test

Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mac 2009

PPSMI: Menjawap Penerangan DPPNS

Penerangan Dewan Pemuda PAS Sarawak secara terang-terangan tidak menyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI.

Ia tidak mengapa, kerana perbezaan pendapat adalah perkara biasa.

Maka saya ulas satu persatu...
Hari Sabtu 7 Mac merupakan tarikh keramat. tarikh pejuang-pejuang bahasa dan tarikh puak politik pembangkang ambil kesempatan untuk membelasah PPSMI. Puak-puak "ketuanan Bahasa Melayu " pun berarak sakan. Habis FRU depa rempuh. Cuma nasib baik tiada yang kena bunuh. Aku sokong kebanyakan idea pembangkang terutama dalam hal-hal korupsi yang BN laukan. Tapi dalam kes PPSMI aku kurang beri sokongan... Sebabnya?
Anggaplah ia sebagai menentang Ketuanan Inggeris.

1. Kalau anak hangpa tu pandai ( macam aku ), belajarlah dalam bahasa apa pun akan pasti pandai. Kalau yang malas, yang bengap, bagi bahasa Melayu pun dia terkandas jugak Pendeknya bukan sebab bahasa mereka terkandas, mereka terkandas sebab otak kurang cerdas ataupun sebab depa malas.
Hujah ini mirip cerita lama ,Bahasa Bukan Faktor untuk Maju, Di Malaysia bukan ada ramai Ir Nizar
Jika bahasa bukan faktor, kenapa identiti penjajah diterap menggantikan identiti perpaduan Malaysia?

Hujah ini boleh digunakan untuk menentang bantahan ke atas PPSMI, dan hujah yang sama boleh digunakan sebagai bantahan kepada PPSMI ketika ia mula dilancarkan dahulu.

2. PPSMI sebenarnya baik untuk jangkamasa panjang. Baru enam tahun bermula, hangpa dah gabra. Apa nak gabra, takkanlah hilang BM kalau PPSMI dijalankan. Dalam jangka masa panjang, kita tak payah pakai buku translate lagi dah. Hangpa kata pulak di Jepun depa maju jugak walaupun guna bahasa ibunda. Memanglah sebab orang jepun macam orang Inggeris lah jugak, depa rajin buat buku ilmiah sebaq otak depa bijak. Ini otak Melayu taraf pak dolah, nak tidoq ya kuat, nak buat buku macam mana? Yang kebanyakannya buat buku minah gersang, nikmat malam pertama, cara-cara berjimak, mana ada saintifik. Kalau buat buku ilmiah pun berapa aje yang laku sebab otak Melayu adalah otak blues....
PPSMI sebenarnya baik untuk jangka pendek, kerana ia tidak menggalakkan ilmu itu disimpan dalam Bahasa Melayu.
Tiada Jaminan Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa ilmu.
PPSMI juga tidak menggalakkan ilmu diterjemah kepada Bahasa Melayu,  Bukan itu sahaja, PPSMI juga tidak menggalakkan ilmu diterjemah ke Bahasa Inggeris daripada bahasa asing yang lain.

PPSMI juga tidak membudayakan penyimpanan ilmu untuk generasi akan datang.

Ilmu perlu disimpan, untuk diintegrasikan oleh generasi akan datang.
(2 pautan di atas mesti diklik)

3. Kemahiran BI perlu untuk cari pekerjaan. Cuba tengok graduan baru obersee ( macam aku lagi ) senang dapat kerja. Hangpa kata pulak itu rezeki yang Allah tentukan. Kena ingat kita kena usaha jugak, jangan tungghu rezeki datang menggolek. Lagi pun pengalaman aku dengan graduan dari UTM semasa kerja dengan Shell, agak sukar sekali. Terutama bila melibatkan manual pemasangan sesuatu peralatan yang kompleks, teraba-raba cari aku dan kengkawan untuk bagi tau. Kita jugak perlu ingat, translated materials tak sama dengan yang original. Tu yang payah. Kalau kita orang Jepun lain sebab manual pun dalam bahasa Jepun. Lainlah kalau Melayu dah bijak, boleh buat machines yang kompleks dan manual disediakan dalam BM. Tu baru ok...
Ianya hujah untuk menentang PPSMI. Kerana salah satu permintaan GMP adalah supaya ditambah masa untuk Bahasa Inggeris. Namun tetap ditembak gas.

Gerakan Mansuhkan PPSMI tidak menghalang sesiapa sahaja untuk mempelajari bahasa Inggeris, atau apa bahasa sekalipun. Tetapi menolak pemikiran kononnya PPSMI adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

PPSMI adalah simbol dikuasai Penjajahan Inggeris, dan bukannya menguasai Bahasa Inggeris.

4. Cuba hangpa pikir blik dari segi kos yang telah disumbangkan untuk menjayakan PPSMI. Banyak ooi, laptop, LCD projektor, teaching kits, modules, buku teks, macam-macam lagi. Kalau nak reverse semula ke BM, buku teks kena buat lain, teaching kits kena buat lain, modules kena buat lain. Macam-macam benda kena buat lain. Kan ke menghabiskan duit tu? Hangpa kata pulak puak UMNO perabis duit lagi banyak . Betuilah tu tapi perabis duit memang tak baik, samada untuk UMNO ataupun pembangkang ataupun sapa saja.

Perkakasan elektronik masih boleh digunakan. Buku Teks sebelum PPSMI hanya perlu dicetak.
Teaching Kit boleh di sedekahkan ke Ghana dan Uganda.


5. Kalau reverse balik ke BM , macam mana pulak dengan pelajar-pelajar yang dah pandai BI dalam sains dan math? Mereka dah biasa dan dah mahir dengan BI. Bukan lah payah sangat nak reverse balik ek BM, tetapi still it takes time. Jadi kenalah berfikir secara rasional tentang perkara ini. Bagi aku biarlah kita bagi peluang kepada kerajaan untuk teruskan sehingga pelajar-pelajar ini yang originalnya dari PPSMI menjejak kaki ke universiti. Tengok depa senang ke tak belajar jika dibandingkan dengan puak-puak yang belajar dalam BM dulu...
Ilmu adalah ilmu, mesti boleh digunakan.
Mengapa perlu mahir 1 bahasa dan seolah-olah tidak mahu tahu istilah bahasa lain.
Sekiranya sains dan Matematik di ajar dalam Bahasa Melayu sekalipun, perlu ada glosari untuk menerangkan apakah istilah Inggerisnya.

Isnin, 9 Mac 2009

Terbukti Hishamudin Tidak Cukup Membaca

Agak pelik kenyataan Hishamudin Hussien selaku 'Minister of Lesson' bagi British Malaya.

Hishamudin sebelum ini mempersoalkan kenapa baru menentang PPSMi setelah bertahun-tahun ianya dilaksanakan.
Cari sahajalah maklumat di hujung jari.

Hishamudin juga mengatakan bahawa ianya didalangi oleh 'Pembangkang'.

Secara terang-terangan PAS membantu GMP. Memang PAS ada terlibat, dan PAS tidak sorok.

PAS bersungguh-sungguh membantu GMP, sehingga menyediakan Unit Amal bagi menjayakan perhimpunan yang GMP mahukan. Unit Amal PAS yang dipula dipukul oleh Unit Simpanan British yang setia dengan jelmaan Permaisuri Victoria.

Hishamudin tidak dapat maklumat sebegitu kah?

Sumber berbahasa Inggeris yang kononnya lengkap sebagai "sumber ilmu" tidak menyediakan maklumat sebegitu kah?

Dulu, bukan main cerita kononnya Samad Said diperalat pembangkang.
Hakikatnya, PAS rela diperalatkan oleh golongan Akademik demi masa depan para pelajar.

Adalah lebih baik diperalat golongan akademik, berbanding diperalat oleh jelmaan permaisuri Victoria.

Ahad, 1 Mac 2009

Jangan Samakan Penentangan Terhadap PPSMI dengan Layanan Kementerian terhadap Mokhdar

Hari ini hujan. (tiada kaitan dengan tajuk).

Seorang blogawan UMNO, pro Mukhriz telah menyifatkan  penentangan terhadap PPSMI boleh diumpamakan dengan dengki terhadap Kaedah Mokhdar.

Untuk mendapatkan maklumat tentang Kaedah Mokhtar, dan teori  , Perjuangan Mokhtar Haji Mansor.
http://www.revolusibahasa.blogspot.com/  
http://kelabdarians.blogspot.com/

Saya rasa tidak adil kalau penentangan terhadap PPSMI di samakan sebagai dengki terhadap Kaedah Mokhdar.

PAS atau GMP secara keseluruhan tidak pernah menentang kaedah Mokhdar.

Kaedah Mokhdar menerima layanan kurang positif daripada Kementerian Pelajaran Pendidikan. Tetapi, adakah itu jaminan bahasa PAS menolak kaedah Mokhdar.
Zaman ini, mungkin semua bentuk perjuangan boleh diintegrasikan dengan PAS. PAS untuk semua, bukan hanya semua orang tetapi semua perkara.

Adakah "Perjuangan Mohktar Haji Mansor" telah cuba diintegrasikan dengan Perjuangan PAS.


PAS juga memperjuangkan pendidikan. PAS ada PASTI, tak payah perlu tunggu untuk memerintah kalau nak mendidik. Tidak lama lagi PASTI akan adakan projek perintis untuk pelajar sekolah rendah, menampal kebocoran yang ada pada sistem semasa.


Adakah Mokhtar Haji Mansor telah berjumpa dengan Cikgu Azrin Majid  sekalu pengarah PASTI pusat, supaya boleh diusahakan projek mokhdar di PASTI? atau mungkin terlalu awal? Atau mungkin boleh latih guru PASTI dengan kaedah mokhdar supaya cikgu PASTI boleh mengajar matematik? Atau mungkin boleh guna Sekolah PASTI disebelah petang?
Siapa nak jadi Broker pertemuan Tuan Mokthar Haji Mansor dengan Cikgu Azrin?

Sabtu, 28 Februari 2009

Apa Jaminan Bahasa Inggeris Kekal Sebagai Bahasa Ilmu? bukan Nizar kata

Apa Jaminan Bahasa Inggeris Kekal Sebagai Bahasa Ilmu?


Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Saudara Adly Zahari, ketika ceramah pendek PPSMI sebelum memberi laluan kepada adinda Faizal Aziz.

Saudara Adly juga mengkaitkan tamadun dalam memperkatakan tentang PPSMI.
Setiap tamadun itu naik turun begitu juga bahasanya.

Walaubagaimanapun saya cukup suka ayat "Apa jaminan Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa ilmu?".

Kalahnya peranchis (Napolean) kepada Inggeris menyebabkan jatuhnya bahasa perachis. Begitu juga kemenangan Amerika dan sekutunya juga mempengaruhi perkembangan Bahasa Inggeris.

Namun ia sedang jatuh.
Tamadun yang banyak menyebabkan sampah itu sedang jatuh
Tamadun yang mencemarkan dunia sedang jatuh.
Tamadun yang rakus merobek bahan mentah dunia sedang jatuh.

Tamadun Barat itu jatuh.

Tamadun Timur naik kembali,
Kita sedang membina tamadun timur.

Tetapi adakah Tamadun kita mengekalkan bahasa tuanlamanya.

Andaikata Tamadun Nusantara dibina, Tuan lama Indonesia adalah belanda, Tuan lama Filifina adalah sepanyol.
Bahasa apa platform tamadun kita patut gunakan?

Apa yang ditulis di atas bukan Adly yang kata, saya hanya mengupas persoalan tamadun yang diutarakannya sahaja.


Sempat saya bergambar dengan Saudara Faisal Abdul Aziz. Siapa dia Faizal Abdul Aziz?
Saya berkata dengan Isteri saya bahawa Faizal Abdul Aziz datang ke Jasin. Siapa dia?



Saudara Faisal Abdul Aziz bukanlah sepopular Nik Safiah Karim atau Asmah Omar dalam sebagai tokoh bahasa.
Tidak sepopular A. Samad Said atau Shahnon yang bergelar sasterawan negara.

Faisal Abdul Aziz  pejuang bahasa yang tulen. Hasil usahanya bersama PKPIM telah mewujudkan GMP yang asalnya ialah GAP (Gerakan Anti PPSMI). GAP berkembang menjadi GMP dengan menarik parti politik terutama sekali PAS, badan-badan akademik, orang-orang bahasa, segala jenis organisasi untuk menyertai GMP.

logo GAP:



Dia berjaya menggabungkan "dunia politik" dengan "dunia akademik".

Amat sukarlah dunia politik untuk berjuang perjuangan yang wujud dalam dunia akademik.

Tetapi hari ini Gerakan Mansuhkan PPSMI adalah gabungan 2 dunia itu.

Situasi sebegini membolehkan dunia politik Malaysia, berkembang kandungan politiknya daripada politik biasa-biasa, ke politik yang penuh penghujahan akademik.

Apa yang saya nampak, hanya gerakan mahasiswalah yang boleh menggabungkan 2 dunia ini.

Kaedah menggunakan Gerakan Mahasiswa sebagai gabungan dunia politik dengan dunia akademik.

Gerakan Dinar dan Dirham, menentang seigniorage, lebih tertumpu di dalam dunia akademik.
Selebriti D&D kebanyakannya pensyarah. Adalah satu tugas baru bagi gerakan mahasiswa untuk menarik dunia politik untuk turut serta menentang seigniorage kerana ia semamangnya memerlukan kuasa politik untuk dijayakan.

Kembali kepada sesi ceramah Mansuh PPSMI,
Prof Nik Safiah Karim sempat memperagakan rantai emasnya.


Anggaran saya, ianya tidak kurang daripada 30gram.
Kandungan kata-katanya boleh di baca di blog Cikgu Azrin.

Rabu, 25 Februari 2009

Samad Said diperalat 'pembangkang' atau Budak U Memperalatkan PAS?

Samad Said nafi dia diperalatkan "pembangkang", tetapi tidak pula dia mengaku memperalatkan "Pembangkang".

Siapa yang peralatkan siapa?
Adakah Pakatan Rakyat memperalatkan bahasa, atau budak sekolah rendah memperalatkan PAS?

Cikgu Matematik peralatkan PKR?


Wujud juga persoalan kenapa sekarang baru nak tentang? Kenapa tak tentang sejak dari dulu?

Sebenarnya memang wujud tentangan dari dulu, tetapi ianya tidak ditentang oleh PAS secara serius.
Tidak sampai turun ke jalanan, dan serah memorandum itu ini, ketika itu tiada sekretariat khas untuk isu ini.

PAS memang tentang PPSMI dari dulu, walaupun ada sebahagian ahli tak setuju.
Penentangan terhadap PPSMI juga dilihat oleh PAS menerusi ceramah-ceramah sebagai "susah", jarang pula dikeluarkan hujah "mengelak bahasa dari kepupusan", tiada cerita "perbandingan tamadun" .

Tidak kedengaran pula hujah, perlunya Bahasa Umat Islam dijadikan Bahasa Ilmu.

Bahasa umat Islam itu merujuk kepada yang ditutur oleh majoriti umat Islam di Kawasan tertentu, seperti Bahasa Melayu, Pasto, Urdu.

Jadi, situasi agak sukar, kalau nak yakinkan PAS supaya tentang PPSMI sungguh-sungguh, kerana ada sedikit unsur Assobiah. Nak perjuangkan "Bahasa Melayu", ada perkataan "Melayu". Bila ada "Melayu" seolah-olah menyerupai UMNO.

Tetapi, PAS berjaya diyakinkan oleh golongan Mahasiswa, kuasa ke 3 politik Malaysia. Dibongkarkan semua statistik yang ada dengan bantuan professor yang ada.

Maka kerana itu gerakan kali ini begitu kuat, kerana sokongan PAS.
Untuk lebih tepat, PAS (kecuali "Aduka Taruna" dan "Penarik Beca")

Jadi, kalau nak sesuatu dilawan secara habis habisan, Faktor PAS kena ada.
PAS ada kuasa untuk menggerakkan ribuan penyerang berani mati untuk turun ke jalanan.


Sebenarnya, ada banyak lagi perkara yang golongan mahasiswa perlukan sokongan PAS untuk dijayakan.

Tentang US-FTA
Anti Konsumerisme
Penentangan terhadap seigniorage

Ada banyak lagi.

Maka golongan Mahasiswa perlu tunggu satu-satu.

Mungkin kena ambil masa lebih daripada 5 tahun untuk yakinkan PAS supaya boleh turun ke jalanan menantang perkara yang dinyatakan di atas.

Selasa, 24 Februari 2009

Dinar Emas, Lain ditanya, Lain Timbalan Menteri Jawap

Menurut MPPAS, Dr Dzulkefly telah meyampuk tentang Dinar Emas di Parlimen.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan ini menyinggung perkara yang lebih khusus tentang penggunaan mata wang dan cadangan daripada Yang Berhormat Arau itu menjurus kepada satu usaha kerajaan ntuk
mengarus perdanakan penggunaan mata wang dinar, tetapi seperti mana yang saya bangkitkan semalam, persoalannya pada akhirnya adalah satu komitmen untuk meletakkan bukan hanya persoalan penggunaan dinar emas itu sebagai satu yang dikatakan mengambil alih fiat money kerana money ini ada beberapa bentuk sama ada commodity money, representative money ataupun fiat money yang digunakan hari ini.

Soalannya, itu tidak meletakkan Tuan Yang di-Pertua kita sudah semacam nampak komitmen kepada kewangan Islam kerana yang menjadi utama yang perlu kita keluarkan ataupun yang kita arus perdanakan adalah kewangan Islam yang keluar daripada sistem ribawi.

Dengan kata lain walaupun kita kata kita sudah ada kewangan Islam, tetapi akhirnya dia masih sangkut dengan all the conventional finance dengan izin kerana ia masih sangkut dengan penentuan OPR atau penentuan interest rate.

Itu lebih saya kira mustahak untuk ditangani oleh sebuah kerajaan seperti kita dan penggunaan kewangan dinar emas ini tentunya merupakan satu lobi yang begitu besar untuk kita memenangi hati budi negara-negara OIC khususnya pertama.

Jadi minta penjelasan sikit apakah ke arah itu ada usaha-usaha kita untuk kita benar-benar mengarus perdanakan kewangan Islam. Terima kasih


 Namun apa yang dijawap ialah tentang "Kewangan Islam" yang masih bersandarkan wang Fiat.


Timbalan Menteri Kewangan l [Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Tuan Yang di-Pertua, apabila berlaku krisis kewangan bermula dengan sub-prima Amerika Syarikat dan ia merebak ke seluruh dunia.
Di dalam mesyuarat IMF dan World Bank, Malaysia telah menyuarakan pandangan kita bahawa sudah tiba masanya dunia melihat kepada sistem kewangan Islam dan kita menjadikan Malaysia model kerana Malaysia merupakan model yang unik bagi dunia.

Di sini kita ada sistem konvensional dan kita ada sistem Islamic Banking dan ia amat
berjaya. Di mesyuarat-mesyuarat yang lain termasuk di Islamic Bank, kita kata inilah masanya untuk kita memperkembangkan sistem ini kerana kepercayaan masyarakat dunia kepada sistem konvensional sudah makin luntur.

Jadi saya berani menyatakan kepada Yang Berhormat, ini adalah asas utama kita. Salah satu produk yang kita kembangkan kepada global adalah sistem kewangan Islam.

 Rupanya Soalan asal adalah daripada Ahli Parlimen BN,

Soalan asal No. 7 - Dato’ Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah kerangka
strategi kerajaan untuk memperkenalkan dinar emas sebagai mata wang dan sekali gus
membolehkan bank dan kewangan Islam memainkan peranan yang lebih bermakna sejajar
dengan Resolusi Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) yang meminta kerajaan menyegerakan
pelaksanaan penggunaan dinar emas.
BN pun BN lah, terima kasih kepada Ahli Parlimen Ismail Kasim kerana membangkitkan soalan berkenaan Dinar Emas di Parlimen.

Rasanya saya perlu beritahu, musuh utama Dinar dan Dirham ialah "Bank" dan "Kewangan Islam".

"Kewangan Islam" diwujudkan supaya menghalalkan sistem perbankan yang sebelum ini kelihatan haram.

Pinjaman dalam "Kewangan Islam" adalah berasal daripada duit yang tidak wujud. Apabila duit itu diwujudkan, maka hanya akad pinjaman itu yang berlandaskan syariaah.

Jadi, apabila MP Arau bertanya tentang Dinar Emas, satu perkara yang perlu dielakkan ialah mengharap Bank.

Bank bersangkut rapat dengan Bank Pusat, atau di Malaysia "Bank Negara", bersangkut paut dengan IMF.

Mana mereka mahukan penggunaan Dinar dan Dirham.

Mereka mahu emas, yang hanya jadi "rizab" , duduk diam diam di tempat simpanan.

Mereka tidak mahu emas jadi matawang, paling teruk pun mereka kononkan sahaja duit itu bersandarkan emas.

Mereka tidak mahu emas digunakan sebagai matawang secara langsung.

Jadi memanglah IMF dan World Bank suka benar "Islamic Banking" kerana ia kelihatan halal 100%, walaupun hanya akad sahaja yang halal.

Apabila umat islam sudah merasakan cukup halal dengan "perbankan Islam", maka kuranglah pejuang Dinar dan Dirham.

Persoalan yang diutarakan oleh Dr Dzul itu betul, mengapa masih bersandar pada OPR yang ribawi itu?

Sedangkan boleh diwujudkan terus pinjam 10 dinar bayar 10 dinar, tidak perlu ada penambahan yang perlu dibayar oleh peminjam. Kalau ada pun, ianya sepatutnya sekadar caj perkhidmatan yang minimum.

Namun disebablkan duit itu fiat, dan nilainya menurun setiap hari, (diambil oleh Obama untuk menyerang Afghanistan), maka "Kewangan Islam" masakini meletakkan pembayaran yang lebih tinggi disebabkan oleh "time value of money", dan seterusnya mewujudkan "keuntungan".

Jadi Dr Dzulkefly dan Ismail Kasim, perlulah bercakap tentang dinar emas dan dirham perak sambil mengharapkan satu institusi yang bebas daripada Bank Negara untuk melaksanakannya.

Bank Negara itu sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal emas digunakan sebagai alat jual beli atau pelaburan yang tidak melibatkan ringgit langsung. Malah mereka telah menetapkan syarat kukubesi jual beli iaitu "Urusniaga mestilah dalam Ringgit Malaysia"

Isnin, 23 Februari 2009

Mana Suara Boikot USD oleh Ahli Parlimen PAS di Parlimen?

Seperti biasa, ramai orang suka boikot barangan Amerika berbanding matawang Amerika. Apa sebabnya?
Entahlah. Mungkin boikot barangan lebih mudah difahami berbanding boikot USD.

Penerangan menunjukkan boikot USD tidak memberi kesan kepada mereka juga sukar difahami.

Kalau kita tidak membeli barangan mereka sekali pun, mereka boleh cetak duit atau wujudkan "duit perakaunan" (accounting money)  untuk menggantikan kekurangan duit akibat boikot itu.

Tahniah kepada Ahli Parlimen PAS Pasir Putih yang mengatakan kerajaan tidak serius memboikot barangan Amerika.

Tetapi bagi saya tidak cukup, kerana tidak disebut boikot matawang.

Asyik-asyik barangan.

British datang Ke Malaysia dan berkuasa kerana kita membeli barangan mereka, atau mereka mahu mendapatkan barangan dari kita?

Jepun datang menjajah mahu kita beli produk jepun? atau mahu hasil bumi kita?

Situasi tidak stabil, lombong bijih timah di Perak menyebabkan British tidak senang duduk kerana bekalan timah terganggu. Mereka seolah-olah mahu membeli secara paksa.

Apabila Malaya di tawan Jepun , British dan Amerika tidak senang duduk kerana risaukan bekalan getah.

Adakah British risau kalau orang Melayu tidak mahu membeli basikal Ralieghnya?

Hari ini kejadian merampas barangan daripada negara Asia tetap wujud. Walaupun mereka "beli" tetapi wujudnya seigniorage atau dalam erti kata lain "cukai inflasi" atau bak kata Awaludin sebagai "mencuri".

Akan tetapi berapa ramai Ahli Parlimen PAS faham apa maksud seigniorage? Kaedah penjajahan Amerika terhadap kita itu?

Adakah kita tidak merasa perlu untuk menentang penjajahan itu?

Beberapa hari lalu Obama telah meluluskan 'bailout' 787 billion, sebelum itu pun telah beratus bilion telah dibailoutkan. Daripada mana duit itu?

Duit itu hutang.
Hutang daripada mana?
Obama nak bayar pada siapa 787 bilion itu?

USD tidak turun nilai serta-merta akibat penciptaan duit baru dalam bentuk kertas atau pun elektronik ataupun bon.
Kesan inflasi daripada perbuatan itu lambat lagi, maka mereka mempunyai cukup duit untuk membeli barangan mentah dari serata dunia.

Kemudian nilai USD itu akan jatuh, dikenakan inflasi yang lewat, siapa yang kena? Kita semua.

Duit yang dalam dompet kamu itu, dalam Simpanan Bank, dalam Simpanan apa pun, akan susut nilainya, dan nilai yang susut itu sebenarnya telah diambil awal-awal oleh Obama.

Obama pula menghantar tentera ke Afghanistan, menggunakan duit kamu itu.
Duit Ahli Parlimen PAS juga, duit Ahli Parlimen lain, duit semua rakyat Malaysia, tak kira apa keturunan.



Jadi perlunya Malaysia melakukan serangan terhadap USD seperti mana yang dilakukan oleh Iran, China dan beberapa negara lain.

Maka, saya cadangkan Ahli Parlimen PAS supaya menggesa 
1. rizab USD dalam Bank Negara dikurangkan,
2. Tamatkan terus rundingan US-FTA
3. Banyakkan rizab emas dalam Bank negara seperti yang dicadangkan oleh MPMUM

Mungkin konsep "seigniorage" agak sukar difahami, tetapi tolonglah cuba fahaminya.

Khamis, 29 Januari 2009

Jangan Guna Istilah "BANGSA ASING" untuk Warga Tempatan

Istilah bangsa adala satu istilah yang mengelirukan dan sering disalahgunakan.

Siapa yang benar-benar faham apa maksud bangsa?
Entahlah.

Akan tetapi kebanyakan penggunaan istilah bangsa adalah merujuk kepada Melayu Cina India yang kesemuanya warga negara Malaysia.

Ada orang melayu yang mengatakan bahawa Cina dan India adalah bangsa asing. Bagi saya ia penggunaan yang salah.

Adakah Melayu itu bangsa?
Ya

Adakah Cina itu bangsa?
Ya

Adakah India itu bangsa?
pun ya juga jawapannya.

Melayu Cina India juga adalah "keturunan" atau "etnik" atau "kaum".

Apa itu "kebangsaan"? adakah "Kebangsaan" itu berasaskan bangsa dalam konteks Melayu Cina India?

Kalau begitu, setiap satu bangsa ada "Kebangsaan"nya sendirikah?

Apa yang saya faham dengan "kebangsaan" ialah "Nasional", sesuatu yang merujuk kepada kenegaraan.

Lagu Kebangsaan adalah lagi Negara Malaysia
Bunga Kebangsaan adalah untuk Malaysia.
Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa rakyat Malaysia. Walaupun nama bahasa itu ialah Bahasa Melayu, tetapi ianya untuk digunakan oleh seluruh Rakyat Malaysia, tak kira keturunan.

Kalau bangsa adalah adalah Melayu Cina India, apa pula bahasa Kebangsaannya?

Jadi Bangsa adalah merujuk kepada Malaysia dan bukan keturunan seperti Melayu Cina Inda.

Jadi apa itu semangat Kebangsaan?
Adakah ia semangat cintakan kaum masing-masing?
Tidak.

Itu bukan kebangsaan, itu perkauman.

Semangat Kebangsaan adalah Nasionalisme.
Cinta kepada negara dan yang berkaitan dengan kenegaraan.

Apa maksud Bahasa Jiwa Bangsa?
Bahasa Melayu untuk Bangsa Melayu sahaja?
Tidak.

Bahasa Melayu untuk Bangsa Malaysia
Bahasa Malaysia untuk Bangsa Malaysia.

Jadi apa pula "Bangsa Asing"?
Bangsa Asing adalah pekerja Bangla Vietnam yang bekerja di Malaysia.

Sebenarnya perkataan "Kebangsaan" pada UMNO adalah mengelirukan. Mungkin orang UMNO dan PAS juga turut terkeliru.

Kebangsaan itu merujuk kepada nasional, Malaysia, dan bukannya untuk "Melayu".

PKR telah membuang unsur Kebangsaan pada Nama Partinya apabila bertukar daripada Parti Keadilan Nasional (PKN) kepada Parti Keadilan Rakyat.

UMNO masih ada perkataan Kebangsaan.

PAS pula ada "SeMalaysia" , juga satu unsur Kebangsaan.

Jadi Jika PAS ingin menolak Kebangsaan, maka perlu buang "SeMalaysia" pada nama parti.

Sabtu, 17 Januari 2009

Keputusan Pilihanraya P36 Kuala Terengaanu

Keputusan Pilihanraya RASMI Kecil P36 P036 Kuala Terengganu

Mohd Abdul Wahid Endut (PAS): 32,883
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN): 30,252
Azharudin Mamat (Bebas): 193
Undi Rosak:665

Majoriti:2631
Jumlah Keluar Mengundi: 63,993
Jumlah Keseluruah Pengundi: 80,229
Peratus Keluar mengundi: 79.693%


Sebagai perbandingan PRU 12

Jumlah Pengundi: 80,325
Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931
Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN)
(Majoriti: 1,933 undi)

Sabtu, 10 Januari 2009

Wahid Endut == Jawapan Kepada Persoalan Faye Wong 明月幾時有?

Jed amat menggemari 王菲 - 但願人長久 - Faye Wong - Forever




Ayat pertama lagu itu  memberi maksud ,

"Bright moon, when did you appear?"

atau

"Will a moon so bright ever arise again?"

 Jawapan di tangan pengundi PRK P036 Kuala Terengganu.

Jawapan juga bergantung kepada Wahid Endut selaku Calon PAS di PRK itu.


Mari kita tafsir perenggan pertama darikaca mata politik Semasa, menggunakan kaedah nujum pak belalang.


明月幾時有?
把酒問青天。
不知天上宮闕5,
今夕是何年?

Will a moon so bright ever arise again?
Drink a cupful of wine and ask of the sky.
I don’t know where the palace gate of heaven is,
Or even the year in which tonight slips by.

Ia memberi maksud bahawa harapan terhadap PAS oleh pengundi Cina begitu tinggi, tetapi masih tertanya-tanya soal pengharaman arak. Adakah PAS boleh menang tahun ini?



我欲乘風歸去,
唯恐瓊樓玉宇6,
高處不勝寒。
起舞弄清影7,
何似在人間8


I want to return riding the whirl-wind! But I
Feel afraid that this heaven of jasper and jade
Lets in the cold, its palaces rear so high.
I shall get up and dance with my own shadow.
From life endured among men how far a cry!
 Ia memberi maksud bahawa pengundi mempunyai dasar tenaga alternatif berasaskan angin.
Dan juga memberi maksud, Kerajaan negeri Pulau Pinang serba salah dalam isu iDance.

hehehe


人有悲歡離合,
月有陰晴圓缺,
此事古難全。
但願人長久,
千里共嬋娟12。



People have their grieves and joys, their togetherness and separation,
The moon has its dark and clear times, its waxings and wanings.
Situations are never ideal since long ago.
I only hope we two may have long long lives,
So that we may share the moon’s beauty even though we are a thousand miles apart.

 Perenggan ini menceritakan tentang Pakatan Rakyat.
Ada isu bersama, wujud juga perbezaan pendapat.
PAS pula dilihat sebagai baik dan adakalanya dilihat negatif oleh bukan Islam bila isu hudud dimainkan.
Namun semua mahu PAS bersama Pakatan Rakyat.
Supaya keindahan Islam yang dibawa  PAS akan membawa Pakatan Rakyat Jauh ke depan.

Dalam Erti kata lain Islam akan membawa Pakatan Rakyat ke depan.

Sabtu, 3 Januari 2009

UMNO Seakan-akan Tidak Mahu Menang PRK Kuala Terengganu P036

Saya pun hairan, kenapa tindak tanduk UMNO berkempen seperti tidak mahu menang pilihanraya.

Sebelum ini, Najib mengadakan satu majlis bayar hutang 400 juta, hanya untuk membuktikan BN bertanggungjawap. Walhal, mereka sendiri yang menunjukkan bahawa mereka sebelum ini tidak begitu bertanggungjawap.

Pada majlis yang sama, Najib mengatakan kalau mahu menang, mesti sama-sama sokong siapa sahaja yang dipilih menjadi calon. Seolah-olah selama ini cukup sukar benar bagi UMNO untuk menyokong siapa sahaja yang dicalonkan, terutama sekali apabila yang dicalonkan itu bukan rakan pasukan.

Rakyat boleh tahu, di dalam PAS, semua ahli PAS sokong siapa sahaja yang dicalonkan, sejak dari dulu. Tidak perlu bercakap seperti Najib, seolah-olah satu-satunya cara untuk memang ialah sokong calon yang dipilih.

Kemudian, Wan Farid punya cakap banyak, persoalkan apa yang diperkatakan TG Nik Aziz. Pusing macam mana sekalipun rakyat lebih percaya TGNA berbanding Wan Farid. Nobisha cadangkan supaya Wan Farid terus duduk diam.

Selasa, 30 Disember 2008

Pewaris: Tamparan Hebat Buat PAS Melaka

PEWARIS yang dikatakan mewakili penduduk 6 buah Kampung di Masjid Tanah menghantar Memorandum, masalah pencemaran kampung itu kepada PAS Pusat, dan bukannya PAS Melaka.


Sebelum ini, Ali Rustam (UMNO) dan Anwar Ibrahim (PKR) telah terpilih sebagai tempat mengadu yang lebih utama daripada PAS.

Dari sudut penjenamaan minda politik, PAS jatuh nombor 3.

Khamis, 4 Disember 2008

Siapa Calon DAP yang sesuai untuk PRK Kuala Terengganu? tiada di Malaysiakini

Banyak blogawan yang spekulasikan Mat Sabu sebagai Calon PAS di Kuala Terengganu, maka saya pun nak berspekulasi juga.

Selepas Kejayaan Pakatan Rakyat menawan lebih banyak negeri, wujud kata-kata bongkak kononnya tempok perkauman sudah betul-betul pecah.

Tidak boleh sebut isu kaum, tapi adanya politik "Hapus DEB".

Disebabkan Pakatan Rakyat sudah terlalu yakin tembok perkauman sudah dimusnahkan, maka bolehlah diadakan ujian terhadap dakwaan itu.

Maka, apa kata kalau diletakkan Calon DAP bukan Melayu Bukan Islam di Kuala Terengganu, dan terus mainkan politik "Hapus DEB" di situ. Jangan lupa mainkan isu penutupan sekolah vernakular yang dimainkan oleh Mukhriz.
 
Akan tetapi sebagai ganti, DAP melepaskan satu kerusi Parlimen yang ada supaya ditandingi oleh PAS, sebagai contoh Mat Sabu bertanding di Parlimen Kota Melaka setelah dikosongkan.

Agaknya siapa Calon DAP yang sesuai untuk Kuala Terengganu? Chi Chang?
Dr Dzulkefly memerlukan sparring partner dalam soal ekonomi.

Jumaat, 28 November 2008

Khairul Faizi, Inul Merinduimu

Menurut Al Brangi, Inul akan mengadakan konsertnya pada masa terdekat.

Beberapa bulan yang lalu, Khairul Faizi 2 kali membantah ke konsert Inul, pertama di Johor dan kemudian di Kuala Lumpur.


Kali ini Inul agak terlepas, walaupun Pemuda PAS telah membantah, namun tanpa Khairul Faizi, ia agak kurang berkesan?

Pandai juga Inul memilih waktu untuk membuat konsert, iaitu ketika Khairul Faizi sambung belajar.

Khamis, 27 November 2008

Membela Kaum Atas Dasar Agama - Pak Karamu

Pak Karamu, ada menulis MEMBELA KAUM ATAS DASAR AGAMA

Konsepnya lebih kurang dengan apa yang saya tulis dahulu :

PAS perlu dilihat sebagai pembela Melayu

Ianya tidak dipersetujui oleh YB Khalid Samad ,Respon: PAS dan DEB

Apabila PAS majoritinya melayu, apabila dilihat sebagai pembela Melayu, ia akan kelihatan seperti berjuang atas dasar kaum.

Akan tetapi apabila PAS benar-benar menjadi pasti Islam pelbagai kaum, dan dilihat begitu sukar mendapatkan untuk kaum melayu, kaum kadazan, bidayuh dan kaum yang merasakan perlu dibela atas nama kaumnya.

Maka mungkin strategi pembelaan kaum boleh dilakukan.

Memang sudah lumrah manusia, kalau kita tidak perkauman sekali pun, kita akan menggelarkan seseorang berdasarkan kaumnya.

Itu budak cina
itu budak Melayu
Itu budak jawa

Pembelaan kaum cukup berbeza dengan ketuanan kaum tetapi kehilatan hampir sama kerana menggunakan nama kaum juga.

Pembelaan kaum ialah suatu langkah mengenalpasti masalah sesuatu kaum, dan diselesaikan.

Masalah Mat rempit itu masalah Melayu, kalau tidak masakan ianya menggunakan "Mat"

Pembelaan kaum, menggangkat seseuatu kaum daripada negatif kepada 0, dan bukannya daripada 0 kepada terlalu tinggi sehingga menjadi "Tuan".

Ada kaum merasakan perlu mereka dibela sebagai pembelaan kaum.
Ada kaum yang tidak merasakan perlu kerana sudah maju.

Agak menghairankan apabila PAS ada aktiviti sumbangan terhadap masyarakat India, sumbangan terhadap Persatuan kaum cina, tetapi tiada langsung "dialog dengan Melayu", "sumbangan untuk Masyarakat Melayu"

Walaupun banyak sumbangan dibuat kepada orang melayu, ianya tidak pernah disebut sebagai sumbangan kepada masyarakat melayu.

Mengapa?

Menyerupai UMNO?



Ahad, 19 Oktober 2008

Jed, Mari masuk Kelab Penyokong Muda PAS

Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum Dewan Pemuda PAS Pusat, telah memaklumkan bahawa "Kelab Penyokong Muda PAS" akan ditubuhkan.

Apabila ditanya samada Kelab Penyokong Muda PAS adalah untuk lelaki sahaja atau sebaliknya, Saudara Khairul Faizi juga mengatakan ianya adala campur.
Comment by khairul faizi
2008-10-15 17:59:13
Kelab Penyokong Muda utk lelaki dan perempuan
Oleh itu saya menyeru, rakan-rakan blogawan yang bukan Islam terutama sekali Jed Yoong untuk mempertimbangkan supaya Kelab Penyokong Muda PAS dijadikan satu platform politik yang bersih apabila ianya ditubuhkan nanti.

Di sini saya tidak boleh menjanjikan sekurang-kurangnya satu kuota menteri kabinet bagi Kelab Penyokong Muda PAS.



Selasa, 23 September 2008

Pemuda PAS WP Terlewat Beberapa Jam

Kasihan pula melihat Pemuda PAS WP, bersungguh-sungguh menghantar memorandum penuh fakta kepada Shahrir Samad.  Dengan mengambil contoh bahawa Harga Minyak masih lagi dibawah seratus Dollar Amerika.

Apa yang berlaku awal pagi tadi, sebelum subuh, waktu bersahur, Harga minyak dunia telah melonjak sehingga ke paras 130 USD dan menstabil sedikit.

Kemudian ketika catatan ini ditulis harga minyak dunia berada pada tahap USD 120.92

Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada  Pemuda PAS WP kerana berusaha.

Isnin, 25 Ogos 2008

Bendera Malaysia Perlu Diubah dan Mempunyai Unsur Sang Saka Merah Putih

Tahun lepas saya sudah mencadangkan bahawa Malaysia perlu mempunyai lagu kebangsaan yang baru.

Mari kita lihat Indonesia.



Itu bukan sekadar bendera Indonesia, tetapi ianya bendera "Sang saka merah Putih".
Sang Saka Merah putih bukan sahaja Bendera Indonesia, Ia juga bendera kita.
Bendera Nusantara, Malaysia Indonesia, selatan Filifina, Selatan Thai.

PKMM kata, Sang Saka Merah Putih itu jangan dikotori, dengan meletakkan keris padanya.
Menjadi Bendera UMNO.




Namun Bendera PAS juga Sang Saka Merah Putih dikotori, Namun ia tetap berasal dari sang saka merah putih.


Nampaknya UMNO dan PAS sama-sama mengkotori Sang Saka Merah Putih, namun ia jelas nampak berasal dari Sang Saka Merah Putih.

Begitu juga bendera Singapura, berasal dari Sang Saka Merah Putih.



Dan juga bendera Melaka, mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih.


Mengapa Bendera Malaysia tidak langsung mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih?
Apa yang dibanggakan sangan dengan jalur menyerupai Amerika itu?

Maka, hari ini, saya merasakan perlu Malaysia menukar bendera Negara kita kepada bendera yang menggambarkan Sang Saka Merah Putih.

Oleh kerana, Indonesia sudah ambil "Sang Saka Merah Putih" yang tidak diubahsuai, maka Malaysia terpaksa "mengkotori" Sang Saka Merah Putih untuk dijadikan Bendera Malaysia yang baru.


Walaupun saya tidak menterbalikkan bendera seperti blogawan Amin Iskandar, Sama amat setuju cadangan dia supaya bendera Malaysia dicipta semula.


d) Bendera Malaysia dicipta semula. Malulah orang kata bendera Malaysia macam bendera Amerika Syarikat (Di Afghanistan, sewaktu menyertai dua misi pemantauan pilihanraya pada tahun 2004 dan 2005, rakyat Malaysia diharamkan untuk membawa bendera kerana dikhuatiri akan diserang oleh puak Taliban oleh kerana bendera Malaysia mirip bendera Amerika Syarikat)




Saya pula nak tambah syarat, "MESTI" ada unsur Sang Saka Merah Putih.
Maka Bendera Malaysia yang baru mungkin begini?


Sang Saka Merah Putih Malaysia?


Kemaskini 31 Ogos 2009:

Cadangan Bendera "Sang Saka Merdeka"



Mirip Bendera Rakyat Kemerdekaan Malaya yang diperjuangkan PUTERA AMCJA, yang telah dilancarkan pada 1947.
(Tanpa perlu restu Penjajah British)

Penangkapan besar besaran pejuang kemerdekaan oleh British adalah pada tahun 1948.


Sila lawati juga:

Bendera Rakyat 1947

Sang Saka Malaya


BERKIBAR LAH


Sabtu, 23 Ogos 2008

Apa Yang Pemuda UMNO Tedong Tahu Fasal Datuk Onn?

Bersungguh-sungguh Pemuda UMNO Kampung Tedong menyiarkan Sumpah Melayu sambil dihiasi Datuk Onn sebagai Latar Belakang.



Sumpah tersebut dilafazkan ketika dia masih lagi UMNO. Ketika itu dia masih lagi mempercayai bahawa dengan UMNO boleh berjuang.

Namun Datuk Onn Keluar UMNO, kerana dia mahu membuka UMNO kepada bukan melayu.

Kerana apa?

Orang UMNO peringkat kampung hanya tahu langkah itu sebagai "pengkianatan kepada bangsa", memang sampai 2008 ini pun pemikiranmereka setakat itu.

Walhal Datuk Onn tidak setuju benar dengan Tunku yang mahu memberikan kerakyatan murahan kepada pendatang asing. Datuk Onn ingin membuka UMNO kepada bukan melayu kerana mahu mengawal kerakyatan. Orang UMNO zaman milenium baru ini yang duduk di Kampung Tedong mana faham.

Hasilnya, Datuk Onn keluar UMNO, tubuhkan IMP, kemudian orang IMP sendiri diludah oleh orang UMNO, Itu sebelum merdeka.

Tetapi ludahan orang UMNO terhadap orang IMP itu tiada ertinya.
IMP mahu merdekakan Malaya tanpa memberi kerakyatan kepada pendatang Asing, UMNO pula memberikanl kerakyatan murahan sebanyak 1 juta dengan harapan mereka dapat mengundi perikatan.

IMP dan PAS pada awalnya memang tak bersetuju dengan langkah Tunku dan UMNO memberikan kerakyatan murahan.

Oh! Kenapa perlu berikan kerakyatan terus? Mengapa tidak berikan penduduk tetap sahaja dulu, dan sedikit demi sedikit diberikan kerakyatan apabila mereka terbukti setia kepada Negara.
Kerakyatan boleh diberikan kemudian, letak sahaja syarat selepas 3 atau 4 generasi.

Hakikatnya, Perikatan mahukan undi daripada "kaum pendatang" yang telah diberikan kerakyatan itu.

Kemudian UMNO cuba menutup kesalahan mereka dengan mengadakan kontrak sosial, kontrak sosial itu hanya diantara pemimpin perikatan.

Mengapa UMNO begitu beria tidak mahu orang membincangkan kontrak sosial?
Mereka tidak mahu orang melayu tahu yang mereka yang memberikan kerakyatan murahan. Itu kesalahan utama mereka. Mereka tidak mahu orang kampung tahu, pemimpin PAS Dr Burhanudin Helmi menentang pemberian kerakyatan murahan diberikan oleh UMNO.

Takut orang Melayu beralih kepada PAS?

Kini, Kerakyatan telah diberi, maka layanlah mereka sebagai rakyat Malaysia. Kalau tak mahu layan sebagai rakyat Malaysia, kenapa dulu berikan kerakyatan murahan?
Kalau tak mahu beri layanan sebagai rakyat Malaysia, kenapa tidak berikan sahaja taraf penduduk tetap?

Sabtu, 16 Ogos 2008

Penarik Beca Dihentam di Melaka Ketika Dia Ditahan di KL

Di sini saya nak ceritakan perasaan saya ketika malam kedua Bang Bakaq tidur dilokap.

Sebagai blogger yang rapat dengan bang bakaq di dunia siber , saya begitu ambil berat kes penangkapan beliau. Saya sendiri ke KL untuk tunggu suarakan bantahan, walaupun yang hadir hanya dalam lingkungan berbelas orang.

Ceritanya bantahan itu boleh dibaca di


Diantara yang hadir tadi ialah, Rahmat Haron, Nora, Nathaniel Tan, Bernard Khoo, Wae Joe, Zain, Hasbullah Pit, Irwan, Mahaguru 58, Munirah dan ramai lagi.


Pada malamnya, di Paya Dalam di adakan ceramah oleh Nasharudin Mat Isa, dia nak beri "Penjelasan".
Sila baca di blog Mutaligat.


Saya dengar ceramah "penjelasan" itu baik-baik, dia menafikan dia jumpa Najib di London. Banyak juga dia nafikan.

Tapi 2 perkara dia tak nafikan, iaitu "main-main telefon" dan "Perjumpaan dengan Hizbul Muslimin", mungkin 2 perkara itu tidak diketahui ramai, kerana tak baca Penarik beca.

Siapa yang harus saya percaya?

Yang tidak sedap didengar adalah ucapan tentang ingin mengambil tindakan mahkamah kepada penyebar maklumat palsu.

Terus saya terbayang Bang Bakaq, yang ketika itu dalam tahanan, saya baru balik dari solidariti untuk Penarik Beca. Bayangkan apa perasaan saya ketika itu? Macam mana agaknya Bang Bakaq nak hadapi 1 malam lagi di lokap?

Mahu percaya isi kandungan ceramah atau tidak?
Bukankah, ceramah PAS patut menyuarakan bantahan kepada penangkapan Blogger PAS, tapi dia pula dihentam.

Suatu ketika dahulu, ketika Nat di tangkap, ramai orang PKR bersuara menentangnya. Akan tetapi apabila Blogger PAS ditangkap, Keadaan tidak sebegitu.

Pemimpin PAS ada juga membantah penahanan Penarik Beca, seperti Khairul Faizi dan Mahfuz.
Tetapi ia tidak berlaku di Melaka. Mengapa?

Google+ Hasbullah Pit