test

Memaparkan catatan dengan label peruncitan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peruncitan. Papar semua catatan

Khamis, 21 Ogos 2008

Sheih Terbalikkan Bendera Kerana PDAM?

Saya membaca maklumbalas sheih (Kickdefella) apabila dikatakan Evil oleh PakLah.

Akan tetapi yang menghairankan ialah pemberhentian pekerja stesyen minyak dijadikan alasan.

Apapun, apa yang saya faham, perlaksanaan sistem layan diri sebenarnya telah diadakan sejak tahun 2001. Akan tetapi tidak dikuatkuasakan sangat oleh KPDN.

Yang nak sangat mengadakan sistem layan diri adalah PDAM, persatuan Pengusaha Stesyen Minyak yang terdiri pengusaha pelbagai jenama.

Apabila harga minyak dinaikkan menjadi RM 2.70, ramai yang mengeluh kerana peratusan komisyen menjadi terlalu rendah. Pekerja pula ramai. Bukan pengusaha yang nak sangat ramaikan pekerja , tetapi syarikat minyak yang paksarelakan pengusaha ramaikan pekerja berada di "forecourt".

Shell kata pada pengusaha shell, "Kau Tengok, PETRONAS boleh letak ramai orang, kau letak la ramai lagi".

PETRONAS pun kata macam tu, "Shell boleh letak ramai, kau letaklah lebih ramai"

Memang nampak macam "persaingan sihat", tapi bukan syarikat minyak yang bayar gaji, tetapi pengusaha yang bayar gaji.

Pada krisis kenaikan harga minyak yang lalu, apabila komisyen tidak dinaikkan serta merta PDAM minta macam-macam untuk kurangkan kos. Antaranya ialah mengurangkan waktu operasi, minta kurangkan caj kad kredit, dan sistem layan diri.

Tapi PDAM tak minta wajibkan pembuangan pekerja.

Amalan yang dicadangkan kepada pengusaha ialah tidak menggantikan pekerja yang berhenti, bukannya memberhentikan pekerja sedia ada.

Di Stesyen minyak kebiasaannya "turn over" pekerja adalah tinggi, kerja 2,3 bulan, ada yang tak sampai satu bulan.

Pekerja-pekerja yang macam itulah yang tidak digantikan dengan pekerja baru.

Sepatutnya tiada pengusaha yang memberhentikan pekerjanya hanya kerana sistem layan diri.

Sheih, Pengusaha mana yang berhentikan pekerjanya?
Beritahu saya.

Apabila komisyen dinaikkan sedikit, walaupun masalah caj kad kredit belum selesai, sepatutnya pengusaha boleh berasa lega sedikit dan tak perlu buang pekerja.

Di Merlimau, ketika harga minyak naik, cukup ramai pekerja yang mendapat tawaran belajar di IPTA, Alhamdulillah. Sampai tak cukup pekerja dibuatnya. Gantikan pula dengan yang baru, ada yang kerja tak sampai seminggu kerana sudah dapat kerja yang sesuai dengan kelulusannya.

Sabtu, 26 April 2008

UMNO Cawangan Pulai Darat Membeli Belah di Kelantan

UMNO Cawangan Pulai Darat akan mengadakan rombongan ke Kelantan pada 9 mei ini.

AJK ADA BUAT ROMBONGAN KE KELANTAN PADA AHLI DAN PEKERJA MASA PILIHANRAYA.BAYARAN YANG DIKENAKAN ADALAH RM30 JE. KITA AKAN PERGI PADA 9/5/08.APA YANG SAYA HARAPKAN PERJALANAN ROMBONGAN SELAMAT PERGI DAN BALIK.

Langkah itu mungkin bertujuan sebagai protes senyap, kegagalan Negeri Melaka untuk menjadi destinasi membelibelah kerana tidak meletakkan Cold Storage di Pulai.

Langkah ini menunjukkan Negeri Kelantan telah berjaya menjadi destinasi membeli belah bukan sekadar "berpontensi".

Selasa, 1 Januari 2008

Tahun baru, Tamatnya jaminan tidak menaikkan harga minyak.

Pada 31 Disember 2007, apabila menjelang 2008, ramai yang sudah tahu, tamatnya jaminan Perdana Menteri minyak tidak dinaikkan "tahun ini".

Saya telah bersedia lebih awal, sejak awal disember, kerana jualan minyak pada krismas dan Hari Raya Korban tidak boleh diduga. Jadi saya telah membuat pengubahsuaian pada pesanan supaya tangki penuh pada 31 Disember.

Walaupun saya amat pasti minyak tidak akan dinaikkan sebelum pilihanraya, akan tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil.

Akan tetapi pengguna lebih kedepan dalam mengetahui tentang kenaikan harga minyak. Pada petang hari, wawa menelefon saya untuk kepastian kenaikan harga minyak, kerana menurut nabora, telah heboh berita tentang kenaikan harga minyak. Akan tetapi saya sendiri tidak pula mendapat SMS tentang kenaikan harga minyak.

Ada yang begitu yakin ia akan dinaikkan 40 sen. Walaupun jam sudah melebihi 12 pagi, mereka tetap datang dengan penuh yakin. Mereka berasa lega kerana harga minyak belum dinaikkan.


Kemudian ada lagi satu khabar angin yang mengatakan harga minyak akan dinaikkan pada hari khamis atau jumaat. Samada ianya realiti atau tidak, saya pun tak tahu.

Pagi tadi saya terfikir, apa akan jadi pada subsidi nelayan jika harga minyak dinaikkan? Nelayan akan membayar RM 1 seliter atau ditambah sedikit dengan kenaikan itu? Buat masa ini belum ada berita dari LKIM.

Isnin, 1 Oktober 2007

Sudah seminggu boikot?


Seminggu yang lalu, Boikot bermula, boikot itu menyaran supaya pengguna tidak ke pasar selama dua minggu.

Pada masa yang sama, ramai pengguna memang sudah tidak ke pasar sejak... errr, masa sekolah rendah dulu.

Pada masa yang sama ramai pengguna yang makan di kedai, maklumlah pasar Ramadhan tumbuh melata ketika bulan Ramadhan ini.

Maka, persoalannya Sejauh mana boikot itu boleh berkesan? Kalau pengguna tidak ke pasar selama 2 minggu, walhal dia sudah tidak ke pasar sejak 10 tahun yang lalu, 5 tahun yang lalu. Maklumlah, budaya membeli belah sudah bertukar, daripada beli sayur di pasar, kepada beli sayur di pasaraya gergasi asing yang berdekatan.

Di pasaraya asing gergasi, mereka boleh jual murah sehingga di bawah harga kos. Mereka tahu, kalau beli sayur di pasaraya mereka, pengguna takkan beli HANYA sayur, mereka boleh dapat keuntungan dari minuman berkarbonat yang anak kita nak beli ketika kita hendak membeli sayur di Pasaraya gergasi asing.

Tapi di Pasar Penjual ikan HANYA menjual ikan, penjual ayam hanya menjual ayam.

Cuba undur seketika dulu, mengapa Boikot terhadap High 5 berjaya?

1. Pengguna mempunyai alternatif roti lain.
2. Peruncit boleh turut serta terajang High 5, kerana ada alternatif lain.
3. Sentimen keagaaman menjadi faktor pemangkin dan juga faktor promosi.
4. Pesaing High 5 cepat mengambil peluang untuk masuk ke kedai yang baru lepas terajang High 5.

Berbanding dengan Boikot kali ini, bagaimana peruncit di pasar nak boikot produk yang hanya mereka jual? Peniaga ikan nak boikot ikan, mereka nak jual ikan sardin sahaja?

Adakalanya mereka (MTUC/Pengguna) lupa kuasa peruncit yang juga boleh digunakan untuk memboikot.

Peniaga kedai makan juga dikira peruncit, merekalah yang selalu ke pasar untuk membeli barangan di pasar. Merekalah yang berkuasa untuk memboikot sebenarnya.

Akan tetapi, boikot ini terlalu umum, sehingga peruncit kedai makan tak boleh berniaga. Apa kata kalau boikot itu hanya tertumpu pada sesuatu jenis produk untuk tempoh tertentu, pasti boleh. Melainkan kalau peniaga kedai Nasi Ayam di suruh boikot jangan beli ayam, memanglah tak menjadi. Nak suruh semua orang makan garlic bread sahaja di kedai nasi ayam?

Jadi apa penyelesaiannya?
Penyelesaiannya ialah sesuatu jenis boikot yang boleh disertai oleh golongan peruncit, golongan pengguna kebanyakkannya tak memahami dari mana asalnya sesuatu barang sebelum ia jadi 'finish product'. Pengguna biasa tak faham kenapa pasaraya gergasi asing boleh jual murah.

Jadi, boikot tidak boleh terlalu meluas, mesti spesifik pada produk tertentu atau jenama tertentu.


sebagai contoh kalau nak suruh jangan beli 'ikan' di pasar, berikan alternatif, seperti:-
1. Pengguna HANYA boleh membeli ikan secara langsung dari nelayan.
2. Peniaga ikan di pasar sendiri disaran untuk tak jual ikan dipasar tapi dapat duit oleh persatuan pengguna atau tabung lain.
3. Peniaga kedai makan yang lauknya bercampur-campur , tidak jual lauk ikan tapi jual lauk lain.

Kalau untuk boikot ayam,
1. Peniaga ayam di pasar, kena tutup kedai tapi dapat pendapatan dari tabung lain.
2. peniaga nasi ayam pun dapat sesuatu sebagai ganti pendapatan yang terjejas akibat tak jual ayam.
3. Kena boikot KFC sekali.


Kadang-kadang pening juga, adakah kenaikan ini berkait dengan kekurangan bekalan?

Ahad, 30 September 2007

Pemenang Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan


Dengan rasminya saya ingin mengumumkan pemenang Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan yang berakhir pada 28 September yang lalu.



Pemenang Tempat Pertama (Hadian = RM 50)
SisHoney - ..kerana telur goreng :)


Pemenang Tempat ke 2 (Hadiah RM 20)
Vangardx -Hikayat telur goreng terlampau Part 1


Pemenang Tempat ke 3 (Hadiah RM 15)
Rjuna - Gila Telur Goreng


Tahniah diucapkan kepada para pemenang, Sila beri no akaun Maybank atau Public Bank anda ke sebolku (a) yahoo (dot) com.

Kepada yang tak menang, Boleh cuba lagi pada peraduan yang akan datang, mungkin 2,3 bulan dari sekarang.

Terima kasih diucapkan kepada bukan peserta tapi mempromosikan peraduan ini di blog anda.

Selepas ini, tak perlu cari telur goreng lagi, cuma cari kenalan lama yang beralamat Merlimau sebelum 7 oktober.

Sabtu, 22 September 2007

Adakah Peniaga Melayu Memerlukan Tonto?

Sering kedengaran, di sana sini, peniaga melayu terutama sekali yang kecil, yang hanya membuka gerai, atau yang baru cuba mula berniaga. Di buli seteruk teruknya oleh pihak berkuasa.

Saya faham, di Malaysia ada undang-undang, Tanda harga perlu ada, tarikh luput perlu ada, untuk kedai ubat barangan mesti ada MAL, lesen majlis, barang mesti asli , tak boleh tiruan, ... seribu satu syarat.

Namun untuk meniaga yang baru berniaga, bagaimana nak tahu pelbagai syarat dalam sekelip mata. Ada juga yang telah menceburkan diri, tanpa ilmu mendalam.

Ini kisah peniaga kecil yang mengeluarkan modal untuk berniaga ketika bulan Ramadhan, tapak disewa, kena duit, untuk tapak yang berkaitan dengan majlis, ada kalanya perlu 'duit kopi' tambahan. Apabila berniaga, diserbu Kastam dengan alasan barangan tiruan.

Hakikatnya, di Malaysia memang banyak barangan tiruan Kalau dari segi pakaian Baju popeye, baju pooh, bantal spongebob, baju nike, Baju Transformer.

nota: Kalau ada dijual Baju Transformer original, dah lama dah saya beli.

Kalau dari sudut kenderaan, banyak alat ganti tiruan, ada yang berkualiti ada yang tak berkualiti.

Kalau dalam perniagaan telefon bimbit, cukup banyak aksesori tiruan, sehingga nak cari HPM 70 yang asli pun susah. Bekas Telefon Sony Ericsson pun banyak yang tiruan. Nokia? banyak aksesori untuknya yang dilabelkan sebagai "Original".

Perisian? (perlukah saya ceritakan di Malaysia ada banyak perisian tiruan?)
Dipendekan cerita memang banyak, tapi pihak berkuasa lalu, pejam mata, pekak telinga, Tapi bila ada peniaga kecil Melayu, semua salah di carinya.

Jual baju nike tiruan pun boleh kena rampas, tapi peniaga Petaling Street boleh pula, sehinggakan mereka disediakan bumbung khas.

Jersi bola Arsenal, Chelsea, Liverpool , Man U banyak yang tiruan di Malaysia. Apabila peniaga kecil melayu yang jual, ia akan dirampas. Bila peniaga Kedai besar jual, ia tak dirampas.

Mengapa?

Kalau ubat, mungkinlah ia menyebabkan bahaya kepada pengguna. Namun banyak kedai Ubat Melayu diserang dengan ganas, ubat di rampas, jualan secara 'buka' tak boleh. Akan tetapi Jualan sarang burung secara 'buka' di kedai ubat Cina, PBT tak kacau, Kementerian Kesihatan tak kacau.

Mengapa ada double standard?
Perlukah satu lagu rap untuk menyuarakan rintihan ini?
Perlukah Tonto Melayu untuk melindungi Peniaga kecil melayu ini?

Ada lagi contoh, mengikut akta yang saya lupa, tanda harga hendaklah diletakkan pada SETIAP barangan waalupun label harga telah diletak pada rak barangan tersebut. Akan tetapi akta itu, diabaikan oleh peruncit gergasi seperti TESCO, Mengapa KPDN tak saman TESCO?

Perlukah aku buat lagi 1 peraduan untuk tangkap gambar barangan tiruan di Pasaraya GERGASI Asing?

Sabtu, 15 September 2007

Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan, RM 50 untuk dimenangi

Di Pasar Ramadhan ketika bulan puasa, memang banyak dijual pelbagai jenis makanan, lauk pauk yang tak pernah dilihat ketika hari biasa pun ada, kuih muih pelbagai jenis, minuman pelbagai jenis.

Namun kebiasaannya peniaga kurang memikirkan apa yang pelanggan mahu. Mungkin pasar ramadhan itu berdekatan dengan penempatan pelajar, maka telur goreng amat perlu. Memanglah kita boleh goreng telur di rumah, namun bagi pelajar duduk di rumah bujang, asrama, tiada kuali untuk menggoreng telur. Namun oleh kerana ia adalah lauk yang ringkas, maka adakalanya, pasar ramadhan yang besar dipenuhi puluhan gerai, tidak ada satu pun yang menjual telur goreng.

Selain telur goreng, hampir tiada gerai yang menjual sos dan kicap. walaupun itu jenis makanan kedai runcit, mungkin ia perlu bagi pelanggan, terutamas ekali apabila pasar ramadhan itu berjauhan dengan kedai runcit.

Oleh itu saya ingin melancarkan satu peraduan blog, bernama "Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan". Hadiah ialah
  • Tempat pertama =>RM 50
  • Tempat ke 2 => RM 20
  • Tempat ke => RM 15
Apa yang anda perlu lakukan ialah, tangkap gambar telur goreng yang dijual di Pasar Ramadhan dan masukkan gambar itu sebagai kiriman blog di blog anda.

Kemudian masukkan tag berikut, berserta pautannya sekali.

- - - - - - - - - - -8< - - - - -mula - - - - -

sebol dah tak berapa betul, dia nak hadiahkan RM 50 kepada sesiapa yang tangkap gambar telur goreng di Pasar Ramadhan.

- - - - - - - - - - 8< - - - - - -tamat - - -


Kemudian, sila maklumkan dengan mengkomen pada kiriman blog ini. Tarikh tamat peraduan ialah 4 Oktober 2007.


kemaskini 17 sep :

Seandainya hanya ada 1 orang sahaja yang menyertai Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan,

Maka, dia akan membolot hadiah bagi tempat kedua dan tempat ketiga sekali, menjadikannya RM 85.




Kemaskini 22 September:

Senarai Peserta yang telah menyiarkan gambar telur goreng di blog mereka ialah.

Sishoney : http://sishoney.blogspot.com/2007/09/kerana-telur-goreng.html
Rjuna : http://rjuna.net/2007/09/20/gila-telur-goreng.html
Ida : http://zliah.blogspot.com/2007/09/telur-gorengbkn-ultraman-telurokep.html

Khamis, 6 September 2007

Reviu Fresco Merlimau

Ini dia Fresco Merlimau yang baru dibuka itu.

Dia sudah ambil pekerja lebih awal, jadi bila dia buka, terus jadi big boom.
Berbanding dengan peruncit temnpatan yang biasa-biasa, mereka suka buka kecil-kecil dahulu, tambah barang sikit-sikit, jadi kurang impak.

Sebenarnya, saya suka lokasi dia , di antara pekan Merlimau dan Politeknik.


Maka ramnailah orang kampung dan orang Politeknik membuat "test market"

Kedengaran juga, Makcik tertentu sedang memperagakan beg percuma yang dia perolehi bila mendaftar kad kesetiaan Fresco.

"Keahlian seumur hidup" katanya..

Macam dia tahu pula saya baru lepas tulis fasal kad kesetiaan Tesco yang menjadi isteri baru TESCO setelah menceraikan bonuslink.

Pesaing FRESCO utama di Merlimau, sudah tentu "Bandar Baru", "Jumpa lagi (tapi dah tukar nama)", Pasarayaku, dan banyak peruncit tempatan lain yang jenis kedai 1 lot.

Pada pendapat saya, walaupun ada Kad Kesetiaan Fresco, pelanggan di Merlimau, ramai yang sudah "Sign mati" dengan Kedai tertentu. Wawa yang baru duduk merlimau pun sudah 'Sign mati' dengan "Bandar Baru".
Tak kurang juga yang sudah 'sign mati' dengan 'Kedai Deris', "Kedai Berahim"

Tapi tak ramai yang sign mati dengan pasarayaku atau jumpa lagi Sejati.

Tapi orang politeknik seperti Puan Sabrina, mana kenal Siapa itu Haji Berahim, Haji Deris, Tan Kim Hock (Bandar Baru), Yap (Pasarayaku)


Ini bakul Fresco,

Ini label pada gondola, siap ada platik khas ala jusco/7eleven, tapi Label dia tu takde logo Fresco, tak macam Jusco dan PETRONAS Merlimau. hehe




POS dia
fuh

UI ala baru, macam Microsoft surface pula, pada gambar itu transaksi belum ditunaikan.
Selepas ditunaikan (orang putih cakap 'checkout' atau 'cash out'), Akan ada Paparan amaun yang diterbalikkan supaya pelanggan boleh lihat. Ada logo MySQL pada POS itu :)

Uniform pekerja dia, semua pakai T-Shirt putih sendiri, tapi pakai Vest yang dibekalkan.
Saya tak pasti blusher pada pipi diwajibkan atau tidak, tapi nampak macam semua orang ada pakai blusher.


sekian.

Tesco Bercerai dengan Bonuslink



Tesco kini sudah bercerai dengan Bonuslink. Saya baru tahu apabila saya pergi ke tesco melaka semalam untuk menangkap gambar makanan . Akan tetapi, menurut laman web PASIM, Kad Bonuslink sudah tidak diterima di TESCO sejak 23 Ogos lagi. Tapi saya lambat tahu kerana saya setia dengan JUSCO & dah lama tak pergi TESCO.

Selepas penceraian itu, Tesco mengeluarkan Kad kesetiaannya sendiri iatu Club Card. Bagi saya itu langkah bijak yang dilakukan oleh tesco. Syarikat besar tak perlukan gunakan perkhidmatan pihak ke tiga untuk program kesetiaanya. Syarikat program kesetiaan mungkin tak mesra pelanggan seperti peruncit gergasi itu.

Saya lihat, mereka beria-ria cuba daftarkan pelanggan akan Club Card yang baru itu dan mereka turut mensasarkan sejuta pelanggan mendaftar kad baru itu.

Eh, bukankah Bonuslink baru sahaja berkahwin dengan TESCO? kalau tak salah saya baru setahun jagung. Apa terjadi antara mereka? Ketika itu sibuk pekerja TESCO turut mendaftarkan pelanggan mereka dengan BONUSLINK. Kini bercerai.

Masih saya ingat lagi dulu, ketika iSynergy bercerai dengan PETRONAS, semua ahli kad mesra yang daftar dengan iSynergy secara automatik menjadi ahli Kad Mesra baru. Tapi adakah TESCO tak dapat data yang mereka tolong daftarkan ketika kahwin dengan BONUSLINK dulu?

Pada masa yang sama Shell sudah alasan "Boleh digunakan di Tesco" apabila nak mendaftarkan pelanggan mereka dengan BONUSLINK.

Pada masa yang lebih kurang sama, Carefour telah berkahwin dengan Kad Mesra dan kini ada peraduan menang Proton Persona.



Kenapalah di Melaka tiada Carrefour?

Walaubagaimanapun, TESCO, JUSCO, Carrefour, semua itu peruncit gergasi asing yang sering menenggelamkan peruncit tempatan.

eh, tumpang iklan kawan aku.
Kepada sesiapa orang Melaka yang ada kad mesra, anda boleh tebus mata ganjaran di Stesyen Minyak PETRONAS Jalan Laksamana Cheng Ho atau Cheng.

p/s: Shell tak mahu bercerai dengan Bonuslink kah?








Isnin, 13 Ogos 2007

Bakul di PETROSAINS, kool?

Saya baru-baru ni telah pergi ke satu C-Store Syarikat minyak yang agak tersohor di Malaysia, untuk membeli Nescafe Latte 4 tin, Air Mineral dan roti. Bayangkan kalau 4 tin Nescafe Latte, tangan dah penuh, perlukan bakul, tapi tak disediakan. Tak perlukan saya menceritakan dimana C-Store itu.

Bila difikirkan balik, walaupun pelanggan jarang guna bakul untuk beli barang di C-Store, samada di 7 Eleven atau Mesra atau Select, namun adakalanya kita perlukan bakul, terutama sekali bila nak dijadikan stok dalam kereta untuk perjalanan jauh.

Kemudian saya ke Menara Berkembar PETRONAS (MBP), atau PETRONAS Twin Tower atau lebih dikenali di Malaysia sebagai "KLCC". (Jarang pula orang sebut "Kuala Lumpur City Centre").

Terdapat 1 kedai di sebelah PETROSAINS, yang menjual barangan PETROSAINS, dikenali sebagai Galeri PETROSAINS. (Kenapa saya ulang perkataan PETROSAINS banyak kali?) .

Di dalam kedai itu terdapat bakul-bakul untuk digunakan oleh pelanggan. Berdasarkan saiz barangan disitu, ada yang kecil, ada yang besar, maka bakul ada 2 saiz. Walaupun untuk barangan yang kecil, tapi bila banyak, kita tetap tak cukup tangan untuk memegangnya. Apa yang menarik di situ ialah, terdapat platform khas untuk meletak bakul. Walaupun, rekabentuk platform untuk bakul itu cantik, tetapi warna bakul yang putih agak tenggelam dengan warna platformnya. Boleh dikatakan bakul yang kool.

Sekiranya ia tidak tenggelam, bagi saya itulah tempat meletak bakul yang paling cantik pernah saya lihat. Namun, ia mungkin tak cukup untuk mendorong pelanggan menggunakan bakul.


Di Jusco, terdapat juga platform untuk meletak bakul membeli belah, ianya diperbuat daripada logam stainless steel. Tiada gambar di sini, tapi anda boleh pergi ke Jusco sendiri untuk melihatnya.


Sebagai perbandingan, ini bakul saya. klik pada gambar untuk melihat posternya.

Memang belum ada platform untuk mengalasnya. Walaupun asalnya untuk menjadikannya 'kool', oleh kerana ketiadaan kemahiran grafik, idea hanya sekadar idea. (rujuk sini). Namun ia adalah lebih baik daripada tiada bakul, atau tiada petunjuk yang mendorong pelanggan supaya menggunakan bakul.



Tahukah anda dikedai buku juga terdapat bakul untuk digunakan oleh pelanggan?
Gambar bakul di kedai buku akan dipaparkan pada cerita pengguna bakul di kedai buku.



Rujukan:
http://sebolku.blogspot.com/2007/06/faktor-cool.html

Khamis, 9 Ogos 2007

Ubah suai gondola untuk ATM




Saya baru dapat kotak mesin ATM( Ya, Maybank).
Maka, saya terpaksa korbankan 1 goldola. Tapi barang nak letak di mana?

Jadi maka bermula lah operasi meletakkan goldola 3 kaki, untuk disambungkan dengan gondola dinding yang lain.



Maka RNK Anirah cuba mengeluarkan barang supaya gondola itu boleh ditolak.
Selepas sebahagian besar barangan dikeluarkan, maka proses menolak dilakukan.
Tolak!!














Selepas menyapu, ruang diukur, maka didapati, perlu menolak lagi.
Tolak lagi!!
.













Tolak dan tolak.
.














RNK salleh pula menolak. kemudian ukur lagi sekali.
Dan kemudian ia dipasang
.











Setelah OK, maka gondola dipasang,
Dan barangan disusun
.










Maka selesailah ia.

Rabu, 8 Ogos 2007

Cikgu Suraya

Lagi gambar Jalur Gemilang. dari asalnya nak jadikan dia buruk, buat 1 gerombolan, alih-alih ada yang sambungkan jadi 3 gerombolan. Rajin sungguh RNK ku ini.

Jadi kuberikan nama teknik gerombolan jalur gemilang yang melayut seperti bilik pengantin ini sebagai "Teknik Cikgu Suraya"


Jadi anda boleh menghias tempat anda dengan Teknik Cikgu Suraya ini.


Selain itu, ada juga Jalur Gemilang diluar, disebabkan angin kawasan itu kuat, umpama berada di dalam Terowong angin (Wind Tunnel) BMW Sauber, maka aku kibarkan jenis biasa. tapi saiz kecil sikit dari biasa. 6"x4".




Adakah aku cuba menunjukkan kepatriotisme aku dengan mengibar jalur gemilang?

Jawapannya "TIDAK".

Aku kibarkan kerana Kerajaan sendiri mengizinkan pihak swasta mempergunakan Jalur Gemilang untuk menarik pelanggan.

"Pride for sale"

Cuba lihat kotak donut ini.


Apa kaitan dengan Merdeka?

Disebabkan budaya mempergunakan "Patriotisme" untuk tujuan melariskan jualan. Maka beria-ria mereka meletak bendera atau logo kemerdekaan pada produk. Adakalanya produk itu adalah daripada syarikat asing (syarikat asing = syarikat negara luar). Sekiranya sesebuah syarikat, tak mempunyai produk berunsurkan merdeka, ia dikira ketinggalan berbanding pesaing.

Buat masa ini, ketika hangat "Merdeka", Pelanggan berasa "Merdeka" adalah kool.
kool adalah sesuatu yang dikejar oleh pengguna/pelanggan.

Tetapi, oleh kerana donut itu diberi percuma oleh nabora,

maka dalam kes ini ia adalah "Pride for free".

Isnin, 6 Ogos 2007

Hiasan Jalur Gemilang

(Gambar menunjukkan hiasan Jalur Gemilang bukan di tempat aku)


Kebanyakkan orang hias kedai dia dengan jalur gemilang supaya cantik.



Tapi kalau semuanya cantik, apa yang istimewanya?
dimana-mana tempat pun akan ada hiasan yang cantik.



Tapi, tadi aku suruh RNK aku hias menggunakan jalur gemilang supaya dia buruk dan pelik.



Akan tetapi, dengan niat asal untuk menjadikan ia buruk dan pelik, akhirnya dapat idea untuk jadikan ia Cantik tetapi pelik.

Ada sesiapa nak tiru?

Sabtu, 4 Ogos 2007

Minyak di Nigeria bhgn.2

Harap maaf, saya belum puas google sebelum menulis Minyak Di Nigeria,

Maka setelah kugoogle, kuwiki, kuyahoo_full_coverage, maka didapati Gerakan militan, yang sering menyerang fasiliti minyak di Nigeria adalah "MEND", "Movement for the Emancipation of the Niger Delta".

Selain dari itu terdapat juga "Niger Delta People's Volunteer Force"(NDPVF) yang diketuai oleh Mujahid Dokubo-Asari, seorang muslim yang sebelum ini Kristian, kini beliau ditangkap oleh kerajaan Nigeria.

Terdapat lagi satu pergerakan dinamakan "Niger Delta Vigilante" (NDV),mempunyai visi yang hampir sama seperti NDPVF.

Nigeria adalah negara berbilang kaum, akan tetapi ia tidak seperti di Malaysia dimana Kaum-kaum duduk bersama, walaupun tak begitu sempurna , tetapi tiada sesuatu negeri yang terlalu dimonopoli oleh sesuatu kaum.

Manakala di Nigeria, terdapat wilayah yang dikuasai oleh kaum tertentu dan Negara dikuasai kaum lain. Apabila terdapat minyak di wilayah yang dikuasai oleh kaum yang tidak menguasai negara, maka timbul masalah.

Cuba bayangkan Terengganu dikuasai oleh oleh kaum Terengganu (contoh), tetapi Pemerintah adalah Melayu. Tentu kaum Terengganu itu tidak senang. Sedangkan perbezaan parti politik diantara kerajaan negeri dan pusat sudah cukup untuk memeningkan kepala.


Maka itulah yang berlaku di Nigeria. Kawasan Delta dihuni oleh entik Ijaw, tetapi Ijaw tidak menguasai seluruh Nigeria.

Nigeria mempunyai Syarikat Minyak Nasional sendiri iaitu, Nigerian National Petroleum Corporation (NNPC) ditubuhkan pada 1977. Walaupun Nigeria mempunyai "Nigerian Content Policy" NNPC hanya menguasai 37% kandungan minyak. Maksudnya terdapat banyak lagi telaga minyak yang dikorek oleh Syarikat Minyak Asing. Sasaran mereka, adalah 70% pada 2010.

NNPC juga mempunyai sayap peruncitannya

Jumaat, 27 Julai 2007

Keanjalan Harga


Orang selalu kutuk orang berniaga:

“Dia bukan ikhlas. Letak harga mahal. Nak cepat kaya la tu.”


Hakikatnya itulah yang sering diperkatakan oleh pelanggan Melayu terhadap peruncit Melayu. Peruncit Melayu biasanya tak pandai "Buang" harga. Dari mana datangnya istilah buang harga ? saya pun tak tahu. Tetapi itulah istilah yang digunakan apabila seorang peruncit merendahkan harga sesuatu barangan untuk bersaing dengan peruncit yang lain.

Sebenarnya jarang saya jumpa peruncit Melayu main buang harga. Takut rugi. Tetapi mengapa peruncit bukan melayu dan peruncit asing boleh main buang harga?

Salah satu sebab peruncit asing, seperti Tesco boleh buang harga, sehingga lebih murah daripada "Harga Datang" adalah kerana pembekal telah membayar sewaan ruang kepada peruncit itu.
Jadi secara automatik kos sesuatu barangan yang melibatkan sewaan ruang itu akan turun.

("Harga datang" adalah istilah yang biasa digunakan bagi merujuk pada harga barangan yang dibeli oleh peruncit daripada pembekal).

Akan tetapi sewaan ruang oleh pembekal adalah hampir tidak wujud bagi peruncit tempatan (local retailer). Mahu tak mahu peruncit tempatan tetap perlu bersaing dengan peruncit asing yang gergasi itu. Peruncit tempatan perlu "buang harga" secara berhati-hati .

Dalam dunia teori pemasaran dan peruncitan, tiada yang "betul" dan "salah" yang nyata. Setiap teori atau idea boleh disangkal kebenarannya.

Ada peruncit yang cuba menggambarkan kedainya sebagai murah dengan merendahkan semua harga barangannya. Ada peruncit yang takut rugi memahalkan barangannya.

Sebenarnya tiada faedahnya kalau merendahkan semua barangan kalau kemurahan harga itu tidak diperasan oleh pelanggan. Jadi kalau peruncit merendahkan harga sesuatu barang, tetapi pelanggan tetap tidak perasan akan akan harganya rendah, adalah lebih baik dia tak rendahkan harga.

Begitu juga sebaliknya, kalau kita naikkan harga tanpa pelanggan rasa barang itu mahal, dan tetap membelinya. Apa salah naikkan harga?

Disitu letaknya keanjalan harga. Sesuatu item jualan perlu ada had apabila dinaikkan harganya. Dan apabila kita turunkan harga atas sebab promosi, biarlah ia menjadi termurah di kawasan setempat walaupun untuk tempoh terhad, walaupun kita rugi sedikit.

Kerugian sedikit disebabkan oleh buang harga sesuatu item jualan boleh diatasi dengan kenaikan sedikit harga barangan yang dinaikkan sedikit ke tahap yang tak tinggi.

Kita lihat keanjalan harga apabila ia hendak dinaikkan.

Ambil contoh 1 produk, ada tempat jual RM 1.80, ada tempat jual harga RM 1.90 ada tempat jual RM 2.

Jadi, kalau kita letak harga RM 1.80 = 34 laku --> nilai jualan = RM 61.20
tapi kalau letak RM 1.90 = 33 laku --> nilai jualan =RM 62.70
kalau RM 2.00 = 20 laku--> nilai jualan = RM 40.00
kalau RM 2.20 = 5 laku --> nilai jualan = RM 11.00
Tapi Tesco punya offer boleh turun sampai RM 1.69

kalau begitu adalah lebih baik kita jual dengan harga RM 1.90

Akan tetapi teori kenajalan harga ada buruknya, lambat laun pelanggan akan perasan juga kenapa di kedai kita Rm 1.90 , ada tempat lain RM 1.80.

kerana itu nilai Rm 1.90 dipilih, berbanding dengan RM 2.00 walaupun kalau jual RM 2.00 lebih jauh menguntungkan. Jangan sesekali jual RM 2.20 kerana dia akan nampak ketara lebih mahal drpd Rm 1.80, dan mungkin dialog “Dia bukan ikhlas. Letak harga mahal. Nak cepat kaya la tu.” akan timbul di hati mereka.

Lambat laun harga barangan RM 1.80 di tempat lain akan dinaikkan juga ke tahap 1.90, masa itu kita "tak naik".

Selasa, 17 Julai 2007

Cerita fasal 'Purchase Order'

Mungkin hanya aku seorang sahaja yang tak suka cara buat pesanan guna excel, & kemudian emel. Bagi aku, sejak dahulu lagi, emel adalah emel, sistem permesejan bukan sistem penghantaran fail. Walaupun emel boleh dilampirkan dengan fail tapi ia bukan direka khas untuk menghantar fail. Apatah lagi kalau fail yang dilampirkan itu besar.
300k, kalau guna dialup, merangkak juga. Walhal, data yang sebenarnya adalah hanya beberapa bait.

Pernah satu ketika dahulu, selepas sesuatu mesyuarat, nama aku naik kerana tersenarai sebagai orang yang tak hantar pesanan guna emel. Nampak macam aku ni jenis buta IT pula.

Tapi sebenarnya, aku lebih suka hantar guna faks ketika itu, kerana bagi aku dia lebih menyenangkan. Kalau kita pandang dari sudut orang biasa hantar faks memang menyusahkan.
Kena cetak dahulu, kemudian faks. Aku hanya cetak_ke_faks.

Tapi memanglah si penerima pening kepala kerana kena buat data entri pula.

Jadi, Data patut dihantar melalui apa kalau bukan emel?
Apa guna wujudnya protokol FTP & HTTP?
kalau nak selamat SFTP & HTTPS.

Teringat zaman muda-muda dulu, satu syarikat perlu menghantar data setiap hari rabu, sabtu dan ahad ke satu syarikat lain. data tu amat kecil. Jadi setiap 3 hari tu, ada seseorang yang muatnaik data itu melalui ftp ke pelayan teratai aku tu. Ada 1 komputer lain, komputer biasa sahaja ada 1 robot yang periksa, kalau ada data yang dihantar ke teratai, dia pun GET data itu dan proses supaya dia boleh disiarkan.

Berbalik kepada cerita asal, aku lebih suka data tidak dihantar mengunakan emel, tapi kalau bleh menggunakan HTTP atau FTP. Mungkin FTP itu susah bagi kebanyakkan orang, HTTP mungkin sesuai untuk ramai orang, Ya, Ramai orang yang hantar emel berasaskan web tetapi muatnaik fail itu menggunakan HTTP. Maksudnya ramai orang telah menghantar data melalui HTTP tanpa disedari mereka.

Sekiranya ada pihak mahukan pihak tertentu


Format apa data perlu dihantar?
Mahu tak mahu, format excel dan doc berasaskan office97 akan mati dibunuh oleh ODF atau ooxml.

Dengan bantuan google aku jumpa ni "Purchase order xml".
po xml dikatakan boleh menggantikan EDI,
(Aku baru tahu yang rupanya sebelum ni orang guna "EDI" untuk purchase order dan ada format dia sendiri. kampung betul aku ni)

Menarik juga. Kalau google betul-betul , boleh jumpa converter antara po EDI ke po xml dan sebaliknya.

Sebagai super power peruncitan, aku rasa tak mustahil untuk 1 negara guna po xml.
Australia boleh ada spesifikasi NEIS Purchase Order Specification, Kenapa kita tak boleh ada "Spesifikasi Pesanan Pembelian XML"?








Ahad, 15 Julai 2007

Pride and Grief for Sale @ .my

Masihku ingat satu kiriman blog Christopher Blizzard (Mozilla+Fedora+OLPC) bertajuk "Pride and Grief for Sale", ketika itu Amerika Syarikat baru sahaja dilanda Trajedi 11 September.

Petikan:
What does it mean when a company takes a symbol that people use to describe something they care about, and twist it to convince them to buy something they don't need? I don't remember where but somewhere I read that patriotism is best expressed by what you do, not by what you say. I feel like this is an accurate statement and it's one that I live by.


Awalnya, kebanyakkan rakyat Amerika mengibarkan bendera Amerika untuk menunjukkan rasa simpati, rasa patriotik. Apabila adanya "Emosi" sedemikian, golongan korporat, perniagaan, peruncitan secepat kilat menggunakan "Emosi" ini untuk meningkatkan jualan, dan seterusnya mengaut keuntungan.

Kelihatan sekarang ini, makin hampir dengan sambutan Ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 50, semakin menjadi-jadi golongan peniaga mempergunakan emosi itu untuk mengaut keuntungan. Adakalanya sampai melampau-lampau.

Jumaat, 13 Julai 2007

Hacking barkod bahagian ke 2

Progres kemasukan data untuk projek melabel di PETRONAS Merlimau boleh tahan juga. Sudah 159 item dimasukkan.


Semalam saya Pergi Stesyen Ana, sebelum untuk ke MSO. Nak tengok perisian yng dia salin daripasa Nazri.

ID Automation Labeling Software Free Edition. (Sekarang ni dah tak boleh muatturun versi percuma lagi).

Perisian itu membolehkan kita membuat label barkod.
Disimpan didalam fail .ida . Cuba tengok-tengok, rupanya dia memang boleh ambil data daripada excel.

Tetapi kenapa mereka buat satu-satu? hairan juga. Oleh kerana aku belum cuba untuk pautkan fail excel dengan perisian IDAutomation Labeling software . Tak pasti samada dia hanya boleh import dari excel(atau dokumen lain), atau boleh 'mailmerge' terus macam MS Publisher.

Yang pasti untuk mengelakkan pertindanan kerja (Duplication of work), aku tetap akan cuba supaya RNK-RNK hanya masukkan data 1 kali sahaja dan kemudian boleh digunakan berulang-ulang kali.
Boleh eksport data ke Linda, Dollah, Yusry, Ana, Usop, Siti dll.

Hmmm, aku rasa aku boleh minta Usop punya RNK untuk masukkan data, untuk kegunaan dia juga.

Kalau aku nak buka kedai C-Store di Pekan Merlimau pun boleh, data dah separuh ada.
Senarai pelanggan pun dah ada :) hehehehe


Baru kejap tadi RNK Marziah tanya aku, tak bolehkah kita cetak sahaja untuk masukkan data?
Ya Allah, kenapa lah aku tak terfikir cara tu. kasihan dia berbelek-belek coklat tu nak tau berapa gram coklat itu.

Jumaat, 29 Jun 2007

"Merdekakah kiter jikalau hanya dgn memasuki peraduan... hehe"

Sajer acik nak tanya... (sebab dah lama tak bertanya kat sini)... mungkin ramai yg telah melupakan tanggungjawab mereka sebagai receptionist kat sini kan?...

Pernah tak kalian memasuk & merelakan diri kalian utk mencuba2 naseeb memenangi apa2 peraduan sempena 50 tahun kemerdekaan negara kiter nie?... Skang nie dah mcm cendawan tumbuh acik nengok kat iklan2 TV... peraduan 50/50 DIGI ler... peraduan Saya Anak Malaysia Petronas ler... peraduan Jutawan TM net ler dan mcm2 lagi ler yg legal... yg illegal tue wallahu a'lam ler jawabnyer...

So, meh kongsi skit... ada join tak?.. kenapa nak join?... dan kenapa takmo join langsung cam acik nie?... Nak kena mandi air munger ke?...



Jawapan ringkas:
Tidak merdeka dengan hanya memasuki peraduan.

Kalau kita lihat sekarang ni, macam cendawan tumbuh , semua perniagaan nak dikaitkan dengan merdeka.

kalau kita lihat 1 sudut, sebenarnya, syarikat perniagaan mengambil kesempatan atas semangat patriotisme untuk mengaut keuntungan.
Pelanggan akan pergi ke kedai yang lebih "Malaysia", lebih "merdeka" daripada kedai yang lain.
Akan tetapi, pelanggan sebenarnya tak mendapat apa-apa pengisian walaupun dengan menggantungkan bendera dikenderaan.

Oleh itu, tanyalah kepada syarikat-syarikat yang lebih "merdeka", apa yang hendak disampaikan?
Keadaan adalah lebih kurang sama, ketika Amerika dilanda 911 satu ketika dahulu.
pada mulanya, rakyat simpati dengan 911, kibarkan bendera Amerika, kemudian syarikat komersil pula mencari kesempatan.

Berbanding dengan Negara kita Malaysia, setiap tahun, rakyat seolah-olah disuruh untuk memeriahkan suasana dengan bendera. sehinggakan sampai 1 tahap dimana ada budak kecil yang hanya tahu panggil "bendera" sebagai "merdeka".

Ini adalah memang tak kena.


Berbalik kepada peraduan, saya tak tahu la syarikat komersil lain buat peraduan Merdeka untuk apa, tapi yang saya amat pasti, peraduan "Saya Anak Malaysia" oleh PETRONAS dagangan adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej yang hendak disampaikan oleh PETRONAS (holding).
Mesej patriotisme yang telah disampaikan dahulu, incase kalau tak faham, disampaikan lagi.
Pelanggan yang nak masuk peraduan, perlu hayati iklan-iklan lama.
Bantu-membantu, keyakinan diri dan lain-lain.
Kalau tiada peraduan, iklan di TV hanya akan masuk telinga kanan keluar telinga kiri (bagi sesetengah orang).


soalan fosilmitra "kenapa taknak join", jawapannya ialah tak layak nak join :)

Google+ Hasbullah Pit