberi "Penjelasan", maka dikeluarkan 10 prinsip itu beserta huraiannya.

Siapa yang tak hafal 10 prinsip itu, maka dia dikira "Tidak memahami Islam Hadhari".

Maka, untuk memahami juga , maka hafal sahaja 10 prinsip itu, hafal sebiji sebiji ayatnya.

Memang 10 prinsip itu kelihatan seperti senarai 10 "perkara baik".

Maka timbul 1 lagi persoalan, adalah 10 prinsip itu cukup lengkap untuk dilabel sebagai sesuatu yang merujuk kepada Islam?

mengapa mesti ada "Kekuatan Pertahanan" sedangkan tidak diceritakan langsung tentang keselamatan kanak-kanak? Adakah dengan pertahanan kuat rakyat selamat? mengapa tidak "keselamatan terjamin" mengganti "Kekuatan Pertahanan"?

Oh, Jangan dipersoalkan 10 prinsip itu, sekiranya dipersoalkan, anda akan ditakrifkan sebagai "Tidak memahami Islam Hadhari"

Jangan dipersoalkan Nama "Islam Hadhari" sepatutnya "Hadharah Islamiyah" kerana ia akan menjadikan anda sebagai "Tidak memahami Islam Hadhari".

Dipendekkan cerita, untuk dijadikan sebagai seseorangitu memahami Islam Hadhari, mereka mahukan kita memahami ikut setakat mana yang mereka mahu kita faham, tak boleh lebih, tak boleh kurang. Itulah ruang lingkup pemikiran yang disediakan.

Adakah anda ingin "Memahami Islam Hadhari"?


Isu Kenaikan Harga barang

Banyak kali kerajaan BN cuba menberi "penjelasan" tentang isu kenaikan harga barang, saya tahu memang ramai pembangkang yang tak faham konsep mekanisme pengawalan harga, saya akui, kalau mengikut sistem sedia ada, memang sukar untuk mengawal harga. Akan tetapi Rakyat hanya mahukan hasilnya, hasilnya mestilah harga yang mampu dibeli oleh rakyat.

Maka dicadangkan "Penjelasan" untuk memaksa rakyat memahami "Isu kenaikan harga barang". Memang kerajaan membayar "subsidi" untuk mengurangkan harga barang, akan tetapi punca kenaikan tidak ditangani.

Bersungguh2 mereka cuba menerangkan mekanisme pengawalan harga, perbandingan harga dengan negara jiran, seolah2 itulah yang terbaik.

Maka bila dibandingkan harga barangan dalam ringgit yang lemah, dengan barangan didalam matawang asing dinegara lain, memanglah barangan kita kelihatan lebih murah, akan tetapi dari sudut pendapatan perkapita, rakyat Malaysia jauh lebih rendah.

Oh tunggu, "Pendapatan perkapita" dan "Nilai Matawang" tidak dimasukkan dalam buku kecil "Penjelasan Mengenai Subsidi Dan Kenaikan Harga Barang".
Nanti akan akan dilabel sebagai "tidak memahami isu kenaikan harga barang".

Jangan dipersoalkan kenapa Paklah lambat lepaskan tambatan ringgit yang menjadi faktor kenaikan harga barang, nanti anda akan dikira sebagai "tidak memahami isu kenaikan harga barang"

Dalam mukasurat 11, buku tersebut...

Walaupun Malaysia merupakan pengeluarkan utama minyak sawit mentah dunia, komoditi tersebut diniagakan dalam US Dollar dan penentuan harga bergantung kepada keadaan pasaran antara bangsa.
Jangan dipersoalkan kenapa sebahagian dari minyak sawit tidak boleh diniagakan pada pasaran tempatan mengikut mekanisme penentuan harga tempatan. Nanti anda akan dikira "Tak Memahami isu kenaikan harga barang".

Jangan dipersoalkan ketuanan US Dollar, nanti anda akan dikira "Tak Memahami Isu Kenaikan Harga Barang".


Sudah banyak kadi saya tulis, tentang faktor matawang menjadi faktor kenaikan harga barang, Bagi saya, nilai sebenar ringgit ialah 1USD = RM 2.30 dan bukannya RM 3.20 seperti hari ini.

Maka, sila lihat sendiri berapa harga barangan negara kita berbanding negara jiran.

Perkara yang anda perlu lakukan ialah pergi ke bilik gerakan BN berdekatan, dapatkan buku, "Penjelasan Mengenai Subsidi Dan Kenaikan Harga Barang" dan baca dan fahamkan, tapi jangan faham setakat apa yang mereka mahu anda faham. Anda kena kira..

Andaikata nilai ringgit ialah 1USD = RM 2.30, (iaitu kenaikan ringgit adalah 40%)

buka halaman 19, perbandingan harga barangan Malaysia dengan negara Jiran.
Sekiranya Ringgit meningkat 40%, maka:-
(darabkan harga dalam USD dengan 1.4)
  • Harga LPG kita adalah 0.72 USD/KG lebih kurang Kuawit 0.79 USD/KG
  • Harga tepung gandum menjadi 0.58USD/KG, sudah menghampiri Harga Indonesia
  • Harga gula menjadi 0.63USD/KG, sudah lebih mahal pula dari Thailand yang 0.57USD/KG
  • Harga Ayam, menjadi 7.79 USD/KG, sudah lebih mahal dari Singapura.

Saya tak nafikan Akta kawalan bekalan telah banyak membantu menstabilkan harga, akan tetapi apabila matawang ringgit rendah, terlalu banyak "subsidi di_atas_kertas" diberikan, sehingga sistem makanisme penentuan harga dan kawalan bekalan menjadi kelangkabut.

Puncanya perlu diatasi iaitu Nilai matawang. Selain itu mekanisme penentuan harga perlu dirombak, yang penting sekali olahkan ia supaya rakyat mampu dan bekalan mencukupi. Jangan persoalkan berapa banyak subsidi_diatas_kertas dibayar oleh kerajaan kerana ia hanya di atas kertas.

Akan tetapi jika persoalan matawang dimasukkan ke dalam isu itu, maka siapa yang faham lebih akan menjadi "Tidak memahami Isu kenaikan harga barang".

Janganlah suruh rakyat memahami juga "penjelasan" tentang isu harga barang yang begitu teknikal bagi orang kampung akan tetapi setakat "x" sahaja. (x ialah ruang lingkup pemikiran rakyat, tak boleh tahu lebih-lebih).

Rakyat hanya mahukan hasil (harga barang murah, dan bekalan cukup). persetankan mekanisme penentuanharga, akta kawalan bekalan, ianya bukanlah sesuatu yang semua rakyat perlu tahu dan faham.

Selasa, 5 Februari 2008

Iran akan menyerang Amerika Dalam Beberapa Minggu

Presiden Bush sudah beberapa kali mengatakan hasrat untuk menyerang Iran akan tetapi masih belum kesampaian. Penat CIA merekacipta "bukti" yang kononnya Iran mengurai uranium untuk membuat senjata Nuklear.

Sebenarnya Iran bukanlah berbahaya kepada Amerika dari sudut ketenteraan, mana sampai peluru berpandu Jarak Jauh Iran untuk tiba ke Amerika. Ke Israel bolehlah.

Hakikatnya Iran AMAT AMAT berbahaya kepada Amerika dalam sudut ekonomi.
Iran satu negara kaya, agak bijak dan berani. Mereka sanggup bersusah payah menjana tenaga Nuklear walaupun kaya dengan minyak. Walhal minyak mereka jauh lebih banyak dari Malaysia, itupun Malaysia tidak membuat Ladang Kincirnya. (Tak habis-habis cerita ladang kincir).

Iran suatu ketika dahulu dalam tahun 2006, pernah ingin membuka Bursa Minyak sendiri yang akan berniaga minyak dalam matawang bukan dollar. Ini amat merisaukan pakar ekonomi Amerika kerana Tektik penjajahan menggunakan Dollar akan tidak lagi boleh dipakai.

Bagaimana Amerika mencukai negara lain? mudah sahaja, Dengan minyak yang wajib diniagakan dalam dollar, banyak negara terpaksa menyimpan rizab USD untuk membeli dan menjual minyak. Dengan inflasi yang ada pada dollar, sebagai contoh 3% setahun, secara automatik negara yang menyimpan dollar akan dikenakan inflasi itu. dari situ Amerika mencukai negara lain.


Sila rujuk artikel tulisan Krassimir Petrov The Proposed Iranian Oil Bourse
atau baca buku Petrodollar Warfare tulisan William Clark.

Jadi Iran yang dahulunya memulakan Bursa Minyak iran, kini benar-benar mahu melancarkannya.

The long-awaited Iranian Oil Bourse, a place for trading oil, petrochemicals and gas in various non-dollar currencies, will soon open.

Iran's Finance Minister Davoud Danesh-Jafari told reporters the bourse will be inaugurated during the anniversary of the Islamic Revolution (February 1-11) at the latest.

"All preparations have been made to launch the bourse; it will open during the Ten-Day Dawn (the ceremonies marking the victory of the 1979 Islamic Revolution in Iran)," he said.

The Minister had earlier stated that the Oil Bourse is located on the Persian Gulf island of Kish.

Some expert opinions hold inauguration of the bourse cold significantly devalue the greenback.


Walaupun belum diserang dengan Bursa Minyak Iran, USD telahpun jatuh tergolek.


Inikan pula selepas serangan Iran.

Bermacam cara yang "Fed" cuba lakukan untuk memperelokkan kedudukan ekonomi Amerika. Turunkan Kadar Faedah lah, itu lan, begini lah begitu lah.

Walaupun terdapat Pakar yang berpendapat USD akan naik kembali, tetapi pada firasat saya USD akan terus jatuh dan jatuh.

Oleh itu, agaknya pemimpin yang terus berbincang tentang USFTA adalah bangang atau cerdik?


Sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/Petrodollar_warfare untuk cerita lebih terperinci.

Selasa, 15 Januari 2008

Isu kenaikan harga barang, Kementeri Kewangan tidak dipersalahkan?

Semalam (14 jan), saya pergi ke satu sesi KPDN "menerangkan" tentang isu kenaikan harga barangan.



Dalam ucapan Datuk Shafie Afdal, dia begitu terperinci menceritakan tentang "subsidi" untuk menurunkan harga, penyeludupan, masalah-masalah yang dihadapi untuk menangani kenaikan harga.

Akan tetapi dia hanya bercakap tentang dunia dia, dimana dalam sistem kawalan harga sekarang, amatlah sukar untuk mengawal harga.

Akan tetapi, dia tidak sedikitpun menyalahkan kelewatan PakLah selaku menteri kewangan pertama melepaskan tambatan ringgit sebagai punca segala masalah kenaikan raga.

Susah juga, menteri kewangan adalah boss dia, kalau menteri kewangan hanya rakan sejawat dia, mungkin dia boleh "marah" kementerian kewangan.

Maka pada sesi soal jawap, saya bangkit untuk mengemukakan soal matawang yang menjadi punca segala masalah.


"Harga minyak dalam USD naik 100% dalam 5 tahun"
"Harga minyak sawit juga naik"
"Akan tetapi nilai dollar merosot berbanding euro"
"Selain dari faktor permintaan, faktor kejatuhan USD juga adalah penyumbang kenaikan harga komoditi dalam USD"

"Harga minyak dalam Euro hanya naik 50% sahaja"
"Sekiranya nilai ringgit naik, dan matawang kita mampu untuk membeli barangan tanpa subsidi, maka tak perlulah begitu susah nak mengawal barangan"
"Makanan kambing juga turut menjadi murah"
(merujuk persoalan seorang kakak yang mengadu makanan kambing mahal).

"Jadi Soalannya ialah 'Sudahkan KPDN berbincang dengan Kementerian kewangan untuk mengkaji semula tambatan ringgit"

Dengan mudahnya Datuk Shafie Afdal mengatakan "Ya, Sudah berbincang dengan
Kementerian kewangan, dan Bank Negara"

Dia sendiri mengakui dengan meningkatkan nilai matawang Ringgit, masalah boleh dikurangkan. Akan tetapi dia tidak mengatakan sebagai ialah punca bagi masalah.

Bagi saya, Datuk Shafie Afdal yang sentiasa dijadikan kambing hitam dalam krisis kenaikan harga ini, sepatutnya menekan kementerian kewangan supaya masalahnya boleh dikurangkan.

Apakan daya, Menteri Kewangan I adalah boss nya.

Bagi pendapat saya, Roadshow untuk "menerangkan" krisis kenaikan harga adalah usaha sia-sia. Rakyat hanya perlukan keputusan, rakyat mahu barangan semuanya ada dan mampu dibeli. Rakyat tak peru tahu apa masalah KPDN.

Memang kalau mengikut sistem sedia ada, KPDN akan menjadi mangsa keada kesilapan kementerian kewangan. Mengapa perlu KPDN menerangkan masalah KPDN disebabkan oleh kesalahan kementerian kewangan tanpa memaklumkan bahawa ianya salah kementerian kewangan?

Akhir kata, Takkan kumaafkan kesalahan PakLah lambat melepaskan tambatan Ringgit

Khamis, 3 Januari 2008

Harga Emas dan Minyak mentah pecah rekod.




Harga emas melepasi USD 850, Harga Minyak mentah melepasi USD 100, Nilai ringgit tertinggi selepas gawat.

Yang pasti USD yang jatuh. dan USD akan jatuh lagi dan lagi waalupun ia akan naik kembali selepas ini.

Google+ Hasbullah Pit