Diberitakan di Utusan Malaysia bahawa 758 orang memperolehi pingat pada hari keputeraan TYT Melaka.
Sekali pandang, sudah rasa cukup banyak.758 orang.
Sebenarnya tahun lepas 1183 orang mendapat pingat pada tahun lepas.
Baca baik-baik perenggan ini
Saadon berkata jumlah keseluruhan penerima yang berkurangan pada tahun ini berbanding 1,183 orang pada tahun lepas disebabkan Kod Etika Pemilihan Umno yang tidak membenarkan anggota parti itu dianugerahkan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri.Jika ditolakkan 1183-758 = 425
Maksudnya ada lebih kurang 425 ahli UMNO tidak dapat pingat tahun ini.
Daripada 758 orang itu, tolak Shahrukh Khan dan pemimpin MCA MIC Gerakan. Ada banyak lagi baki orang Melayu yang profesional yang bukan ahli UMNO.
Baca semula perenggan tadi, dan anda boleh lihat bahawa Kod Etika UMNO dikaitkan dengan penganugerahan pingat.
Nampak sangat UMNO memberitahu kepada dunia mereka menguasai institusi TYT tanpa rasa segan silu.
Kod Etika Pemilihan UMNO adalah hal UMNO. Itu UMNO punya fasal.
Mengapa etika pemilihan UMNO dijadikan kretiria pengurniaan pingat?
Etika MCA MIC Gerakan tidak diambil kira?
Mereka juga akan adakan pemilihan pucuk pimpinan juga. Tetapi adakah MCA MIC Gerakan melarang ahlinya daripada menerima pingat?
Tidak beretika sangatkah penerima pingat?
Etika mana yang hendak dijaga? Etika penerima pingat atau pemberi pingat?
Sekiranya pengurniaan pingat dibuat tanpa ada unsur unsur yang tidak elok, apa perlu dikaitkan dengan Etika Pemilihan UMNO.
Salam,
BalasPadamSekiranya diteliti, mereka2 yang dapat menduduki kerusi dalam UMNO baik walaupun bahagian - tidak ada satu pun yang tiada gelaran Dato'.
Tapi cube tanye.."Dato' dapat anugerah bintang negeri nana?". Yang pasti, kalau anugerah negeri Melaka, ramai yang akan mendiamkan diri..
Sdr,
BalasPadamSaya setuju dengan pandangan saudara. Inilah juga isu yang saya bincangkan dengan beberapa orang sahabat dalam UMNO. Sekiranya anugerah (tak kisahlah dato atau pjk) diberikan kerana sumbangan mereka kepada Melaka, maka ia boleh diberikan tanpa mengira soal pemilihan dalam UMNO. Lagi pun yang anugerahkan pingat dan bintang ialah TYT, bukannya ketua menteri.
Nobisha,
BalasPadamMemang bukan ketua menteri yang menganugerah pingat dan bintang namun demikian beliau juga berperanan unutk 'menasihat' TYT dalam menentukan siapa yang berhak untuk mendapat gelaran datuk.
Bapak gua datuk gak... ader 16 cucu..... errr ... kalu camnie dah boleh dapat Tan Sri ker Tun nie... hehehe...
BalasPadamOooo.. nak dapat Tan Sri atau Tun, bapak gua kena ader cicit la.... hahahaha...
Melaka.... nasib baik la lu takder sultan.... kalo tak? .... hehehe