test

Memaparkan catatan dengan label Valuecap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Valuecap. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Oktober 2008

Valuecap dan KWSP lagi

Setelah beberapa hari diumumkan bahawa ValueCap meminjam KWSP sebanyak 5 bilion, banyak reaksi yang menentangnya namun terdapat sedikit perbezaan pendapat.

Dalam catatan saya yang lalu, saya tidak mengatakan bahawa wang KWSP langsung tidak boleh dilaburkan ke BSKL.

Terdapat pihak yang menyalahkan tindakan itu seolah-olah tidak mahu wang KWSP itu langsung tidak digunakan.
Tak boleh dipinjamkan, tidak boleh dilaburkan.

Disebabkan tidak faham akan konsep KWSP, makan ramai yang beranggapan KWSP hanya simpanan semata-mata. Almaklumlah namanya pun Kumpulan Wang Simpanan pekerja.

Hakikatnya memang ada wang KWSP dilaburkan untuk pasaran saham, tetapi peratusannya sedikit.

Kadangkala mushkil juga saya, adakah penentang pinjaman kepada ValueCap itu sememangnya tidak mahu wang KWSP digunakan langsung? Tapi mahu dividen?


Beberapa blogawan rupanya ada yang pro kepada penggunaan 5 bilion itu adalah lebih baik digunakan sebagai pelaburan ke BSKL tanpa melalui Valuecap.

Myop101 mempersoalkan adakah Valuecap cukup handal melabur. Akan tetapi pembahagian kaunter yang dilabur oleh valuecap saling tak tumpah dengan KWSP.

carta disediakan olehm yop101


Apa istimewanya Valuecap?

Sudara Chi Chang , penasihat ekonomi DAP telah mengutarakan beberapa soalan.

Diterjemahkan ke Bahasa Melayu..

1. KWSP sudah meletakkan dana yang cukup banyak, mempunyai pasukan pengurus dana sendiri, memiliki 73 bilion nilai ekuiti ketika jun 2008, Kalau mereka merasa sekarang harga cukup rendah, mengapa tidak melabur secara terus? Mengapa perlu pinjamkan ke orang lain?

2. KWSP membuatkan pesaing menjadi kuat, jika membeli saham dikaunter yang sama.
3. Mempersoalkan apa cagarannya bagi pinjaman itu berdasarkan risiko yang tinggi.
4. Pada kadar apakan "interest" dikenakan kepada Valuecap, berapa lamakah tempoh pinjaman itu?

Pinjaman itu dalam bentuk apa? Sukuk kah?
Bagi saya, butiran pinjaman mestilah boleh diketahui umum kerana KWSP adalah kepentingan rakyat.

Persoalan dulu masih belum terjawap. Najib disebelah mana? KWSP atau Valuecap?

Rabu, 22 Oktober 2008

Saham Mawi Jatuh, Pinjam 5 bilion?

Ulasan saya di catatan pakdi - Mawi Ikin Kahwin .

Najib dah “pinjam” 5 bilion daripada KWSP untuk naikkan saham Mawi.

Kalau Valuecap boleh pinjam 5 bilion daripada KWSP, kenapa pula Mawi tidak boleh pinjam 5 bilion?

Di sini saya ingin membawa anda untuk melihat kisah pinjaman 5 bilion itu dari pelbagai sudut.

Sekiranya 5 bilion untuk dilaburkan ke BSKL itu cukup menguntungkan, Mengapa tidak KWSP sahaja yang melakukan pelaburan? Kalau tidak salah saya, Had maksimum pendedahan ekuiti KWSP tidak lebih 30%,  5 bilion itu hanya 2% drpd keseluruhan 242 bilion.

Apabila banyak saham tergolek, secara kiraan kasar, pendedahan ekuiti dalam KWSP akan merosot secara automatik.

Andaikata maksimum pendedahan ekuiti KWSP adalah 30% (saya tidak pasti berapa peratus pendedahan ekuiti KWSP yang dibenarkan, maklumat tidak dijumpai).

Maka, 30% daripada 242 bilion ialah 72.6 bilion.

Sekiranya pasaran saham jatuh sebanyak 30% , maka 72.6 bilion itu telah menjadi 50 bilion, dan menyebabkan jumlah keseluruhan menjadi 220 bilion.

30% darpada 220 bilion adalah 66 bilion.
Jika nilai ekuiti telah menjadi 50 bilion, KWSP boleh labur 16 bilion untuk genapkan 30% ekuiti.

Mengapa perlu pinjamkan Valuecap 5 bilion?


Lihat sudut lain pula.
Pinjaman 5 bilion oleh Valuecap, Najib menyebelahi mana? Disebelah KWSP atau di sebelah Valuecap? Atau kedua-duanya sekali?

KWSP adalah pelaburan, Valuecap juga pelaburan.
Najib mahu siapa lebih untung? KWSP atau valuecap?
Atau hanya mahu naikkan indeks BSKL semata-mata?

Pinjaman 5 bilion itu siapa luluskan?
Saya tidak rasa pengarah-pengarah pegawai kerajaan di KWSP itu boleh luluskan pinjaman 5 bilion sesuka hati.

Najib "meminjam" atau "memberi pinjaman" ?

Adakah kerana Valuecap yakin boleh boleh bayar hutang secara "rating tinggi", maka dia boleh dapat pinjaman 5 bilion.

Kalau hanya kerana mampu bayar?
Mana bukti Valuecap mampu bayar?
 
 
Apa akan jadi sekiranya pelaburan Valuecap rugi dan tidak lagi mampu membayar hutang kepada KWSP? Siapa mahu membayar duit hutang KWSP yang bernilai RM 5 bilion itu? Adakah peserta KWSP akhirnya yang akan menanggung kerugian sepenuhnya seperti mana pencarum dana pencen di US dan Eropah yang kerugian besar akibat krisis sub prima?

Kalau nak sangat guna duit KWSP untuk rancakkan saham, ada baiknya pengeluaran KWSP untuk unit amanah yang 3 bulan sekali itu, dipercepatkan jadi sebulan sekali sehingga krisis selesai.

Pencarum yang berani boleh ambil risiko lebih jika mahu, yang tak berani tidak diganggugugat.


Google+ Hasbullah Pit