test

Rabu, 22 Oktober 2008

Betulkah Simpanan Terjamin? Apa terjadi selepas 2010?

"sicksand" bertanya

saya baru hendak menanyakan kenapa bank negara memberi jaminan sehingga 2010 duit pendeposit akan selamat?

1. kenapa bnm buat kenyataan sedemikian?
2. lepas tahun 2010 apa akan jadi?
3. lepas tahun 2010, adakah tiada bank lagi?
 Ezza bertanya

Apapun aku harap, duit aku selamat. Penat aku kerja datang pukul 8 balik pukul 7 malam kalau duit simpanan aku lesap. Ekonomi dunia merudum, meleset sana sini, pelabur lebih suka ambil pendekatan tunggu dan lihat, jadi haruskan aku yakin dengan simpanan dalam bank aku? Sudah tentu negara juga akan merasa tempiasnya bukan? Perlukan aku beli peti besi simpan duit dalam rumah bawah lantai papan sahaja?

Kalau diikutkan hati, senang sahaja saya menjawap.

"Entah."


Setakat yang saya faham, pendeposit dijamin sebanyak RM 60k untuk setiap akaun. Jaminan melalui PIDM.

Zaman kita kecil-kecil dulu, zaman simpan duit di "Pejabat Pos", ada tulis "DIJAMIN OLEH KERAJAAN", Saya tidak pasti samada Simpanan Al Wadiah BSN kini dijamin oleh kerajaan atau tidak. Kena tanya orang BSN atau Najib.

Kalau tidak salah saya, simpanan di Tabung Haji juga dijamin oleh kerajaan.

Simpanan di SSPN juga dikatakan ialah dijamin oleh kerajaan.(tertakluk kepada pindaan Akta 566)

Maksudnya 3 tempat itu, simpanan dijamin oleh kerajaan walaupun selepas 2010.

"Dijamin oleh kerajaan" itu apa maksudnya?
Mungkin banyak mana ringgit yang ada dalam itu, ia tidak akan berkurangan.

Akan tetapi kerajaan tidak menjamin nilainya (kuasa beli atau dinilai dengan emas) adalah sama atau lebih dari sekarang.

Kalau RM 20,000 nilai sebuah basikal pada 2020. Dengan duit yang dijamin ada itu, bolehlah beli basikal.

5 comments:

  1. siapa yang jamin tue.... zaman sekarang nie... jamin mulut mana boleh pakai... jamin pakai duit la wei...

    BalasPadam
  2. Kalau kerajaan dah jamin melalui PIDM, ok lah kot. Janganlah asyik nak hentam je semua yang kerajaan buat...

    BalasPadam
  3. woi jangan ar cam tu.. 20k boleh beli beskal jer.. penat kumpul duit kwsp beb..

    BalasPadam
  4. PIDM pulak dijamin oleh siapa? Apa kata PIDM pun bungkus.... naya tue..

    BalasPadam
  5. skrg nie smpan dalam bank xmenjamin wang kita selamat.. jika berlaku perang atau kejatuhan nilai RM spt indonesia.. wang kita akan bernilai rendah.. jadi pelaburan terbaek buat masa ini beli n smpan emas..harga emas adlah stabil n smkin mengkat.. purata peningkatan harga emas dari tahun 2000-2011 adalah lbh kurang 20-30% setahun peningkatan..
    emas diterima d mane2 negara.. sy ambil contoh rakyat kemboja yg lari ke Malaysia akibat perang..mereka hanya mempunyai barg kemas sbg modal untk berniaga d Malaysia..wang mereka tidak laku d Malaysia kerana perang..hanya emas sahaja yg mempunyai nilai d mane2 negara.. jika negara kita ada maslah spt negara mereka sudah tentu wang kita di dalam bank pn tiada guna walaupun ada berjuta, dan lbh parah lagi.bank mgkin akan ditutup ketika keadaan darurat..n wang kita tdk dapat ditukar d negara laen..jadi backup terbaek..smpan la emas walaupun sedikit..

    Diriwayatkan bahawa Abū Bakr ibn Abi Maryam menyatakan beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda " Akan tiba satu masa tiada apa yang bernilai yang tinggal hanya Dinar dan Dirham yang memberi faedah"

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit