test

Jumaat, 24 Oktober 2008

Masjid Hokkien Bo Liau?

Hari ini terdapat banyak catatan blog berkisar tentang Maskid Cina.


*Pembinaan Masjid Cina telah

...Bina segera Masjid Cina di KLPembinaan Masjid Cina telah pun diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan. Masjid Jubli Peraka atau Masjid Cina terletak di Rantau Panjang Kelantan hasil dari cetusan idea MB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat. Tuan Guru mahu menggambarkan bahawa Islam ini bukan milik orang Melayu semata-mata, ia universal dan malah di...



Zulkifli Nordin

...agar dibina masjid Cina yang berasaskan senibina Cina di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Tapak untuk pembinaan masjid itu ialah di bekas Penjara Pudu. Alasan tempat itu dipilih kerana ia dikelilingi masyarakat Cina. Dengan wujudnya masjid itu ia akan menjadi daya tarikan kepada masyarakat Cina termasuk korporat untuk mendekati Islam.Saya setu..

 Dr. Maza juga telah membicarakan tetang Masjid Cina.


Isu Masjid Cina
Isu Masjid Cina yang ditimbulkan juga oleh YB Kulim di Parlimen semalam juga sebenarnya telah pun saya bangkitkan pada Bulan Januari 2007, kira-kira setahun setengah yang lepas. Media telah membantu saya membangkitkan isu ini.

Malangnya cadangan saya agar komuniti cina muslim mempunyai masjid sendiri yang pengurusannya mampu memahami masalah mereka, diuruskan oleh mereka sendiri, menggunakan bahasa yang lebih difahami oleh mereka dan memahami budaya mereka ditentang oleh kelompok agama yang sempit pandangan.

Kelompok ini menganggap seakan Islam di Malaysia mestilah beridentitikan melayu. Padahal, sudah lama masyarakat cina muslim memohon masjid yang seperti itu. Ramai orang cina yang menganut Islam apabila terputus hubungan dengan masyarakat melayu seperti bercerai atau bergaduh tidak tahu tempat tuju yang lebih memahami mereka. Kewujudan masjid cina dapat membantu mereka.
Walaupun saya adalah pro kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan, namun jangan lupa, Bahasa Cina seperti Mandarin dan hokien adalah bahasa ibunda. Maka, Saya menyokong pembinaan Masjid Cina yang menggunakan Bahasa Ibunda kaum cina.

Walaubagaimanapun, adalah lebih sesuai kalau Masjid Cina yang dibina di Negeri Melaka adalah Masjid yang berasaskan hokkien.


3 comments:

  1. saya dengar idea masjid cina ni dalam kaset ceramah tok guru nik aziz pada 1990 yang lalu lagi. Dia kata masjid india ada dah, kalu buleh biar ada masjid cino pulak...

    BalasPadam
  2. Waktu saya di Surabay saya sempat melawat satu masjid cina yg archetecture nya adalah bangunan cina. dari jauh nampak macam tokong tapi bila dekat masyaallah! hebat!

    BalasPadam
  3. Sokong sangat sangat sangat. Tak mustahil orang Cina akan pimpin Islam di Malaysia. Tiada salahnya. Malah, ini dapat mengurangkan konflik kaum di Malaysia yang dalam-dalam diam, kalau tidak diurus dengan betul, boleh meletop. Lebih-lebih lagi dalam kegawatan politik negara sekarang. (Saya masih merasakan politik negara tidak stabil)

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit