test

Rabu, 22 Oktober 2008

Saham Mawi Jatuh, Pinjam 5 bilion?

Ulasan saya di catatan pakdi - Mawi Ikin Kahwin .

Najib dah “pinjam” 5 bilion daripada KWSP untuk naikkan saham Mawi.

Kalau Valuecap boleh pinjam 5 bilion daripada KWSP, kenapa pula Mawi tidak boleh pinjam 5 bilion?

Di sini saya ingin membawa anda untuk melihat kisah pinjaman 5 bilion itu dari pelbagai sudut.

Sekiranya 5 bilion untuk dilaburkan ke BSKL itu cukup menguntungkan, Mengapa tidak KWSP sahaja yang melakukan pelaburan? Kalau tidak salah saya, Had maksimum pendedahan ekuiti KWSP tidak lebih 30%,  5 bilion itu hanya 2% drpd keseluruhan 242 bilion.

Apabila banyak saham tergolek, secara kiraan kasar, pendedahan ekuiti dalam KWSP akan merosot secara automatik.

Andaikata maksimum pendedahan ekuiti KWSP adalah 30% (saya tidak pasti berapa peratus pendedahan ekuiti KWSP yang dibenarkan, maklumat tidak dijumpai).

Maka, 30% daripada 242 bilion ialah 72.6 bilion.

Sekiranya pasaran saham jatuh sebanyak 30% , maka 72.6 bilion itu telah menjadi 50 bilion, dan menyebabkan jumlah keseluruhan menjadi 220 bilion.

30% darpada 220 bilion adalah 66 bilion.
Jika nilai ekuiti telah menjadi 50 bilion, KWSP boleh labur 16 bilion untuk genapkan 30% ekuiti.

Mengapa perlu pinjamkan Valuecap 5 bilion?


Lihat sudut lain pula.
Pinjaman 5 bilion oleh Valuecap, Najib menyebelahi mana? Disebelah KWSP atau di sebelah Valuecap? Atau kedua-duanya sekali?

KWSP adalah pelaburan, Valuecap juga pelaburan.
Najib mahu siapa lebih untung? KWSP atau valuecap?
Atau hanya mahu naikkan indeks BSKL semata-mata?

Pinjaman 5 bilion itu siapa luluskan?
Saya tidak rasa pengarah-pengarah pegawai kerajaan di KWSP itu boleh luluskan pinjaman 5 bilion sesuka hati.

Najib "meminjam" atau "memberi pinjaman" ?

Adakah kerana Valuecap yakin boleh boleh bayar hutang secara "rating tinggi", maka dia boleh dapat pinjaman 5 bilion.

Kalau hanya kerana mampu bayar?
Mana bukti Valuecap mampu bayar?
 
 
Apa akan jadi sekiranya pelaburan Valuecap rugi dan tidak lagi mampu membayar hutang kepada KWSP? Siapa mahu membayar duit hutang KWSP yang bernilai RM 5 bilion itu? Adakah peserta KWSP akhirnya yang akan menanggung kerugian sepenuhnya seperti mana pencarum dana pencen di US dan Eropah yang kerugian besar akibat krisis sub prima?

Kalau nak sangat guna duit KWSP untuk rancakkan saham, ada baiknya pengeluaran KWSP untuk unit amanah yang 3 bulan sekali itu, dipercepatkan jadi sebulan sekali sehingga krisis selesai.

Pencarum yang berani boleh ambil risiko lebih jika mahu, yang tak berani tidak diganggugugat.


7 comments:

  1. Gua setuju ngan cadangan lu... Sepatutnya Kerajaan perlu consult (ambil pungutan suara) para pendeposit di KWSP sebelum memfaraidkan dana KWSP kepada ValueCap.

    Kalau ValueCap bungkus, siapa nak tanggung hutang tue? Nak suruh George Bush Jr bailout ker?

    BalasPadam
  2. Inilah yang menjadi persoalan.. bagaimana kalaupelaburan Valuecap menggunakan pinjaman KWSP gagal atau rugi, adakah mereka mampu nak bayar balaik hak rakyat yang mencarum tu?...

    BalasPadam
  3. 5 billion tu bukan duit kita ke? kalau rugi? kita lah tanggung yer?

    BalasPadam
  4. wa cuba surf di bhairan dan meloya, takde disebut valuecap ambik duit kwsp.

    pergh.

    isu sebesar 5 bilion ni senyap je? ditutup dari pengetahuan orang ramai.

    tapi isu sebut beruk, khinzir, %^&%)#, #(@$, di parlimen ada pulak laporan.

    pakdi
    http://pakdi.my

    BalasPadam
  5. Mari kita tubuhkan Kesatuan Para Pendeposit dan Pencarum KSWP (KPPPKWSP) sebagai usaha kita untuk menyekat apa-apa tindakan dan pelaburan yang merugikan KWSP.

    Ini boleh menjadi kuasa pemantau bagi pihak pendeposit dan pencarum. Semua pencarum dan pendeposit KWSP digalakkan menjadi ahli.

    BalasPadam
  6. tak setuju company sdn bhd pinjam sampai 5billion.... unless company tu company berhad dan orang awam ada saham...

    BalasPadam
  7. berdasarkan analisis mudah saya, saya mendapati kaedah perlaburan valuecap bukanlah sangat istimewa kerana dari 28 syarikat-syarikat yang dilabur seperti ditulis dalam the Edge Online pada 21 Oktober 2008, EPF melabur di 26 syarikat-syarikat tersebut.

    http://myop101.blogspot.com/2008/10/valuecap-superior-fundamental.html

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit