test

Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan

Sabtu, 18 April 2015

Bayar GST ke Pusat Zakat

Sebenarnya Mufti Wilayah cakap lain, nak elak cukai berganda.

Tapi saya nampak lain.

Apa kata kalau macam ini.

Peniaga buat GST macam biasa, logmasuk TAP dan isi apa yang patut.

Bila pembayaran, kasi opsyen untuk bayar ke pusat zakat.
Bayar zakat extra.
Muatnaik slip pembayaran di TAP.

Ahad, 12 April 2015

Kena Tipu 22sen "GST Kami Bayar" oleh Mr. DIY

Kedai Mr. DIY mengadakan kempen "GST Kami Bayar".
Kononnya GST dia yang bayar.

Ianya berbeza dengan kempen "Harga tak naik selepas GST", sebab Kempen harga tak naik selepas GST tidak membawa maksud "GST Kami Bayar".


Apabila diperkatakan GST Kami Bayar, maka jika sesuatu barang itu, harga tak termasuk GSTnya ialah RM 10 , GST 60sen itu Mr.DIY yang bayar.

Namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

Saya membeli 3 buah cawan berharga "RM 3.90". Tidak dinyatakan di Shelf Label, samada ianya termasuk GST atau tidak.

Kebiasannya , harga di shelf label adalah termasuk GST.

Jadi. saya beratur dan untuk membayar.
Saya tanya pada juruwang, adakah RM 3.90 termasuk GST?
dia jawap "Ya".

Jadi, GSTnya ialah 22sen

Maka harga tidak termasuk GSTnya ialah RM 3.68

Maka saya sediakan RM 3.65 untuk membayarnya.

Yang anehnya, tidak meminta tambahan 3 sen atau 5 sen, sebaliknya meminta untuk lagi 25 sen.

Maka dipanggilnya supervisor atau orang atasan lain bernama Din.

Dia menerangkan bahawa harga tidak naik selepas GST.
Tetapi itu bukan persoalannya.

Persoalannya ialah "GST kami Bayar", tetapi bukan soal harga naik atau turun atau kekal.

Untuk melihat tax invoice (invois cukai), kena bayar dulu 3.90 baru dapat.




Maka saya minta 22 sen, sebab sepatutnya GST Kami Bayar, saya tak perlu bayar.
Tapi tak dapat.

Mana janji "GST kami Bayar" itu?

Kalau dia nak guna sangat kaedah GST kami bayar, dia 3 x1.30 itu sebagai 'excluding GST'.
Jadi harga termasuk GST adalah, RM 4.13 ..
Baru lah betul "GST Kami Bayar" dengan membayarkan 23sen bagi pihak pelanggan , dan pelanggan tetap bayar RM 3.90 sahaja.

Namun , bukan soal harga berapa kena bayar, tetapi ini soal penipuan.

22 sen pun penipuan juga.




-------
No Aduan kpdnkk: 0150010542
No. Aduan Kastam : 2015-04-12-6836


---- update ---

Soalan dari Carigold:

harga dia pamer dekat rak berapa?.. rm3.90 kalau betul la.. GST coloum memang kena papar dalam resit..
lain la kalau harga dia papar dekat rak rm3.90, lepas tu time bayar dia caj lagi GST rm3.90 x 6%.. tu baru tak betul.. kalau harga dekat rak papar rm3.90 and sebelum ada GST pn harga dia rm3.90.. dah betul la tu..
Jawapan saya:
Kalau  harga shelf RM 3.90 inclusive GST , bayar RM 3.90 , itu implementasian biasa kedai-kedai berGST yang tak ada "GST Kami Bayar".

Jadi apa bezanya kedai ada "GST kami bayar", dengan GST sudah dimasukkan kedalam harga inklusiv?

Jadi apa perlunya letak "GST Kami bayar" kalau sekadar guna kaedah implementasi biasa kedai-kedai berGST lain?













Jumaat, 10 April 2015

GST dan Runding Harga (Nego)

Terwujud satu kenyataan kononnya dia berjaya menghapuskan GST



Agak pelik juga dia boleh menafsirkan , bahawa dia boleh menghapuskan GST.
Lainlah kalau dia memang bayar RM 130, tanpa GST.

Sememangnya dalam GST, memang dibolehkan untuk runding beli.
Tidak semestinya, harga quote tanpa GST, atau harga quote berserta GST tak boleh diubah.

Dalam mekanisme urusniaga biasa, harga adalah persetujuan 2 belah pihak.
Kalau tidak setuju, jangan beli.
Kalau tak setuju, jangan jual.
Jangan marah-marah.

Yang boleh dibuat marah adalah apabila harga dipaparkan, tak sama apabila harga ketika hendak bayar, itupun masih ada lagi pilihan untuk tidak bayar dan batalkan transaksi.

Sememangnya ada banyak jenis perniagaan yang banyak guna runding harga.
Jadi tak perlu beriman dengan komputer.

Dahulu, kebiasaannya di Kampung Jawa, memang boleh runding harga, tak kiralah apa barangan sekalipun, memang boleh runding harga.

Tetapi zaman GST ini pula. bila nak nego, dia tak beri atas alasan.
"sudah GST, sudah dalam komputer, tak boleh ubah"

Saya pun sendiri pernah terfikir guna strategi ini, tetapi memang putuskan tak gunakan strategi ini, sebab tak memberi kelebihan dalam peruncitan.

Tadi saya beli jam.


Jam Sawda, tapi Zaynab pakai sekejap.

Harganya ialah, RM 16.90 termasuk GST.
Maka biasalah, di kampung jawa memang boleh nego, namun tak dapat nego sebab alasan komputer.

"sudah GST, sudah dalam komputer"



Disebabkan harga sudah "ikut komputer", maka saya boleh nego lagi, untuk dapatkan lebih barangan pada harga "ikut komputer".

Tapi awas, kalau nak nego, bila selepas setuju jangan minta hadiah percuma.
Kalau boleh masukkan sekali minta hadiah percuma sebelum setuju harga.


Berbalik kepada runding beli, Memang GST membenarkan runding beli. Tetapi kena rujuk kitab "GST Retailing guide" , memang macam-macam kaedah pembayaran, diskaun ada diberikan contoh.

Sememangnya boleh runding harga.

Dalam situasi kedai emas, memang industri yang memang banyak nego. Walaupun cukup duit, dan cukup murah, tetap nak nego juga.

Jadi kedai emas memang bersedia untuk hidup dalam dunia GST bernego.

Kaedahnya mudah, quote harga termasuk GST, runding, runding, runding, macam "Pawn Star".
Paperwork nanti reverse balik "yang yang dipersetujui termasuk GST" untuk mendapatkan harga tanpa GST, dan amoun diskaun.

Jadi, kedai yang dulunya boleh nego, tetapi sekarang tak boleh nego, kena buka kitab dulu.

Dalam sistem POS, memang ada susah nak cari fungsi "diskaun",  biasanya ada, tetapi biasanya fungsi ini tidak diajar kepada juruwang atas sebab lain.

Dalam Video tutorial Ucenta POS, memang ada menunjukkan cara nak diskaun, walaupun harga produk sudah ditetapkan dalam pricebook.

Menggunakan kaedah , kononnya ada 1 produk namanya diskaun, dan harganya boleh negatif.

Atau nak kurangkan cara lain, ialah edit pada barus produk tersebut.

Namun tak semua POS, ada ciri-ciri ini, dan tak semua "pengguna" diberi akses untuk ubah harga, sebelum "cash"kan.

Anda memang boleh nego, lebih rendah daripada harga tak termasuk GST yang di'quote' oleh peniaga.

Contoh:
Harga barang termasuk GST RM 50, maka tak termasuk GST = RM 47.17
Tetapi, anda boleh nego untuk dapatkan harga RM 45 termasuk GST.

Apa yang pelik sangat kalau barang RM 50, kita minta kurang jadi RM 45.
Tetapi tidak bermaksud, anda "berjaya hapuskan GST".
















Ahad, 5 April 2015

Penyelesaian buat Peniaga Topup Kecil-kecilan

Saya agak memahami masalah peniaga topup yang kos datang untuk topup RM 10, adalah lebih daripada RM 10.

Ada yang RM 10.20, ada yang RM 10.30.

Anda memang boleh jual harga RM 10.60.

Tapi ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi supaya tak kena komplen, atau boleh tangkis 'lawatan KPDNKK'.

Kebanyakan peniaga topup kecil-kecilan tidak mendaftar GST, tetapi dikenakan GST ketika membeli dari pembekal.

Anda boleh jual harga markup berdasarkan harga datang yang sudah dikenakan GST.

Namun AWAS.

Perkara no 1 sekali adalah tidak sebut GST langsung.

Saya ulangi, tidak sebut GST langsung .

Maksudnya begini, memandangkan kedai topup anda tidak mendaftar GST, maka memang tak boleh beritahu pada pelanggan yang topup anda jual itu dikenakan GST.

Walaupun anda dikenakan GST, tapi diperingkat anda dengan pelanggan, anda tak boleh sebut GST langsung.

Cukup sekadar umumkan "Kami jual Topup RM 10, pada harga RM 10.60"

Kalau pelanggan tanya, kenapa RM 10.60. Jangan jawap "kami dikenakan GST" , sebab perkataan GST itu perkataan bahaya.

Beritahu sahaja. "kos kami pun sudah lebih daripada RM 10". , atau "ada peningkatan kos".

Kalau pelanggan sanggup beli, maka OK, kalau pelanggan taknak beli, pun OK juga.


OK..

Mungkin akan ada situasi dimana pelanggan akan membuat laporan kepada KPDNKK.
Itu memang masalah, tetapi masalah yang boleh diselesaikan.

Sediakan sahaja resit pembelian yang menunjukkan kos adalah lebih daripada RM 10.00

Kalau KPDNKK datang, tunjukkan resit itu, atau kalau ada pekeliling, atau whatsapp skrinshoot dari pembekal, cetak awal-awal.

Yang penting, ialah peruncit mesti boleh menunjukkan bahawa tiada penambahan peratusan margin keuntungan pada KPDNKK.









Sabtu, 4 April 2015

Contoh Aku Janji GST


OK awak







Saya janji dengan awak ni , saya janji ni...













Saya janji akan bayar GST sampai habis nyawa saya



Melainkan awak tak daftar GST, saya tak boleh buat apa-apa











OK awak, saya janji lagi satu , Saya akan bayar , sampai saya mati










Lagi 1







Saya janji, saya akan jadi yang terbaik untuk bayar,melainkan saya sudah tiada









Ha







Ha







lagi 1







Awak ingat tak hari ini hari apa?














Hari ini hari sabtu






Jawapannya adalah kita dah 4 hari




yeah







dah 4 hari dah kita BerGST














saya harap kita dapat bersama-sama




sampai selama-lama-lama-lamanya




selama-lamanya






selamanya






bukan setahun






bukan sehari






bukan 2 hari






bukan 4 hari






bukannya apa-apa-apa














Selama-lamanya















Saya nak cakap lagi ni, saya sayang sangat kat awak


Tahniah tau, rumah hijau sekolah awak menang, rumah hijau sekolah saya dapat no 3 je

Rabu, 1 April 2015

Panic Buying - Pembelian Panik sebelum GST

Ramai orang melakukan pembelian panik sebelum GST.

Termasuklah saya.

Strategi mungkin berbeza diantara individu.

Ada yang sanggup ambil cuti untuk trade in emas.
Saya anggap itu satu langkah bijak, kerana kalau trade in emas selepas 1 april,
keseluruhan harga emas baru akan dikenakan GST, bukan sekadar wang yang ditambah sahaja.
Namun mungkin ada lubang-lubang yang belum GST boleh ditempusi.

Ada yang memberi keperluan rumah penuh troli.

Ada juga yang tersilap langkah, membuat pembelian panik pada barang yang tidak dikenakan GST, samada 'dikecualikan' atau 'kadar sifar'.

Jadi kalau nak panik sekali pun, paniklah secara bijak.

Ada sesetengah barang yang mungkin tidak dapat beli murah lagi selepas ini.

Yang sepatutnya membuat pembelian panik adalah peniaga.

Pelanggan membuat pembelian panik, dan peniaga pun kena panik untuk 'restock', supaya tidak terpaksa restock pada harga yang ditambah GST.

Bayangkan kalau ada baki 20k pada 29 mac, hasil pembelian panik oleh pelanggan, maka peniaga perlu panik sedikit untuk gunakan 20k itu untuk retock barang dengan segera sebelum 1 april. Jika gagal, maka peniaga itu terpaksa menambah modal perniagaan sebanyak 6% bersamaan RM 1,200.



Tetapi jika peniaga itu menggunakan 20k itu untuk retock barang tanpa GST, rasa macam tak perlulah panik. Buat penat sahaja.


Ada orang yang membeli banyak-banyak poslaju prabayar sebelum GST, dikhabarkan yang saiz kecil itu sudah habis. Kepanikan itu agak berbaloi kalau seorang peniaga online itu memang guna banyak.

Tetapi rasanya, tak ada yang beli sampai 20k.

Jadi adakah perlu panik untuk membeli barangan keperluan rumah?
Bagi saya tidak perlu, sebab selepas 1 april, masih banyak lagi kedai kedai kecil yang masih lagi jual harga lama. Sebab harganya bergantung pada kos lama pembelian itu. Ada banyak masa lagi sementara menunggu stok kedai-kedai kecil habis.

1 April bukan lah 1 tarikh ajaib, semua peniaga terus taat untuk laksanakan GST sebab masih ada stok lama. Jadi carilah ruang stok-stok lama tanpa GST yang masih ada.














Isnin, 30 Mac 2015

GST vs Cukai Simpanan + Cukai Saham

GST memang memeningkat kepala. Maklumkan setiap peringkat kena sikit sikit.
Bab nak mengira jadi 1 kerja.
Nak rekod,

Ada pula yang tidak tunai.
Invois hari lain, bayaran hari lain.
Ada pula yang keluar invois, tapi tak bayar-bayar.
Kompleks pengiraannya.

Sedangkan yang tunai pun ramai yang tak faham.

Macam-macam alasan nak kena kan GST.
Alasan hutang banyak lah
Alasan nak bayar gaji penjawat awam lah.

Hakikatnya, Negara boleh wujud dalam 2 mod.
Mod tiada duit.
Mod banyak duit.

Boleh berlaku serentak.


Jadi apa alternatif kepada GST?

Kalau diikutkan saya, mudah sahaja.
Cukai Simpanan dan Cukai Saham.

Siapa ada Simpanan Tetap, kena 2.5% setahun.
Siapa ada saham, kena 2.5% setahun.

Saiz pasaran modal BSKL berapa? 1 trillion.
kalau 2.5% dapat berapa setahun? Sudah 25 billion.

Simpanan tetap pula berapa?

Menurut laporan Bank Negara , Simpanan tetap pada Januari 2015 adalah RM 726,135.9 juta.
Bersamaan RM 726 billion.




Maka kita kira lah guna bc.

726135.9/40
= 18153.39750 juta = 18.15 billion

Maka, apabila kita guna matematik darjah 3, untuk menambah 25 + 18.1  = RM 43.1 billion



RM 43.1 bilion tanpa GST
Tanpa pening-pening kira itu ini, kira stok, kira pricing
kira itu ini, nak beli software, nak "reverse engineer software" dan sebagainya.



Dan...
dan yang paling penting. Hanya orang kaya sahaja yang kena cukai.
Yang mana yang betul-betul ada lebihan.

L E B I H A N

"Lebihan" bukan ikut transaksi...
Bukan ikut "pendapatan"  , (yang mana pendapatan itu digunakan untuk bayar hutang.














Jumaat, 20 Mac 2015

Kenapa GST tidak bermula dengan 2% Sahaja?

Sana sini bercerita tentang GST. Ramai yang tolak, tetapi entah bagaimana dalam sistem demokrasi, golongan minima pula yang menang untuk laksanakan GST.

Penentangan daripada Pakatan Rakyat tidak bermaya.

Namun , apabila GST terus bermula pada kadar 6%, akan wujud situasi tidak stabil di kalangan peniaga.

Rata-rata peniaga belum bersedia, yang bersedia pula sedikit. Mahukah peniaga yang bersedia itu, terus mengenakan GST pada kadar 6%, pada masa yang sama, terpaksa bersaing dengan peniaga yang jual stok lama tanpa GST.

Peniaga yang bersedia dengan POS mesra GST, terpaksa pula jual stok lama berserta GST, dan semestinya akan jadi lebih mahal.

Kalau begitu, lebih baik peniaga yang bersedia itu, buat-buat belum sedia.

Nak bersaing harga dengan yang "belum caj GST", menyebabkan harga berbeza 6%.

Bukan sedikit.

Namun, kalau GST bermula dengan 2% , tidaklah wujud perbezaan harga diantara yang belum caj GST dengan sudah kenakan GST.


Agak hairan, kenapa 6% , tidak 5% atau bawah lagi?
Jawapannya entah.







Sabtu, 14 Mac 2015

Fesyen nenek pada tahun 2035

Dialog antara cucu dengan nenek pada tahun 2035 ...

Cucu: Nenek .. Kenapa baju baju nenek semuanya fesyen 20 tahun lepas?

Nenek: Dulu, masa tahun 2015, kerajaan nak buat GST. sebelum GST itu, nenek beli baju banyak banyak, sampai 1 kontena, sudah 20 tahun nenek hanya pakai baju yang nenek beli itu sahaja.

Cucu: oooo, berapa harga sehelai baju itu nenek?

Nenek: antara RM 30 - RM 100.

Cucu: eh, murahnya... Sekarang ni, nak cari baju bawah RM 10,000 pun susah. Nak tanya lagi boleh tak?

Nenek: boleh cu.....

Cucu: Masa tahun 2015 dulu, "Jebon" itu apa?



Sabtu, 31 Januari 2015

Harga Minyak Apungan Terurus atau masih dikawal manusia?

Cantiknya nombor, semua ada hujung 0, 0, 0


Ini masihlagi Apungan Terurus atau dikawal manusia?

Kalau Apungan Terurus, boleh sepakat pula harga semua hujung ada 0.

Apungan Terurus atau harga yang diputuskan oleh Mesyuarat?

Ahli Mesyuarat jenis kaki bundar?

Perbezaan harga 95 vs 97 , secara tiba-tiba berubah drpd 20sen kepada 30 sen.

Sememang aku tak percaya ianya sistem apungan terurus yang dikatakan bermula 1 disember 2014 yang lalu.

Manusia tidak serik-serik nak cuba kawal harga.

Mahu tersontot lagi dengan masalah-masalah subsidi dan penyeludupan?



Ahad, 25 Januari 2015

Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan ?

Saya terjumpa sesuatu di posting Azlina Android Al-Hijawi, bukan dia cakap.


Tiada apa yang signifikan yang boleh dicapai jika matawang ditukar ke dinar kerana

1. Sistem monetari sangat kompleks
2. Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan dan digantikan dengan fiat monye kerana sistem kewangan emas tidak dapat tangani sistem kewangan guna wang kertas ...tidak tampung nilai us dollar kepada gold...
3. Nilai dinar emas sendiri akan bersandarkan kepada emas komoditi yang jadi aset class yang nilai sentiasa berubah dipasaran...

 Jadi saya jawap satu persatu...

1.Sistem monetari sangat kompleks 
Wang Fiat itu yang kompleks,  Dengan Fractional reserve Banking,  Hutang boleh dijual, hutang jadi deposit, looping sana sini.

Emas perak tak kompleks pun.


2. Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan dan digantikan dengan fiat monye kerana sistem kewangan emas tidak dapat tangani sistem kewangan guna wang kertas ...tidak tampung nilai us dollar kepada gold... 
Wang komoditi tidak pernah gagal, sejak beribu-ribu tahun yang lalu, cuma apabila wang kertas diperkenalkan, maka keinginan untuk menebus emas dan perak itu dikurangkan, dan sehingga tahap tidak mahu tebus langsung.

Manusia sudah tidak kisah untuk menebus emas setelah dapat wang kertas, kertas itu sentiasa boleh dibelanjakan. Maka bila Nixon sudah tidak benarkan tebus emas, maka semua buat biasa sahaja.

Di Malaysia, wang kertas memang tiada sejarah boleh ditebus dengan emas, maka memang orang Malaysia tidak ambil peduli apabila tidak boleh ditebus.

Namun tidak semua percaya bulat-bulat pada kertas. Ramai lagi yang yakin dengan emas.
Cuma keyakinan pada emas ada beberapa jenis.
1. yang angap simpan nilai.
2. Yang nak untung fiat, (sehingga ada yang tersontot).

Sistem kewangan emas perak tiada kurangnya, sehingga kerajaan-kerajaan jahat tidak dapat manipulasi.
Namun wang fiat diadakan supaya bekalan matawang sentiasa boleh dilebihkan daripada emas yang ada.

Zaman Rom dulu, berlaku debasement pada wang emas, lebih kurang macam cuba cetak wang kertas lebih. Tetapi ianya gagal keraja manusia masih lagi percaya pada nilai emas dan perak.

Empayar besar Inggeris banyak kehilangan emas ketika membeli senjata daripada Amerika untuk melawan jerman.

Inggeris juga banyak kehilangan perak ketika enak membeli teh daripada China.
Sepututnya China menjadi lebih kaya. Tetapi, Inggeris pun pandai, mereka jual candu pada China, sehingga raja pun menagih. Selamat sedikit perak.

Di Tanah Melayu, 1 Ringgit asalnya duit perak, ada tulis jawi.
Nak buat apa kasi Melayu Cina wang perak, Kan tujuan Inggeris adalah untuk merompak hasil bumi. maka dikeluarkan wang kertas gambar kerbau menggantikan perak.
Perak dibawa balik, hasil bumi dibawa balik, yang tinggal hanya kertas.

Begitu juga urusniaga minyak antara Amerika dengan Arab.
Amerika dapat minyak, Pak Arab dapat kertas, kertas itu pula dilaburkan ke Amerika semula dalam bentuk aset kertas, Syarikat dikawal oleh Amerika.

Kini ada hasutan nak suruh rendahkan Harga minyak supaya kononnya Arab Saudi boleh menguasai pasaran. Memang boleh, tetapi Amerika juga yang untung. Pak Arab percaya lah bulat-bulat.

Amerika seperti sudah tahu USD akan tersontot.
China pun tahu, China paling banyak beri benda diganti dengan kertas USD.
China ada malu sedikit nak tolak USD, tentera belum cukup kuat nak berperang dengan Amerika.
Tengok macam Saddam, sekejap sahaja jatuh.

Sambil China terima kertas USD, China belanjalah kertas USD dia untuk beli komoditi dan syarikat apa yang ada dalam dunia. Tanah di Amerika pun dia beli.

Kalau tak cukup duit, China pun boleh cetak duit sendiri juga, bukan Amerika sahaja yang boleh.
Maka China pun amalkan perkara yang sama, kredit banyak-banyak tapi beli aset fizikal banyak banyak.

Idris Haron gembiralah ada pelabur China nak "majukan" Melaka Gateway.
Walhal Tanah kena rembat guna kad kredit swipe di China.

Oh, Di Malaysia pun boleh cetak duit, Najib tak lepas peluang, setiap tahun defisit, tidak cukup itu perbekalan tambahan lebih kurang 2 kali setahun. Cuma Najib tak cetak duit untuk rembat komoditi negara lain, hanya untuk terus kekal berkuasa.

Apabila hampiur tersontot, barulah ada dasar-dasar pengurangan defisit.

Pada masa yang sama, banyak juga tanah tergadai dibeli menggunakan kad kredit yang diswipe dinegara luar.

Dipendekkan cerita, Sistem kewangan Fiat memang direka supaya kerajaan-kerajaan jahat terus merompak. Negara jahat terus merompak.


Soalan no 3, saya jawap lain kalilah.































Rabu, 14 Januari 2015

Cara Melabur emas di arrahnu

Artikel ini ditulis bukan untuk menggalakkan orang memajak emas sesuka hati.

Saya bukan suka orang memajak emas tanpa sebab, kononnya boleh untung kalau guna skil skil tertentu.

Memang kena ada skil, tetapi skil itu bukannya dilakukan tanpa sebab.

Perlu dingatkan Ar Rahnu, kos upahnya adalah lebih kurang 14% setahun.

Kalau ada kaedah pinjaman lain, baik guna kaedah lain. Cuma kelebihan Ar Rahnu, ialah anda tidak perlu meminjam lama.

Kalau ada orang ajar cara, tiap-tiap bulan suruh pajak, atau  kaedah berbentuk bulanan, semuanya tak boleh dipakai.

Jadi bila boleh Ar Rahnu?

Perlu diingatkan ArRahnu adalah pinjaman berkos tinggi, 14% itu sudah macam kad kredit, tetapi rendah sedikit. Namun kalau jangka pendek maka ianya boleh dikurangkan.

Kadar sama, tetapi bila pinjam sekejap maka bayar sedikit.


Jadi bila boleh Ar Rahnu?

Ar Rahnu boleh digunakan apabila anda berpeluang untuk membeli emas pada di bawah nilai.
Atau , ketika harga emas betul-betul rendah.

Ini boleh dikira 'tanpa sebab'  , tetapi boleh lah guna pakai 'harga rendah sebagai sebab.

Kalau dulu, ramai orang sesat ajar kononnya harga emas naik 20% setiap tahun.
kalau 20% sekali pun, tolak 14% tinggal 6 % sahaja. Boleh lah.
Setiap bulan, kos emas itu naik RM 1.5 /gram.


Contoh dibawah nilai adalah, apabila anda berpeluang beli emas pada harga skrap.
Peluang ini jarang jarang tiba kalau anda tak jual emas.
Namun ada juga kawan sepejabat yang nak jual emas, kedai ambil rendah, anda boleh up sedikit dan ambil.

Jadi kalau tak cukup duit, baru Ar Rahnu. Rantai Tangan kah, Rantai Leher kah...

Kalau cukup duit, tak payah Ar Rahnu.

Anda boleh guna Ar Rahnu, kalau anda berpeluang untuk beli barang lain di bawah nilai.
Contoh, anda peniaga kereta, ada orang tolak kereta, anda sudah letak harga cukup rendah, tetapi dia nak jual juga.

Maka sang peniaga kereta itu boleh pajak seketika emas yang ada.
Bila kereta itu sudah laku, tebus semula emas itu.

Ada peniaga yang memerlukan modal bermusim.
Sebagai contoh, peniaga yang perlukan stok lebih pada hari perayaan, atau hari buka sekolah.
Maka anda boleh ar rahnu. Selepas habis musim, tebus semula emas, guna untung berniaga.

Tetapi kalau pembekal boleh kasi 'consignment' , tak payah Ar Rahnu.


Peniaga Hartanah?
Pun boleh, kalau tak cukup duit muka.

Bila lagi sesuai Ar Rahnu?
Anda mungkin lebih tahu, bila masa anda perlukan duit untuk raih lebih keuntungan.
Jangan masuk skim mengarut-ngarut sudahlah, nanti tersontot.

Tajuk yang sesuai untuk artikel ini adalah, "Bila masa sesuai Ar Rahnu", tetapi nak guna untuk jawap persoalan popular "Cara Melabur emas di arrahnu"














Khamis, 8 Januari 2015

Akad dah Ke Laut ...Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?


Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?
Jawapannya Ya dan Tidak.

Selama ini pun ada banyak stesen yang tutup. Diganti dengan orang lain.
cuma tak nampak sangat sebab penggantian itu cepat.

Minyak tak turun naik pun, ramai sudah tersungkur dek kos operasi terutama TNB yang meningkat.

Maka timbullah teori mengatakan, kalau harga rendah, harga kos pun rendah.
bila naik, stok jadi mahal, maka untung.

Teori itu memang boleh dipakai, JIKA stok adalah sama setiap kali perubahan harga.

Akan tetapi perkara sebeitu mustahil berlaku.

Kebiasaanya, bila harga nak naik ramai berduyun-duyun penuhkan tangki.
Jadi stok masa nak naik sedikit.

Masa nak turun pula, biasanya stok banyak.

OK, nak salahkan pengusaha kenapa simpan stok banyak?

Tidak boleh, sebab ini sistem Akad sudah kelaut

Dalam sistem Akad sudah ke laut, pengusaha (pelanggan) tidak lagi boleh memesan berapa banyak kuantiti yang hendak dibeli. Semuanya ditentukan oleh syarikat minyak (penjual).

Maka dihenjutlah sebanyak mungkin kepada pengusaha/pembeli ketika harga hendak turun.

Dalam Islam, urusniaga jual beli (muamalat) adalah antara suka sama suka. mesti ada persetujuan jual beli antara 2 belah pihak.
tidak ada paksaan. Jadi bila ada paksaan maka tidak sempurna.

Maka bila tiadanya perkara seasas begitu dalam jual beli, maka bolehlah dikatakan Akad sudah ke laut.

Jadi, bukan harga turun naik itu yang menyebabkan pengusaha bankrap, tetapi kehilangan perkara asas iaitu "persetujuan jual beli" itulah yang menyebabkan 1 pihak teraniaya.


Dalam transaksi jual beli pengusaha dengan pelanggan agak jelas.
Pelanggan tahu harga, pelanggan tahu kuantiti, pengusaha sedia jual.
maka transaksi berlaku.   halal......

Tetapi, wujud pihak ke 3 dan ke 4 yang campur tangan antara urusan jual beli antara pengusaha dengan pelanggan runcit itu.

Iaitu, Kerajaan dan syarikat minyak.

Kerajaan ingin mengambil tugas Allah menentukan harga dalam urusniaga antara 2 pihak.

Maka sebenarnya tidak wujud persetujuan jual beli antara 2 pihak itu, sebab 2 pihak itu terpaksa menggunakan harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Maka, apabila perlaku kenaikan harga, sebagai contoh yang berlaku zaman Pak Lah naik terus 2.70.

Kenaikan itu sudah diumumkan, tetapi tidak dilakukan serta merta.

Maka wujudlah ketidak redhaan untuk menjual oleh pengusaha pada malam itu. walaupun ketika itu, pelanggan cukup suka nak beli sebab esok naik. sehingga berlaku jem seluruh negara.

Ambil senario harga minya turun pula.
Sudah 2 kali selepas pengapungan terurus ini dilaksanakan, harga minyak diumumkan turun beberapa hari awal.

Maka ada yang kering, sebab terlalu nak kurangkan stok.

Dan ada pula yang terlebih banyak stok, disebabkan telah dipenuhkan oleh syarikat minyak menggunakan sistem Akad dah Ke Laut.

Mengapa perlu ada delay / penangguhan antara pengumuman dengan perlaksanaan?

Saya pernah tulis cadangan saya dulu di sini

Jadi saya cadangkan, tempoh masa pengumuman perubahan harga mesti kurang dari 24 jam.
Hari ini pukul 4 umum tukar harga, malam terus laksanakan.

Jangan beri ruang untuk berspekulasi.

Saya dapat maklumat perubahan harga dalam sistem pengapungan terurus ini adalah secara bulanan. Bagi saya ianya tidak elok, sebab orang boleh ramal perubahan harga hujung bulan depan.

Dalam 1 bulan mesti harga nymex banyak berubah, kalau mingguan kurang sedikit perubahan dia.

Maka cadangan saya adalah sebegini.
Perubahan harga minyak adalah dalam mingguan dan bukan bulanan.

Hari perubahan harga adalah tidak tetap.
minggu ini mungkin isnin,
minggu depan mungkin jumaat,
minggu lagi 1 mungkin khamis.
Isytihar 4 petang, laksana tengah malam hari sama.

Tetapi kalau boleh tak berubah hari khamis, sebab tak mesra hubungan suami isteri.
Hujung minggu pun kalau boleh tak payah ubah lah, pegawai nak cuti, pengusaha nak cuti.

Atau mungkin juga boleh guna kaedah siang.
Isytihar 11 pagi. dalam tempoh 1 jam kena tukar harga.

















Rabu, 31 Disember 2014

Nak tiru Lazada, Nak tiru Zalora, Nak tiru 7eleven

Banyak kali saya dengar, "nak buat macam lazada" "nak buat macam Zalora", "nak buat macam 7eleven".

Memang ramai orang meniru.

Tetapi kebanyakkannya yang meniru gagal meniru.

Tak salah meniru, tetapi bukan tiru outputnya sahaja, tapi perinciannya tidak ditiru.

Beberapa tahun dulu, ketika 7 eleven berkembang, ramai yang mula nak meniru 7 eleven, namun ramai juga kecundang.

Disiplin 7 eleven memang tinggi, setiap benda terperinci.
Kalau sudah boleh tiru apa yang 7 eleven buat, sudah cukup baik. Tidak perlu menjadi 7 eleven, tapi disiplin peruncitan tinggi tu boleh ditiru.

Yang bukan kedai serbaneka pun boleh tiru.

Cara merchandising, planogram, label, SOP semua boleh tiru, tanpa perlu menjadi kedai serbaneka 24 jam juga.


Sekarang musim tiru Lazada Zalora.
Hmmm

Memang popular sekarang ini, cuma tang mana yang perlu ditiru.
Bukan sekadar laman web yang ada shopping cart, tapi ada banyak lagi perkara yang mereka buat.
Cara mereka iklan
Cara mereka 'remarketing'
Cara mereka punya polisi pemulangan barang.
Cara mereka bungkus.
Tag apa mereka letak.
Cara mereka main Google Search Network (Adwords), main subdomain

Kita boleh tiru macam-macam walaupun kita tak ada shopping cart.

Cubaan nak baca tag yang ada pada Zalora, sampai 'ranap' Google Chrome....


Ada 31 tag .. bila nak view, terus 'ranap'

Yang ini baru boleh baca...

Itupun pening, Saya pernah baca sedikit Google Tag Manager, namun saya memutuskan 'nanti dulu'.

Orang yang 'email marketing' akan tiru dia punya cara kutip emel,
Orang grafik akan tiru grafik dia...

Nak tiru Mereka letak tag banyak banyak?
Kenapa? kenapa ada banyak tag?

Jadi itu semua perlu dikaji dahulu sebelum anda tiru.
Mungkin anda tak perlu menjadi seperti mereka tetapi anda bekerja cara mereka.












Sabtu, 22 November 2014

BN Akhirnya Mengaku Tak Mampu Kawal Harga Minyak

Akhirnya diumumkan bahawa Kerajaan menghapuskan kawalan harga terhadap RON 95 dan menjadikan "Managed Float" atau Apungan Terurus.

Ianya belum 100% diapungkan, tetapi dia ikut lebih kurang harga sebenar.

Maka tumbanglah rejim kawalan harga, yang dahulunya menyangka boleh mengambil tugas Allah dalam menentukan harga, namun pasti gagal.

Sistem kawalan harga BN ini telah banyak menimbulkan banyak masalah.

Masalah gula "tiada" bekalan, masalah minyak masak "tiada" bekalan walaupun negara kita adalah pengeluar sawit terbesar dunia.

Ingat lagikah masalah disel  dikuotakan sehingga lori-lori besar keluar lebuhraya untuk beratur beli disel.

Kemudian disebabkan kuota juga, Stesen minyak bergilir-gilir kehabisan bekalan,
walaupun dalam perut bumi ada banyak lagi minyak.

Tidak dilupai masalah penyeludupan yang berpunca daripada perbezaan harga yang ketara.
Siap ada buat paip untuk terus salur ke Thailand.

Itulah hasil daripada manusia yang nak cuba kawal harga.

Disalahkan pula penguatkuasaan, walhal punca tidak ditangani.

Daripada situ, muncul pula rasuah, yang mana SPRM pula terpaksa campur tangan.

Manusia oh Manusia....

Kalau rasa tak mampu nak turunkan hujan, jangan beranganlah nak kawal harga, kelak akan tersontot jua.

Masih ingat gambar ini? "Harga barang Ketentuan Allah" sering dikaitkan dengan gambar ini.





Sekarang, saya pun nak selfie macam dia....




Ingat, Harga Barang Ketentuan Allah, Manusia jangan cuba nak kawal harga.
Melainkan kalau sudah boleh turunkan hujan.



Sabtu, 19 Julai 2014

Raya Kali Ini kurang Meriah?

Isteri saya memberitahu saya bahawa 'Raya Kali Ini kurang Meriah', maka saya pun merasakan sebegitu.

Perbelanjaan rakyat untuk persiapan hari raya tahun ini agak kurang, Ada baiknya juga, orang berjimat.

Saya selalu menggunakan 'benchmark'  wang kecil vs wang besar.

Kebiasaannya, pada hari gaji, biasanya peniaa akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan wang kecil. Akan tetapi ianya tidak berlaku pada hari-hari gaji bulan lepas.

Maka boleh dikatakan kali ini orang kurang berbelanja.

Rakyat mengalami sedikit masalah ekonomi.
Ianya boleh dikatakan masalah, sebab rezeki yang Allah turunkan memang sentiasa cukup.

Sila baca balik.... Rezeki melimpah ruah, tak habis-habis , tetapi...

http://hasbullah.pit.my/2014/01/rezeki-melimpah-ruah-tak-habis-habis.html

Bukannya tak cukup rezeki, tetapi manusia bergantung pada 'RM' untuk menerima rezeki.

Nilai RM menyusut akibat Hutang Negara yang meningkat, begitu juga pengembangan bekalan matawang.

Kelambatan penyesuaian terhadap nilai RM yang sebenar, menyebabkan ramai mengeluh 'Harga Barang Naik'.

Walhal memang harga barang sentiasa naik kalau guna sistem matawang fiat.

Harga barang naik 2x ganda, dalam tempoh 20 tahun, ramai boleh terima.
Tetapi kalau naik 2x ganda dalam tempoh 5 tahun, ramai tak boleh terima,
Walhal ianya perkara yang sama, cuma tempoh berlainan.
Perkara yang berlaku adalah sama.

Jadi ada yang beria nak kekalkan rendah walaupun guna kaedah kawal sini kawal sana,
Aktiviti kawal sini kawal sana itu, sebenarnya melambatkan penyesuaian rakyat pada nilai RM sebenar.















Isnin, 25 April 2011

BNM Mahu apa?

pelik tengok bank/BNM

Bila kita nak guna dinar dirham, mereka sibuk risau takut org tak guna duit dia.

Tapi bila ramai org transaksi jual beli emas tinggi sehingga money incirculation meningkat, mereka sibuk nak kurangkan money in circulation.

Apa cerita ini?

Isnin, 22 Februari 2010

Juruterbang Lufthansa mogok, Kaitannya dengan emas

Hari ini Juruterbang Lufthansa mogok, kerana mahukan kenaikan gaji lebih kurang 6%. Sekiranya matawang berasaskan komoditi digunakan, (seperti emas), adakah perlu mereka mogok untuk naik gaji? Adakah perlu kenaikan gaji?

Dalam sistem kewangan berasaskan komoditi, perkerja tidak perlu dinaikkan gaji setiap tahun, kerana tiada inflasi yang perlu dikejar.

Melainkan kalau berlaku kenaikan pangkat barulah perlu dinaikkan gaji.


Mari kita lihat mogok yang berlaku.

Ahad, 14 Februari 2010

Seigniorage, Cukai inflasi yang anda perlu fahami

Apa itu Seigniorage?

Mungkin ramai yang tidak faham, atau belum faham.

Walaupun Seigniorage bukan membawa maksud 'Cukai Inflasi' secara langsung, akan tetapi dalam konteks sistem kewangan masa kini, boleh diibaratkan sebagai satu bentuk cukai.

Apabila Ali mendepositkan 100 gram emas di dalam bank, dan dia boleh menebus emasnya itu pada kuantiti emas yang sama, maka tidak berlaku seigniorage.


Lupakan contoh di atas kerana di bank , anda hanya boleh mendepositkan kertas.

Dalam sistem kewangan masa kini yang dikawal oleh bank negara, kita tidak boleh menebus setiap ringgit yang kita ada, dengan emas. Kenapa ya? Orang BNM lah yang boleh jawap.

Kertas ringgit dalam kitaran dan kertas yang deposit bertambah dari masa ke semasa.

Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion.

Peningkatan 16 kali ganda.

Mana datangnya duit itu?

Nilai kertas yang mewakilkan emas akan turun kalau kertas itu banyak.

Rizab emas BNM telah merosot daripada 72 tan kepada 36 tan, akan tetapi kertas yang mewakilinya bertambah.

Inflasi boleh ditakrif menggunakan 2 cara.
1 cara, ialah kira ikut harga barang, itu yang digembar gemburkan supaya ianya kelihatan sedikit.

Satu cara lagi, ialah mengira berapa kadar kertas itu dikembangkan.
Kertas Ringgit dikembangkan berapa peratus tahun ini
Kertas pound dikembangkan berapa peratus tahun ini.

Dalam kaedah ke dua, peratusannya lebih tinggi daripada kaedah pertama.

Kaedah pertama, kira ikut harga barang, kadar inflasinya boleh disembunyikan dengan mengawal harga yang dikira itu. Bukan sahaja dikawal, malah subsidi diberikan untuk merendahkannya supaya inflasi pengembangan bekalan wang disembunyikan.

Inflasi pengembangan bekalan wang itu tetap ada, walaupun ianya disembunyikan.
Lambat laun ianya tidak boleh disembunyikan lagi, lihat sahaja harga gula, dan minyak.

Kembali kepada persoalan cukai inflasi seigniorage.

Daripada penerangan di atas, menunjukkan walaupun pengembangan wang, tidak mengakibatkan kesan inflasi serta merta.

Apabila Najib mengumumkan belanjawan tambahan 60 billion daripada angin. 60 bilion dicipta untuk digunakan.
Namun kesan inflasi itu bukan berlaku serta merta pada hari ianya dibentangkan.

Bila kesannya akan bertindakbalas? belum lagi.

60 billion itu boleh digunakan oleh kerajaan secara hutang.
Hutang kepada siapa 60 bilion itu?
Akan diterangkan selepas ini.

Daripada belanjawan 2010, telah menunjukkan bahawa hutang kerajaan persekutuan adalah RM362.5 bilion.

Hutang Kerajaan Persekutuan dijangka bertambah 18.3 peratus kepada RM362.5 bilion pada akhir 2009 (akhir 2008: 14.9 peratus: RM306.4 bilion) terutamanya disebabkan peningkatan pinjaman dalam negeri untuk memenuhi keperluan pembiayaan.


Hutang kepada siapa hutang itu?




Sejak kecil kita diajar bahawa, kalau berhutang, maka perlu dibayar, akan tetapi dalam sistem ekonomi sebegini, ianya adalah hutang yang tidak dibayar.




Ianya hanya mengakibatkan penurunan nilai kepada kertas ringgit pada masa akan datang, Akan tetapi duit itu telah digunakan dahulu pada nilaian semasa.




Hampir setiap tahun belanjawan defisit, maka defisit itu akan membentuk jumlah hutang persekutuan di atas.




Kerajaan hari ini membelanjakan wang lebih daripada sepatutnya, tak perlu dibayar kerana ianya automatik akan merendahkan nilai ringgit yang digunakan semua orang pada masa akan datang.


Ahmad menyimpan RM 2500 hari ini untuk membeli lembu untuk kahwinkan anaknya. Akan tetapi disebabkan anaknya itu tidak kacak seperti Ali Rustam, maka dia berkahwin 10 tahun daripada sekarang. Pada ketika itu harga lembu pula RM 3500. Ali perlu membayar tambahan RM 1000 . RM 1000 tambahan yang dibayar itu adalah cukai inflasi. Dimana ianya telah diambil awal-awal oleh kerajaan.


Seandainya Ahmad, menyimpan nilai RM 2500 dlam bentuk emas untuk membeli lembu, maka apabila dia hendak membeli lembu 10 tahun daripada sekarang, maka emas itu cukup untuk membeli lembu. Ahmad terlepas daripada membayar cukai inflasi.

Itulah fungsi emas yang sebenar, iaitu menyimpan nilai, dan juga melindungi daripada Seigniorage cukai inflasi.


Maka hasil titik peluh bekerja perlu disimpan dalam bentuk emas supaya tidak dicukai dalam bentuk seigniorage oleh kerajaan.

Isnin, 1 Februari 2010

Emas Sebagai Penyimpan Nilai

Sekarang adalah musim membeli emas bagi pihak yang meminatinya.

Namun terdapat 2 jenis penggemar emas.
Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan.

Saya adalah yang lebih cenderung ke arah simpanan berbanding pelaburan.

Harga emas, membuak pada peratusan yang agak tinggi beberapa tahun kebelakangan ini adalah disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu.

Bihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yng disimpan, tetapi 'meminjamkan' emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan untuk mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi.

Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain dengan menggunakan kertas sahaja.

Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas perlu dimiliki sebagai rizab bagi sesebuah keluarga atau individu. Ini disebabkan kerana sifat wang kertas itu yang sentiasa mengembang.

Secara umumnya semua orang faham bahawa apabila wang kertas dicetak, nilainya akan turun.

Namun satu perkara yang perlu difahami ialah penurunan nilai wang kertas tidak berlaku sejurus sahaja dicetak.

Pada tahun 1982, keseluruhan wang Ringgit yang di dalam kitaran dan dideposit hanyalah 12.47 bilion.
Pada laporan BNM yang terkini nilai itu meningkat kepada lebih 200 bilion.

Jika kita bandingkan, bilangan wang ringgit telah bertambah 16 kali ganda atau 1600%.

Namun harga barang tidak meningkat 16 kali ganda.

Belum lagi.

Secara kasar, berdasarkan pemahaman ringgit, jika wang dicetak lebih, nilainya turun.
Namun apa yang berlaku ialah nilai lambat turun, tetapi tetap akan turun.

Pembuakan harga emas dalam USD adalah berkait dengan bekalan wang Amerika.

Di Malaysia, kita masih terikut tukaran asing untuk mendapatkan harga emas.

Akan tetapi apabila "Ringgit" dibandingkan dengan emas yang berada di Malaysia, maka akan tahulah nanti berapa nilai ringgit yang sebenar.

Pada kehidupan harian, nilai yang ada pada ringgit itu merosot setiap tahun, pada kadar yang sedikit.
"inflasi 3% , apa kisah"

Namun inflasi sebenar adalah kadar yang lebih tinggi.
Sistem kawalan harga yang membuatkan ianya kelihatan rendah.

Satu hari nanti ia akan membuak jua. Tanda tanda awal ialah "tidak mampu tanggung subsidi".
Pengsubsidian adalah kaedah menyembunyikan inflasi sebenar.

Fungsi emas adalah menyimpan nilai sebenar.

Andai kata 20 gram emas mampu untuk menghantar anak ke universiti.
Maka kalau ada krisis kewangan bagaimana pun, 20 gram emas itu masih mampu untuk menghantar anak ke universiti, walaupun ketika itu 20 gram emas harganya RM 10,000.


Menurut teori ahli kewangan yang tersohor, supaya menyediakan rizab kewangan beberapa bulan gaji.
Maka rizab itu perlu disediakan juga dalam bentuk emas.

Memang kalau boleh tidak mahu ringgit itu runtuh, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.

Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah Kertas itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas jepun pula tidak laku.

Apa terjadi kalau hasil titik peluh disimpan dalam bentuk wang kertas, lenyap sekelip mata?

Maka, menyimpan emas, adalah menyimpan hasil titik peluh, supaya nilainya tidak merosot akibat membuakan inflasi atau krisis kewangan.

Google+ Hasbullah Pit