test

Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan

Rabu, 12 November 2014

Perniagaan DalamTalian , Shopping Cart atau tidak?

Sememangnya Shopping cart membantu dalam perniagaan dalam talian.

Tetapi rakyat Malaysia masih lagi belum biasa dengan shopping cart.

Saya dulu pun pernah terfikir untuk ada laman web shopping cart, namun emas ada susah sikit, atas 2 sebab.

1. pelanggan jenis suka tanya.
2. Harga berubah.

Jadi maka sering saya tangguh untuk buat shopping cart.

Pelanggan suka guna cara yang mereka suka guna.
Mungkin ada yang memang suka shopping cart, tetapi kalau tiada opsyen itu,
saluran komunikasi biasa boleh digunakan.
Whatsapp/Telegram/ SMS/ wechat/ Fb mesegger.

Rakyat Malaysia ada juga yang melepak di laman seperti mudah dan lelong.
Maka jenis macam itu, dia kekal dengan cara mereka.

Yang di dalam media sosial pun lebih gemar untuk kekal dengan cara mereka bersosial dan membeli belah.

Budaya berjual beli di Instagram memang giat berlangsung, urus niaga berlaku tanpa shopping cart.
Begitu juga di Facebook (page atau group atau profil). Mereka suka 'pm'.

Walaupun sepatutnya pembeli yang patut pm pada penjual, tetapi pembeli pula yang minta di pm.

Adakalanya, orang balas macam ini.





Kalau ada laman web profesional, siap shopping cart, ianya tak menyelesaikan semua masalah.
Bukan 1 ubat ajaib, boleh datangkan jualan.

Pendedahan adalah satu perkara penting. Berapa ramai orang nampak produk itu.
Berapa ramai orang tergiur dengan produk itu, berapa ramai menganggap anda jenama pilihan utama.

Ada yang mengiklan sana sini, sampai berlaku spam.
Ada yang beriklan di agensi pengiklanan Fb Ads/ Adwords  dll.

Kalau pendedahan tinggi, tak ada shopping cart pun tak mengapa.
Berbanding Ada shopping cart tetapi tiada pengunjung.

Saya memilih untuk mempunyai catalog sahaja tanpa ada shopping cart.

Tanpa shopping cart pun boleh buat remarketing macam lazada.

Selepas tengok periuk nasi, nanti periuk nasi itu ikut sahaja kemana anda pergi.
Masuk malaysiakini nampak periuk nasi, masuk sinar harian nampak periuk nasi, sampai selepas beli periuk nasi pun nampak periuk nasi itu juga.

Mungkin juga saya akan perlukan shopping cart, tetapi mungkin yang boleh orang lain tumpang berniaga sekali.








Sabtu, 11 Oktober 2014

Dum Dam Dum Dam Harga Getah , Najib fikirNak kawal sahaja

Saya terjumpa 1 komen menarik tentang getah.





Komen itu daripada artikel Sinar Harian.
Bajet 2015 beri sinar baharu buat penoreh getah
Macam biasalah, Najib yang kemaruk kawalan harga akan kasi penyelesaian ala-ala kawalan harga juga. Ada yang nak kawal kasi rendah, ada nak kawal kasi tinggi.

Najib mengumumkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan memperuntukkan RM100 juta untuk melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang, bertujuan untuk melindungi pekebun kecil daripada mengalami kerugian terutamanya sewaktu harga pasaran dunia lebih rendah daripada harga minimum yang ditetapkan.


Masalah harga getah ini, satu masalah yang pelik. Di mana seolah-olah tidak wujud demand supply tehadap getah. Entah mana silapnya.

Jadi, idea yang terlintas bagi kebanyakan orang adalah "kawalan harga" , "nak kerajaan naikkan" , atau subsidi.

Pelik juga mekanisme Najib, kalau benar ianya dipinjamkan pada koperasi dan berharap akan beli getah harga tinggi drpd penoreh. 

Kalau stok sudah banyak, koperasi nak jual kemana? atas harga mana satu?
Mungkin koperasi itu besar sehingga boleh demand harga tinggi dari kilang.

Apa yang saya perhatikan dari dulu, cuba juga mencari idea untuk penoreh getah. Yang nampak adalah penoreh getah seolah-oleh tidak wujud dalam demand supply harga getah.

Penoreh akan terus menoreh walaupun tak dapat banyak pendapatan. Kalau tak menoreh, terus tak dapat.
Penoreh tiada keupayaan untuk, toreh dan simpan dulu dan cari harga tinggi.

Jadi ada loop hole di situ.
Kilang tahu, bekalan sentiasa ada.

Selalu juga dengar "Kilang Getah" tapi saya tak tahu mana satu yang dimaksudkan dengan kilang getah. Ada 1 sahaja atau ada banyak?

Atau ada banyak kilang yang membentuk kartel?

Jadi apa penyelesaiannya? 
Penyelesaianya saya pun tak tau, tetapi halu tuju adalah jelas, mewujudkan kuasa demand supply pada penoreh getah.

Mungkin perlu ada bursa getah tempatan, yang mana penoreh sendiri boleh ask price di bursa tersebut. Zaman Android ini, lebih mudah dilaksanakan.
Hairan juga, getah banyak di Malaysia, tetapi Bursa yang ada di Jepun.








Isnin, 8 Februari 2010

Agak pelik apabila Najib beria-ria nak jumpa TG Nik Aziz

Agak pelik apabila Najib beria-ria nak jumpa TG Nik Aziz untuk menjawap "Mengapa UMNO Tolak Islam" , setelah persoalan itu digambarkan sebagai "berjumpa untuk berbincangan demi kepentingan Melayu" .

Selasa, 1 Disember 2009

Pakej Rangsangan RM 67 bilion & USD 700 bilion

Siapa di belakang pakej rangsangan RM 67 bilion & USD 700 bilion?
Duit datang daripada angin.



Rabu, 1 Julai 2009

Liberisasi Ekonomi Najib, Tanpa Persetujuan Kabinet atau Parlimen?

Pakej liberisasi ekonomi yang baru-baru ini diumumkan Najib melibatkan 30% ekuiti bumiputera, dan pemilikan ekuiti asing dalam syarikat tempatan, adalah perkara besar.

Yang pertama ianya melihatkan sensitiviti orang Melayu.
Yang kedua , melibatkan kedaulatan negara.


Namun tiada berita mengenainya yang mengatakan ia mendapat persetujuan kabinet atau parlimen.

Adakah Perdana Menteri mempunyai kuasa sebegitu besar?
Seperti boleh memansuhkan sesebuah Kementerian ikut suka hati?

Ahad, 7 Jun 2009

Kalau BN Setuju Kerajaan Perpaduan....

 Kalau BN sudah setuju dengan Kerajaan Perpaduan, sila tandatangani surat seperti di bawah:




Bahawa ini surat pada menyatakan maka adalah kita Najib bin Razak, Presiden UMNO, iaitu PM di Malaysia mengaku dalam surat ini bahawa sesungguhnya maka adalah dengan suka-suka hati kita telah menyerahkan negeri Malaysia ini serta dengan perintah-perintahnya sekali kepada Pakatan Rakyat , adanya.

Syahadan lagi adalah pula perjanjian Pakatan Rakyat kepada Najib: Maka jikalau kiranya Najib hendak berpindah dari negeri Malaysia ini ke negeri lain melainkan PR memberi hadiah tiga puluh tiga ribu ringgit dan kepada Muhyidin dua puluh enam ribu delapan ratus ringgit. Dan lagi, adalah perjanjian PR memberi belanja kepada kita pada sebulan seribu tiga ratus ringgit.


Najib
 Surat di tiru dari ..

Sultan Husin Syah Menyerahkan Singapura Kepada Tuan Crawfurd Dengan Suka-Suka

Khamis, 28 Mei 2009

Kapitalis British Tak Sedar Diri


no. 1
Dalam utusan, golongan kapitalis British cuba menghalang komunis daripada masuk Malaysia.

no. 2
Pada masa yang sama, ekonomi yang dikawal kapitalis british menguncup.

no. 3
Kapitalis British memperagakan akibat kalau tidak meminjam pada "badan kapitalis berlesen sah".


Sistem kapitalis menyebabkan ramai diantarakita jadi hamba bank.
Kerja, bayar hutang bank,
Kerja, bayar hutang bank
Kerja bayar hutang bank.

Kapitalis British nak bergaduh dengan komunis, biarkan mereka bergaduh.

Kita makan bertih jagung, saksikan drama.

Esok lusa, kita juga yang akan tidak benarkan Kapitalis British itu pulang ke Malaysia.

Selasa, 26 Mei 2009

Tiada Jaminan Kapal boleh Lalu di Selat Tebrau

Sebelum ini ada keluar berita tentang perbincangan Najib dengan Perdana Menteri Singapura tentang jambatan baru yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura.

Adakah benar Malaysia yang mahukan jambatan itu untuk memajukan Johor atau Singapura yang lebih mahukan Jambatan itu?

Apa perlunya jambatan ketiga kalau sudah ada 2 laluan?

Ada pula cerita indah yang kononnya tambak johor akan diroboh.


Adakah benar Malaysia yang mahukan Jambatan atau SIngapura yang lebih memerlukannnya?

Apabila diutarakan soal jambatan menggantikan tambak johor, mereka berdalih.
Apabila jambatan bengkok diutarakan, kata mereka kononnya mengambarkan hubungan yang keruh.

Habis itu mahu apa?

Kami Rakyat Malaysia mahu kapal boleh lalu di selat tebrau dan air boleh mengalir.

Adakah benar cerita indah buaian Najib itu kononnya Tambak johor akan dirobohkan?




P.M Singapura pula mencadangkan supaya tambak johor diperbesarkan.

Jadi memang tiada apa-apa jaminan kapal boleh lalu di Selat Tebrau.

Baik dilupakan sahaja dulu, soal Jambatan tambahan ke Singapura.

Khamis, 14 Mei 2009

Terbukti Najib Ikut Telunjuk MCA & Gerakan

Dulu tidak pernah cerita bubar DUN, akan tetapi Najib mengatakan ura-ura untuk mengadakan pilihanraya, hanya selepas Gerakan dan MCA  mencadangkan supaya DUN dibubarkan.

Rabu, 15 April 2009

Adakah Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk membubarkan sebuah Kementerian?

Najib Razak, selaku Perdana Menteri, telah membubarkan Kementerian Usahawan dan Koperasi dengan hanya tidak mengumumkan ketiadaan Menteri itu ketika melantik Menteri-menteri Kabinetnya.

Adakah sememangnya seorang perdana Menteri mempunyai kuasa untuk membubarkan sesebuah kementerian tanpa perlu mendapat persetujuan Kabinet?

Adakah sememangnya Perdana Menteri mempunyai kuasa sebegitu?
Alamatnya Malaysia dalam bahaya, kerana hanya dengan persetujuan seorang sahaja, mana-mana kementerian boleh dibubarkan.

Naik sahaja seseorang menjadi Perdana Menteri, dia berkuasa untuk membubarkan semua Kementerian.

Adakah itu Malaysia yang kita mahu?

Ketika Kabinet dibentuk, sudah pasti tiada mesyuarat kabinet yang diadakan kerana mereka sedang dilantik.

Bagi saya adalah tidak wajar membubarkan sesuatu Kementerian tanpa sebarang mesyuarat.
Takkanlah tiada ada seorang pun Ahli Kabinet yang tidak bersetuju tentang pembubaran itu.

Begitulah nasib Malaysia apabila Perdana Menteri terlalu berkuasa. Persoalan yang timbul adalah, adakah dia mempunyai kuasa sebegitu? Undang-undang mana yang mengatakan seorang Perdana Menteri memang mempunyai kuasa untuk membubarkan Kementerian tanpa perlu persetujuan sesiapa?

Khamis, 9 April 2009

Kabinat Najib = Pesta Kurniaan Jawatan TImbalan Menteri

Kecil Sangatkah Kabinet Najib?


"Komunikasi" dipindahkan daripada "Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi" ke "Kementerian penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan".

Menteri "Tenaga Air dan Komunikasi" dapat tambahan "teknologi hijau" menjadi "Menteri tenaga, teknologi hijau dan air". Akan tetapi pada masa yang sama ada "Alam Sekitar" pada "Menteri sumber asli dan alam sekitar".

Pada masa yang sama pula ada  "Menteri sains, teknologi dan inovasi".


Menteri mana yang benar-benar nak bangunkan teknologi hijau?


Seperti yang dulu, masih Kementerian Pelajaran masih terpisah Kementerian Pengajian Tinggi.
Angkasanuri pasti masih pening berurusan dua kementerian berbeza.
Jauh lagi untuk realisasikan "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan".

Pemisahan "Sains Teknologi dan Inovasi" dengan Pendidikan boleh diibaratkan satu niat jahat untuk memisahkan kegiatan berinovasi dikalangan pelajar.


Kementerian Pertanian dan Industri asas tani masih terpisah dengan Kementerian perusahaan, perladangan dan komoditi.

Kalau tanam pokok, pastikan kawasan tanaman anda tidak terlalu besar sehingga menjadi "ladang" kerana akan bertukar menteri.

Kalau tidak salah saya dulu, satu menteri biasanya ada satu timbalan, kali ini bilangan timbalan menteri diperbanyakkan, supaya mencukupkan kuota parti-parti tertentu.

Seperti dahulu juga, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan, kementerian perumahan dan kerajaan tempatan sudah jadi hak milik mutlak MCA.


 Jadi, berbanding Kabinet PakLah yang menjadi pesta kurniaan jawatan Menteri, kini Kabinet Najib adalah Pesta Kurniaan Timbalan Menteri.

Sabtu, 28 Mac 2009

Earth Hour versi Najib

Logo Earth Hour versi Najib,



Khamis, 26 Mac 2009

Selasa, 24 Mac 2009

Satu lagi digg untuk Najib & Altantuya

Isnin, 23 Mac 2009

Sila Digg Jika Anda Ada Akaun Digg

Sila digg di sini sekiranya anda mempunyai akaun digg

Jumaat, 6 Mac 2009

PPSMI: Pengintegrasian Ilmu Berkaitan Najib Scorpene, Sukhoi

Sebelum ini saya telah membuat slaid tentang pengintegrasian ilmu.


PDF : Pengintegrasian Ilmu

Namun contoh dalam dunia nyata tidak diberikan.

Najib beli Kapal Selam Scorepene buatan Peranchis.
Kalau tiada penyelewengan, belilah kapal selam itu.

Sebelum ini Najib beli Sukhoi SU-30 MKM, buatan Russia,

Malaysia juga ada miliki Aermacchi MB-339 buatan Itali.

Malaysia juga miliki pesawat pilatus buatan Switzerland.

Ada cerita mengatakan konon-kononnya nak beli Eurocopter buatan Peranchis.

Malaysia mempunyai UPNM.
Maka wujud kemungkinan Malaysia akan melahirkan jurutera ketenteraan yang bijak dan cukup vitamin.

Bagaimana Malaysia boleh melahirkan seorang pakar yang yang boleh mengintegrasikan sistem Scorpene dengan dengan sistem Sukhoi?

Satu bahasa Peranchis, satu bahasa Russia.
Bagaimana sukhoi hendak bercakap dengan Aermacchi menggunakan satu sistem yang dibagunkan sendiri?




Mana hendak dicari seorang jurutera tempatan yang tahu kedua-dua bahasa Itali dan Rusia?

Ada sesiapa sini yang tahu 2 bahasa itu sekali?
Mahu tidak mahu, segala bentuk dokumentasi pesawat ataupun kapal yang dibeli itu perlu didokumentasikan dalam bahasa melayu, walaupun ianya proses yang sukar.

Barulah pasukan jurutera kelahiran UPNM, boleh menggambungkan banyak teknologi daripada pelbagai sumber dalam Bahasa Melayu.

Syarat utama ialah ilmu itu mesti disimpan dalam bahasa Melayu.

Apa kaitannya dengan PPSMI?

PPSMI tidak menggalakkan ilmu disimpan dalam Bahasa Melayu dan lebih gemar mengekalkan ianya dalam Inggeris.
Eh, Scorpene itu buatan Inggeriskah?

PPSMI menyebabkan istilah sains dan Matematik Bahasa Melayu dibakulsampahkan.

PPSMI tidak menggalakkan pembentukan istilah baru, yang mungkin terbit hanya selepas cuba menterjemah kitab manual scorpene.

Sekiranya ilmu peranchis dan Itali itu disimpan dalam Bahasa Melayu di Perpustakaan UPNM. Maka lebih ramai orang dapat membacanya dan kemungkinan untuk pengembangan ilmu itu adalah tinggi.

Selasa, 10 Februari 2009

Bank Negara Mahu Lebih Kuasa

Akta Bank Pusat akan dibentangkan di Parlimen apabila Parlimen bersidang nanti.

Menurut Zety, Pindaan Akta Bank Pusat akan memberi lebih kuasa kepada Bank Negara.


"Akta yang dicadangkan itu akan turut menginstitusikan banyak daripada amalan yang telah diperkenalkan di dalam dekad ini yang lepas yang dirasakan sebagai kritikal bagi memastikan bank pusat itu mempunyai kuasa yang perlu dan berada di dalam keadaan bersiap-sedia bagi menghadapi cabaran di masa depan," katanya.

Zeti berkata akta yang dicadangkan itu membabitkan kajian semula secara keseluruhan mandat, tadbir urus, kepertanggungjawapan dan rangka perundangan semasa bank pusat itu untuk memastikan BNM kekal berkesan melaksanakan fungsinya di masa depan, yang sentiasa berubah-ubah.

"Akta baru itu akan mengukuhkan rangka tabdir urus sedia ada dengan menyediakan mekanisma yang mencukupi untuk memastikan pelaksanaan pengawalan dan pemantauan yang seimbang," katanya.




Mushkil juga kuasa apa yang Bank Negara perlukan?
Apa yang Bank Negara sukar lakukan sekarang? Banyak perkara perlu tandatangan Menteri Kewangan?
Adakah menteri kewangan itu akan kekurangan kuasa?

Akta belum dibentangkan, dan drafnya tidak belum dijumpai.

Mampukah ahli Parlimen kita menelaahnya dan membuat keputusan yang baik untuk negara?
Bayangkan kalau ahli Parlimen BN dan PR bersikap "Kita luluskan sahajalah"

Mushkil juga, tiba-tiba mahu lebih kuasa.

Bank Negara macam mana pun dia akan berkait dengan IMF dan Bank Dunia.
Saya agak risau jika kuasa lebih diberikan kepada Bank Negara dan Bank Negara menurut telunjuk IMF atau Bank Dunia.

Saya sebenarnya lebih suka sistem ekonomi yang tidak bergantung kepada bank pusat.

Pada berita lain, Bank Negara Malaysia  telah mewujudkan peraturan pertukaran mata wang asing dua hala yang dibentuk untuk menggalakkan perdagangan dan pelaburan dua hala bagi pembangunan ekonomi kedua-dua negara.

Saya tidak berapa faham.

Adakah ia bermaksud, segala perdagangan antara Malaysia dan China tidak lagi menggunakan USD?
Kalau begitu Kempen Boikot USD peringkat Malaysia/China sudah bergerak.
Nantikanlah kejatuhan Amerika.

Oh, Kalau Amerika jatuh, Ringgit akan turut jatuh.
Zety mungkin sukar untuk ubah "managed float" tanpa persetujuan Najib.
Najib kan sibuk dengan tugas Residen Negeri Perak.
Kerana itu Zety perlu lebih kuasa?

Rabu, 5 November 2008

Belanjawan Anwar Menguncup, 130b vs 154b vs 125b

 Najib telah membentangkan bagaimana 7 bilion diperuntukkan untuk merancancakkan ekonomi. Juga Pemcarum KWSP akan diberi pilihan untuk kurangkan caruman supaya lebih wang berkitar dipasaran. Anggaran lebihan 4 bilion duit ditangan rakyat untuk dibelanjakan.


Ini kata najib.

"Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angka-angka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut.

"Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kira-kira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.
Dalam dunia ekonomi, sebenarnya tiada siapa yang boleh dakwa mereka betul. Di Malaysia, teori berbelanja untuk rancakkan ekonomi begitu popular. Ianya sesuai untuk tangani kelembapan. Tapi buat seketika waktu.

Serupa macam penurunan kadar faedah, ramai berbelanja, ekonomi rancak, tapi poket rakyat kosong.
M3 naik.

Orang yang tidak mampu beli kereta, terasa mampu beli kereta dan beli kereta. 15 hb semua pening kepala.

Mari kita kaji nilai perbelanjaan mengurus PR 130b dengan BN 154b.

Nilai BN ada lebihan 24b untuk dibelanjakan oleh kerajaan dan menguntungkan kontraktor dan pembekal.

Tetapi belanjawan BN adalah defisit. Kalau defisit mengapa tak jimatkan perbelanjaan mengurus?

Apa yang saya nampak, ekonomi dilihat oleh "pakar ekonomi" mesti meningkat, tak kiralah pendapatan atau perbelanjaan semua mesti meningkat.

Jika negara boleh menjimatkan 24 bilion daripada perbelanjaan mengurus, dipendekkan cerita ianya hanya pengurangan kecil daripada perbelanjaan mengurus tahun sebelumnya.

Tahun lepas 2007, pegawai kerajaan terpaksa habiskan peruntukan.
Tahun 2008 pula ada arahan kepada pegawai kerajaan supaya kurangkan berbelanja walaupun pada awalnya kelihatan seperti duit cukup banyak.

Mengapa perlu 2009 berbelanja lebih daripada perbelanjaan 2008 dan 2007?


Perbelanjaan mengurus 2007 hanya 112 bilion. (sumber kementerian kewangan)
Jauh lebih rendah daripada perbelanjaan mengurus BN 2009 (154b), dan PR 2009 (130b)

Daripada 112 b perbelanjaan mengurus 2007, kalau ekonomi berkembang 6%, perbelanjaan mengurus 2008 sepatutnya lebihkurang 6% juga meningkatannya.

Jadi, 112 + 6% = 118 bilion , sepatutnya perbelanjaan mengurus 2008 ialah 118 bilion.

kalau KDNK 2009 meningkat 6 % (walaupun sebenarnya tidak),
118 + 6% =  125 bilion.

Macam mana Anwar boleh kata 130 bilion? Najib pula 154 bilion?

Jumaat, 24 Oktober 2008

Valuecap dan KWSP lagi

Setelah beberapa hari diumumkan bahawa ValueCap meminjam KWSP sebanyak 5 bilion, banyak reaksi yang menentangnya namun terdapat sedikit perbezaan pendapat.

Dalam catatan saya yang lalu, saya tidak mengatakan bahawa wang KWSP langsung tidak boleh dilaburkan ke BSKL.

Terdapat pihak yang menyalahkan tindakan itu seolah-olah tidak mahu wang KWSP itu langsung tidak digunakan.
Tak boleh dipinjamkan, tidak boleh dilaburkan.

Disebabkan tidak faham akan konsep KWSP, makan ramai yang beranggapan KWSP hanya simpanan semata-mata. Almaklumlah namanya pun Kumpulan Wang Simpanan pekerja.

Hakikatnya memang ada wang KWSP dilaburkan untuk pasaran saham, tetapi peratusannya sedikit.

Kadangkala mushkil juga saya, adakah penentang pinjaman kepada ValueCap itu sememangnya tidak mahu wang KWSP digunakan langsung? Tapi mahu dividen?


Beberapa blogawan rupanya ada yang pro kepada penggunaan 5 bilion itu adalah lebih baik digunakan sebagai pelaburan ke BSKL tanpa melalui Valuecap.

Myop101 mempersoalkan adakah Valuecap cukup handal melabur. Akan tetapi pembahagian kaunter yang dilabur oleh valuecap saling tak tumpah dengan KWSP.

carta disediakan olehm yop101


Apa istimewanya Valuecap?

Sudara Chi Chang , penasihat ekonomi DAP telah mengutarakan beberapa soalan.

Diterjemahkan ke Bahasa Melayu..

1. KWSP sudah meletakkan dana yang cukup banyak, mempunyai pasukan pengurus dana sendiri, memiliki 73 bilion nilai ekuiti ketika jun 2008, Kalau mereka merasa sekarang harga cukup rendah, mengapa tidak melabur secara terus? Mengapa perlu pinjamkan ke orang lain?

2. KWSP membuatkan pesaing menjadi kuat, jika membeli saham dikaunter yang sama.
3. Mempersoalkan apa cagarannya bagi pinjaman itu berdasarkan risiko yang tinggi.
4. Pada kadar apakan "interest" dikenakan kepada Valuecap, berapa lamakah tempoh pinjaman itu?

Pinjaman itu dalam bentuk apa? Sukuk kah?
Bagi saya, butiran pinjaman mestilah boleh diketahui umum kerana KWSP adalah kepentingan rakyat.

Persoalan dulu masih belum terjawap. Najib disebelah mana? KWSP atau Valuecap?

Rabu, 22 Oktober 2008

Saham Mawi Jatuh, Pinjam 5 bilion?

Ulasan saya di catatan pakdi - Mawi Ikin Kahwin .

Najib dah “pinjam” 5 bilion daripada KWSP untuk naikkan saham Mawi.

Kalau Valuecap boleh pinjam 5 bilion daripada KWSP, kenapa pula Mawi tidak boleh pinjam 5 bilion?

Di sini saya ingin membawa anda untuk melihat kisah pinjaman 5 bilion itu dari pelbagai sudut.

Sekiranya 5 bilion untuk dilaburkan ke BSKL itu cukup menguntungkan, Mengapa tidak KWSP sahaja yang melakukan pelaburan? Kalau tidak salah saya, Had maksimum pendedahan ekuiti KWSP tidak lebih 30%,  5 bilion itu hanya 2% drpd keseluruhan 242 bilion.

Apabila banyak saham tergolek, secara kiraan kasar, pendedahan ekuiti dalam KWSP akan merosot secara automatik.

Andaikata maksimum pendedahan ekuiti KWSP adalah 30% (saya tidak pasti berapa peratus pendedahan ekuiti KWSP yang dibenarkan, maklumat tidak dijumpai).

Maka, 30% daripada 242 bilion ialah 72.6 bilion.

Sekiranya pasaran saham jatuh sebanyak 30% , maka 72.6 bilion itu telah menjadi 50 bilion, dan menyebabkan jumlah keseluruhan menjadi 220 bilion.

30% darpada 220 bilion adalah 66 bilion.
Jika nilai ekuiti telah menjadi 50 bilion, KWSP boleh labur 16 bilion untuk genapkan 30% ekuiti.

Mengapa perlu pinjamkan Valuecap 5 bilion?


Lihat sudut lain pula.
Pinjaman 5 bilion oleh Valuecap, Najib menyebelahi mana? Disebelah KWSP atau di sebelah Valuecap? Atau kedua-duanya sekali?

KWSP adalah pelaburan, Valuecap juga pelaburan.
Najib mahu siapa lebih untung? KWSP atau valuecap?
Atau hanya mahu naikkan indeks BSKL semata-mata?

Pinjaman 5 bilion itu siapa luluskan?
Saya tidak rasa pengarah-pengarah pegawai kerajaan di KWSP itu boleh luluskan pinjaman 5 bilion sesuka hati.

Najib "meminjam" atau "memberi pinjaman" ?

Adakah kerana Valuecap yakin boleh boleh bayar hutang secara "rating tinggi", maka dia boleh dapat pinjaman 5 bilion.

Kalau hanya kerana mampu bayar?
Mana bukti Valuecap mampu bayar?
 
 
Apa akan jadi sekiranya pelaburan Valuecap rugi dan tidak lagi mampu membayar hutang kepada KWSP? Siapa mahu membayar duit hutang KWSP yang bernilai RM 5 bilion itu? Adakah peserta KWSP akhirnya yang akan menanggung kerugian sepenuhnya seperti mana pencarum dana pencen di US dan Eropah yang kerugian besar akibat krisis sub prima?

Kalau nak sangat guna duit KWSP untuk rancakkan saham, ada baiknya pengeluaran KWSP untuk unit amanah yang 3 bulan sekali itu, dipercepatkan jadi sebulan sekali sehingga krisis selesai.

Pencarum yang berani boleh ambil risiko lebih jika mahu, yang tak berani tidak diganggugugat.


Google+ Hasbullah Pit