test

Rabu, 29 Oktober 2008

Apabila Orang Baru Tahu Yoga Haram - Malaysiakini

Petang tadi saya agak hairan apabila Hishamudin Rais mentertawakan kenyataan seorang professor UKM apabila dia mengatakan Yoga membahayakan Akidah. 

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.

kah kah kah…. kah kah kah…. saekor lagi kang kong bersuara…. kah kah kah…terguling guling dan terguling guling … kah kah kah

Agak hairan juga apabila banyak pengulas yang seolah-olah menyetujuinya sambil menggambarkan ianya hanya berkaitan dengan kebudayaan.

Kalau ia hanya berkaitan dengan kebudayaan india, seperti kuih maruku, roti canai, roti "Nan butter", memanglah tidak haram.

Banyak fatwa negara lain telah mengharamkan yoga.

Banyak blog menyalin tepekkan berita Malaysiakini itu, tetapi tiada ulasan oleh penulis blog itu, Adakah ia menyokong atau mentertawakan seperti Hishamuddin Rais?

 
Namun blog yang mempunyai ulasan seperti tidak bersetuju yoga diharamkan.


Jika dilihat dari sudut lain, Agama Kristian juga menolak yoga daripada diamalkan oleh penganut agamanya.
Mereka bimbang menyenaraikan kolej Kristian yang menyediakan Yoga "Many Christian colleges are now offering yoga classes"

Kalau Islam dilihat sempit kerana mengharamkan yoga, Kristian pun sempit jugalah?

21 comments:

  1. Salam tuan besbol,

    Dah agak dah.

    Katakanlah saya setuju dengan tuan.

    Disini mana yang lebih merosakkan ?

    1.YOGA

    2.Sabda Nabi s.a.w. :
    "Tak bisa beruntung kaum yang merajakan wanita" (Kitab besar Ihya Ulumiddin)

    Secara logiknya sudah merosak apa sahaja yang ditangan.
    Yang dulu kita dahulukan.

    Terbitnya bermotif.

    Perkara no.2 tu secara logik sudah menular keseluruh sistem yang ada.

    Kata Imam Syafi'i pula:
    "Dalam bertukar fikiran dengan seseorang,tak kuingini supaya ia tersalah"(Kitab besar Ihya)

    Setelah Umar Bin Khattab wafat,Ibnu Mas'ud berkata:
    "Telah lenyap 90%(9/10)ilmu"
    Orang bertanya:
    "Mengapa tuan berkata begitu,bukankah masih banyak para Sahabat yang masih hidup ?"
    Jawab Ibnu Mas'ud :
    "Yang saya maksud bukanlah Ilmu Fatwa dan Ilmu Hukum,tapi pengetahuan tentang Allah s.w.t."(Kitab besar Ihya)

    Sungguh benar Sabda Nabi s.a.w.(riwayat Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
    "Islam bermula bagaikan orang asing,dan akan menjadi asing sebagai semula:kabar baik untuk orang-orang asing ini"(Kitab besar Ihya)


    Jika ada bertanya:Kenapa dihubungkan Fiqhi(Fekah) dengan Ilmu Dunia dan digolongkan Ahli Fiqhi dalam Ulama Dunia ?(Kitab besar Ihya)

    Kita bincang lain.

    Terima kasih tuan.



    Yamaha Y80.

    BalasPadam
  2. Also, Yoga means Union with the One/Universe/God, I am not sure if achieving the status of God or God realisation is compatible with Islam, it's generally not with Christianity.

    BalasPadam
  3. Hi Sebol

    Christians discourage Yoga as practised by the Yogis as there is a spiritual element.
    Even among Yoga practitioners, it advised you get a proper teacher as improper training of the "Chi"/"lifeforce" can have strange results. Do a google.
    On the other hand, Yoga can also be seen as a set of stretching exercises that makes us more flexible and hence relaxing the mind.
    It really depends on the degree of meditation that you do, whether you do it properly to open the chakras.
    Yoga is really powerful if practised properly along with other chi exercises like Chi Qong. But the Chi can go haywire.
    So depends on what you mean by "Yoga"... ;)

    BalasPadam
  4. I mean you dun want a situation where a novice opens a chakra and leaves it open....
    Or she may be doing a set of exercises that only focuses on one chakra but ignores the rest causing an imbalance.
    In Chinese kung fu flicks there is a condition in chi meditation called "jau foh yam moh" (fire leaves, evil enters)...It usually means you f**ked up your technique....

    BalasPadam
  5. Bro.. kalau ade pautan artikel yang lebih terperinci (especially fatwa oleh Dr. Yusof Qardawi), silalah kongsi..

    BalasPadam
  6. i'm not into yoga.but what i know is that Yoga is a form of exercise that's healthy for mind and body.if they want to leash a fatwa on Yoga,then how about tae-kwan-do and any other form of exercise and martial arts that are not from the Islam customs?.

    i bet Yoga is good as long as the Muslims stay away from all the Hindu practise.

    then again i hope we can have more clarity on this issue by the fatwa council and the Yoga experts.we should hear both sides.

    BalasPadam
  7. Yoga merangkumi pelbagai teknik untuk menaikkan taraf kesihatan fizikal dan rohani. Jadi, pengharaman patut menjelaskan dengan terperinci apakah teknik-teknik yang bertentangan dengan sesuatu agama.

    Jika teknik yang digunakan merangkumi adat-istiadat agama Hindu seperti penyembahan dan membaca mantera, saya bersetuju bahawa ia mungkin bertelagah dengan ajaran Islam ataupun Kristian.

    Tetapi, jika tekniknya merangkumi cara pernafasan yang betul, serta senaman badan yang menenangkan, tanpa merangkumi adat-istiadat agama Hindu, adakah ianya masih haram?

    saya berpendapat bahawa pihak berkuasa adalah bertanggungjawab untuk menerangkan dengan terperinci apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Berilah peluang untuk rakyat memahami isu ini tanpa mempunyai tanggapan negatif terhadap agama lain.

    Ada sesiapa yang ingin mengulas?

    BalasPadam
  8. What I do in my own free time at my gym practicing yoga is none of anybody's business, really.

    BalasPadam
  9. Bhai....

    katakanlah kalau gua masih mengamalkan seni mempertahankan diri "Al Maunah" ... ada masalah ker?

    Tentang Yoga nie... gua tak arif.. tapi yang gua tau.. rosak akidah ni paling mudah...

    dengan tulisan pon boleh,
    dengan perkataan pon boleh,
    dengan perbuatan pon boleh,
    dengan niat pon boleh,

    bab akidah nie bukan boleh buat main-main bhai...

    BalasPadam
  10. Ingatkan Allah buatlah Yoga...saya rasa kalau mcam ini Bollywood patut diharamkam kerana ia lebih haram dari Yoga...betulkan abang pit?

    BalasPadam
  11. la ye ke... nasib baik saya tak wat yoga tp nak lah tunggu official fatwa on this... or dah ada ke?

    BalasPadam
  12. salam.

    saya bersetuju dengan pandangan dari Kavi.majlis fatwa haruslah menerangkah secara terperinci dimana yang dikatakan haram didalam amalan Yoga.

    jika mengamalkan Yoga sambil mengamal kan juga adat-adat ugama Hindu memanglah syirik buat umat Islam.tetapi bagaimana pula jika Yoga diamalkan tanpa mengamalkan sebarang adat-adat Hindu dan dipraktikkan untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.adakah itu juga haram?

    seseorang atau mana-mana pihak perlu tampil kehadapan untuk menjelaskan isu ini.

    BalasPadam
  13. Jika dah ada fatwa pengharaman yoga, apa salahnya kita ikut. Sebab bila dah ada fatwa begini, maka automatik dah tertimbul dalam hati kita 'syak', maka jika dah timbul syak atau syubhah maka wajar ditinggalkan. Tak perlu dipertikaikan. Lagipun masih banyak cara senaman lain yang tidak bercanggah dan boleh diamalkan.

    Ataupun, AMALKAN SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM DAN TAMBAHKAN SOLAT SUNAT. Itu lagi bagus kerana dah terbukti oleh pengkaji sains bahawa SOLAT YANG KITA LAKUKAN ITU ADALAH JUGA SENAMAN dimana ada satu bahagian di dalam tubuh kita yang didapati darah tidak sampai dengan cara senaman biasa tetapi HANYA DENGAN SOLAT, DARAH BOLEH SAMPAI KE BAHAGIAN TERSEBUT. MAKA LENGKAPLAH PERJALANAN DARAH DALAM TUBUH KITA...

    Jadi, tak perlu pertikai pengharaman tersebut kerana ISLAM sendiri ada senaman yang jauh lebih baik dari yang lain...

    BalasPadam
  14. salam aku linkkan artikel kawan aku ni dia dah buat lama dah. Malah Majlis Ugama Islam Singpura pun dah sentuh hal ini:

    http://damunique.blogspot.com/2007/04/muslim-dan-yoga_24.html

    BalasPadam
  15. Majlis Fatwa keluarkan Fatwa untuk di amali olih Muslimeen dan Muslimat.Orang bukan Muslim tidak payah nak ambil kesah.ambil tahu dan hormati ugama Islam.Janagan kacau urusan Ugama islam dan janagan kacau amalan orang islam kerana Fatwa tak pernah ambil hak orang bukan Islam.Macam itu kan senang.Akhbar Sun, sila henti kan sindiran anda terhadap Majlis Fatwah.Nanti dapat palmhand.
    arjuna waspada

    BalasPadam
  16. sudah memadai dengan solat, buat apa bercakaran dengan yoga. haish...

    BalasPadam
  17. hie...
    saya langsung tidak setuju yoga ada kaitan dengan agama..
    saya juga ada buat analisa di dalam blog saya yg bertajuk 'solat to replace yoga?'
    http://kwongfeimind.blogspot.com/2008/11/solat-to-replace-yoga.html

    bagi pendapat saya,yoga ada 2 jenis: yoga traditional yg berkaitan dgn agama dan yoga MODEn yg dipraktikkan di fitness centre sekarang yg tidak mempunyai kaitan langsung dgn agama..

    diharap orang ramai boleh menerima yoga modern sebagai hanya satu bentuk senaman dan tidak akan mempengaruihi akidah mana-mana agama..

    BalasPadam
  18. AKUM....
    saya hanya memberi pendapat sahaja. saya dah belajar yoga hampir setahun. sepanjang proses pembelajaran tiada satu pergerakkan yang memesongkan akidah. semua nya berkenaaan dengan senaman. sebelum ini juga saya pernah belajar taekwan-Do,kebanyakkan prgerakkan senaman yang diajar lebih kurang mcm pergerakkan yoga.
    saya pun hairan dimana yang prof tu boleh kata ia memesongkan akidah.jika ada satu pergerakkan yg boleh dikait dengan agama, guru yg mengajar saya tak izin saya untuk lakukannya. dia kata 'muslim people cannot do this. only for budhha"
    entah ler dimana silapnya..yang penting sekarang hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu apa yang benar & apa yang salah.

    BalasPadam
  19. Salam,
    aku sarankan, ikut jerla. takkan mufti sanggup amik risiko menanggung dosa keluarkan fatwa yg tak betul.tah brape byk solat dier dah buat aku rase utk fatwa ni.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit