test

Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Selasa, 17 November 2015

Demokrasi macam itu lah



Demokrasi macam itu lah.

Seseorang yang ingin mengundi seorang calon kerana "pakatan partinya" akan undi calon itu.

Seseorang yang ingin menggundi seorang calon kerana "parti nya", akan mengundi calon itu.


seseorang yang calon itu, (tanpa kira platform) akan undi calon itu juga.

Calon yang sama, tetapi sebab berbeza.

Sebab mana yang betul?

Kita tak tahu, sebab di kertas undi itu tiada ruangan "sebab".

Ketika seseorang memilih seseorang calon itu kerana partinya.
Tetapi calon itu terkeluar daripada partinya, maka siapakah yang harus dipersalahkan?

Parti kah? kerana tak menyediakan calon yang sesuai atau calon itu sendiri?

Begitu juga, apabila berlakunya perpecahan pakatan.

Kita tak tahu , sebab pengundi mengundi tanpa menyatakan sebab.

Apabila berlakunya perpecahan pakatan, sebagai contoh Pakatan Rakyat.

wakil rakyat kena berusaha sungguh-sungguh untuk mengetahui apa sebab dia diundi.

Maka wujudlah berbezaan versi pendapat
Ada yang menyangka kerana pakatan, ada yang menyangka kerana parti.

Mungkin juga kerana dirinya sendiri.

Apa pun mandat diberikan kepada individu sebagai wakil rakyat.

Pengundi yang penyokong parti, ada pilihan untuk tidak mengundi calon partinya, jika tidak yakin dengan individu itu.

Jadi apa yang dibuat oleh wakil rakyat diparlimen, walaupun pelik macam sarkas. Atau berlawanan arus.

Ianya berlaku dalam lingkungan mandat yang diberikan oleh pengundi.

Tiada unsur pengkianatan. Dia boleh undi atau ponteng, atau duduk diam,.

Sebab pengundi ada pilihan untuk tidak memilih calon itu.

Selasa, 21 Julai 2015

Kepelikan PAS dalam Menangani Isu Tulisan Jawi Teresa Kok.

Saya masih ingat lagi suatu ketika dulu Teresa Kok mempersoalkan Tulisan Jawi pada papan tanda nama jalan.



We want muhibbah road signs (14 Feb)

 (mesti klik baru faham cerita)

Ianya diterbitkan pada 14 februari 2008.

Isu belum selesai.

Namun, setelah parti pembangkang (PAS, PKR DAP) memperoleh kemenangan pada pilihanraya 2008.

Pakatan Rakyat ditubuhkan pada april TANPA menyelesaikan isu tulisan Jawi Teresa Kok.


Saya menulis kembali perkara ini pada Semtember 2008.

Isu Fobia Jawi : Saya Bukan Nak Berperang dengan Teresa Kok


 (mesti klik baru faham cerita)

Namun, tidak mendapat sebarang respond.


Yang selalu memainkan isu ini adalah dikalangan penyokong UMNO, tetapi tidak berlaku padapimpinan UMNO. Dan ianya tenggelam.

Selama ini, perkara ini disengajakan tutup oleh PAS atau Pakatan Rakyat atau apa sebenarnya?


Maklumlah, ketika inginkan kemenangan, perkara elok DAP sahaja dicanangkan.

Namun setelah bercerai.

Maka isu ini kembali timbul di Media Facebook.





Agak pelik juga Fanpage "Menyokong Penuh Tuan Guru Presiden dan Kepimpinan Ulama", Tetapi Presiden sendiri yang menandatangani penubuhan Pakatan Rakyat, tanpa menyelesaikan isu tulisan jawi ini.

Timbalan Presiden ketika itu Nasharudin Mat Isa, pun boleh dikira Ulama juga?

Agak pelik kalau perkara ini boleh timbul semula setelah Berpisah dengan DAP (2015).
Walhal ianya boleh diselesaikan sebagai syarat untuk menubuhkan Pakatan Rakyat (2008).


Dulu Ahli PAS disuruh wala' dengan tindakan penubuhan Pakatan Rakyat, walaupun Teresa Kok masih lagi dibiarkan mempersoalkan tulisan Jawi.

Dan kini, dan seterusnya disuruh wala' lagi.





Isnin, 20 Julai 2015

Saya Kekal dengan PAS

Berlakunya gelombang Gerakan Harapan Baru, akibat daripada krisis dalaman PAS, yang berpunca daripada spin media-media jahat. Atau faktor faktor lain.

Namun, saya putuskan untuk kekal dalam PAS.
Saya kekal sokong PAS.
Namun saya bukanlah penyokong kumpulan-kumpulan tertentu dalam PAS.
Saya menyokong PAS sebagai wadah perjuangan secara umum.
 
Walaupun saya akui PAS tidaklah seterbuka dahulu.
Namun saya yakin, 4,5 tahun lagi, Akan ada suara-suara yang mahukan PAS lebih terbuka, maka PAS akan terbuka jua.

Sememangnya PAS tidaklah 100% selari dengan apa yang saya mahukan.

Saya berfahaman Pasaran Bebas, Anti kawalan Harga, Tetapi PAS tidak sebegitu. Walaubagaimana pun Harapan Baru, pun tidak ada bunga-bunga kearah penolakan kawalan harga.

Jadi buat apa saya pindah ke wadah yang juga tidak memenuhi keperluan saya.

Saya juga, tidak percaya 100% pada demokrasi.
PAS duduk di bawah demokrasi, strukturnya ikut sempadan politik pilahanraya.
Manakala 'Harapan Baru', terlalu mempercayai pada Demokrasi.

Kalau cadangkan PAS keluar Pakatan Rakyat, pada orang Harapan Baru, mereka tidak setuju.
Yang peliknya "GU" pun tak sokong.

Namun tetap saya putuskan untuk kekal bersama PAS, sebab ianya satu wadah yang terbaik.

Dalam keadaan situasi PAS, yang satu hala sekarang ini.
(Fikrah adalah daripada atas ke bawah), maka memanglah sukar untuk melontarkan idea-idea daripada bawah.
Harapan Baru pun belum tentu lagi terima idea orang bawah.

Harapan Baru, walaupun nampak baru, namun mereka itu adalah bekas-bekas ahli PAS.
Maka budaya PAS itu akan tetap ada.

Mungkin akan berlaku , "Mesyuarat pukul 9: datang pukul 9:30'

Mereka bukan Ex-Googler yang mempunyai cara bekerja dan berkomunikasi yang berbeza.

Namun saya kekal PAS.

Antara kelebihan PAS adalah, mempunyai ramai "pekerja parti", yang bukan ahli politik.

Maka dengan sumber yang ada, (walaupun sedikit berkurang), banyak kerja-kerja memanafaatkan boleh dilakukan.

Entah bagaimana, saya diberikan peluang untuk memgemudi Lajnah IT kawasan, maka  saya telahpun merangka rancangan 10 tahun, walaupun sepenggal yang saya ada itu hanya 3 tahun.

Tetapi tak mengapa sebab saya boleh tinggalkan platform, supaya boleh disambung oleh adik-adik.

Misi saya kini 1 sahaja. Iaitu Menjadi Lajnah IT terbaik dunia.

Supaya boleh menjadi rujukan pada gerakan gerakan Islam yang ada di dunia ini.

Apa perancangan saya?
Itu rahsialah.....

In Sya Allah, kami akan penuhkan keperluan IT bagi PAS, dan kemudiannya umat islam setempat , dan seterusnya seluruh dunia.

Dengan Teknologi "murah" sekarang ini, macam-macam boleh dilakukan.




















Jumaat, 17 Julai 2015

Tips untuk tabayyun berita.



Tips untuk tabayyun berita.

Sekiranya anda ternampak orang share artikel Malaysiakini, atau tmi. Maka janganlah percaya tajuk itu bulat-bulat.

Ianya mungkin sensasi, atau menyentuh perasaan anda, untuk cepat-cepat percaya tajuk.

Mungkin adakalanya, tajuk itu sudah cukup untuk membuatkan anda percaya tajuk, sebab tajuk itu membolehkan anda menghentam pihak lawan.



Ada berita yang diambil daripada kenyataan verbal, ada yang diambil daripada kenyataan media.


Untuk verbal, memang susah nak dapatkan ayat-ayat sebenar. melainkan ada video.

Namun untuk yang bersumberkan kenyataan media, anda boleh cari di http://mediaterus.blogspot.com .
confirm tak ada spin.

Maka anda boleh baca, tanpa terpengaruh tajuk yang diubah suai.

Cara lain, ialah, anda perlu cari dimana punca sebenar kenyataan itu, sebagai contoh, kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, boleh dicari di Fanpage dia.




sekian.

Rabu, 6 Mei 2015

Tak semudah itu untuk simpulkan kononnya "Pengundi Rompin sokong GST".

Tak semudah itu untuk simpulkan kononnya "Pengundi Rompin sokong GST".
Itu sudah macam ikut gaya Ali Rustam "salahkan pengundi"

Ada banyak faktor lain yang mempengaruhi pengundi.
Kesimpulan yang lebih tepat adalah

"PAS masih belum boleh yakinkan pengundi Rompin"..

Atau nak tambah lagi

"PAS masih belum boleh yakinkan pengundi Rompin walaupun pengundi tak suka GST"..

atau...

"PAS masih belum boleh yakinkan pengundi Rompin kerana
1.
2.
3.
4.
5.
6. (kena cari sendiri, dan berhenti salahkan faktor luaran)

"..

Isnin, 30 Mac 2015

GST vs Cukai Simpanan + Cukai Saham

GST memang memeningkat kepala. Maklumkan setiap peringkat kena sikit sikit.
Bab nak mengira jadi 1 kerja.
Nak rekod,

Ada pula yang tidak tunai.
Invois hari lain, bayaran hari lain.
Ada pula yang keluar invois, tapi tak bayar-bayar.
Kompleks pengiraannya.

Sedangkan yang tunai pun ramai yang tak faham.

Macam-macam alasan nak kena kan GST.
Alasan hutang banyak lah
Alasan nak bayar gaji penjawat awam lah.

Hakikatnya, Negara boleh wujud dalam 2 mod.
Mod tiada duit.
Mod banyak duit.

Boleh berlaku serentak.


Jadi apa alternatif kepada GST?

Kalau diikutkan saya, mudah sahaja.
Cukai Simpanan dan Cukai Saham.

Siapa ada Simpanan Tetap, kena 2.5% setahun.
Siapa ada saham, kena 2.5% setahun.

Saiz pasaran modal BSKL berapa? 1 trillion.
kalau 2.5% dapat berapa setahun? Sudah 25 billion.

Simpanan tetap pula berapa?

Menurut laporan Bank Negara , Simpanan tetap pada Januari 2015 adalah RM 726,135.9 juta.
Bersamaan RM 726 billion.




Maka kita kira lah guna bc.

726135.9/40
= 18153.39750 juta = 18.15 billion

Maka, apabila kita guna matematik darjah 3, untuk menambah 25 + 18.1  = RM 43.1 billion



RM 43.1 bilion tanpa GST
Tanpa pening-pening kira itu ini, kira stok, kira pricing
kira itu ini, nak beli software, nak "reverse engineer software" dan sebagainya.



Dan...
dan yang paling penting. Hanya orang kaya sahaja yang kena cukai.
Yang mana yang betul-betul ada lebihan.

L E B I H A N

"Lebihan" bukan ikut transaksi...
Bukan ikut "pendapatan"  , (yang mana pendapatan itu digunakan untuk bayar hutang.














Jumaat, 20 Mac 2015

Seni Berpolitik - Gaji Minima - Hudud

Dalam politik, ada agenda masing masing.
Masing masing ada agenda.

Ada agenda baik, ada agenda jahat.

Ada yang rasa agendanya baik, sebab itu dia ikut fahaman tertentu.

Maka bersepak terajanglah dalam politik, dan berkawanlah salah politik.

Matlamat tetap sama, capaikan agenda masing-masing.

Dalam berkawan dalam politik, adakalanya pihak lawan atau kawan, akan terikut-ikut agenda kita.

Adakala kita pula terikut agenda pihak lawan dan kawan.

Maka pentingnya prinsip dan tahu hala tuju.

Para sosialis, berjaya mencucuk jarum idea gaji minima dalam pakatan rakyat.
Maka, BN pula terikut-ikut , dan dengan mempunyai kuasa, maka mereka melaksanakan dahulu.

Walaupun bukanlah 1 perkara baik gaji minima itu, sebab membebankan peniaga kecil, namun agenda itu berjaya diangkat.

Begitu juga agenda environmentalis yang mahu hari tanpa plastik. Niat suci untuk mengurangkan penggunakan plastik, namun kapitalis pula ambil kesempatan untung 20sen.
Rakyat masih lagi tak faham kenapa perlu ada hari tanpa plastik.

Walhal, kalau rakyat faham, hari-hari boleh jadi hari tanpa plastik.

Saya sendiril, kalau beli kurang dari 2 barang, memang beritahu pada juruwang supaya tidak beri plastik.

Sejak 90an lagi saya begitu.

Dalam persoalan Hudud pula, atau nama manisnya Kanun Jenayah Syariyah.
Zaman dulu, memang sesuka hati orang menolak hudud. Namun zaman berubah, dan orang islam sudah tidak berani menolak hudud. Paling kuat pun cakap "belum sesuai".

Macam Anwar Ibrahim tolak GST dengan cara "belum sesuai", tetapi dia tak tolak 100%.

Pada pertengahan 2014, wujud 1 situasi dimana terdapat "sweet spot", waktu sesuai untuk bentang hudud. Di mana, ketika itu DAP pun umpama malu-malu alah nak tolak hudud, PKR pun begitu.

UMNO pula, di Kelantan sudah lama 'persoalkan' "Mana dia Hudud yang dijanjikan".

Dr Dzulkefly, Hanipa Maidin , gigih menerangkan pada bukan Islam.

Namun sweetspot itu telah berlalu.

DAP sempat bermesyuarat untuk tolak.
Dr Dzulefly dan Hanipa Maidin telah dijebonkan oleh pakar-pakar Jebonisasi.

Sudah lari sedikit daripada sweetspot, tetapi masih lagi OK.

Mungkin akan tiba kembali sweet spot itu.







Khamis, 26 Februari 2015

Demokrasi Melayu, Demokrasi Asia , Tidak boleh Lawan Ketua

Demokrasi Melayu?
Wujudkah Demokrasi Melayu?
Dunia Melayu baharu sahaja terjebak dengan demokrasi, Entah bagaimana boleh memilih untuk demokrasi.

Walaupun secara sejarahnya, tidak pernah demokrasi sejak kurun ke 15.

Demokrasi bukanlah sistem yang bagus sangat, akan tetapi sistem sebegitu dipilih ornag orang Melayu , orang Asia untuk digunakan pada zaman ini.

Saya sudah perhatikan sejak bertahun yang lalu, Demokrasi tak sesuai dengan asia.
Dengan Melayu lagilah tak sesuai.

Mungkin hanya Jepun yang sesuai dengan demokrasi, yang lain ada sahaja yang tak kena.

Di Malaysia, terutama sekali dalam dunia Melayu, wujud demokrasi dalam parti politik, dalam NGO, dalam persatuan itu ini, pemilihan ketua kelas pun nak didemokrasikan.

Namun, Rakyat dunia ke 3 ini masih lagi dunia ke 3.

Kalau ketua atau presiden atau YDP berundur, baru boleh sesuai buat pemilihan.
Tapi kalau ketua atau presiden dilawan untuk digantikan dengan yang lain.
Maka ianya seolah-olah salah besar.
Dosa besar untuk jatuhkan ketua.
Boleh dilabel kianat, boleh dilabel mempecah belah.

Yang peliknya, mengapa masih lagi guna sistem ketua boleh ditandingi?
Kenapa tidak guna sistem "Ketua seumur hidup melainkan letak jawatan atau bersara"?

Dalam UMNO pun begitu, disebabkan ada pertandingan sebelum ini yang menyebabkan perpecahan (dan blackout). terus tiada pertandingan merebut jawatan Presiden.

Dalam PKR, Jawatan Presiden umpama hadiah daripada suami. Tetapi hadiah jawatan Menteri Besar tak dapat. Jawatan KetUm lebih tinggi, sehingga dalam perlembagaan pun tak boleh jatuhkan KetUm.
Untuk Jawatan KetUm , boleh dipanggil "KetUm Berpelembagaan".

Dalam PAS, uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk
uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk ukuk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk (kalau aku tulis nanti dilabel PASMA, Islam Liberal dsb) .


Namun tidak pula ada usaha untuk ubah sistem supaya ketua tidak boleh dilawan.

Sistem beraja zaman dahulu pun ada kaedah khas untuk melantik raja.
Kena tunggu ada yang mati dahulu, baru boleh lantik.

Di Perak ada sistem perlantikan sendiri, ada Raja di Hilir, Raja Muda dan sebagainya.

Sistem pemilihan Kesultanan Sulu pun ada penggiliran keluarga.

Akan tetapi, Organisasi dunia ketiga yang nak guna demokrasi, tetapi tak mahu tak mahu jawatan ketua dipertandingkan, ada baiknya ubah sistem perlantikan atau perlembagaan supaya ikut kesesuaian organisasi.

Tak perlu demokrasi dibibir, tapi dalam hati ada dunia ke 3.









Khamis, 8 Januari 2015

Akad dah Ke Laut ...Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?


Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?
Jawapannya Ya dan Tidak.

Selama ini pun ada banyak stesen yang tutup. Diganti dengan orang lain.
cuma tak nampak sangat sebab penggantian itu cepat.

Minyak tak turun naik pun, ramai sudah tersungkur dek kos operasi terutama TNB yang meningkat.

Maka timbullah teori mengatakan, kalau harga rendah, harga kos pun rendah.
bila naik, stok jadi mahal, maka untung.

Teori itu memang boleh dipakai, JIKA stok adalah sama setiap kali perubahan harga.

Akan tetapi perkara sebeitu mustahil berlaku.

Kebiasaanya, bila harga nak naik ramai berduyun-duyun penuhkan tangki.
Jadi stok masa nak naik sedikit.

Masa nak turun pula, biasanya stok banyak.

OK, nak salahkan pengusaha kenapa simpan stok banyak?

Tidak boleh, sebab ini sistem Akad sudah kelaut

Dalam sistem Akad sudah ke laut, pengusaha (pelanggan) tidak lagi boleh memesan berapa banyak kuantiti yang hendak dibeli. Semuanya ditentukan oleh syarikat minyak (penjual).

Maka dihenjutlah sebanyak mungkin kepada pengusaha/pembeli ketika harga hendak turun.

Dalam Islam, urusniaga jual beli (muamalat) adalah antara suka sama suka. mesti ada persetujuan jual beli antara 2 belah pihak.
tidak ada paksaan. Jadi bila ada paksaan maka tidak sempurna.

Maka bila tiadanya perkara seasas begitu dalam jual beli, maka bolehlah dikatakan Akad sudah ke laut.

Jadi, bukan harga turun naik itu yang menyebabkan pengusaha bankrap, tetapi kehilangan perkara asas iaitu "persetujuan jual beli" itulah yang menyebabkan 1 pihak teraniaya.


Dalam transaksi jual beli pengusaha dengan pelanggan agak jelas.
Pelanggan tahu harga, pelanggan tahu kuantiti, pengusaha sedia jual.
maka transaksi berlaku.   halal......

Tetapi, wujud pihak ke 3 dan ke 4 yang campur tangan antara urusan jual beli antara pengusaha dengan pelanggan runcit itu.

Iaitu, Kerajaan dan syarikat minyak.

Kerajaan ingin mengambil tugas Allah menentukan harga dalam urusniaga antara 2 pihak.

Maka sebenarnya tidak wujud persetujuan jual beli antara 2 pihak itu, sebab 2 pihak itu terpaksa menggunakan harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Maka, apabila perlaku kenaikan harga, sebagai contoh yang berlaku zaman Pak Lah naik terus 2.70.

Kenaikan itu sudah diumumkan, tetapi tidak dilakukan serta merta.

Maka wujudlah ketidak redhaan untuk menjual oleh pengusaha pada malam itu. walaupun ketika itu, pelanggan cukup suka nak beli sebab esok naik. sehingga berlaku jem seluruh negara.

Ambil senario harga minya turun pula.
Sudah 2 kali selepas pengapungan terurus ini dilaksanakan, harga minyak diumumkan turun beberapa hari awal.

Maka ada yang kering, sebab terlalu nak kurangkan stok.

Dan ada pula yang terlebih banyak stok, disebabkan telah dipenuhkan oleh syarikat minyak menggunakan sistem Akad dah Ke Laut.

Mengapa perlu ada delay / penangguhan antara pengumuman dengan perlaksanaan?

Saya pernah tulis cadangan saya dulu di sini

Jadi saya cadangkan, tempoh masa pengumuman perubahan harga mesti kurang dari 24 jam.
Hari ini pukul 4 umum tukar harga, malam terus laksanakan.

Jangan beri ruang untuk berspekulasi.

Saya dapat maklumat perubahan harga dalam sistem pengapungan terurus ini adalah secara bulanan. Bagi saya ianya tidak elok, sebab orang boleh ramal perubahan harga hujung bulan depan.

Dalam 1 bulan mesti harga nymex banyak berubah, kalau mingguan kurang sedikit perubahan dia.

Maka cadangan saya adalah sebegini.
Perubahan harga minyak adalah dalam mingguan dan bukan bulanan.

Hari perubahan harga adalah tidak tetap.
minggu ini mungkin isnin,
minggu depan mungkin jumaat,
minggu lagi 1 mungkin khamis.
Isytihar 4 petang, laksana tengah malam hari sama.

Tetapi kalau boleh tak berubah hari khamis, sebab tak mesra hubungan suami isteri.
Hujung minggu pun kalau boleh tak payah ubah lah, pegawai nak cuti, pengusaha nak cuti.

Atau mungkin juga boleh guna kaedah siang.
Isytihar 11 pagi. dalam tempoh 1 jam kena tukar harga.

















Jumaat, 19 Disember 2014

Kempen Al-Wafa melancarkan konvoi bantuan untuk pelarian Palestin


ROTTERDAM, (PIC)-- Kempen al-Wafa eropah menyatakan keinginan mereka untuk mengadakan kempen baru untuk memperbanyakkan bantuan kemanusiaan  kepada pelarian di Palestin di Palestin , Syria Lubnan dan Turki menjelang kedatangan musim sejuk.


Ketua Kempen Eropah, Amin Abu Rashid menjelaskan bahawa "Kempen Bersama Memanaskan Musim Sejuk" adalah konvoi bantuan kemanusian diadakan untuk membantu membekalkan pertolongan kecemasan kepada pelatian Palestin yang kekurangan keperluan asas insan pada musim sejuk ini.

Bantuan kempen dijangka diagihkan dalam empat negara utama disebabkan keadaan kehidupan yang miskin dan susah yang dialami oleh pelarian yang dipaksa keluar ini, Tambahnya


----
 Terjemahan untuk Palestinkini dari sumber
http://english.palinfo.com/site/pages/details.aspx?itemid=69182

Rabu, 26 November 2014

Jalan Semarak: DBKL nak padam sejarah UMNO?

Zaman muda saya dulu pun saya ambil tahu perkembangan semasa.

Jadi saya masih ingat lagi Zaman  Tan Sri Mohamed Rahmat  baru jadi Menteri Penerangan, dan melaksanakan Program Setia Bersama Rakyat.

Ketika itu saya dalam lebih kurang tingkatan 1.

Ketika itu saya anggap ingat sesuatu program yang baik sebab nampak pemimpin dekat dengan Rakyat.

Maka Jalan Gurney di tukar nama menjadi Jalan Semarak kerana peristiwa itu.

Daripada nama Penjajah, kepada nama Program UMNO.

Ketika itu, saya tidak tahu yang program Semarak itu adalah program politik. sehinggalah beberapa tahun kemudian, seya berborak dengan seorang pemuda yang pakai baju PAS dalam bas dari KL nak ke Melaka. Saya tidak ingat tahun berapa mungkin semasa pilihanraya 1990. Maka saya tahu lah ianya kempen politik UMNO.

Kini Jalan Semarak ingin ditukarkan kepada Nama Jalan Sultan Yahya Petra, Hairan juga kenapa DBKL nak padam sejarah UMNO.





Jumaat, 7 November 2014

Gosip itu datang sendiri pada kita

Tak kala rakyat dalam kesempitan, tak lama lagi nak GST, banyak persiapan nak dibuat, samada nak lawan pun kena persiapan, nak kutip pun kena persiapan.

Masa itulah banyak gosip muncul sendiri kepada kita.

Gosip emas cerita sontot
Gosip politik pun cerita sontot, cuma lebih terperinci, bluekkkk.

Tiba-tiba ada gosip syiah, semua cerita-cerita syiah timbul.

Dalam group Badminton , ada pula gosip pelajar kantoi meniru guna Samsung Gear.
wah canggih.

Namun, nasib baik kepada otak ini masih boleh fokus apa nak dibuat, makan tumpuan masih kepada yang sepatutnya.

Memang kita ini nak kena kurangkan masa Whatsapp.

eh, GST pun ada gosip,
Sekarang sudah menular kisah penipuan pengiraan kononnya servis harga aircond cukainya dikira jadi lebih kurang 50%.

Aduh...
Lawan GST dengan fakta, bukan dengan penipuan pengiraan.
Yang termakan sentimen anti GST, bukan main suka forward, bila ditegur buat biasa sahaja.

Mungkin sampai sekarang dia ingat pengiraan itu betul agaknya.

Nak korek ilmu GST, ada banyak cara, yang percuma pun ada, tanya sahaja siapa yang tahu.
Yang berbayar pun ada.

Dengar cerita, ada orang coaching GST, sampai kena bayar RM 750... huhuhu



Rabu, 5 November 2014

Langkah Berani PSM

Ramai yang tak kenal PSM, Parti Sosialis Malaysia.

Saya memang awal-awal nak mengaku memang tak sokong sosialis.

Tetapi PSM melakukan satu langkah berani, untuk putuskan tidak mahu menyertai Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, tidak pasti pula, memang sudah mohon masuk Pakatan Rakyat atau bincang dengan PKR sahaja?






Yang sebenarnya, kalau PSM putuskan untuk Masuk Pakatan Rakyat, maka agenda saya nak keluarkan PAS dari Pakatan Rakyat, jadi 'Mod PSM' sudah tidak releven. hehe

Sebelum ini PSM bertanding di beberapa kerusi guna logo PKR, maka ramai orang tak tahu apa itu PSM, mungkin orang-orangnya memang selalu jumpa, tapi tak tahu yang dia itu PSM sebab sudah terhijab disebalik PKR.

Wujud krisis di Semenyih, di mana sepatutnya PSM bertanding, tetapi disebabkan PKR nak logonya digunakan, maka orang PKR yang diumumkan bertanding.

Ditambah perit lagi, di Kota Damansara, walaupun PSM sudah mengalah untuk guna logo PKR, bertembung pula dengan PAS.

Satu perkara pelik berlaku seolah-olah PAS baru tahu yang calon PSM bertanding guna logo PKR.
Selama 2008-2012 belum tahu atau macam mana?

Orang-orang PSM sudah bergaul mesra dengan orang-orang PAS.
Ketika perbicaraan Mansuhkan ISA, orang PSM selalu hadir, malah Arul sendiri turut hadir.

Ditambah pula banyak agenda Sosialis yang turut dijaja oleh PAS ketika kempen PRU, maka mati-mati saya ingatkan PAS memang berbaik dengan PSM.

Secara tiba-tiba, 'Sosialis' ditolak, Tetapi Agenda Sosialis Gaji Minima RM 1100 , digunapakai untuk kempen. di Kota Damansara

Memang pelik, memang pelik. Memang pelik.

Tetapi itulah politik.

Kini PSM tak perlu pening-pening macam PAS, tiap-tiap kali muktamar lafaz "Perkukuhkan Pakatan Rakyat" , sambil itu juga angin bertiup kencang "Nak keluar Pakatan Rakyat". Ulang ulang ulang...

PSM juga tak perlu nak backing sangat kemerepekan segelintir pemimpin PR yang terlebih bawa agenda liberal.

Tapi nasib baik juga Agenda Sosialis Gaji minima RM 1,100 tak perlu dilaksanakan.
Nak bayar gaji 2 orang RM 900 pun terkial-kial.
















Selasa, 4 November 2014

Liberal tak semestinya Terbuka

Liberal kebiasaanya dikaitkan dengan terbuka, tetapi tak semestinya yang terbuka itu liberal dan yang liberal itu terbuka.

Liberal bemaksud bebas, dan tidak semestinya bebas itu satu keperluan.

Ada kala orang yang terbuka itu dilabel liberal.

Orang terbuka, boleh terima seribu satu jenis input, termasuk liberal dan anti-liberal sekali.

Terima semua hujah-hujah, tetapi tidak semestinya sokong.

Ada yang anti liberal secara tak terbuka, orang yang terbuka yang tak liberal pun dicop liberal.

Maka jadilah orang terbuka.

Boleh terima semua input, proses elok-elok.

Buang yang keruh ambil yang jernih.

kalau proses tanpa output pun tak mengapa.


Apa erti hentam musuh, menggunakan fakta yang direka untuk jatuhkan musuh.

Jadi dengar semua belah pihak.

Kasi proses maklumat baik-baik.

Ada orang liberal yang tak terbuka. Kepala otak sudah sebati dengan anggap semua yang liberal itu bagus. Semua hujah pihak lawan di prejudiskan awal-awal.

Nampak sahaja islam, atau hujah-hujah cenderung islam, cepat2 cari salah.
Itu tidak terbuka.

Keterbukaan bukan hanya mengambil idea barat, tetapi mampu mendengar perkara baru yang tidak semestinya dari barat.



Isnin, 20 Oktober 2014

PAS Keluar Pakatan Rakyat, Mod PSM.

Melihat akan senario politik sekarang, secara peribadi, saya merasakan ada baiknya PAS keluar Pakatan Rakyat.

Banyak sangat cerita kononnya nak keluar, kemudian ada ungkapan "Perkukuhkan Pakatan Rakyat".
Pusing-pusing macam itu sahaja.

Saya bukan benci DAP atau PKR, Tetapi merasakan perlu untuk PAS keluar buat masa sekarang.

Alasan untuk kekal biasanya guna "ruang dakwah yang luas".

Bila wujud Pakatan Rakyat, maka yang paling suka ialah peminat sistem 2 parti.

Masalah yang timbul daripada Sistem 2 parti adalah seolah-olah memisahkan semua benda kepada 2.

Jadi itu tidak elok. Seolah-olah negara terpisah pada 2, walhal tidak.

Jadi PAS perlu keluar Pakatan Rakyat secara elok, supaya ruang dakwah masih ada.

Masih berkawan tetapi tidak dalam Pakatan Rakyat.

Sebagaimana sebelum 2008, kerajaan masih boleh dibentuk tanpa membentuk Pakatan Rakyat.

Bagaimana itu?

PSM pun tidak berada dalam Pakatan Rakyat, tetapi masih berkawan dengan PAS DAP PKR.
Tak ada masalah.

Tak ada pula dengar cerita dalam PSM nak keluar Pakatan atau nak masuk Pakatan.

Jadi kalau PAS berada dalam mod PSM sekarang ini,

Jadi apabila PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, maka banyak benda boleh dibangunkan.
PAS perlu belajar bergaul dengan bukan Melayu tanpa 'sub' pada DAP/PKR.

Manakala DAP pun sama kena belajar rapat dengan orang Melayu tanpa PAS.

Manakala PKR, yang dari awal penubuhannya berkawan dengan PAS, kena belajar bersendiri di kawasan luar Bandar.




Rabu, 15 Oktober 2014

Budaya Berparti yang perlu ditolak semua orang.


Sejak beberapa tahun kebelakangan, budaya berparti sudah banyak meresap ke dalam Masyarakat.

Ianya lebih kurang macam budaya berkonsert, tetapi hampir serupa tetapi tak sama.

Konsert, biasanya kita tahu siapa penghiburnya.

Konsert Metalicca, itu ini.
Ada juga agenda berparti diserapkan dalam konsert, tetapi agenda utama adalah muzik.

Tapi kini, budaya berparti tidak perlukan penyanyi popular.
Hanya perlukan muzik yang rentak menari sikit, arak, dadah, apa-apa yang mengkhayalkan.

Ketum saya tak pasti, kena tanya Rafizi dulu.

Ianya masalah sejagat, bukan hanya masalah nak elakkan umat islam daripada terjebak dengan benda-benda sebegitu.

Di Negara barat budaya berparti, biasanya antara rumah ke rumah.
Hari ini, rumah sipolan ada parti, 'line clear' ibu bapa tak ada.

Macam biasa, manusia yang tak cukup jati diri akan terikut barat. GST pun nak ikut barat, CGT pun nak ikut barat. PAS ikut Rafizi yang ikut barat.

Selalunya, bila membicarakan masalah sosial melibatkan bukan islam, Ramai yang kata "Biarlah , itu untuk bukan Islam".

Tetapi saya bukan begitu, Saya ingin menyeru kepada semua orang supaya menolak budaya berparti.
Kerana ia memudaratkan, membuang masa dan merosakkan manusia.

Dalam pengetahuan saya, tak ada agama yang mewajibkan berparti.

Jadi alasan agama tidak boleh digunakan untuk membiarkan ianya berleluasa.

Agama-agama biasanya ada perayaan. Tetapi ianya tak semestinya dilakukan dalam bentuk berparti.


Isnin, 13 Oktober 2014

Menyelamatkan Jawatan Presiden PAS

Di Palestin, Matlamat utama gerakan islam adalah nak bebaskan Palestin, lawan Israel.

Di Malaysia agak pelik sikit, Dulunya fokus untuk melawan UMNO, tapi kini Gerakan Islam fokusnya ialah nak menyelamatkan jawatan Presiden.

Maka, seluruh sumber yang ada  digunakan untuk menyelamatkan jawatan presiden.

Masalah rakyat boleh dilupakan dahulu, sebab fokus utama ialah nak menyelamatkan jawatan presiden.

Jawatan Presiden tu penting.

Bayangkan kalau tak ada jawatan presiden, Organisasi dipimpian oleh Timbalan presiden.
Mana ada organisasi dipimpin timbalan.

Zaman Dr Burhanuddin dulu, tak perlu nak selamatkan jawatan presiden sebab jawatan presiden belum wujud. Yang ada YDP sahaja.





Ahad, 28 September 2014

RoboCop, Hudud dan GST

Tadi baru tengok Robocop versi alaf baru, Banyak kelainan berbanding versi 80an.

Dalam RoboCop kali ini ada unsur politik, sosial dan emosi.

Sebuah syarikat berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sebuah akta yang dikenali sebagai Akta Dreyfus.
Tujuannya supaya dapat membekalkan robot pada kerajaan.

Norma biasa bagi sesebuah negara yang mengamalkan "Pengsyarikatan" ala-ala Pengsyarikatan Malaysia.

Politik di Amerika, biasanya ada titik akhir samada akta diluluskan atau tidak.
Bila nak bentang sesuatu, maka ahli politik pun berkempenlah, korporat pun berkempen untuk mempengaruhi ahli politik yang mempunyai kuasa undian.

NGO pun bergerak untuk meyakinkan ahli politik.

Tetapi senario di Malaysia adalah berbeza, Bantahan besar-besaran Bantah GST dijadualkan untuk diadakan setelah Akta CBT/GST diluluskan. 
Lulus April, demo Mei.
Walhal sejak 2013 lagi sudah tahu tentang akta GST akan dibentangkan.
Ahli Politik Pakatan Rakyat memang pelik.


Berbalik kepada RoboCop. Diwujudkan untuk membasmi jenayah.
Akan tetapi RoboCop tidak menakutkan penjenayah.
Penjenayah masih boleh lagi usaha nak lawan RoboCop.


Berbanding Hudud , Kanun Jenayah Syar'iyah , Belum dibentang pun penjenayah sudah takut.
Tak perlu ada RoboCop, kalau penjenayah sudah takut.

Namun begitu, RoboCop ada ciri-ciri Hudud sedikit, iaitu memberi kesan kepada korupsi dalaman, dalam konteks cereka itu, RoboCop sendiri cuma menangkap polis yang membekalkan senjata dan yang 'dibeli' oleh penjenayah.

Nak dijadikan cerita, RoboCop memang handal menangkap penjenayah, sampai lupa anak bini, sebab nak tangkap penjenayah ramai-ramai dalam satu hari.

Namun, RoboCop seperti polis, tugasnya hanya menangkap tetapi bukan mengadili.
Jadi kalau satu hari boleh tangkap puluhan penjenayah sekali pun, tak cukup mahkamah nak bicarakan penjenayah itu.

Bila RoboCop boleh tangkap penjenayah ramai-ramai, maka nak bicara di mana?Perlu ada RoboCourt, RoboJugde, RoboLawyer, RoboJuruBahasa, RoboSaksi dan sebagainya...

Penyelesaian memperkasakan polis untuk tujuan mengurangkan jenayah, adalah tidak begitu sesuai.

Sebab itu, unsur penakutkan penjenayah perlu ada.


 







Rabu, 20 April 2011

Tak Perlu Emel 1Malaysia

Tak perlu emel 1Malaysia.

Yang perlu adalah National Authentication.
Ala-ala Microsoft Passport, Google authetication, Boleh diintegrasikan dengan mana-mana emel.
Authentikasi itu boleh digunakan di banyak aplikasi web.

Reset Katalaluan, di pejabat pos.

Isnin, 8 Februari 2010

Agak pelik apabila Najib beria-ria nak jumpa TG Nik Aziz

Agak pelik apabila Najib beria-ria nak jumpa TG Nik Aziz untuk menjawap "Mengapa UMNO Tolak Islam" , setelah persoalan itu digambarkan sebagai "berjumpa untuk berbincangan demi kepentingan Melayu" .

Google+ Hasbullah Pit