test

Isnin, 2 Mei 2011

Memang Malaysia bekas Jajahan Inggeris, taat sampai tujuh keturunan

Memang Malaysia bekas jajahan Inggeris yang taat.

William kahwin tengok ramai-ramai. Seolah-olah raja sendiri kahwin.

Sibuk dengan kelab Liga Inggeris, Macamlah Manchester tu kampung sendiri.


Buat filem Merong Mahawangsa, Rom cakap dengan China guna Bahasa Inggeris.
Tamaddun Inggeris pun belum dibentuk, Inggeris masih lagi belum jumpa jalan laut ke Asia.
Namun demi ketaatan kepada bekas penjajah, Rom boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris dalam filem Melayu.

Akhir-akhir ini, saya terdengar golongan muda, menggunakan akronim "MC" untuk sesuatu tempat.
Rupanya ia merujuk kepada "Melaka Sentral". Mengapa tidak MS?
Sentral bukankah bermaksut "pusat" juga?
Mengapa tidak "MS" ?
Oh ya, kerana taatnya rakyat Malaysia, negara yang dibentuk daripada tanah jajahan Inggeris kepada Permaisuri Victoria, maka perlunya ditukar "Sentral" kepada "Central".

Google+ Hasbullah Pit