1 gelaran Datuk Seri dan hanya 3 gelaran Datuk dikurniakan.
Itu pun yang menerima Gelaran Datuk Seri itu adalah Perdana Menteri yang Pertama, Tunku Abdul Rahman.
klik untuk besarkan.
Berbanding dengan tahun ini 78 Datuk dikurniakan dan tahun lepas 80 orang Datuk.
Jumlah keseluruhan penerima anugerah ialah 178 pada tahun 1995, berbanding 758 pada 2008, dan 1183 pada 2007.
Berapa agaknya kadar inflasi gelaran Datuk?
Kalau pada 1985, hanya 4 orang dapat gelaran Datuk ke atas, tahun ini 78 orang.
Maka inflasi gelaran Datuk adalah 1950 %.
Nilai "Datuk" Negeri Melaka kini hanya 5.1% daripada nilai Datuk pada tahun 1985. Kemerosotan nilai sebanyak 94.9%.
Susut nilai yang agak tinggi.
Kalau dahulu, semua penerima pingat boleh disenaraikan dalam akhbar.
DSM, Darjah Seri Melaka,tanpa gelaran Datuk pun dipaparkan muka di akhbar.
.
Harap maaf gambar tidak jelas. Tangan goyang.
semakin lama semakin ramai yang dapat title datuk.tapi semua yang dapat title datuk tu berhak dan layak ke atas gelaran tu?
BalasPadammacam bintang Bollywood tu.macammana lah dia boleh dapat pulak gelaran tu.tidak.saya tak jeles langsung dengan Shah Rukh Khan.tapi apa sumbangan dia terhadap negara kita?rasanya ramai lagi rakyat Malaysia yang lebih layak untuk gelaran tersebut.
Shah Rukh Khan dapat "dato'"?
BalasPadamMichelle Yeoh tu boleh faham la lagi kenapa dia boleh dapat datuk.tapi kenapa,mengapa,bagaimana boleh pelakon utama "Kuch Kuch Hota Hai" tu boleh dapat gelaran sebegitu?
mungkin apa kata Seniman itu betul jugak.mereka (Seniman) aku rasa taklah kebulur gelaran Datuk tu tapi lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang lebih layak untuk gelaran tersebut.
gelaran hanya pada nama tetapi biarlah gelaran itu diberikan kepada orang yang benar-benar berhak atas gelaran tersebut.